Selasa, 22 Februari 2011

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Pengawal terkejut jolok mayat bayi

Posted: 21 Feb 2011 11:19 AM PST

PONTIAN: Seorang pengawal keselamatan mahu membuang air kecil terkejut menemui mayat bayi lelaki diselimuti tudung dan selendang di atas pam tandas sebuah stesen minyak di Jalan Pontian-Benut, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Abdullah Kasek, 72, berkata, dia terpandang objek terkulai di atas pam itu sebelum mengambil kayu untuk menjolok.


"Biasanya, sebelum memulakan tugas, saya akan memeriksa kawasan sekeliling bagi memastikan dalam keadaan baik termasuk tandas.

"Ketika masuk ke tandas untuk membuang air kecil, saya terpandang objek mencurigakan dan cuba menjolok sebelum terkejut apabila ia mayat bayi yang cukup sifat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.


Warga emas itu keluar dan memaklumkan penemuan itu kepada kakitangan wanita stesen berkenaan sebelum orang awam menghubungi polis.


"Saya tidak sangka ada manusia berperangai lebih keji daripada haiwan di muka bumi ini, jangan diperlakukan bayi tidak berdosa itu sedemikian rupa," katanya.

Seorang pekerja yang enggan dikenali berkata, dia mendapati mayat bayi itu dalam keadaan bersih.


"Tiada kesan darah, malah tali pusatnya sudah dipotong dan saya berharap polis mengheret individu terbabit ke muka pengadilan," katanya.

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Daerah Polis Pontian ketika dihubungi mengesahkan kes terbabit.


"Pegawai kami dihantar ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan termasuk kemungkinan bayi lelaki itu sudah meninggal dunia di tempat lain sebelum mayatnya diletakkan di atas pam tandas berkenaan.


"Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Pontian (HP) untuk dibedah siasat," katanya.


Jurucakap itu berkata, setakat ini, tiada sebarang tangkapan dibuat dan pihaknya masih mengumpul maklumat berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) stesen minyak itu.


Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil di mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dakwah efektif

Posted: 21 Feb 2011 11:17 AM PST

AMPANG: Majlis Ulama Indonesia (MUI) menolak tuduhan sesetengah pihak yang mengatakan ESQ Leadership Center (ESQ) sesat, malah memujinya sebagai bentuk dakwah secara bijaksana sesuai dengan kehendak Islam.

Ketua Dewan Pimpinan MUI Pusat, KH Ma'ruf Amin, berkata model latihan berkenaan bukan sekadar membina perwatakan dalam erti kata yang sempit, tetapi modul dakwahnya efektif.


"Akidah dan akhlaknya menjadi lurus, ibadahnya menjadi rajin, ada pembaikan, jiwanya menjadi bersih.

"Mengubah cara berfikir daripada sekular kepada Islam, kemudian menjernihkan fikrah. Ia dakwah yang mempunyai kesan tinggi.


"Ini model yang kita cari. Selama ini dakwah kita kurang memberi kesan, bahkan tak mampu mempertahankannya. "Dakwah bil hikmah itu bil ESQ. Tidak seperti itu (dituduh sesat), mungkin salah faham kerana itu ada pembaikan," katanya pada majlis penjelasan model The ESQ Way 165 di Hotel Flamingo, di sini, semalam.


Majlis itu diadakan selepas dua badan musyawarah tertinggi kedua-dua negara, Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan dan MUI bersependapat tidak menghalang ESQ untuk melaksanakan latihannya selepas menjalankan penelitian terperinci mengenainya.

Penelitian itu merangkumi kajian ke atas buku dan bahan latihan, malah turut mengambil kira isu yang dibangkitkan pelbagai pihak mengenai program latihan berkenaan sebelum ini.


Kesempatan itu ESQ juga melancarkan buku Rahsia Kejayaan Membangun Kecerdasan Emosi dan Spritual edisi bahasa Malaysia yang disemak dan diperkemaskan panel syariah dan akidahnya.

KH Ma'ruf berkata, pada awal pihaknya mendapati ESQ hanya sebagai latihan sumber manusia seperti yang lain, namun apabila timbul banyak isu MUI terpanggil untuk memberi perhatian. "Kami mengadakan perbahasan dan diskusi dengan Ary. Kami dapati ESQ tidak liberal, tidak Yahudi dan tidak sesat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan