Berita Harian: Mutakhir |
Perjalanan pilihan raya kecil DUN Kerdau tidak terjejas Posted: 28 Feb 2011 03:14 AM PST Mutakhir TEMERLOH: Perjalanan dan urusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau berjalan lancar walaupun Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang, Datuk Ismail Mohd Yusoff meninggal dunia, petang semalam.Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata SPR sudah membuat persiapan rapi membabitkan semua urusan pilihan raya kecil DUN Kerdau termasuk logistik, penghantaran peti undi,taklimat dan persiapan lain. Katanya, walaupun berada dalam keadaan sedih kerana kehilangan seorang pegawai kanan yang berdedikasi dan berpengalaman urusan pilihan raya kecil berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah. "Tanggungjawab Allahyarham akan ditanggung timbalannya dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau, Datuk Tarif Abdul Rahman."Kita terkejut dan bersimpati dengan kejadian ini walaupun ia kali pertama berlaku sepanjang sejarah pilihan raya umum dan pilihan raya kecil. "Kita redha dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham," katanya ketika ditemui di perkarangan rumah mayat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah,
"Persiapan dibuat sudah lama iaitu sejak dua minggu lalu. Sepanjang proses selama beberapa hari ini juga tidak ada sebarang masalah dan urusan berjalan lancar. "Kehilangan Allahyarham adalah ketentuan Allah dan kita redha dengan apa yangberlaku," katanya. |
8 pemimpin kanan Hindraf, HRP dijangka didakwa Jumaat Posted: 28 Feb 2011 01:46 AM PST Mutakhir KUALA LUMPUR: Lapan pemimpin kanan kumpulan tidak berdaftar Hindraf dan Parti Hak Asasi Manusia (HRP) yang ditahan semalam kerana berhimpun secara haram dijangka dihadapkan ke mahkamah Jumaat ini.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata mereka sudah dibebaskan dengan jaminan polis semalam dan polis kini dalam proses melengkapkan siasatan sebelum diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya. "Kami akan serahkan laporan lengkap siasatan dalam masa terdekat kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya sebelum tarikh berkenaan," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini hari ini. Zulkifli berkata, polis turut menahan 14 orang lagi di Balai Polis Daerah Jinjang apabila mereka enggan bersurai di hadapan balai itu malam semalam."Polis terpaksa menahan mereka dan akan disiasat di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis kerana berhimpun secara haram sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada petang ini," katanya. Semalam, seramai 109 orang, termasuk pemimpin Hindraf P.Uthayakumar ditahan polis kerana berdemonstrasi secara haram bagi membantah novel Interlok. Mengulas tentang mesyuarat bersama DBKL, Zulkifli berkata polis dan DBKL akan meningkatkan kerjasama dalam menjaga keselamatan bandar ini dengan pemantauan daripada kedua-dua pihak.
Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail berkata DBKL akan menambah jumlah CCTV di seluruh kawasan bandar raya yang akan diperoleh secara sewa. "Jumlah keseluruhan pemasangan CCTV akan mencapai lebih 1,000 unit dan 100 unit CCTV akan dipantau bersama polis di kawasan panas sekitar Kuala Lumpur," katanya. Ahmad Fuad berkata pemasangan CCTV itu diharap dapat memudahkan tugas pemantauan sekaligus mengurangkan lagi kadar jenayah di ibu negara. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan