Isnin, 28 Februari 2011

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


‘Lelaki Y’ diketahui hari ini?

Posted:

'Lelaki Y' diketahui hari ini?

'Lelaki Y' diketahui hari ini?

Oleh AMIRUDDIN HARUN
dan SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Selepas 12 hari asid deoksiribonukleik (DNA) 'Lelaki Y' dinyatakan sebagai penyumbang utama di dalam rektum (salur dubur) Mohd. Saiful Bukhari Azlan, identitinya mungkin diketahui esok.

Pendedahan identiti itu dijangka berlaku apabila pihak pendakwaan memanggil beberapa saksi yang berkaitan dengan pengumpulan beberapa barang kes seperti sehelai tuala 'Good Morning', berus gigi dan satu botol minuman air mineral jenama 'Cactus'.

Turut dikumpulkan bersama-sama barang-barang tersebut ialah dua helai bulu.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden memaklumkan perkara tersebut selepas peguam bela, Sankara Nair selesai menyoal balas saksi pendakwa ke-13, Tan Theong Yean.

Turut dijangkakan, pelbagai bantahan dan hujahan akan dikemukakan oleh barisan pembelaan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung barang-barang kes dan pengumpulannya.

''Berkaitan dengan mengemukakan barang-barang kes dan pengumpulannya oleh pendakwaan tidak akan ambil masa lama tetapi bantahan barisan pembelaan mungkin akan panjang kerana mereka dikatakan ada asas untuk berbuat demikian,'' ujarnya.

Pada 23 Februari lalu, saksi pendakwa keenam, Nor Aidora Saedon memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa ujian analisis profil DNA terhadap tuala, berus gigi dan botol minuman menunjukkan wujudnya profil DNA Lelaki Y.

Lelaki Y juga, dalam keterangan ahli kimia itu, merupakan satu-satunya penyumbang DNA pada barang-barang tersebut.

Pada 17 Februari lalu, Ketua Unit Jenayah Berat, Bahagian DNA Divisyen Forensik, Jabatan Kimia, Dr. Seah Lay Hong menyatakan, ujian analisis profil DNA pada empat calitan putik kapas menunjukkan kehadiran profil DNA Lelaki Y di dalam rektum dan permukaan dubur (perianal) Mohd. Saiful Bukhari.

Beliau bagaimanapun, sehingga hari terakhir memberi keterangan di mahkamah, tidak mengetahui identiti sebenar penyumbang DNA itu.

Terdahulu, bekas pengurus residen Kondominium Desa Damansara, Mohd. Aris Ahmad, 46, menyatakan, tetamu penghuni kondominium tersebut boleh memasuki ke premis itu dengan beberapa cara.

Salah satu daripadanya ialah dengan tuan rumah memaklumkan kepada pihak pengurusan atau balai pengawal bahawa beberapa tetamunya akan datang, kata saksi pendakwaan ke-12 itu.

Tetamu juga perlu memasukkan nombor rumah yang hendak dituju pada panel bersebelahan pintu lobi sebelum pintu lobi dibuka oleh tuan rumah bagi membolehkan tetamu terbabit menuju ke lif.

Pada 3 Februari tahun lalu, Mohd. Saiful Bukhari menyatakan dia perlu menyebut 'Mokhtar' apabila tiba di pos pengawal kondominium terbabit sebelum dibenarkan masuk.

Dia juga perlu memasukkan nombor 1151 dan menyatakan 'Mokhtar' sekali lagi kepada tuan rumah yang dikenali sebagai En. Hasanudin melalui interkom sebelum dibenarkan memasuki bahagian lobi lif.

Sementara itu, Theong Yean memberitahu, kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kondominium terbabit menggunakan sistem pengesan pergerakan.

Ujarnya, kamera tersebut akan merakam apa jua pergerakan yang berada dalam sudut 85 darjah dan akan berhenti merakam apabila tiada pergerakan.

Menyifatkan dirinya sebagai seseorang yang mempunyai daya ingatan yang baik, ahli perniagaan itu menyatakan, perbezaan masa pada sistem kamera di balai pengawal dan bilik pengurusan kondominium ekoran setiap satu mempunyai komputer yang tersendiri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wujud perbezaan masa sebenar dengan masa CCTV - Saksi

Posted:

Wujud perbezaan masa sebenar dengan masa CCTV - Saksi

Wujud perbezaan masa sebenar dengan masa CCTV - Saksi


Cetakan imej seorang lelaki memasuki lif di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2006.


KUALA LUMPUR 28 Feb. - Terdapat perbezaan masa antara sembilan dan 19 minit bagi waktu sebenar tempatan dengan masa dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil dari sebuah kondominium di Bukit Damansara, tempat kejadian kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa berlaku.

Perbezaan masa itu dimaklumkan oleh dua saksi pendakwa dari CyberSecurity Malaysia, iaitu Ketua Jabatan Forensik Digital, Mohd. Sabri Adil Talib dan juruanalisis, Mohd. Sharizuan Mohd. Omar yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.

Dalam kes itu, Mohd. Sabri Adil dan Mohd. Sharizuan telah diminta melaksanakan proses pengenalan data sistem keselamatan CCTV di Kondominium Desa Damansara bagi membolehkan pengklonan dua pemacu keras sistem itu dapat dilakukan pada 30 Jun 2008.

Menurut Mohd. Sabri Adil, 32, masa yang dicatatkan melalui komputernya dengan komputer bagi sistem CCTV di pejabat pengurusan kondominium itu adalah berbeza selama 19 minit.

''Di pejabat pengurusan syarikat (kondominium), saya mendapati masa sistem di komputer ialah 17:59:15. (Sedangkan) masa sebenar pada waktu itu ialah 18:18:12 di mana saya dapati sistem komputer itu (rakaman CCTV di lif) masanya lewat 19 minit.

''Jadi untuk menganalisis sistem komputer itu, mesti ditambah 19 minit untuk dapatkan waktu sebenar kejadian yang berlaku,'' katanya.

Beliau sebelum itu menjelaskan masa sebenar tempatan diperoleh dengan menyelaraskan masa dalam komputer riba miliknya dengan waktu yang tepat di laman web Jabatan Meteorologi Malaysia.

Sebagai contoh gambar lif di bangunan tersebut oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hanafiah Zakaria, saksi pendakwa ke-10 itu berkata, walaupun gambar itu menunjukkan masa 14:42:03 kejadian sebenar dirakamkan ialah 15:01:03.

Anwar, 64, didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 26, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Terdahulu, kata Mohd. Sabri Adil, ketika tiba di kondominium itu, beliau telah diminta oleh Ketua Bahagian Pentadbiran Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cheras, Asisten Komisioner (ACP) Fadzil Ahmad melakukan pemeliharaan bahan bukti berkaitan rakaman CCTV di pondok pengawal dan bilik pengurusan premis tersebut.

Sementara itu, ketika disoal balas oleh peguam Sankara Nair yang mewakili Anwar, saksi tersebut menyatakan, sepatutnya tiada perbezaan antara sesebuah kamera dengan kamera yang lain di kondominium itu memandangkan perisian CCTV yang digunakan adalah sama.

Menjelaskan perkara itu semasa pemeriksaan semula oleh Mohamad Hanafiah, Mohd. Sabri Adil berkata, kamera tidak membekalkan data mengenai masa kerana fungsi peralatan itu hanya untuk merakam.

Pada pendapat beliau lagi, perbezaan masa pada CCTV di bilik pengawal dengan bilik pengurusan adalah disebabkan pemasangan perisian sistem tersebut dilakukan oleh individu yang berlainan di dua komputer yang berbeza.

Sementara itu, Mohd. Sharizuan, 28, pula berkata, pada 30 Jun 2008, beliau telah diarahkan membantu Fadzil membuat pengklonan pemacu keras CCTV di bilik pengawal kondominium tersebut.

Hasil pemeriksaannya, saksi pendakwa ke-11 itu mendapati, masa pada rakaman CCTV tersebut lewat sembilan minit 15 saat dari masa sebenar negara ini yang terdapat di komputer ribanya yang turut diselaraskan dengan cara sama.

Sementara itu, Fadzil yang dipanggil sebagai saksi pendakwa kesembilan sebelum itu berkata, beliau pergi ke kondominium pada tarikh yang sama setelah pegawai penyiasat, Deputi Supritendan Judy Blacious Pereira (kini Supritendan) menghubunginya bagi membantu membuat siasatan rakaman CCTV.

Di bangunan tersebut, katanya, terdapat dua pusat CCTV iaitu satu di pejabat pengurusan kondominium itu yang menempatkan unit pemprosesan komputer (CPU) bagi kamera yang dipasang di dalam lif dan satu lagi komputer di bilik pengawal yang merakamkan kenderaan keluar dan masuk.

Dengan bantuan pegawai CyerberSecurity, pihaknya telah berjaya membuat klon bagi kedua-dua pemacu keras itu dengan pemacu keras yang asal dirampas manakala klonnya telah dipasangkan ke dalam sistem CCTV supaya ia boleh beroperasi semula.

Menurut beliau, proses pengklonan cakera keras di bilik pengawal bermula pada pukul 7.48 malam dan berakhir pada pukul 9.04 malam manakala di pejabat pengurusan, prosesnya bermula pada pukul 7.05 malam dan berakhir pada pukul 10.32 malam.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bersambung esok.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan