Sabtu, 26 Februari 2011

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Jauhi perhimpunan Hindraf

Posted:

Jauhi perhimpunan Hindraf

Jauhi perhimpunan Hindraf

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my

KLANG 26 Feb. - Polis memberi amaran tegas akan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu menyertai perhimpunan dan perarakan pertubuhan haram Hindraf di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) di ibu negara, esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ini kerana perhimpunan tersebut tiada permit dan oleh itu bertentangan dengan undang-undang.

Katanya, selain itu ia juga akan menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam di kawasan tersebut.

"Kepada pihak berkenaan yang terlibat dengan rancangan (perhimpunan) ini, saya ingatkan janganlah diadakan. Ia bukan hanya melanggar undang-undang, tetapi turut menyusahkan orang ramai, peniaga termasuklah kesesakan lalu lintas dan sebagainya.

"Malah, rancangan perhimpunan itu turut merugikan negara selain mencetuskan rasa takut orang ramai terhadap keselamatan mereka.

"Kita beri amaran akan tetap mengambil tindakan mengikut undang-undang negara kepada mereka yang didapati terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan tapak Surau Baitul Rahman di Taman Perumahan Aman Perdana di sini hari ini.

Terdahulu, Ismail ketika berucap pada majlis itu turut menyataka ancaman seperti hasutan dan tuntutan-tuntutan tertentu yang melampau juga turut memberikan kesan buruk dari segi sosial, ketenteraman awam selain menjejaskan sifat toleransi masyarakat.

Sementara itu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pemimpin pertubuhan itu boleh ditahan dan didakwa di bawah Akta Pertubuhan kerana ia jelas melanggar undang-undang.

Menurutnya, sekiranya didapati mengancam keselamatan negara, mereka juga boleh ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Bagi memastikan keselamatan negara terjamin, polis perlu ambil tindakan segera dan mengesan dalang perhimpunan serta menahan mereka," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, bekas Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) Bukit Aman, Datuk Ramli Karim berkata, tindakan 'berlembut' polis terhadap peserta perhimpunan itu memberi kesan buruk kepada negara.

Pengerusi Lembaga Hakim Pelawat Penjara Malaysia, Datuk Seri V. S Suwaminathan memberitahu, perhimpunan haram yang menjadi 'penyakit berjangkit' di beberapa negara Asia Barat perlu disekat daripada merosakkan keamanan negara.

Dalam pada itu Bendahari Koperasi Pesara Polis Selangor Berhad, Albert Wong berkata, pihak berkuasa perlu tahu bahawa populariti perhimpunan haram ketika ini telah meresap hingga ke universiti.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

2 mati dalam kebakaran

Posted:

2 mati dalam kebakaran

2 mati dalam kebakaran

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
pengarang@utusan.com.my


ONG Ean Lee yang memangku anak perempuannya Loke Xin Yee, 2, hanya tinggal kenangan apabila dua beranak itu terbunuh dalam kebakaran di rumah mereka, di Taman Sri Sinar, Segambut, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 26 Feb. - Kehadiran pengawal dan pagar keselamatan di kawasan perumahan sepatutnya mengundang rasa selamat penduduk daripada penjenayah.

Namun ia bertukar menjadi mimpi ngeri buat sebuah keluarga di Taman Sri Sinar, Segambut di sini, apabila menjadi punca kelewatan bomba memadam kebakaran di rumah mereka.

Dalam kejadian pukul 5.45 pagi itu, pasukan bomba terpaksa mengambil masa lima minit untuk memotong pagar keselamatan di laluan masuk rumah tersebut hanya kerana tiada pengawal bertugas.

Dua mangsa, Ong Ean Lee, 33, dan anak perempuannya, Artina Loke Xin Yu, 2, mati lemas akibat terhidu bau asap.

Menurut jiran mangsa, A. Ananthan, 34, dia terjaga daripada tidur apabila terbau asap dan terdengar Ean Lee menjerit meminta tolong memanggil 'abang' beberapa kali.

"Saya hanya tahu tentang kebakaran itu selepas keluar dari rumah dan melihat api sedang marak.

"Saya cuba memanggil mangsa namun tidak menyahut dan ketika itulah saya sedar mereka terperangkap di dalam.

"Kami sekeluarga cuba membantu memadam kebakaran dengan menjirus air dari bahagian hadapan serta atas rumah tetapi api begitu marak," katanya ketika di temui di sini hari ini.

Ananthan berkata, sejurus melihat api marak, dia menghubungi bomba dan pasukan itu tiba kira-kira 10 minit kemudian.

"Bagaimanapun bomba dihalang masuk oleh palang ke kawasan perumahan ini kerana tiada pengawal keselamatan berjaga di situ.

"Saya difahamkan, mereka terpaksa memotong palang itu kira-kira 200 meter dari rumah mangsa sebelum datang memadamkan kebakaran," katanya.

Perkara itu turut dikesali suami Ean Lee, Celven Loke yang juga Ketua Bomba Sukarela Bahagian Kepong dan Batu.

Katanya, dia akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak keselamatan taman tersebut.

"Disebabkan tiada pengawal keselamatan menyebabkan bomba terpaksa mengambil masa untuk memotong palang tersebut," katanya yang ketika itu berada di Melaka dan mengetahui kejadian tersebut daripada jiran.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Othman Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.11 pagi sebelum berkejar ke tempat kejadian dan sampai 10 minit kemudian.

"Seramai 27 anggota melibatkan balai bomba Jinjang dan Sri Hartamas dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kami juga menemui dua mangsa korban dalam kebakaran terbabit. Ketika ditemui, Ean mati di atas katil manakala Xin Yu di lantai bilik utama," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan