Rabu, 23 Februari 2011

Malaysiakini :: Berita

Malaysiakini :: Berita


Lebih 1,000 dibunuh di Libya

Posted: 23 Feb 2011 06:21 PM PST

Keganasan yang tercetus di Libya didakwa sudah meragut lebih 1,000 nyawa dengan 600 orang daripada mereka di ibu negara, Tripoli, kata Nouri el-Mismari, bekas ketua protokol kepada Presiden Muammar Gaddafi, semalam.

NONEMenurut AFP, Mismari, yang tinggal di Perancis hujung tahun lalu kerana masalah kesihatan berkata, huru-hara timbul akibat kemarahan orang ramai terhadap regim Gaddafi itu jauh lebih teruk dengan lebih 1,000 nyawa terkorban.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan asas merujuk kepada anggaran angka kematian yang diberikannya itu.

Selasa lalu, kerajaan Libya buat pertama kali mendedahkan bahawa 300 rakyatnya terbunuh dalam tunjuk perasaan yang tercetus lebih seminggu lalu. Namun Persekutuan Antarabangsa Mengenai Hak Asasi (IFHR) semalam menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 640 orang yang telah terkorban.

"Ini amat, amat serius. Rakyat Libya tidak akan berhenti untuk menamatkan pemerintahan 41 tahun Gaddafi ini," kata Mismari.

NONE"Ini adalah penamat kepada Muammar Gaddafi. Beliau langsung tidak memperoleh lima peratus sokongan rakyat negaranya," katanya.

Mismari berkata, apa yang menyedihkan regim Gaddafi menembak secara rambang rakyat yang memprotes. Katanya lagi, tidak sepatutnya tentera udara juga diarahkan melepaskan tembakan dari pesawat.

Beliau berkata, Gaddafi akan bernasib baik sekiranya dia terbunuh atau rakyat negara itu akan mendakwanya di mahkamah seperti Saddam Hussein.

- AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

M'sia berbeza dengan negara Arab, kata Rais

Posted: 23 Feb 2011 06:11 PM PST

Rakyat Malaysia tidak harus terikut-ikut dengan propaganda pembangkang untuk mengadakan protes seperti yang sedang berlaku di beberapa negara Arab sekarang, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.

NONEBeliau berkata keadaan sistem politik di negara-negara tersebut dengan Malaysia adalah berbeza, lantaran tidak ada sebab untuk mana-mana pihak di negara ini untuk meminta rakyat melakukan perkara yang sama.

Berbeza dengan negara-negara yang dilanda kebangkitan itu, Malaysia mempunyai perlembagaan kukuh yang menjamin hak rakyat, katanya selepas merasmikan persidangan tahunan 2011 serentak cawangan-cawangan Umno bahagian Cheras di Kuala Lumpur, malam semalam.

NONESelain itu, beliau berkata Malaysia mempunyai sistem demokrasi di mana rakyat berhak memilih parti dan kerajaan yang mereka mahu setiap lima tahun secara bebas.

"Sedangkan di negara-negara itu tiada perlembagaan yang kukuh seperti kita dan tidak mempunyai pilihan raya bebas untuk memilih pemimpin," katanya.

NONESementara itu, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa negara-negara Islam termasuk Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) melakukan sesuatu untuk menghentikan kekejaman dan pembunuhan ke atas rakyat Libya.

"Kami mengutuk keras langkah dan tindakan Muammar Gaddafi yang terus menindas dan mendera rakyat dan mendoakan agar rakyat Libya terus bangkit menolak pimpinan yang rakus ini," katanya pada satu sidang media, petang semalam.

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan