Ahad, 27 Februari 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Gaddafi pertahan Tripoli

Posted:

Gaddafi pertahan Tripoli

Gaddafi pertahan Tripoli


MUAMMAR Gaddafi melambai tangan ke arah ratusan penyokongnya yang berhimpun di Dataran Hijau, kelmarin selepas memberitahu mereka supaya bersedia mempertahankan Tripoli. – AFP/Libyan tv


TRIPOLI 26 Feb. – Senario di Libya terus meruncing. Keadaan dilihat semakin tidak memihak kepada pemimpin veteran Libya, Muammar Gaddafi.

Semua petunjuk memperlihatkan pemimpin itu sudah hilang kawalan ke atas beberapa wilayah di timur negara itu, setelah beberapa bandar jatuh di tangan penunjuk perasaan antikerajaan.

Namun, Gaddafi enggan tunduk, sebaliknya berikrar akan terus mempertahankan pemerintahannya.

Dalam ucapannya semalam, Gaddafi berikrar akan membuka gudang senjata Libya kepada penyokongnya, membayangkan Tripoli akan bermandi darah jika penentang rejim cuba menawan ibu negara ini.

Dalam ucapan ringkasnya yang berapi-rapi dan penuh amaran di Dataran Hijau, Tripoli semalam memberitahu ratusan penyokongnya supaya bersiap sedia untuk mempertahankan ibu negara ini.

Sementara itu, Duta Libya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mohammed Shalgham, rakan Gaddafi sejak kecil, menjadi pegawai terbaru berpaling tadah, menyusuli timbalannya, Ibrahim Dabbashi yang berbuat demikian, baru-baru ini.

"PBB, tolong selamatkan Libya. Tolong cegah pertumpahan darah, tolong cegah pembunuhan orang tidak bersalah.

"Kami meminta satu resolusi yang tegas, segera dan berani daripada anda semua," kata Shalgham kepada Majlis Keselamatan PBB.

Sementara itu, penyokong setia Gaddafi membunuh ramai orang apabila mereka melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan yang menyertai perarakan antikerajaan di Tripoli, semalam.

Ketika berucap dari atas bumbung sebuah bangunan di Tripoli semalam, Gaddafi menggesa penyokong yang berhimpun di Dataran Hijau di bawah sana supaya 'mempertahankan Libya dan jika perlu, kita akan membuka semua gudang senjata'.

"Kita akan memerangi mereka dan kita akan menewaskan mereka," katanya sementara penyokong menjulang potret beliau dan mengibarkan bendera hijau negara ini.

Hampir seluruh bahagian timur negara di Afrika Utara ini sudah terlepas daripada cengkaman Gaddafi sejak pemberontakan rakyat bermula di bandar pelabuhan Benghazi pada 15 Februari lalu.

Ucapan semalam adalah kenyataan terbuka ketiga yang dibuat oleh Gaddafi dalam minggu ini, selepas beliau menggesa pengikutnya supaya menumpaskan pemberontak dan kemudian menuduh rangkaian al-Qaeda menghasut golongan muda 'yang khayal dengan dadah' supaya bangkit untuk menumbangkan beliau. – AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemberontak kuasai kawasan terhad - Seif

Posted:

Pemberontak kuasai kawasan terhad - Seif

Pemberontak kuasai kawasan terhad - Seif

TRIPOLI 26 Feb. - Anak lelaki Muammar Gaddafi, Seif al-Islam semalam mendakwa pertempuran dengan pemberontak yang telah menawan sebahagian besar negara ini adalah terhad.

Beliau menjangka gencatan senjata akan dicapai menerusi rundingan di dua bandar bergolak dalam sehari dua ini.

Ketika bercakap dengan wartawan asing di Tripoli, Seif al-Islam berkata, pemberontak yang menyerah diri tidak akan diapa-apakan dan Libya memerlukan pembaharuan.

Dakwaan beliau mengenai keadaan di negara ini, bagaimanapun kelihatan bercanggah dengan apa yang berlaku di Libya sejak beberapa hari lalu dan dengan laporan penduduk di Tripoli dan sekitarnya. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BN dicabar Pas di Merlimau

Posted:

BN dicabar Pas di Merlimau

BN dicabar Pas di Merlimau


CALON BN, Roslan Ahmad (kanan) bersama calon Pas, Yuhaizad Abdullah melambai tangan kepada petugas media semasa proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau di Melaka, semalam.


JASIN 26 Feb. - Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N.27 Merlimau pada 6 Mac ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan Pas.

BN mempertaruhkan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin, Roslan Ahmad, 44, manakala Pas meletakkan Timbalan Ketua Dewan Pemudanya, Yuhaizad Abdullah, 38.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Merlimau, Roslan Eusoff mengumumkan nama kedua-dua calon pada pukul 11. 25 pagi ini di Dewan Platinum Politeknik Merlimau di sini.

Kehadiran Roslan di pusat penamaan calon tersebut diiringi oleh Ketua Menteri yang juga Pengarah Pilihan Raya BN negeri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta ribuan penyokong BN.

Turut mengiringi anak kepada bekas Ahli Parlimen Jasin, Allahyarham Datuk Ahmad Ithnin dan anak saudara kepada bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin itu ialah Presiden MIC, Datuk G. Palanivel dan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Hadir sama Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong.

Yuhaizad pula diiringi oleh Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam pada itu, penyokong BN mula berkumpul seawal pukul 6.45 pagi di pekarangan Bilik Gerakan Pilihan Raya BN Common Centre di sini, manakala para penyokong Pas berkumpul di padang Sime Darby Merlimau.

Proses penamaan calon berjalan lancar dengan perhimpunan para penyokong kedua-dua parti dipisahkan dalam jarak 100 meter sambil diawasi pasukan polis.

Tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku antara penyokong kedua-dua parti.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan dari UMNO pada 20 Januari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham Mohamad Hidhir mengekalkan kerusinya apabila menang dengan majoriti 2,154 undi menewaskan calon Pas, Jasme Tompang.

Berdasarkan Daftar Pemilih Suku Ketiga 2010 yang dikemaskini sehingga 20 Januari lalu, jumlah pengundi di DUN Merlimau ialah 10,679 termasuk 36 pengundi pos.

Daripada jumlah itu, kaum Melayu adalah seramai 6,850 orang (64.1 peratus), Cina (2,225 atau 20.84 peratus), India (1,567 atau 14.67 peratus), Bumiputera Sabah (9 atau 0.08 peratus), Bumiputera Sarawak (12 atau 0.11 peratus), Orang Asli (1 atau 0.01 peratus) dan lain-lain (15 atau 0.14 peratus).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan