Rabu, 29 Februari 2012

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Pemandu teksi Malaysia dipenjara di Shiraz, Iran

Posted:

Pemandu teksi Malaysia dipenjara di Shiraz, Iran

Oleh UMAVATHI RAMAYAH
uma.ramayah@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 29 Feb. - Gara-gara termakan pujukan seorang lelaki warga Nepal yang menawarkan pekerjaan di luar negara, seorang pemandu teksi lelaki rakyat tempatan kini terpaksa meringkuk di penjara Adel Abad, Shiraz, Iran.

Mangsa berusia 40 tahun ditahan di Lapangan Terbang Shiraz pada tahun 2010 kerana kesalahan cuba menyeludup keluar tiga kilogram dadah jenis kokain dalam sebuah kotak yang dimuatkan dalam beg mangsa.

Sumber memberitahu, mangsa hanya mengenali lelaki Nepal itu sebulan sebelum kejadian tersebut berlaku ketika dia menaiki teksinya di ibu negara.

Menurut sumber, mangsa dijanjikan dengan gaji lumayan tetapi dengan syarat perlulah membawa sebuah kotak kononnya berisi barang berharga dari Shiraz ke Malaysia.

"Mangsa yang tidak mencurigai lelaki itu hanya menuruti kehendaknya namun semasa hendak keluar untuk ke Malaysia, dia ditahan pihak penguat kuasa Lapangan Terbang Shiraz," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

Guru, anak rentung kereta bertembung

Posted:

Guru, anak rentung kereta bertembung

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 29 Feb. - Dua beranak rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Kampung Padang Kala, Jalan Pasir Putih-Kota Bharu dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 malam, Che Arminudin Abdullah, 42, seorang guru dan anak perempuannya, Marissan Alma, 4, berasal dari Kampung Seberang Kastam, Besut, Terengganu maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, ketika kejadian Che Arminuddin yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Rush dari arah Kota Bharu menghala ke Pasir Puteh.

Menurut beliau, kereta yang dipandu mangsa dikatakan terbabas lalu melanggar tiang sebelum masuk ke lorong bertentangan.

"Kenderaan itu kemudian bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger dipandu oleh Azaizurien Ahmad, 33, dan penumpang Siti Nor Azreen Md. Yani, 24, menyebabkan kedua-duanya terbakar.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Surat Dr M kepada Israel didedah

Posted: 29 Feb 2012 01:51 PM PST

Nasional

TIGA  surat Dr Mahathir yang dihantar kepada  Perdana Menteri Israel. - Foto Nurul Shafina Jemenon

TIGA surat Dr Mahathir yang dihantar kepada Perdana Menteri Israel. - Foto Nurul Shafina Jemenon

KUALA LUMPUR: Kerajaan semalam mendedahkan tiga surat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri Israel yang jelas menunjukkan ketegasan Malaysia terhadap kekejaman Israel.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata tiga surat itu adalah bagi menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa Kerajaan Malaysia tidak konsisten dalam pendirian dan dasar mengenai Palestin.

Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata ia adalah surat Dr Mahathir kepada Yitzhak Rabin bertarikh 21 Disember 1993, kepada Benyamin Netanyahu bertarikh 14 Mac 1997 dan Ehud Barak bertarikh 8 Jun 1999. "Saya ingin menyatakan bahawa sebagai satu dasar, Malaysia selama ini telah secara konsisten memberi sokongan sepenuhnya kepada perjuangan rakyat Palestin untuk mencapai satu penyelesaian yang adil dan komprehensif terhadap konflik Palestin-Israel dan penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

"Kandungan surat itu jelas menunjukkan pendirian yang berprinsip dan ketegasan Malaysia terhadap tindakan haram dan kekejaman Israel yang menggugat pelaksanaan proses damai dan gesaan beliau kepada Israel untuk memenuhi tanggungjawab dan melaksanakan semua perjanjian yang telah dimeterai di antara Palestin dan Israel," katanya.

Beliau berkata ini termasuk Perjanjian Oslo yang ditandatangani oleh Allahyarham Yasser Arafat bagi pihak Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan Shimon Peres dari Israel pada 13 September 1993 berhubung Principles and Mutual Recognition (Prinsip dan Pengiktirafan Bersama) antara Israel dan PLO.

Anifah berkata sebagai Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir tidak pernah menyatakan sokongan kepada Israel atau keselamatan negara berkenaan dan surat beliau sama ada secara tersurat atau tersirat, tidak sesekali menunjukkan Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.
"Kesediaan Malaysia mengadakan hubungan dengan Israel adalah tertakluk kepada pelaksanaan sepenuhnya oleh Israel (terhadap) semua resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan, termasuk permohonan Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB berdasarkan sempadan 4 Jun 1967, dengan Al-Quds Al-Sharif sebagai ibu negara Palestin. Ini adalah pendirian Malaysia selama ini," katanya.

Anifah berkata surat itu mencerminkan peranan dan usaha Dr Mahathir dan Malaysia sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan dihormati oleh masyarakat antarabangsa dalam membantu mencari penyelesaian yang adil dan berkekalan terhadap konflik itu dalam mengembalikan martabat rakyat Palestin yang sekian lama ditindas. – BERNAMA

Tolak syor bukan Islam jadi pemimpin No 2

Posted: 29 Feb 2012 01:50 PM PST

Nasional

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS (DPPP), Nasruddin Hassan menolak cadangan Timbalan Presiden PAS dari kalangan bukan Islam kerana ia bertentangan dengan syarak yang melarang pelantikan bukan Islam dalam kepemimpinan Jemaah Islam.

Beliau berkata, walaupun menolak pelantikan orang bukan Islam untuk jawatan dalam kepemimpinan tertinggi parti itu, namun tidak bermakna DPPP menentang segala bentuk pakatan atau kerjasama dengan orang bukan Islam.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad yang menyatakan parti itu sedia menerima seorang timbalan presiden dari kalangan bukan Islam sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir. Dzulkefly menjelaskan dalam Islam ada dua perkara iaitu perkara tetap dan perkara yang boleh berubah iaitu politik.

"PAS mesti dikekalkan sebagai parti yang seratus peratus berjiwa dan berwajah Islam (dalaman dan luarannya) dan pada masa yang sama ia membuka ruang kerjasama dan tahaluf (pakatan) yang seluas-luasnya dengan siapa saja memperjuangkan keadilan selagi tidak melanggari syariat.

"Tidak usahlah kita membuka kepemimpinan jemaah kepada orang bukan Islam kerana ia bercanggah dengan syariat Islam, sebaliknya kita mengeratkan kerjasama dan pakatan dengan mereka dalam mewujudkan amalan politik dan pemerintahan yang bersih dan adil untuk semua rakyat Malaysia," katanya dalam laman sosial peribadinya di sini, semalam.

Di PUTRAJAYA, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sinis terhadap kesediaan PAS melantik pemimpin bukan Islam sebagai timbalan presiden parti itu.
"Dulu dia (PAS) kata kita kafir dan sekarang mereka pula mahu bekerjasama dan ketua parti dengan bukan Islam tetapi kita tidak kata pun mereka sedemikian.

"Kita tengok setakat mana... sepatutnya PAS melantik bukan Islam sebagai presiden... bukannya hanya terhad kepada jawatan timbalan presiden. PAS patut melantik Penasihat DAP, Lim Kit Siang, sebagai presiden parti itu," katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat pemimpin tertinggi Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, semalam.

Selain itu, Dr Mahathir berkata dakwaan bekas Menteri Pelancongan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, bahawa pengundi di Kulim mata duitan dan perlu dibayar antara RM200 hingga RM1,000 bagi mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya merujuk kepada dirinya sendiri yang berbuat demikian untuk memancing undi.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata beliau menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang memberikan akses penuh kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi meneliti dokumen pengisytiharan harta anggota pentadbiran kerajaan, termasuk menteri dan keluarga mereka.

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


UMNO Kelantan beri jaminan

Posted:

UMNO Kelantan beri jaminan

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my


MUSTAPA Mohamed bersalaman dengan orang ramai pada Majlis Malam Mesra bersama NGO di Hotel Grend Riverview, Kota Bharu, semalam. - UTUSAN/ROSNI MASRI


KOTA BHARU 29 Feb. - UMNO Kelantan memberi jaminan akan memilih calon terbaik untuk mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Jaminan itu dinyatakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam Majlis Malam Mesra bersama lebih 1,000 pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sebuah hotel di sini malam tadi.

Mustapa bagaimanapun berkata, tidak semestinya calon yang dipilih itu dapat memuaskan hati semua pihak kerana tiada individu yang sempurna sifatnya.

"Sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, saya akan berusaha sedaya termampu untuk pastikan calon-calon terbaik. Selepas dipilih kena setuju, jangan ada cah keting, sabotaj. Kita kena pastikan akan ada gelombang merah untuk bawa perubahan di Kelantan," katanya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Ahli Parlimen Sabak Bernam, pembantu khas didapati bersalah

Posted:

Ahli Parlimen Sabak Bernam, pembantu khas didapati bersalah


Abdul Rahman


SHAH ALAM 29 Feb. - Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantu khasnya, Rosli Busro didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan rasuah membabitkan lapan tuntutan palsu bagi program yang tidak dijalankan, empat tahun lalu.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap lapan pertuduhan itu.

Beliau bagaimanapun menetapkan esok untuk mendengar rayuan bagi meringankan hukuman oleh kedua-dua tertuduh melalui peguam mereka sebelum menjatuhkan hukuman.

Terdahulu, peguam Afifuddin Hafifi memohon agar rayuan dan hukuman ditangguhkan esok kerana kedua-dua anak guamnya memerlukan masa untuk membuat persediaan bagi membayar denda yang dianggarkan sebanyak RM400,000.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Didik, pulihara alam sekitar

Posted:

Didik, pulihara alam sekitar

Oleh NOREHAN SALEH
utusanktn@gmail.com


Antara peserta dari Telekom Malaysia yang terlibat menjayakan program Bumiku dalam memastikan kawasan hijau di Pahang terus terpelihara untuk generasi akan datang.


KUANTAN 29 Feb. - Dalam kesibukan bagi meningkatkan prasarana telekomunikasi negara, syarikat Telekom Malaysia Berhad (TM) tidak pernah lupa dalam menjalankan tanggungjawab sosial mereka terhadap alam sekitar.

Tanggungjawab itu digalas dalam menyahut seruan kerajaan bagi mencapai jumlah 26 juta pokok menjelang 2014 melalui program Bumiku di Stesen Pemancar Bukit Pelindung di sini,baru-baru ini.

Menerusi program itu, seramai 100 anggota TM Pahang menyertai program tersebut dengan menanam 100 anak benih pelbagai jenis pokok di kawasan itu sekali gus menunjukkan semangat mereka dalam memulihara alam sekitar.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

Pendakwah perlu lebih kerap dampingi Orang Asli

Posted:

Pendakwah perlu lebih kerap dampingi Orang Asli

MARAN 29 Feb. - Seramai 23 keluarga Orang Asli dari Perkampungan Paya Taman dekat sini meminta pendakwah Islam berkunjung lebih kerap ke kampung mereka kerana minat mendalam penduduk untuk mengenali agama Islam.

Tok Batin Kampung Paya Taman, Wahab Noh, 46, berkata, majoriti mereka sangat tertarik terhadap ajaran Islam, namun pendedahan terhadap agama itu sangat kurang.

Katanya, ketika ini penduduk yang berjumlah kira-kira 70 orang daripada 23 keluarga masih mengikuti fahaman nenek moyang walaupun semakin terdedah dengan pengaruh moden.

"Kedatangan rombongan pendakwah dari Pejabat Agama Islam Daerah Chenor diketuai ustaz Shahruwardi Ishak sangat menggembirakan penduduk untuk mendekati Islam.

"Kami berharap usaha mendekati Orang Asli dilakukan lebih kerap lagi," katanya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

Gangguan bekalan air hari ini

Posted:

Gangguan bekalan air hari ini

KUANTAN 29 Feb. - Beberapa kawasan di sekitar Chenor, Maran akan mengalami gangguan bekalan air bermula pukul 9 pagi esok.

Antara kawasan terlibat adalah Kampung Seberang Chenor, Paya Besar, Kampung Pesagi, Teluk Kertau, Kampung Nyak, Kampung Bukit Hijau, Kampung Bohor Baru, Bukit Rok, Bukit Serdang dan kawasan berhampiran.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pengurusan Air Pahang (Paip), gangguan sehingga tengah malam itu disebabkan kerja-kerja mencuci mendapan tangki di Loji Bukit Kertau.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan terbabit diminta menyimpan air secukupnya bagi mengelak sebarang kesulitan.

Utusan Online - Rencana

Utusan Online - Rencana


Membentuk ketumbukan disegani

Posted:

Membentuk ketumbukan disegani

TENTERA Darat menyambut hari ulang tahunnya ke-79 hari ini. Sejarah Tentera Darat bermula apabila ia ditubuhkan pada 1 Mac 1933 dengan kekuatan satu kompeni percubaan terdiri daripada 25 orang anak Melayu.

Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Tentera Darat telah berkembang maju dan lengkap untuk menjalankan operasi kecemasan.

Sebagai sebuah pasukan terpenting dan terbesar dari segi jumlah keanggotaan, Tentera Darat dilihat sebagai satu ketumbukan yang lengkap dan mampu digerakkan dalam apa jua situasi terutamanya jika negara terlibat dalam sebarang konflik ketenteraan. Ikuti temu bual wartawan Utusan Malaysia, SOFIAN BAHAROM dan SYUKRI SHAARI dengan Panglima Tentera Darat, JENERAL DATUK ZULKIFLI ZAINAL ABIDIN yang antara lain mengupas isu serta cabaran Tentera Darat kini dan masa akan datang di Kementerian Pertahanan, baru-baru ini.

...

Sila dapatkan naskah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

Elak teguran melulu terhadap aset pertahanan negara

Posted:

Elak teguran melulu terhadap aset pertahanan negara

ISU perolehan aset pertahanan adalah satu perkara yang amat sensitif dan setiap negara tidak kira kecil atau besar terpaksa menghadapi kritikan kerana kesan perolehan tersebut adalah melampaui sempadan fizikal negara tersebut.

Singapura umpamanya lazim dipersoalkan oleh jiran-jiran terdekat kerana memperuntukkan bajet pertahanan yang begitu besar sedangkan rantau ini tidak menghadapi konflik yang kritikal. Setiap pembelian tidak kira jet pejuang, kapal selam atau helikopter tempur sering dipandang serong oleh negara lain kerana khuatir terhadap niat sebenar Singapura.

Sebenarnya setiap ulasan dari negara jiran tidak begitu memberi kesan kepada strategi perolehan aset pertahanan kerana setiap pembelian adalah berdasarkan keperluan negara tersebut dan bukannya negara jiran.

Singapura sekali lagi adalah contoh terbaik kerana walaupun berhadapan kritikan sinis, pemimpin republik itu tetap dengan pendirian berbelanja besar adalah prasyarat untuk mendapatkan teknologi terbaik dan terkini.

...

Sila dapatkan naskah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh.

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Hotel sedia serah rakaman CCTV

Posted:

Hotel sedia serah rakaman CCTV

Hotel sedia serah rakaman CCTV

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
shahrulanoor.ishak@kosmo.com.my

INILAH hotel terkenal di Pantai Balok, Kuantan, tempat Dr. Badrulamin didakwa berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang.


KUANTAN - Pihak pengurusan hotel di Pantai Balok di sini, yang menjadi lokasi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron (gambar kecil) ditangkap atas dakwaan berkhalwat dengan isteri orang pada Sabtu lalu, bersedia untuk menyerahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai kes berkenaan kepada pihak berkuasa.

Menurut jurucakap hotel tersebut, pihaknya tidak mempunyai masalah memberi kerjasama kepada pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan polis sekiranya diminta berbuat demikian untuk membantu siasatan berhubung kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3 pagi Sabtu lalu itu.

"Tiada masalah untuk menyerahkan rakaman CCTV tetapi ia perlu mengikut prosedur yang akan ditetapkan oleh pihak hotel ini.

"Sebelum ini pun, apabila berlaku kes jenayah kecurian, pihak kami akan memberi rakaman CCTV tersebut kepada polis bagi membantu siasatan.

"Tambahan pula apabila dikatakan ada kejadian membelasah pelanggan yang mencalar imej hotel ini, kita sedia bekerjasama kalau polis mahu menyiasat," kata jurucakap itu lagi ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Penganjur konsert Erykah akur keputusan Puspal

Posted:

Penganjur konsert Erykah akur keputusan Puspal

Penganjur konsert Erykah akur keputusan Puspal

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my


KERATAN Kosmo! semalam.


KUALA LUMPUR – Penganjur konsert Erykah Badu, Pineapple Concerts Sdn. Bhd., akur dengan keputusan Agensi Pusat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) yang membatalkan konsert penyanyi itu yang sepatutnya diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) malam tadi.

Pengarah Urusannya, Razman Razali berkata, sebelum ini, pihaknya telah cuba sedaya upaya agar konsert penyanyi funk, hip-hop dan soul terkenal Amerika Syarikat itu dapat diteruskan tetapi Puspal tetap dengan keputusan untuk menarik balik permit konsert yang telah diluluskan sebelum ini.

"Sebaik sahaja kami diberitahu oleh Puspal tentang pembatalan konsert ini, saya terus mengadakan pertemuan dengan mereka dengan harapan konsert yang sepatutnya berlangsung di KLCC pada malam ini (malam tadi) tidak dibatalkan.

"Bagaimanapun, sewaktu hadir di pejabat Puspal saya hanya dimaklumkan bahawa permit konsert yang diluluskan pada Disember 2011 itu telah ditarik balik dan menyebabkan konsert yang sepatutnya berlangsung malam ini (malam tadi) terpaksa dibatalkan," ujarnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

PM lancar Cabaran Mobiliti Hijau

Posted:

PM lancar Cabaran Mobiliti Hijau

PM lancar Cabaran Mobiliti Hijau


NAJIB melancarkan Cabaran Mobiliti Hijau Proton 2012 sambil diperhatikan Mohd. Nadzmi (dua dari kiri), Syed Zainal Abidin (kiri), Kamal Jit (dua dari kanan) dan Rozario (kanan) di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Pasukan daripada 10 universiti tempatan akan bersaing pada cabaran menukar kereta Proton Saga berenjin konvensional kepada kenderaan elektrik sepenuhnya pada Cabaran Mobiliti Hijau Proton 2012 anjuran Proton Holdings Bhd. dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melancarkan cabaran itu berkata, ia merupakan contoh terbaik bagaimana pihak industri, ahli akademik dan kerajaan bekerjasama bagi mencapai matlamat bagi menangani isu-isu utama masyarakat.

Beliau berkata, kerjasama tiga komponen utama yang membentuk triple helix di bawah program Pemaju Inovasi AIM itu dibangunkan dalam usaha mempercepatkan lagi inovasi teknologi dalam negara.

"Dengan penambahan satu lagi komponen iaitu rakyat, jadilah ia sebagai Quadruple Helix," katanya pada majlis pelancaran cabaran itu di sini semalam.

Turut hadir, Pengerusi Proton, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh, Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Ketua Pegawai Eksekutif Unit Inovasi Khas, Datuk Dr. Kamal Jit Singh dan Ketua Pegawai Eksekutif AIM, Mark Rozario.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


ECER tarik RM9 bilion

Posted: 28 Feb 2012 01:54 PM PST

MukaDepan

NAJIB dan Muhyiddin bergambar bersama pelabur di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang membabitkan jumlah pelaburan bernilai RM9 bilion pada suku pertama 2012 selepas menyaksikan majlis Pertukaran Dokumen Komitmen Pelaburan di wilayah berkenaan di Putrajaya, semalam. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

NAJIB dan Muhyiddin bergambar bersama pelabur di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang membabitkan jumlah pelaburan bernilai RM9 bilion pada suku pertama 2012 selepas menyaksikan majlis Pertukaran Dokumen Komitmen Pelaburan di wilayah berkenaan di Putrajaya, semalam. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

12 projek di Pahang, Terengganu, Kelantan dan Mersing, Johor wujud 20,000 peluang kerja

PUTRAJAYA: Pembangunan dan kemajuan kawasan pantai timur semenanjung akan bertambah pesat berikutan keyakinan pelabur untuk melaksanakan 12 projek yang membabitkan pelaburan bernilai RM9 bilion di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dalam tempoh tiga bulan mulai Januari tahun ini.

Projek oleh syarikat tempatan serta gabungan syarikat asing itu membabitkan sektor pelancongan, pembuatan, pendidikan teknikal tinggi, akuakultur dan automotif yang dijangka mewujudkan hampir 20,000 peluang pekerjaan serta menyumbang RM6 bilion kepada pendapatan negara kasar (GNI) menjelang 2020.

Kejayaan menarik pelaburan besar itu membolehkan ECER menghampiri sasaran pelaburan RM10 bilion untuk tahun 2012 seperti yang diunjurkan oleh Majlis Pembangunan ECER (ECERDC). Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Jebasinggam Issace John, berkata pihaknya akan menyemak semula unjuran pelaburan asal itu dan mungkin dinaikkan sehingga RM15 bilion, selaras dengan minat yang ditunjukkan pelabur terhadap pembangunan di wilayah itu.

Katanya, pelaburan itu membabitkan sembilan projek baru, termasuk dua bernilai RM5.5 bilion di Mersing, Johor; lima projek bernilai RM2 bilion di Pahang dan masing-masing satu projek bernilai RM1 bilion di Terengganu dan RM500 juta di Kelantan.

Awal Januari lalu, tiga pelaburan baru bernilai RM363 juta diluluskan di ECER. Ternyata pelaburan asas kerajaan bernilai RM2 bilion bagi pembangunan infrastruktur di ECER berjaya merangsang serta menarik pelaburan swasta, katanya pada sidang media selepas mesyuarat ECERDC yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di sini semalam.

Perdana Menteri turut menyaksikan upacara pertukaran dokumen komitmen pelaburan antara wakil pelabur dengan ECERDC. Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Pelaburan terbesar adalah dalam sektor pelancongan dengan Radiant Starfish Development Bhd merancang melabur RM4.2 bilion bagi membangunkan pusat peranginan eko-pelancongan bersepadu, Mersing Laguna, di tanah seluas 809 hektar yang ditambak di luar pantai Mersing. Ia dijangka mewujudkan 12,600 peluang pekerjaan menjelang 2014.
Damansara Assets Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Johor Corporation pula akan melabur RM1 bilion bagi membangunkan bandar peranginan Resort Bersepadu Tanjung Leman dan Bandar Pesisir Pantai di kawasan seluas 142 hektar di Mersing yang dijangka mewujudkan 1,500 peluang kerja.

Sementara itu, Encorp Berhad membangunkan pusat peranginan pelancongan bersepadu dan padang golf antarabangsa di Cherating, Pahang dengan nilai pembangunan kasar RM1.3 bilion, di tapak seluas 404 hektar. Projek yang dijangka bermula pada suku kedua 2012 itu diunjur mampu mewujudkan 3,000 peluang kerja.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Kosmo Online

Kosmo Online


Penduduk mahu tradisi Tg. Tokong dipelihara

Posted:

Penduduk mahu tradisi Tg. Tokong dipelihara

Penduduk mahu tradisi Tg. Tokong dipelihara

29/02/2012 7:51pm

GEORGETOWN - Penduduk kampung Tanjung Tokong di sini mahukan elemen tradisi dikekalkan di bawah pelan pembangunan kampung itu supaya masyarakat Melayu berusia lebih 100 tahun di situ tidak hilang ditelan arus permodenan.

Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Tanjung Tokong, Salleh Yahaya berkata, Uda Holdings, syarikat korporat yang membangunkan kampung itu perlu menghormati keputusan kerajaan negeri yang telah mengisytiharkan kawasan Tanjung Tokong sebagai kampung warisan.

"Sesudah pengumuman dibuat, pembangunan yang dilaksanakan haruslah bercorak warisan termasuk mengekalkan madrasah Al-Taqwa, warisan Persekutuan Setia Tanjung Tokong dan memelihara rumah-rumah yang masih punya seni bina tradisional," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Salleh berkata, warisan yang dimaksudkan tidak semestinya seperti muzium atau galeri tetapi sebuah perkampungan dengan masyarakatnya yang aktif.

Beliau berkata, dasar pembangunan yang rakus menerusi pemilikan tanah hanya memihak kepada syarikat korporat yang membolehkan pihak swasta menjalankan projek mencari keuntungan tanpa menghiraukan warisan yang telah sedia wujud di situ. - BERNAMA

Pemandu lori hadapi 16 tuduhan tipu

Posted:

Pemandu lori hadapi 16 tuduhan tipu

Pemandu lori hadapi 16 tuduhan tipu

29/02/2012 7:47pm

SHAH ALAM - Seorang pemandu lori hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 16 tuduhan menipu dengan mengemukakan resit palsu kepada majikannya membabitkan nilai keseluruhan RM18,536.60, dua tahun lepas.

Chan Ban Hoo, 41, didakwa mengemukakan 16 resit palsu berjumlah RM18,536.60 dengan tujuan untuk menipu syarikat pembekal ayam dan itik, Sang Lee Trading, di Taman Sri Serdang dekat sini, antara 30 Julai dan 3 September 2010.

Bapa kepada seorang anak itu didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Mohd. Fadhir Harun membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 2 April ini untuk sebutan semula kes.

Mahkamah turut memerintahkan Chan menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sehingga kes itu selesai.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Asma Nadiah Abdul Rahman sementara tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

Pegawai latihan vokasional didakwa terima rasuah

Posted:

Pegawai latihan vokasional didakwa terima rasuah

Pegawai latihan vokasional didakwa terima rasuah

29/02/2012 7:42pm

SHAH ALAM - Seorang pegawai latihan vokasional dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memperoleh rasuah berjumlah RM3,370 daripada pemilik sebuah syarikat pembekal aksesori komputer pada April tahun lepas.

Muhamad Hanusi Hasim, 34, dari Tronoh, Perak, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim M. Bakri Abdul Majid.

Tertuduh yang bertugas di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) didakwa memperoleh suapan itu daripada Mohamad Syafik Mahali, 34, sebagai dorongan agar tertuduh tidak membatalkan barang tambahan dan penukaran barang syarikat Global Frequencies Media milik Mohamad Syafik bagi kerja membekalkan Bahan Guna Habis Untuk Unit Infra (aksesori komputer).

Muhamad Hanusi didakwa melakukan kesalahan itu di Kompleks PKNS di sini pada pukul 3.26 petang, 28 April 2011. - BERNAMA

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Kanak-kanak disyaki didera ibu tiri nyaris ambil keputusan bunuh diri

Posted: 29 Feb 2012 04:24 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun nyaris mengambil keputusan membunuh diri kerana disyaki tidak tahan dengan penderaan ibu tirinya di Jinjang Utara di sini.

Mangsa ditemui dengan kesan lebam di bahagian pipi dan lengan kiri dipercayai didera oleh ibu tiri dengan kayu pada 20 Feb lalu hanya kerana mangsa telah membawa sijil kelahiran ke sekolah untuk menyertai pasukan bola keranjang tanpa memaklumkan kepadanya.

Berikutan itu, satu laporan polis telah dilakukan oleh pak cik mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada 21 Feb lepas apabila mendapati masalah tersebut semakin serius.

"Dia berasa amat takut dan tidak dapat menumpukan perhatian ke atas pelajarannya sekarang dan mengadu ingin bunuh diri," kata pak cik mangsa, 31, ketika ditemui pemberita di sini hari ini.


Katanya kanak-kanak tersebut kini ditempatkan di rumah neneknya di Rumah Panjang Jinjang Utara kerana tidak gembira tinggal bersama dengan ibu tiri dan bapa kandung yang merupakan seorang penagih dadah.


"Saya juga difahamkan bahawa pihak polis telah memberkas ibu tiri mangsa dan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan selanjutnya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Heng Seai Kei yang melawat mangsa penderaan itu hari ini berkata kementeriannya di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) akan menempatkan mangsa di rumah neneknya selama sebulan bagi tujuan siasatan kes.

"Kita akan berunding dengan bapa mangsa dengan harapan kedua-dua pihak akan mencapai kata sepakat tetapi jika ia tidak berjaya, kes ini akan dibawa ke mahkamah bagi menempatkan mangsa terus di bawah jagaan nenek sehingga dia berumur 18 tahun," katanya.

Beliau menyeru orang ramai untuk menghubungi Talian Nur 15999 sekiranya mendapat sebarang maklumat kes penderaan berlaku di kawasan perumahan mereka. -- BERNAMA



Dua beranak Orang Asli disondol babi hutan

Posted: 29 Feb 2012 04:22 AM PST

KUALA TERENGGANU: Rutin seorang wanita Orang Asli bersama dua anaknya mengutip kayu api yang terletak berhampiran Kampung Sungai Berua, Hulu Terengganu bertukar mimpi ngeri hari ini apabila mereka diserang seekor babi hutan, menyebabkan dua daripada mereka cedera.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, wanita yang hanya dikenali sebagai Dajang, 62, dari Kampung Sungai Berua, luka di kaki dan tangan manakala anak perempuannya Sallek Bakar, 30-an cedera parah hampir di seluruh badan akibat disondol haiwan seberat 70 kilogram itu.

Kedua-dua beranak itu kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini. Seorang lagi anak Dajang, berjaya menyelamatkan diri.

Dajang ketika ditemui berkata dia dan dua anaknya sentiasa ke hutan yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumah mereka untuk mencari bahan bakar itu bagi kegunaan sendiri.


"Ketika sedang leka mengutip ranting kering, tiba-tiba kelibat seekor babi hutan menghampiri bersama bunyi dengusan. Saya menoleh ke belakang dan alangkah terkejutnya mendapati ada seekor babi besar setinggi hampir paras pinggang tidak jauh dari kami.


"Belum sempat kami selamatkan diri, babi hutan itu terus menyerang menggigit bahagian kaki dan tangan saya. Pada masa itu juga, seorang anak perempuan saya mengambil sebatang kayu dan cuba memukul binatang itu," katanya ketika ditemui Bernama di HSNZ di sini hari ini.

Menurutnya tindakan anaknya itu hanya mengundang rasa marah haiwan berkenaan menyebabkan dia diserang dengan teruk.

"Selepas bergelut hampir lima minit keadaan Sallek semakin lemah dan saya menjerit meminta tolong apabila melihat Sallek berlumuran darah," katanya.

Beliau berkata jeritan itu hanya sia-sia kerana tidak didengari penduduk kampung dan mereka keluar meminta pertolongan selepas babi hutan itu beredar. -- BERNAMA



Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Latihan tangani krisis bencana alam

Posted:

Latihan tangani krisis bencana alam

Latihan tangani krisis bencana alam

Oleh KHAIRUL NAJIB ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my


Sebahagian penuntut USM yang terlibat dalam program latihan teknik membantu mangsa bencana alam di Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini.


TELOK KEMANG 28 Feb. – Pelbagai bencana alam yang melanda Asia sejak kebelakangan ini telah memberi inspirasi kepada Universiti Sains Malaysia (USM) untuk menggerakkan latihan membantu mangsa bencana.

Program Fasa II ini melibatkan 61 penuntut dari Persatuan Pelajar Sains Perubatan dan Persatuan Sains Kesihatan universiti berkenaan yang dilangsungkan di TM Resort Port Dickson, dekat sini, baru-baru ini.

Pengarah program, Umi Nadhirah Aisyah Mohd. Rokhibi berkata, berdasarkan kajian dan pengamatan krisis bencana itu, pihaknya mendapati telah berlakunya keadaan luar kawalan, masalah kesihatan, kemusnahan harta-benda selain kewangan yang menguncup.

"Kita sedar tentang perlunya mengambil tindakan segera dan menggerakkan bantuan kecemasan kepada mangsa terbabit.

"Sebab itulah, program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada penuntut USM supaya bersiap sedia kemungkinan berhadapan krisis bencana alam ini," katanya di Port Dickson, baru-baru ini.

Selain itu, katanya, faktor kesihatan juga akan diberi perhatian dalam latihan ini sesuai dengan jurusan yang diambil penuntut USM, di mana ia akan diaplikasikan ketika berlaku bencana.

"Kita mahu signifikan daripada latihan ini kelak, aspek keselamatan ketika membantu mangsa bencana diberi keutamaan, supaya ia dapat segera memberikan kesembuhan sekiranya diserang wabak tertentu," ujarnya.

Umi Nadhirah Aisyah optimis latihan yang dijalankan di Port Dickson ini dengan bantuan tenaga profesional ia akan membuka minda penuntut untuk membantu mangsa bencana, selain diingatkan dengan faktor keselamatan diri.

Sementara itu, seorang peserta, Syafiqah Sharudin, 21, berkata, program itu telah mengajar mereka tentang erti kesukaran ketika berlaku bencana, selain detik cemas yang dihadapi mangsa.

"Kami diajar supaya tidak panik dan bertindak segera membantu sesiapa sahaja yang berhadapan kepayahan ketika bencana berlaku," katanya.

Rakan beliau, Assilah Ghous, 22, pula menegaskan bahawa program itu telah memberi pendedahan yang sangat baik kepada para peserta sesuai dengan jurusan yang mereka ambil di universiti.

"Kami bukan sahaja belajar teori tetapi berpeluang melakukan praktikal dengan memahami krisis dan cara menanganinya," kata Assilah.

Seorang lagi peserta, Young Carmen Winnie, 22, menegaskan, perkara yang paling menarik hatinya ialah cabaran untuk menyelamatkan mangsa.

Katanya, dia berpeluang bertukar pandangan dengan peserta lain dan yakin bidang yang diceburinya itu ini amat diperlukan oleh negara.

Bagi Nur Syazleen Mohamed Ismail, 20, berkata, para pelajar perubatan sememangnya terdedah kepada situasi kritikal dan krisis yang memerlukan mereka cepat bertindak.

"Melalui latihan sebegini, kami dapat belajar menangani krisis dengan baik dan ia satu pengalaman berguna untuk dibawa ke medan sebenar," jelasnya.

Sementara itu, Mohamad Haidar Abdul Razak, 23, berkata, latihan yang diberikan serba sedikit dapat membantu menambah pengetahuan dan pengalaman dalam pembelajaran.

"Kami diberikan latihan praktikal dan cara membantu mangsa bencana. Saya percaya semua ini akan lebih mematangkan kami," katanya.

USIM pilih 16 sekolah kluster, angkat

Posted:

USIM pilih 16 sekolah kluster, angkat

USIM pilih 16 sekolah kluster, angkat


Dr. Muhamad Muda (depan lima dari kiri) bersama pengetua sekolah kluster dan sekolah angkat selepas majlis penyampaian watikah pelantikan di USIM, Nilai, Negeri Sembilan,baru-baru ini.


SEREMBAN 28 Feb. - Sebanyak 16 sekolah menengah terpilih menerima watikah pelantikan menjadi sekolah kluster dan angkat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, dekat sini, baru-baru ini.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Muhamad Muda berkata, penyerahan watikah itu merupakan pengiktirafan terhadap sekolah berkenaan yang telah memberikan komitmen tinggi terhadap program anjuran universiti.

Katanya, antara tujuan utama pendekatan sebegini diwujudkan adalah untuk menjalinkan kerjasama rapat antara USIM dan pihak sekolah seperti pembangunan pelajar.

"Semua pihak harus memastikan usaha ini dapat dijalankan dengan baik ke arah memastikan ekosistem Pendidikan Islam dapat diterap kepada pelajar sekolah menengah sehingga ke universiti.

"Kita berharap kerjasama ini dapat mempromosikan universiti di samping melaksanakan kolaborasi akademik, sukan dan kebudayaan antara USIM dengan pihak sekolah," katanya.

Beliau berucap pada majlis Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Sekolah Kluster dan Sekolah Angkat bersama Pengetua 2012 di universiti berkenaan di Nilai, dekat sini baru-baru ini.

Sementara itu, Pengetua Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Aminah Idris memberitahu, menerusi program itu, pelbagai aktiviti membabitkan pihak sekolah dengan universiti mampu membawa manfaat kepada pelajar.

"Antaranya penglibatan pelajar sekolah di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang dianjurkan universiti itu sendiri.

"Ia dapat memberikan pendedahan secara terus kepada pelajar dalam mengadaptasi proses pembelajaran universiti dan ini sedikit sebanyak boleh dijadikan persediaan awal sebelum melangkah ke menara gading," ujarnya.

Sehingga kini, terdapat sebanyak empat sekolah kluster yang diselia oleh USIM iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Haji Mohd Said; SMKA Sharifah Rodziah; Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang dan SMKA Sultan Azlan Shah.

Sekolah kluster ini merupakan sekolah yang dipilih oleh Kementerian Pelajaran, manakala sekolah angkat USIM pula merupakan sekolah yang dilantik oleh USIM.

Antara 12 sekolah angkat yang dilantik termasuk Maktab Rendah Sains Mara Gemencheh; Maahad Ahmadi Gemencheh; Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah; Sekolah Menengah Agama Nilai; Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN), Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar dan Sekolah Agama Menengah Bestari.

Sekolah lain adalah Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jamaah; Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi; Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi; Maahad Tahfiz Pahang dan SMKA Durian Guling.

Kampung Bayai 'diserbu' penuntut UiTM Kuala Pilah

Posted:

Kampung Bayai 'diserbu' penuntut UiTM Kuala Pilah

Kampung Bayai 'diserbu' penuntut UiTM Kuala Pilah


Sebahagian penuntut UiTM Kuala Pilah menyertai sukanneka bersama pelajar sekolah pada program operasi khidmat masyarakat di Kampung Bayai, Jempol, Negeri Sembilan, baru-baru ini.


JEMPOL 28 Feb. - Kesibukan menuntut ilmu di dewan kuliah tidak menghalang 60 penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kuala Pilah menganjurkan program operasi khidmat masyarakat di Kampung Bayai, dekat sini baru-baru ini.

Pengurus projek, Nor Shamimi Mohd. Zulkamal Punnia, 20, berkata, program itu diadakan bagi memperkenalkan UiTM kepada penduduk di negeri ini.

"Kenal bukan sahaja mengetahui kewujudan kami. Kenal juga bermaksud mereka mengenali keistimewaan menjadi pelajar di UiTM.

"Oleh itu kami pergi ke seluruh negeri ini dimulai dengan daerah Jelebu, Tampin, Port Dickson, Rembau dan tamat di Jempol," katanya di sini baru-baru ini.

Menurutnya, sepanjang tiga hari di kampung tersebut, pelbagai aktiviti telah dijalankan bersama penduduk.

"Selain sukaneka, mahasiswa berpeluang mempelajari cara menoreh getah, gotong-royong dan turut memberi motivasi kepada anak muda di kampung," ujarnya.

Arya Faseha Ahsan Nudin, 20, memberitahu, dia teruja apabila berpeluang masuk ke kebun.

"Ini kali pertama saya merasai pengalaman menoreh getah dan nyata ia tidak semudah yang disangka kerana memerlukan kesabaran yang tinggi," jelasnya.

Rakannya, Siti Amirah Hanis Mahdzar, 20, gembira apabila berpeluang berbakti kepada penduduk kampung.

"Ini membuktikan penuntut universiti tidak hanya mementingkan dunia kampus dan boleh menyumbang kepada masyarakat," katanya yang berasal dari Kuala Lumpur.

Bagi Mohd. Faiz Othman, 19, pula, dia pasti akan merindui suasana di Kampung Bayai.

"Bangun pagi sahaja sungguh tenang dan tidak seperti di bandar, tambahan pula masyarakat di sini sangat baik dan peramah," ujar penuntut Diploma Pengurusan Ladang itu.

Mohd. Nazerin Zahari, 19, berharap agar matlamat program itu tercapai dan gembira kerana diberi peluang bersama penuntut dalam program motivasi.

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


UniMAP juara keseluruhan MURoc 2012

Posted:

UniMAP juara keseluruhan MURoc 2012

UniMAP juara keseluruhan MURoc 2012


AKSI robot menari mengikut rentak lagu Chiken Dance menarik perhatian Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua dari kiri) dan Kamarudin Hussin (kiri) ketika melancarkan MURoc 2012 di Kangar, baru-baru ini.


KANGAR 28 Feb. - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) muncul juara keseluruhan Pertandingan Robot Universiti-universiti Malaysia 2012 (MURoC 2012) dengan meraih 15 mata menewaskan pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mendapat 13 mata.

Pencapaian terbaik itu diraih selepas pasukan UniMAP muncul sebagai naib johan bagi kategori Paintball Robot, tempat ketiga bagi kategori Rope Climbing Robot dan tempat keempat Fire Fighting Robot pada pertandingan yang berlangsung dari 24 hingga 26 Februari lalu di Dewan 2020 di sini.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata, pencapaian UniMAP pada tahun ini adalah yang terbaik selepas tiga kali sesi penganjuran MURoC, sekali gus memperbaiki kedudukan tahun lalu iaitu di tempat kedua.

"Penyertaan yang diterima pada tahun ini sangat menggalakkan apabila 79 pasukan bertanding melibatkan 37 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS), politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Kemahiran Tinggi Mara dan lain-lain institut teknikal.

"Dengan persaingan yang sangat sengit, saya berbangga kerana UniMAP masih mampu meraih juara keseluruhan sekali gus menerima piala pusingan yang diperkenalkan buat kali pertama tahun ini," katanya semasa berucap pada majlis penutup dan penyampaian hadiah MURoC 2012 baru-baru ini.

Canselor UniMAP, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan majlis itu.

Turut berangkat Pro Canselor UniMAP, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah.

Kata Kamarudin, mulai tahun depan penyertaan MURoC akan dibuka kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia selain universiti luar negara.

MURoC 2012 yang merupakan pertandingan teknologi robotik dianjurkan khusus untuk memperkasa daya inovasi di kalangan mahasiswa.

Bagi kategori Paintball Robot, juara menjadi milik UiTM manakala tempat ketiga menjadi milik Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim.

Politeknik Sultan Ahmad Shah, Pekan, Pahang pula dinobatkan sebagai juara kategori Rope Climbing Robot manakala tempat kedua dimenangi Universiti Sains Malaysia (USM).

Bagi kategori Fire Fighting Robot, pasukan dari German Malaysia Institute (GMI) muncul juara selepas menewaskan pasukan Universiti Putra Malaysia (UPM) manakala Kolej Kemahiran Tinggi Mara pula di tempat ketiga.

Anugerah Khas Mikrocip selaku penaja rasmi MURoC diraih oleh pasukan dari Universiti Multimedia manakala gerai terbaik dimenangi oleh pasukan dari UniMAP.

Hadiah kepada pemenang pertandingan adalah wang tunai RM2,000 bagi tempat pertama, RM1,750 tempat kedua dan RM1,500 bagi tempat ketiga.

Bagi kategori gerai terbaik dan pembentang poster terbaik menerima hadiah RM500 manakala rekaan robot terbaik bagi setiap kategori, pemenang membawa pulang wang tunai RM300.

RM2 juta Dana Inovasi USM

Posted:

RM2 juta Dana Inovasi USM

RM2 juta Dana Inovasi USM

Oleh LEE HOOI BOON
utusanpenang@utusan.com.my

PULAU PINANG 28 Feb. – Universiti Sains Malaysia (USM) melancarkan Dana Inovasi berjumlah RM2 juta bagi mengkomersialkan produk penyelidikan yang dilakukan oleh para penyelidik dan pelajar universiti berkenaan.

Naib Canselor USM, Profesor Datuk Omar Osman berkata, menerusi tabung tersebut, hasil kajian penyelidik dan pelajar dapat memasuki pasaran untuk ditawarkan kepada pihak berminat.

Menurutnya, langkah itu dibuat berikutan banyak hasil penyelidikan tidak dapat dimanfaatkan oleh orang ramai kerana penyelidik tidak mempunyai kewangan untuk memasarkannya.

"Lantaran itu, USM akan menggunakan dana ini dengan memberi RM50,000 maksimum kepada penyelidik untuk memasarkan produk mereka.

"Bagaimanapun, bukan semua produk dapat dipasarkan kerana kami perlu menilai terlebih dahulu sama ada ia boleh digunakan oleh universiti sahaja atau berpotensi tinggi dalam pasaran," katanya pada sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Omar memberitahu, USM berjaya memperoleh 14 pingat dalam Ekspo Teknologi Malaysia yang berlangsung minggu lalu.

Daripada 14 pingat itu, jelasnya, lapan merupakan emas, empat perak dan dua gangsa.

Katanya, beliau bangga dengan kejayaan tersebut dan berazam untuk berusaha lebih keras pada penyertaan akan datang.

Antara produk yang memenangi emas dihasilkan oleh pasukan yang diketuai oleh Dekan Pengajian Ilmu Pendidikan USM, Profesor Abdul Rashid Mohamed dinamakan Sistem Pentafsiran dan Penilaian Bacaan (Reads).

Reads merupakan satu alat penilaian bacaan yang boleh menilai tahap penguasaan bahasa pelajar, bukan sekadar memberikan gred, tetapi juga mengesan kelemahan mereka.

"Alat ini akan memberitahu pelajar tahap bacaan yang perlu dicapai bersesuaian dengan usia mereka.

"Ia juga akan memberitahu masalah dan kelemahan supaya guru atau ibu bapa dapat memperbetulkan secara lebih berkesan.

"Setakat ini, alat ini direka khusus untuk pelajar pelajar tingkatan satu hingga lima," ujarnya.

84 belia luar negara teruja lawat Malaysia

Posted:

84 belia luar negara teruja lawat Malaysia

84 belia luar negara teruja lawat Malaysia


SEBAHAGIAN daripada belia dari pelbagai negara gembira sewaktu menyertai program pertukaran belia antarabangsa di Tanjong Malim, Perak baru-baru ini.


TANJONG MALIM 28 Feb. - Menyertai Program Pertukaran Belia Antarabangsa (IYE) selama lapan hari di daerah ini baru-baru ini, ternyata memberi pengalaman menarik kepada 84 belia dari luar negara.

Selain berpeluang mengenali dengan lebih dekat budaya dan cara hidup masyarakat setempat, mereka yang berasal dari pelbagai negara termasuk Indonesia, Korea, Nepal, Brunei, Monggolia dan Kenya turut didedahkan dengan konsep perpaduan yang diamalkan oleh rakyat berbilang kaum di negara ini.

Kamal Powel, 24, dari Kenya berkata, pengalamannya sepanjang berada di negara ini tidak mungkin dilupakan kerana banyak perkara yang dipelajarinya.

"Pada program ini kami berkesempatan menginap dengan keluarga anak angkat di Kampung Ketoyong tiga hari.

"Selain itu, kami juga menyertai program khidmat masyarakat. Banyak yang saya pelajari tentang budaya, kepercayaan dan rakyat Malaysia.

"Negara ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri dan saya amat menyukainya. Jika berkesempatan, saya ingin lagi datang ke sini," katanya kepada Utusan Malaysia di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) di sini, baru-baru ini.

Ye Kwang Jung, 27, dari Korea Selatan pula berkata, negara ini sangat unik kerana memiliki rakyat yang berbilang kaum dan pelbagai kepercayaan, namun masih dapat hidup dalam keadaan harmoni dan aman.

"Saya terkejut melihat orang Melayu, Cina dan India boleh duduk dalam satu kedai makan tanpa berasa janggal. Ia satu kelainan yang nyata.

"Ini berbeza dengan negara saya sendiri yang hanya mempunyai satu kaum dan menggunakan satu bahasa yang serupa, namun masih bertelagah sesama sendiri," katanya.

Sementara itu, Pengarah Integrasi Nasional, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Suraya Wen berkata, konsep keharmonian rakyat negara ini yang ditonjolkan dalam program berkenaan berjaya mengubah persepsi belia terlibat yang tidak pernah datang ke Malaysia.

"Hampir setiap bulan, kita menerima banyak permintaan untuk melawat negara ini terutamanya dari Korea. Sejak April tahun lalu sahaja, lapan lawatan dari Korea telah kita uruskan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Global Peace Festival (GPF) Malaysia.

"Kebanyakan mereka yang datang amat kagum dengan keharmonian negara kita yang rakyatnya boleh hidup harmoni dan bersatu padu meskipun berlainan bangsa, agama dan budaya," jelasnya.

Selain itu, kata Suraya, kepelbagaian jenis makanan tradisional termasuk buah-buahan dan keindahan alam semula jadi di negeri ini merupakan antara perkara yang paling mencuri tumpuan kumpulan belia ini.