Ahad, 27 Februari 2011

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


1,000 motosikal diperiksa, mat rempit lari bertempiaran

Posted:

1,000 motosikal diperiksa, mat rempit lari bertempiaran

1,000 motosikal diperiksa, mat rempit lari bertempiaran


SEBAHAGIAN daripada 1,000 penunggang motosikal yang ditahan untuk pemeriksaan dalam operasi khas di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth, Pulau Pinang, semalam. - utusan/Zhafaran Nasib


BUTTERWORTH 27 Feb. - Hasrat ratusan mat rempit untuk 'berpesta' sempena hujung minggu di sekitar Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) di sini semalam tidak kesampaian apabila polis menjalankan operasi bersepadu di laluan tersebut sehingga awal pagi.

Kehadiran pihak polis menyebabkan lebuh raya berkenaan yang sering hingar-bingar dengan deruman motosikal sekitar bandar ini tiba-tiba menjadi sunyi sepi.

Dalam operasi pukul 12.45 tengah malam itu, lebih 1,000 buah motosikal diperiksa dengan 12 daripadanya disita kerana pelbagai kesalahan termasuk mengubah suai enjin untuk berlumba.

Di beberapa lokasi, kumpulan mat rempit lari bertempiaran sejurus menyedari kehadiran polis dan JPJ yang menjalankan sekatan jalan di kedua-dua arah lebuh raya tersebut.

Pegawai Penguat Kuasa Trafik Bukit Aman, Asisten Supritendan Huzir Abdul Majid berkata, operasi mengejut itu disertai 13 anggota dari Cawangan Trafik Bukit Aman, 20 pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Putrajaya dengan dibantu 53 anggota polis dari Pulau Pinang.

Katanya, selain bertujuan membanteras kegiatan lumba haram, operasi itu juga adalah sebahagian daripada langkah-langkah pencegahan jenayah yang sering dikaitkan dengan golongan mat rempit.

"Sebanyak 12 motosikal dan sebuah kereta telah disita manakala 118 motosikal dan 81 buah kereta telah diarah untuk menjalani pemeriksaan semula oleh JPJ.

"Polis turut mengeluarkan 137 saman atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu, lesen tamat tempoh dan mengubah suai enjin motosikal tanpa kebenaran," katanya di sini hari ini.

Huzir berkata, pihaknya akan memperhebatkan operasi seumpama itu pada masa-masa akan datang dengan tidak hanya menumpukan pada hari-hari cuti umum sahaja.

Sementara itu, dalam operasi sama katanya, polis turut menahan seorang lelaki berusia 30-an kerana didapati memandu dalam keadaan mabuk selain memiliki pistol tiruan yang dijumpai di dalam keretanya.

"Ketika ditahan, lelaki berkenaan gagal menunjukkan lesen memandu kerana telah disenarai hitam selain dikesan memandu dalam keadaan mabuk," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lelaki mati dipercayai ditikam

Posted:

Lelaki mati dipercayai ditikam

Lelaki mati dipercayai ditikam

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my

SUNGAI PETANI 27 Feb. – Seorang lelaki dibunuh kejam apabila ditikam dan mayatnya dicampak di bahu jalan di bawah jejantas Jalan Lencongan Barat berdekatan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini malam tadi.

Mangsa, K. Maran, 31, ditemui pukul 10.30 malam oleh penunggang motosikal dalam keadaan berlumuran darah dengan kecederaan parah di kepala selain terdapat kesan tikaman di belakang badan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad berkata, siasatan awal mendapati mangsa mungkin dibunuh di tempat lain sebelum dicampakkan di kawasan itu.

"Mangsa ditemui mati dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah. Ketika ditemui, mangsa masih memakai pakaian dan tali leher berwarna emas.

"Kita menolak kemungkinan motif samun kerana barangan peribadi lain dan wang tunai masih berada bersama mangsa.

"Polis percaya mangsa dibunuh dalam tempoh tidak lebih lima jam sebelum mayatnya ditemui," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini malam tadi.

Menurut Mohd. Zakaria, berdasarkan semakan awal, mangsa tinggal di Taman Bandar Baru Sungai Lalang, kira-kira lima kilometer dari lokasi mayatnya ditemui.

Katanya, pemeriksaan polis tidak menemui sebarang senjata di tempat kejadian.

Polis katanya, setakat ini mengklasifikasikan kes itu sebagai bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan polis sedang menunggu laporan bedah siasat untuk mengenal pasti punca sebenar kematian," jelasnya.

Beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat mengenai kes itu agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di talian 04-4212222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu, seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali memberitahu, sebelum kejadian mangsa keluar bersembahyang di sebuah kuil berdekatan rumahnya.

Bagaimanapun, dia mendakwa, sekumpulan lelaki muncul secara tiba-tiba dan memanggil mangsa keluar dari kuil.

"Selepas itu, berlaku pergelutan dan kumpulan lelaki tersebut kemudian membawa Maran naik kereta," katanya.

Dia memberitahu, ahli keluarga kemudian dimaklumkan mengenai penemuan mayat mangsa kira-kira pukul 12 tengah malam tadi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan