Selasa, 22 Februari 2011

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Sanggup lari bogel elak ditahan

Posted:

Sanggup lari bogel elak ditahan

Sanggup lari bogel elak ditahan


SEBAHAGIAN daripada pelacur yang ditahan di rumah tumpangan di Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 22 Feb. - Pelanggan dan pekerja khidmat seks di dua rumah tumpangan di Jalan Wong Ah Fook di sini bertempiaran lari dengan ada antaranya dalam keadaan berbogel semata-mata untuk mengelak daripada ditahan polis dalam serbuan hari ini.

Cubaan lelaki rakyat asing berusia lingkungan 30-an yang tidak sempat memakai baju itu untuk meloloskan diri bagaimanapun gagal apabila semua jalan keluar dari bangunan tiga tingkat itu dikepung polis.

Dalam operasi lebih satu jam bermula pukul 2 petang itu, seramai 30 pekerja seks dan 35 pelanggan berusia antara 22 hingga 35 tahun ditahan oleh sepasukan polis Bahagian Judi, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.

Pegawai Turus D7 negeri, Deputi Supritendan Mohammad Abd. Hamid berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kedua-dua rumah tumpangan tersebut sebenarnya bersambung antara satu sama lain di tingkat tiga.

"Bertindak atas maklumat orang awam, kita menyerbu premis itu dan berjaya menahan 30 pelacur rakyat tempatan dan 35 pelanggan rata-ratanya warga asing dari Indonesia dan Bangladesh kerana dipercayai menjalankan aktiviti tidak bermoral.

"Hasil siasatan juga mendapati, rumah tumpangan itu telah beroperasi kira-kira dua bulan," katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi itu yang melibatkan tiga pegawai dan 15 anggota.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas wang tunai RM12,000 selain pelbagai barangan yang digunakan untuk aktiviti tidak bermoral antaranya kondom yang sudah dipakai dan tuala.

Siasatan polis, katanya mendapati, premis tersebut beroperasi setiap hari dan dipercayai menjadi tumpuan pelanggan terutamanya pada hujung minggu dengan bayaran dikenakan antara RM60 hingga RM100.

"Kesemua yang ditahan termasuk seorang ibu ayam dibawa ke Balai Polis Sentral di sini untuk tindakan lanjut dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penduduk gempar temui ular sawa besar

Posted:

Penduduk gempar temui ular sawa besar

Penduduk gempar temui ular sawa besar


MOHD. Rahmat Ramzan (kiri) bersama anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung memegang ular sawa yang ditangkap di Parit Tunggul, Muar, kelmarin.


MUAR 22 Feb. - Penduduk di Kampung Parit Tunggul di sini gempar dengan penemuan seekor ular sawa sepanjang enam meter dengan anggaran berat 70 kilogram yang berjaya ditangkap penduduk kampung itu semalam.

Usaha menangkap reptilia yang bersembunyi di dalam lubang berhampiran sebatang pokok kelapa sawit itu memakan masa lebih dua jam dan melibatkan tenaga seramai enam orang.

Menurut penangkap ular berkenaan, Mohd. Rahmat Ramzan, 21, dia dan lima penduduk menangkap ular itu selepas dimaklumkan mengenai penemuan haiwan itu kira-kira pukul 12 tengah hari.

Katanya, ular sawa itu ditemui seorang penduduk, Johari Ithnin, 46, ketika berehat bersama seorang rakannya di kawasan kebun sawit di kampung itu.

"Sebelum ini saya pernah menangkap banyak ular tetapi kali ini adalah yang paling besar pernah saya tangkap dan ketika ditangkap, ia amat agresif dan cuba melawan.

"Kami terpaksa mengambil masa kira-kira dua jam untuk menangkap kepala dan hujung ular ini sebelum membawanya keluar dari lubang tempat ia bersembunyi," katanya ketika ditemui di rumahnya di Parit Jamil di sini, semalam.

Mohd. Rahmat memberitahu, dia bersyukur ular itu ditangkap sebelum berlaku sebarang kejadian tidak diingini kerana lokasi tempat haiwan itu bersembunyi tidak jauh dari kawasan rumah penduduk kampung.

Menurutnya lagi, ular berkenaan diserahkan kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) daerah Muar sebelum dihantar kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan