Ahad, 27 Februari 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


KERAS KEPALA

Posted: 26 Feb 2011 11:15 AM PST

MukaDepan

Tindakan tegas jika HINDRAF terus berhimpun hari ini

TEMERLOH: Pertubuhan haram, Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (HINDRAF) diberi amaran agar tidak meneruskan rancangan menganjurkan perhimpunan di ibu negara hari ini atau bersedia dikenakan tindakan sewajarnya.

Amaran keras oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, itu menyusuli kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kelmarin yang mahukan pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap HINDRAF yang dilihat bergerak terlalu 'bebas' walaupun pertubuhan itu sudah diharamkan kerajaan. HINDRAF merancang mengadakan perhimpunan dinamakan Solidariti Membantah Perkauman UMNO di ibu negara hari ini walaupun polis sebelum ini sudah memberi amaran tegas kepada pertubuhan itu supaya membatalkan hasrat untuk berbuat demikian.

"Saya sudah mengarahkan Ismail memantau dan melakukan tindakan secara langsung bagi menangani kemungkinan perhimpunan itu.

"Beliau akan bertanggungjawab untuk memastikan gerakan haram ini tidak menjejaskan keadaan dan suasana. Jika (kekecohan) menjurus kepada HINDRAF, beliau (Ketua Polis Negara) akan bertanggungjawab," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penamaan Calon Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau di sini, semalam.

Hishammuddin turut menyelar tindakan yang disifatkannya sebagai cubaan membawa sentimen Asia Barat ke negara ini yang bertujuan menjejaskan keamanan negara.
"Setakat ini, usaha yang dilakukan pihak terbabit gagal menarik perhatian orang ramai dan tidak mendapat sambutan. Kita tahu niat dan hasrat mereka iaitu cuba membawa sentimen Asia Barat ke sini tetapi keadaan di sini berbeza dan ia tidak menjurus ke arah itu," katanya.

Di KLANG, Ismail berkata, polis akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang terus berdegil menyertai perhimpunan haram berkenaan dan mengingatkan orang ramai agar tidak menyertainya.

"Saya minta pihak berkenaan (HINDRAF) fikir baik-baik. Kalau diteruskan, ia boleh mengundang lebih banyak masalah kepada orang ramai, peniaga dan pengguna lalu lintas.

"Ia juga boleh takutkan tetamu luar negara mengenai tahap keselamatan di negara kita. Jadi, jangan adakan perhimpunan sebegini dan orang ramai jangan sertai perhimpunan ini," katanya selepas merasmikan pembinaan Surau Baitul Rahman di Aman Perdana, Meru, di sini, semalam.

Di KUALA LUMPUR, Persatuan Malaysia Hindu Sangam yakin sesuatu isu berbangkit boleh diselesaikan melalui rundingan damai tanpa perlu menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.

Presidennya, R S Mohan Shan, berkata pihaknya dari semasa ke semasa sentiasa memberi nasihat kepada masyarakat India supaya tidak terbabit dalam sebarang demonstrasi haram kerana tindakan sedemikian tidak memberi faedah kepada mana-mana pihak.

"Jika kita mahu menyelesaikan sesuatu isu atau masalah, langkah terbaik ialah dengan mengadakan dialog bersama pihak yang sewajarnya..., demonstrasi haram bukan cara terbaik," katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, berkata kerajaan sentiasa berusaha serta merancang pelbagai program dan bantuan untuk membantu masyarakat India.

"Perdana Menteri membawa pelbagai perubahan serta bersikap adil kepada semua kaum..., kita harus menghormati beliau dan demonstrasi haram bukannya jalan penyelesaian," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

ROSLI

Siasat semua penunjuk perasaan tu dimana dilahirkan? kalau bukan di Tanah Melayu .........kasi tembak saja..........

,mad man

hindraf dah haram kdn ambil tindakan jangan muka nanti beri betis nak peha

1malaysian

pengecut betul editor bharian nie...
takut nk publish komen i ...
racist pun akhbar... divinescorp27@gmail.com

basha

eh elle... apasal tak tanya dengan perkasa?

cimie

Hindraf tak sedar diri dan kurang ajar,tak tahu diuntung.Bumi Malaysia,langit juga Malaysia...bukan....

Warga Malaysia

ISA mesti diaktifkan!!!! Puak HINDRAF banyak menyimpang jauh!!! KDN mesti TEGAS!!!!! Kami yang mahu keamanan sentiasa mengharapkan ketegasan diaktifkan dengan secukup-cukupnya!!!

saja syok

memang betul sesiapa tidak boleh menggunakan isu perkauman,,tetapi novel ini membawa kemarahan krn terselit kata pariah>>sekiranya kata itu dikeluarkan>>tidak wujudya isu demontrasi ini..

cg zaini

kerajaan perlu bertindak tegas kepada hindraf,krn klu org melayu yang buat salah terus ditangkap tapi hindraf boleh

Rassya Assyar

Jangan buat Malaysia seperti di Tamil Nadu....Kami rakyat Malaysia cintakan keamanan,kemakmuran,perpaduan.Bukan senang untuk membina semula sebuah negara yang aman...Fikir2kanlah anak cucu cicit kita.Mereka juga berhak mengecapi keamanan.Sayangi Malaysia

aman

kita harus bersyukur negara kita amam dibawah kepipenan yang ada jangan bawa budaya yang merosakkan negara

langgak hemput

Demi kepentingan/keharmonian/kesetabilan semua, selarikan tindakan pada pertubuhan2 yang telah diharamkan kerajaan. Laksanakan apa yang telah termaktub dalam undang-undang negara. Bukan nak menunjuk, tapi sebagai MEMBUKTIKAN yang kerajaan boleh melakasanakan tanggungjawab menjaga keamanan/keselamatan negara. Jadi........ ?

diana

Isu-isu perkauman dan keagamaan nie sepatutnya tidak di sentuh oleh mana2 pihak.ini adalah isu yang paling sensitif.kenapa perlu HINDRAF menaikkan kemarahan orang ramai.hentikan!!
Malaysia sudah maju.jangan jalan mengundur wahai HINDRAF!

telekhir

setuju ISA digunakan kepada ketua yang menhasut sertai demo ni......lepas tu minta pertimbangan KDN buat penjara ISA di tengah hutan di SARAWAK bagi pengajaran kat mereka.

Bujuk berduri

Ini lh hsil jika smngt perkauman tu trllu kuat n tinggi,bah kn ada org2 ini yg bru smpi kt sini,lg la kuat smngt keindiaannya..puncanya dsar krjaan kta juga.pa tah lg buka dasar kemasukan pelancung tanpa visa,,brduyun2 la depa smua ni.tk pyh nk susah2..yg untungnya kroni2 jer,'rakyat teranniyaya.

duan_my

seharusnya pihak polis telahpun menahan semua pemimpin2 pertubuhan haram Hindraf. Bagaimana sebuah pertubuhan haraf boleh bebas aktif. Bukankah ia serupa seperti Parti Komunis Malaya yang mana kita menentangnya habis2an. Tidakkah ia boleh dilakukan keatas pertubuhan haram Hindraf?

tambalut

Hargailah keamanan yang ada! Mereka yang bermain dengan api perlu mendapat pengajaran yang setimpal....fikirkanlah peranan dan tanggungjawab sebagai warganegara. Setiap rakyat perlu mendapat layanan yang samarata.

ismail bin hassan

hargailah keamanan dan kesejasteraan negara.

wirautara09

Cari dalang HINDRAF dalam parti politik pembangkang dan seret mereka semua dengan ISA.

Mini Cool

Biarlah Hindraf ingin menyuarakan isi hati mereka yang selama terbuku dan dipendam. Jadi pihak Kerajaan perlulah mendengar dan menyelesaikan dengan cara terbaik agar tiada pihak berasa tidak puas hati.

ashraff

sudahla HINDRAF tatk tau dek untung lahir dan tinggal di malaysia negara aman pun tak bersyukur

jeff

Memang patut diambil tindakan. Org2 mcm ini mmg tak tahu malu. Menumpang ditempat org dia pula yg lebih.

1malaysian

kly melayu himpun ramai ramai pasal ngr lain tak pun gugat ketenteraman org..
klu org lain himpun isue plk..

bujang

hargailah keamanan yg ada, jgn cuba di ugut gugat. jgn pula bermain dgn isu yg menyentuh keagamaan dan bangsa

HANG JEBAT

Puak hindraf ni samseng dah lama & banyak kurang ajar depa rasa depa berpengaruh & ada banyak penyokong di luar negeri. Boleh ugut MALAYSIA. Apa ingat Malaysia ini Tamil Naidu ke? Jangan lagi beri amaran & cakap2 kosong shj. BELASAH AJE puak2 ni!!!!!

dadyepol

selalu mcm tu..asyik2 amaran sahaja.. malas juga mendengarnya.. orang2 ni pun tak tau di untung..kalo tak suka negara ini.. baliklah ke kg halaman...! ni ada lagi mentrei tolong daftarkan..entah2 cakap bahasa melayu pun tak pandai...!

Mohd Yusoff

dah diharamkan, kenapa tak ambil tindakan jika masih bergerak... jangan biar sampai bernanah.

juradi

inilah masanya ISA digunakan.
HIDRAF akan cuba mengancam keamanan negara.

faizal ibrahim

maslahnye beranikah mentri dalam negeri ambil tindakan? selalu keluar amaran je?


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Khabar sedih ketika kempen

Posted: 26 Feb 2011 11:12 AM PST

MukaDepan

pix_gal0
SENTUL: Luluh hati seorang suami apabila isterinya, Ong Ean Lee, 33, dan anak perempuan tunggalnya, Artina Lake Xin Yu, 2, (atas) ditemui mati di dalam sebuah bilik dipercayai sesak nafas akibat kebakaran yang memusnahkan rumah mereka di Taman Sri Sinar, di sini, pagi semalam.

Calven Loke Wai, 30-an, yang ketika itu sibuk berkempen dalam pilihan raya kecil di Merlimau, Melaka mendapat berita menyayatkan hati itu daripada jirannya yang membuat panggilan pada jam 6.30 pagi.

"Saya yang berada di Merlimau terus bergegas pulang dan sampai kira-kira jam 8 pagi," katanya yang kali terakhir bertemu isteri dan anaknya dalam jam 8 pagi, kelmarin sebelum keluar bekerja. Mayat isterinya ditemui di atas katil, manakala anaknya ditemui di tepi katil dalam bilik yang sama. Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa yang dikatakan tinggal bersama anaknya sedang tidur, manakala, Calven yang juga Pengerusi sukarelawan bomba di Jinjang dan Setiausaha Pemuda parti Gerakan Rakyat Malaysia Kuala Lumpur, berada di Merlimau.

Difahamkan, bomba sukar memasuki kawasan berkenaan apabila palang besi di taman terbabit dalam keadaan berkunci. Malah, turut menjadi tanda tanya apabila pengawal keselamatan dipercayai warga asing yang dipertanggungjawabkan memegang kunci palang besi berkenaan dikatakan menghilangkan diri.

Calven juga berkata sebaik urusan pengebumian selesai, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak keselamatan taman berkenaan yang mengakibatkan bomba gagal memadam kebakaran dengan cepat.

Kebakaran dikatakan bermula dari ruang tamu rumah teres terbabit sebelum merebak di bahagian dapur dan bilik menyebabkan mangsa dua beranak yang berada dalam sebuah bilik utama terperangkap dan gagal keluar untuk menyelamatkan diri.
Jiran mangsa yang mahu dikenali sebagai A Anantha, 34, berkata beliau yang sedang tidur kira-kira jam 6 pagi itu terdengar satu letupan kuat, namun tidak mengendahkannya.

"Bagaimanapun, 10 minit kemudian, saya terhidu bau asap dan bergegas keluar dari rumah untuk memeriksa sebelum melihat kepulan asap dan api di rumah jirannya.

"Saya kemudian menghubungi bomba untuk bantuan, namun api yang marak terlalu cepat menyebabkan penduduk gagal menyelamatkan dua beranak itu," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Othman Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 6.05 minit pagi sebelum mengerahkan dua jentera dan 27 anggota dari balai Jinjang dan Kepong ke lokasi kejadian.

"Mayat dua beranak itu ditemui berada di dalam bilik utama sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

"Operasi memadam kebakaran mengambil masa selama 30 minit dan hampir 80 peratus kediaman dua tingkat itu musnah dijilat api. Bagaimanapun, punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan