Jumaat, 25 Februari 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa

The Malaysian Insider :: Bahasa


PTPTN lanjut tempoh bayaran balik sehingga 30 bulan

Posted: 25 Feb 2011 01:11 AM PST

TEMERLOH, 25 Feb — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melanjutkan tempoh bayaran balik sehingga 30 bulan kepada mereka yang belum mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.

Pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said berkata PTPTN sebelum ini memberikan tempoh enam bulan kepada mereka yang terlibat untuk membayar balik pinjaman itu.

"Ia kemudiannya dilanjutkan kepada 24 bulan, dan kini kita telah lanjutkan kepada 30 bulan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Ismail yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau berkata kadar faedah yang sebelum ini sebanyak lima peratus juga telah diturunkan kepada satu peratus.

"Mereka yang belum mendapat pekerjaan perlu menulis surat atau berhubung terus dengan pegawai PTPTN untuk memberitahu  masalah yang mereka hadapi untuk dipertimbangkan.

"Kita bersedia berbincang dan bertimbang rasa," katanya.

Beliau berkata sehingga kini seramai 1.67 juta pelajar menerima pinjaman PTPTN. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Krisis Libya: Gaddafi umum insentif tunai, PBB draf sekatan

Posted: 25 Feb 2011 12:16 AM PST

TRIPOLI, 25 Feb — Kerajaan Libya pimpinan Muammar Gaddafi (gambar), yang berhadapan dengan kebangkitan rakyat yang semakin meningkat dan juga tekanan global, mengarahkan ganjaran wang tunai selain kenaikan gaji, subsidi makanan dan elaun.

Laporan televisyen kerajaan berkata, setiap keluarga akan menerima 500 dinar Libya (sekitar RM2,000) untuk membantu menyara kos makanan yang semakin meningkat manakala gaji kakitangan awam pula dinaikkan sehingga 150 peratus.

Dalam pada itu, Reuters memetik Menteri Luar Perancis Michele Alliot-Marie berkata, negara itu dan Britain merangka resolusi untuk perhatian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mengenakan embargo senjata, sekatan kewangan dan menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mendakwa pemimpin-pemimpin Libya melakukan jenayah kemanusiaan.

"Ada usaha Perancis-Britain... kami telah meminta dikenakan embargo secara total, sekatan dan meminta tindakan ICC," kata Alliot-Marie kepada radio France Info.

Sekatan itu termasuklah kewangan dan larangan perjalanan.

Majlis Keselamatan PBB akan mengadakan pertemuan lewat hari ini untuk membincangkan cadangan itu. — Reuters

 

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan