Kosmo Online - Negara |
Posted: Saat cemas tinggalkan TripoliOleh JUNHAIRI ALYASA SERAMAI 98 rakyat Malaysia dari Libya selamat tiba di KLIA, Sepang semalam. SEPANG – "Pengalaman melihat mayat bergelimpangan di atas jalan raya merupakan kenangan ngeri yang tidak dapat dilupakan seumur hidup saya." Demikian cerita seorang rakyat Malaysia, Navin Patmanathan ketika menceritakan detik cemas dan menakutkan yang ditempuhinya ketika tercetus pertempuran antara pihak berkuasa dengan penunjuk perasaan di Tripoli, Libya. "Saya lihat mayat-mayat, pelbagai senjata di tangan orang awam dan berlaku kejadian tembak-menembak. Ia amat menakutkan dan tak pernah saya fikir Libya boleh bertukar macam ini. "Kejadian itu sangat dahsyat dan menakutkan," katanya yang merupakan seorang kakitangan Ranhill Berhad yang bertugas di Libya ketika ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam. Navin merupakan salah seorang daripada 98 orang rakyat Malaysia termasuk dua pelajar di Libya yang dibawa pulang oleh Kementerian Luar menerusi pesawat komersial Malaysia Airlines (MAS) melalui Rom, Itali. Mereka tiba di tanah air pada pukul 6.25 pagi semalam dan kepulangan mereka disambut oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot bersama kakitangan daripada Kementerian Pengajian Tinggi. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. |
Posted: Sistem bayaran kelam-kabutOleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE, NIK NOORSUHAIDA AB KAHAR dan AZWANI ZAHARUDDIN Orang ramai menunjukkan gelagat tersendiri ketika membayar saman di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Daerah Polis Kuala Terengganu semalam. KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia sekali lagi membuktikan mereka tidak pernah serik membayar saman trafik pada saat-saat akhir. Hari terakhir diskaun saman trafik ditawarkan sejak Ogos tahun lalu yang berakhir semalam menjadi bukti sikap negatif masyarakat negara ini. Gara-gara ribuan orang menyerbu pejabat pos dan balai polis semalam, keadaan kaunter-kaunter bayaran saman dikatakan kelam-kabut. Tinjauan Kosmo! di ibu kota mendapati sejak pukul 8 pagi, pejabat-pejabat pos diserbu oleh pesalah trafik yang mahu melunaskan saman mereka. Akibatnya sistem komputer rosak dan tidak berfungsi. Berikutan itu, ribuan pesalah trafik menyerbu balai polis berdekatan sehingga menyebabkan keadaan menjadi amat sesak dengan orang ramai. Tinjauan di beberapa lokasi seperti di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan Pejabat Pos Dayabumi di sini mendapati orang ramai yang sabar menunggu sejak pukul 8 pagi terpaksa 'berputih mata' untuk membayar saman masing-masing. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. |
Posted: Lebih 500 guru besar dihargaiOleh ROSLI HASSAN Muhyiddin (kanan) bertanyakan sesuatu kepda salah seorang penerima insentif di Merlimau semalam. JASIN - Penat lelah seramai 586 guru besar besar dari seluruh negara yang berjaya meningkatkan prestasi sekolah masing-masing dihargai kerajaan apabila mereka menerima insentif di bawah Tawaran Baru sebanyak RM7,500 seorang semalam. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemberian insentif yang keseluruhannya bernilai RM18.4 juta itu diperkenalkan oleh kerajaan menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pada tahun lepas. Menurutnya, di bawah tawaran itu, guru besar menerima RM7,500 seorang diikuti sebanyak lima peratus guru paling cemerlang di sekolah berkenaan akan menerima RM1,800 dan baki guru lain memperoleh RM900 seorang. "Kakitangan sokongan daripada sekolah berkenaan seperti kerani juga akan diberi imbuhan setimpal kerana mereka juga memberi sumbangan kepada sekolah. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan