Isnin, 28 Februari 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Lelaki larikan peti besi 100kg diburu

Posted:

Lelaki larikan peti besi 100kg diburu

Lelaki larikan peti besi 100kg diburu

28/02/2011 8:17pm

KEMAMAN – Sebuah peti besi seberat 100 kilogram mengandungi geran kenderaan dilarikan dari sebuah syarikat insurans dalam kejadian pecah masuk bangunan pejabat itu semalam.

Pemilik syarikat insurans berkenaan, Azmi Ismail, 43, berkata 15 keping geran pelbagai jenis kereta dan motosikal milik pelanggan dilarikan dalam kejadian itu.

Katanya beliau dimaklumkan mengenai kejadian oleh pemilik premis bersebelahan pejabatnya di Jalan Da' Omar di sini, kira-kira pukul 5 pagi semalam setelah menyedari pintu pejabat syarikat insurans itu dipecahkan.

"Setelah pemeriksaan dibuat, saya dapati peti besi yang diletakkan di bawah meja berhadapan pintu yang dipecahkan telah lesap.

"Turut dilarikan wang tunai sebanyak RM300 yang disimpan dalam peti besi itu, bagaimanapun barangan yang lain seperti komputer dan kamera video masih berada di tempat yang sama," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya laporan polis berhubung kejadian dibuat pada hari yang sama.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Abdullah Sani Salat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.

Katanya seorang suspek telah dikenal pasti bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lelaki edar kanabis ke tali gantung

Posted:

Lelaki edar kanabis ke tali gantung

Lelaki edar kanabis ke tali gantung

28/02/2011 6:25pm

SHAH ALAM – Seorang pekerja kilang yang bakal menyambut hari jadinya yang ke-25 esok, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana mengedar 295.01 gram kanabis, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Mohd Kamarulzaman Irwan Shah, 24, gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

"Awak ditawarkan pertuduhan pilihan pada peringkat awal kes, tetapi awak tolak dan ini merupakan perjudian yang amat serius serta berbahaya.

"Berdasarkan keterangan, jelas awak ada kawalan dan pengetahuan terhadap dadah itu. Justeru, awak didapati bersalah dan hanya ada satu hukuman di bawah undang-undang iaitu awak dihukum mati," katanya.

Sejurus selepas Hakim Mohtarudin membacakan keputusan itu, Mohd Kamarulzaman yang berdiri dalam kandang tertuduh kelihatan tenang sementara anggota keluarganya di galeri awam menangis teresak-esak.

Mohd Kamarulzaman didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Kenanga Sari 3A, Bandar Sungai Buaya, Rawang dekat sini, kira-kira 7 pagi pada 16 Mei 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Hakim Mohtarudin juga berkata pembelaan tertuduh bahawa kunci tombol pintu biliknya rosak adalah sesuatu yang difikirkan kemudian.

Beliau berkata berdasarkan keterangan saksi pendakwaan, bilik Mohd Kamarulzaman berkunci dan anak kunci dipegang oleh tertuduh.

Sepanjang perbicaraan, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar mengemukakan 11 saksi manakala pembelaan yang diwakili peguam Adi Harman Mawardi, memanggil seorang saksi untuk memberi keterangan dalam kes itu. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua wanita jadi mangsa ragut

Posted:

Dua wanita jadi mangsa ragut

Dua wanita jadi mangsa ragut

28/02/2011 5:55pm

KUANTAN – Dua wanita menjadi mangsa ragut dalam masa selang 10 minit di dua kawasan perumahan di Bentong ketika masing-masing membuka pintu pagar rumah.

Pegawai Turus Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata kejadian pertama berlaku kira-kira 10.30 pagi membabitkan seorang guru berusia 56 tahun yang baru pulang ke rumahnya.

Wanita itu diragut ketika mahu masuk semula ke dalam keretanya selepas membuka pintu pagar rumah di mana secara tiba-tiba seorang lelaki yang memakai topi keledar meluru ke arahnya dan menarik rantai di lehernya, katanya.

Katanya mangsa tidak sempat berbuat apa-apa kerana terkejut dan hanya mampu melihat suspek dan rakannya melarikan diri dengan sebuah motosikal bersama rantainya bernilai RM3,000.

Kejadian kedua pula, katanya berlaku kira-kira 10 minit kemudian apabila seorang jururawat berusia 55 tahun diragut ketika membuka pintu pagar rumahnya di Taman KSM, Bentong.

"Mangsa juga dihampiri dua lelaki bermotosikal dan memakai topi keledar yang bertindak meragut rantai leher bernilai RM15,000," katanya.

Beliau berkata polis percaya kedua-dua kes dipercayai dilakukan oleh suspek yang sama. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan