Kosmo Online - Negara |
- Khuatir penyakit bawaan air merebak
- Bekas Naib Canselor UMT menang tuntutan RM14,986
- Malaysia, Turki mansuh visa
Khuatir penyakit bawaan air merebak Posted: Khuatir penyakit bawaan air merebakSEBUAH bangunan musnah akibat gempa bumi di bandar Lyttelton dekat Christchurch, New Zealand kelmarin. KUALA LUMPUR - Pelajar Malaysia kini terdedah kepada wabak penyakit bawaan air berikutan bencana gempa bumi yang melanda Christchurch, New Zealand kelmarin. Risiko itu amat tinggi sekiranya mereka meminum air yang dibekalkan oleh pihak berkuasa tanpa memasaknya terlebih dahulu. Berikutan itu, arahan telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa supaya memasak terlebih dahulu air yang hendak diminum kerana ia dibimbangi sudah tercemar. Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Canterbury, Muhammad Shahrul Samad, 22, berkata, arahan catuan air juga telah dikeluarkan kerana dikhuatiri bekalan air sedia ada tidak mampu menampung kegunaan harian penduduk. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. | ||
Bekas Naib Canselor UMT menang tuntutan RM14,986 Posted: Bekas Naib Canselor UMT menang tuntutan RM14,986
PUTRAJAYA - Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) semalam memerintahkan syarikat pakar pemuliharaan rambut Yun Nam Hair Care Sdn. Bhd. membayar balik RM14,986 kepada bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Emeritus Datuk Dr. Sulaiman Md. Yassin dan isterinya. Presiden tribunal itu, Datuk Abu Bakar Awang membuat keputusan tersebut selepas mendapati syarikat tersebut melanggar kod perniagaan dan memerintahkan bayaran perlu dilakukan kepada pasangan berkenaan dalam tempoh 14 hari. Sulaiman berkata, beliau dan isterinya, Datin Noor Rohani Mohd. Noor mengambil pakej rawatan rambut bernilai RM15,600 (RM7,800 bagi setiap orang) dengan bayaran ansuran RM650 sebulan ekoran masalah kulit kepala, kekurangan nutrisi, berminyak serta berkelemumur. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. | ||
Posted: Malaysia, Turki mansuh visaANKARA - Malaysia dan Turki bersetuju memansuhkan keperluan visa untuk memudahkan rakyat kedua-dua negara membuat lawatan antara satu sama lain. Perkara itu diumumkan pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya dari Turki, Recep Tayyip Erdogan selepas pertemuan di Pejabat Perdana Menteri Turki itu di sini semalam. "Ini adalah satu keputusan bersejarah dan penting yang pastinya dapat meningkatkan hubungan antara rakyat kedua-dua negara," kata Najib. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan