Harian Metro: Setempat |
Penduduk resah kereta di bahu jalan Posted: 27 Feb 2011 10:42 AM PST KUALA LUMPUR: Kesesakan lalu lintas setiap pagi pada hari bekerja di hadapan Pangsapuri Vista Angkasa, Pantai Dalam, berdekatan stesen transit aliran ringan (LRT) Universiti, di sini, menyukarkan pengguna jalan raya di situ. Kesesakan bermula dari hadapan pangsapuri berkenaan hingga ke kawasan Bangsar South dan ke persimpangan Pantai Hill Park dari jam 7 hingga 8 pagi. Tinjauan Harian Metro mendapati, teksi yang berhenti di belakang deretan kereta penduduk pangsapuri di bahu jalan berkenaan punca kesesakan terbabit.
Keadaan bertambah buruk apabila orang ramai yang tinggal di Pantai Dalam dan Bangsar bersarapan di gerai hadapan pangsapuri itu menyebabkan keadaan lebih sesak.
"Hampir setiap pagi pada hari bekerja mereka akan memberhentikan teksi di belakang kereta penduduk yang diletakkan di hadapan pangsapuri ini, sekali gus menyebabkan jalan dua lorong menjadi satu lorong," katanya.
"Setiap hari pemandu teksi sama akan menunggu saya untuk ke tempat kerja. Ia bagai sudah menjadi ikatan perjanjian antara saya dan teksi berkenaan. "Jika saya tidak bekerja, saya akan menghubungi pemandu terbabit, tapi saya tidak tahu sekiranya dia menunggu di sini untuk mengambil penumpang lain.
|
‘Kejap lengkap, kejap tidak’ Posted: 27 Feb 2011 10:36 AM PST PUTRAJAYA: Sikap tidak bertanggungjawab dan peka kakitangan di sebuah pusat pemeriksaan kenderaan di Shah Alam, Selangor, mengundang perasaan tidak puas hati segelintir pelanggannya. Lebih mengejutkan, pelanggan terpaksa menunggu sehari suntuk sebelum urusan siap, tetapi selepas menempuhi pelbagai kerenah kakitangan bertugas.
Katanya, ketika membuat permohonan dengan membayar RM35, kakitangan terbabit tidak memaklumkan dokumen yang diperlukan tidak mencukupi.
"Saya dimaklumkan semua ujian sudah lulus dan diminta membayar RM20 lagi sebagai caj menyiapkan dokumen.
Azli yang bekerja sebagai penghantar surat berkata, dia meminta kawannya menghantar semua dokumen berkenaan kepadanya, tetapi selepas menyerahkannya di kaunter seorang kakitangan di situ memaklumkan mereka tidak memerlukan dokumen itu kerana sudah mempunyai surat dari JPJ.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan