Selasa, 22 Februari 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Bekas pejabat daerah terbiar

Posted:

Bekas pejabat daerah terbiar

Bekas pejabat daerah terbiar

Oleh RASMI ABDULLAH
kota@utusan.com.my


Bangunan lama Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat di Teluk Datok yang terbiar kosong sejak tiga tahun lalu.


KUALA LANGAT 22 Feb. – Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat diminta mengambil tindakan segera ke atas bangunan lamanya di Telok Datok di sini yang terbiar setelah pejabat agensi itu berpindah ke bangunan baru di Persiaran Sultan Abdul Aziz Shah sejak tiga tahun lalu.

Penduduk sekitar daerah ini tertanya-tanya mengapa bangunan lama itu dibiarkan begitu saja tanpa dimanfaatkan sedangkan bangunan itu masih elok dan boleh digunakan.

Mereka berpendapat, langkah membiarkan bangunan lama itu begitu sahaja adalah satu bentuk pembaziran kerana ia boleh diubah suai untuk pelbagai kegunaan lain.

Seorang pekerja swasta, Firdaus Ismail, 29, berkata, sepanjang pengetahuannya, tiada sebarang perancangan dibuat terhadap premis tersebut.

"Bagi saya, daripada dibiarkan begitu sahaja, lebih baik ia diserahkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bersesuaian untuk dijadikan sebagai pejabat atau pusat kegiatan mereka.

"Selain dapat memanfaatkan bangunan itu, persatuan terbabit juga boleh membantu menjaganya agar tidak dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Sebelum ini, katanya, terdapat ura-ura bahawa bangunan itu telah diserahkan kepada Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) tetapi sehingga kini ia masih terbiar dan kelihatan semakin buruk.

Bagi Noraini Bakar, 35, pula, tindakan membiarkan bangunan itu bukan sahaja dilihat sebagai satu pembaziran tetapi turut menyakitkan mata kerana ia terletak di tepi jalan besar ke pekan Banting.

"Apa pandangan orang luar yang pertama kali datang ke daerah ini, ditambah pula berhampiran bangunan lama itu terdapat kuarters kerajaan yang terbiar dan sudah usang.

"Kita khuatir akhirnya bangunan lama itu akan menjadi usang dan tidak boleh digunakan lagi kerana ditinggalkan begitu sahaja untuk satu tempoh yang lama," katanya.

Ahmad Farhan Rasdan, 24, pula berpendapat, bangunan lama tersebut juga boleh dijadikan pusat pembelajaran dan kelas tambahan bagi meningkatkan pencapaian akademik para pelajar sekolah di daerah ini.

"Sekiranya tiada sebarang kegunaan yang boleh dimanfaatkan, lebih baik runtuhkan sahaja bangunan itu dan tapaknya boleh dibangunkan sebagai pusat rekreasi.

"Ini kerana daerah ini memang kekurangan pusat rekreasi bagi masyarakat setempat selain boleh dijadikan tarikan baru kepada pengunjung luar untuk datang ke kawasan ini jika dibangunkan dengan aktiviti rekreasi yang menarik," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Modal insan terus jadi fokus Adnan

Posted:

Modal insan terus jadi fokus Adnan

Modal insan terus jadi fokus Adnan


Adnan Md. Ikhsan (bertali leher) bersalaman dengan kakitangan MPSJ selepas majlis perhimpunan bulanan terakhir beliau bersama pihak berkuasa tempatan itu di Subang Jaya, baru-baru ini.


SUBANG JAYA 22 Feb. – Penekanan kepada pembangunan modal insan akan terus menjadi fokus kepada Datuk Adnan Md. Ikhsan dalam melaksanakan tugas barunya sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Kesejahteraan) Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Menurutnya, pembangunan modal insan perlu diberikan keutamaan jika mahu melahirkan individu yang berketerampilan dan berkualiti bagi memenuhi aspirasi negara.

Bekas Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) itu dilantik ke jawatan tersebut berkuat kuasa 14 Februari lalu.

Beliau menganggap pelantikannya ke jawatan itu sebagai satu penghormatan besar dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas kepercayaan tersebut.

"Saya tidak menganggap pelantikan ini sebagai bebanan, sebaliknya sebagai satu cabaran dan saya berjanji akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya," katanya di sini baru-baru ini.

Sebelum itu, beliau menghadiri majlis perhimpunan bulanannya yang terakhir bersama kira-kira 800 kakitangan dan pegawai MPSJ.

Turut hadir, Timbalan YDP MPSJ, Abdullah Marjunid.

Adnan, 53, dilantik berdasarkan pengalaman luas beliau dalam perkhidmatan awam bagi membantu kepimpinan kementerian mewujudkan suasana dan persekitaran yang lebih selesa untuk rakyat.

Sementara itu, ketika berucap pada perhimpunan tersebut, Adnan melahirkan rasa bangga dan berterima kasih kepada kakitangan, pegawai dan ahli majlis MPSJ yang sentiasa memberi sokongan kepada setiap perancangan yang dibuat sepanjang tempoh perkhidmatannya di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu.

Sepanjang menerajui MPSJ, beliau dikenali sebagai pemimpin yang sentiasa mengutamakan pembangunan modal insan kerana aspek tersebut dianggap penentu kepada setiap kejayaan di PBT itu.

"Saya percaya, untuk maju, modal insan yang berilmu sahaja tidak mencukupi. Ia perlu dilengkapkan dengan penerapan budaya gigih dan amanah bagi memastikan ia menjadi satu ciri jati diri bangsa," ujarnya.

Pada masa sama, sikap tegas dan mesra yang ditonjolkan, menjadikan beliau sentiasa dekat di hati bukan sahaja di kalangan kakitangan MPSJ tetapi juga warga Subang Jaya.

Di bawah kepimpinannya selama lebih empat tahun, pelbagai kecemerlangan dicapai oleh MPSJ, antaranya, Anugerah Kualiti Ketua Setiausaha Negara (2006), Anugerah Kualiti Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (2007), Pengiktirafan Empat Bintang dalam Penilaian Star Rating PBT (2008) dan Anugerah Pengurusan dan Pentadbiran Pejabat Cemerlang (APPC) Pentabdiran Kerajaan Negeri Selangor (2009).

Pada tahun lalu pula, anugerah yang diterima termasuk Anugerah Bandar Lestari: Anugerah Alam Sekitar, Anugerah Zon Bersih PBT bagi kategori Kumpulan 1, Penyelenggaraan Kawasan dan kategori Anugerah Khas Zon 6.

Adnan berazam menggunakan segala pengalamannya untuk membantu kementerian itu terutama menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bagi merealisasikan hasrat menjadikan Wilayah Persekutuan maju dan sejahtera.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemuda miliki pistol, peluru ditahan

Posted:

Pemuda miliki pistol, peluru ditahan

Pemuda miliki pistol, peluru ditahan

PETALING JAYA 22 Feb. - Sikap prihatin orang ramai melaporkan insiden kekecohan di Persiaran Surian di sini semalam kepada polis, membawa kepada penahanan seorang pemuda bersama sepucuk pistol.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang, suspek berusia 31 tahun sebelum itu dikatakan terbabit dalam pertengkaran mulut dengan seseorang di situ.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, orang awam kemudian menghubungi polis dan bertindak atas maklumat, empat anggota peronda polis pergi ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan pihaknya menemui satu kelopak dan tujuh butir peluru bersama suspek.

"Kita membawa suspek ke rumahnya di sebuah kondominium di Persiaran Surian dan menemui 43 lagi butir peluru 7.65mm.

"Kita turut merampas sepucuk pistol, sebilah pisau dan cota yang diletakkan di bonet kereta milik suspek," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah Arjunaidi, pemeriksaan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan saringan ujian air kencing juga menunjukkan lelaki terbabit tidak dipengaruhi dadah.

Beliau memberitahu, pihaknya turut merampas kereta Proton Putra yang dipercayai milik suspek.

Katanya, suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 dan Seksyen 8A Akta Senjata Api 1960.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan