Isnin, 28 Februari 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Muhyiddin tegur pembangkang kerana dakyah dan fitnah palsu dalam PRK

Posted: 28 Feb 2011 12:39 AM PST

JASIN: Sikap parti-parti pembangkang dalam menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan DUN Kerdau, Pahang ditegur kerana menyebarkan berita fitnah dan dakyah palsu dalam menarik hati para pengundi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, malah pembangkang menokok tambah berita dan penyebaran dakyah palsu tanpa batasan dalam usaha memancing undi dan memastikan kemenangan kepada pihak mereka.


"Pihak parti lawan, sama ada PAS, PKR atau DAP tidak menyebut usaha dan inisiatif kerajaan yang dilaksanakan dalam pelbagai bidang tertentu yang melonjakkan pertumbuhan ekonomi dan menjana pendapatan negara sejak akhir-akhir ini," katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Rakyat dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar PMR 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum, Merlimau, di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, barisan kepimpinan negeri serta warga guru daerah ini.


Muhyiddin yang diiringi isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman melakukan lawatan sehari ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dalam membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) Roslan Ahmad pada pilihan raya kecil yang berlangsung Ahad ini.


Timbalan Perdana Menteri berkata, sekiranya pembangkang bersikap rasional, mereka mestilah mengiktiraf perkara yang betul dan baik serta pencapaian usaha kerajaan dalam pelbagai bidang untuk membantu rakyat.

Malah kecenderungan pemimpin PAS pada pilihan raya kecil ini ialah mengeluarkan fatwa yang mengelirukan bertujuan mengaut undi bagi kepentingan politik mereka.


" Mereka melakukannya semasa pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang (di Johor) baru-baru ini dan taktik yang serupa dilakukan pada PRK DUN Merlimau dan DUN Kerdau dan oleh itu para pengundi mesti berhati-hati dengan fatwa ciptaan PAS ini," katanya.

Roslan, 44, ditentang calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38, yang diadakan berikutan kematian wakil rakyat DUN itu, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 56, daripada BN pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung.


Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata usaha kerajaan dalam meningkatkan tahap pendidikan termasuk mewujudkan sekolah berprestasi tinggi yang meningkat kepada 23 sekolah tahun ini berbanding 20 pada tahun lalu dan akan ditingkatkan kepada 50 sekolah.


Kita juga akan melaksanakan inisiatif lain dalam bidang ini (pendidikan) yang akan menjamin peningkatan dan kejayaan besar kepada prestasi murid-murid," kata Muhyiddin.


Beliau turut memuji prestasi keseluruhan pencapaian akademik SMK Dang Anum sehingga mencapai tahap antara sekolah yang terbaik di negeri ini.


Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 34 pelajar di DUN Merlimau yang mencapai kejayaan memperoleh 8A dan 9A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun lalu. -Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pengarah SPR Pahang meninggal dunia

Posted: 28 Feb 2011 12:35 AM PST

TEMERLOH: Pengarah Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) Pahang, Datuk Ismail Mohd Yusoff meninggal dunia di Hospital Sultan Ahmad Shah di sini petang ini kerana serangan jantung.

Pegawai pengurus pilihan raya kecil Kerdau, Datuk Tarif Abdul Rahman berkata, Ismail, 57, yang meninggal dunia pada pukul 3.15 petang, dimasukkan ke hospital itu pagi tadi.


Beliau berada di sini bagi melihat persiapan pilihan raya kecil Kerdau yang akan diadakan Ahad ini, yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad dan calon PAS, Hassanuddin Salim.

DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada BN akibat penyakit jantung pada 12 Februari lalu. Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan