Khamis, 31 Mac 2011

Berita Harian: Nasional

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Nasional


Keputusan isu Interlok muktamad

Posted: 31 Mar 2011 03:01 PM PDT

Nasional

pix_gal0
Kerajaan tak tunduk desakan, anggap mainan politik kotor pembangkang: TPM

PAGOH: Kerajaan sudah membuat keputusan muktamad berhubung isu novel Interlok dan tidak akan tunduk terhadap tekanan mana-mana pihak, tegas Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri menyifatkan desakan terbaru berhubung isu novel Interlok kini adalah mainan politik parti pembangkang yang berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO). "Isu ini sudah selesai. Saya tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak yang mendesak, sama ada ia dipinda atau ditarik balik, saya tidak akan kompromi.

"Ini sudah jadi keputusan kerajaan yang sudah diumumkan dalam Parlimen dan sudah disahkan. Kita berpegang kepada penyelesaian isu ini dan tidak mahu ia terus dipolitikkan, " katanya kepada pemberita selepas menyampaikan agihan bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir yang melanda sekitar daerah Muar pada awal Februari lalu di Kompleks Sukan Pagoh, semalam.

Muhyiddin berkata, isu Interlok kini sengaja ditimbulkan semula pembangkang di sebalik NGO terbabit, sebagai strategi menghidupkan isu berkenaan bagi menyemarak rasa benci kaum tertentu kepada kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pembangkang mempolitikkan isu novel terbabit sebagai alat untuk meraih sokongan politik kerana menyedari kempen pilihan raya negeri Sarawak yang bakal diadakan.
"Mereka melihat kepada pilihan raya Sarawak dan isu ini bertujuan meraih sokongan politik secara memperalatkan Interlok. Saya sudah tahu muslihat mereka.

"Bagi saya, ini sikap tidak bertanggungjawab, berniat jahat dan bukan soal nak redakan keadaan, sebaliknya bagi mereka kalau tak selesai lagi bagus supaya terus semarakkan rasa benci kepada kerajaan," katanya.

Beliau berkata, menyedari hakikat itu, kerajaan tidak akan tunduk, sebaliknya proses pembelajaran akan berjalan seperti biasa dengan proses penambahbaikkan yang akan dibuat.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

dakka kapungk

rakyat sarawak tidak mudah goyah dengan isu murahan.. tp kami inginkan jurang pembangunan atau kemajuan antara semenanjung dan sarawak dirapatkan dengan segera untuk mengelakkan rakyat sarawak hilang kepercayaan terhadap kerajaan.

Ross

Sokong TPM. Banyak lagi isu penting yang boleh dibahaskan. Jangan terlalu emosi.

sabar

Belajar bukan untuk mengeritik semata-mata dan berpolitik cuba belajar menjadi orang yang mahu belajar apa ertinya ilmu untuk diri sendiri dan yang berada dalam lingkungan yang luas

mizz_jaydee

deme ni bkn baca pn novel tu. dgr ckp org je pas2 kutuk, bangkang, protes. baca la dulu buku tu.... apa kata ramai2 g cari buku tu & belajar sama2 dgn bebudak ting 5. haaaa... pas2 sama2 ambil exam. tgk result exam & tau sapa yg bangang.!!!!!

Hamzah Abd Hamid

Cukuplah dengan desakkan mereka yang tidak mahu menghormati keputusan dan tolak ansur yang telah diberi oleh kerajaan, Inilah dikatakan sudah diberi betis hendak peha. Kerajaan perlu bertindak tegas dengan perkara ini dan menghentikan isu ini terus dipolitikan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggung jawab. Kalau isu ini terus dilayan, ini akan membuang masa banyak pihak dan sekiranya pihak kerajaan masih mahu bertolak ansur dengan pihak-pihak ini, saya yakin satu pihak lagi akan merasa mual dengan tolak kerajaan. Cukuplah!

nor asmah binti mohd yusof

Syukurlah segala terkesumat diungkai dengan bijaksana.Novel ini menjadi mangsa kepada kesombongan mereka yang tidak kenal erti perpaduan sebenarnya.Jadikanlan ia sebagai panduan dihari muka.Sebenarnya novel ini dikarang oleh insan yang luarbiasa.Ego, sombong dan mainan politik dijadikan alat untuk menjatuhkan martabatnya.Fikir-fikirkanlah.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pencapaian GTP luar biasa

Posted: 31 Mar 2011 02:52 PM PDT

Nasional

2 ahli IPR puji keupayaan kerajaan capai sasaran besar ditetapkan

PUTRAJAYA: Dua ahli Jawatankuasa Penilaian Prestasi Antarabangsa (IPR) menganggap Program Transformasi Kerajaan (GTP) sebagai pencapaian luar biasa walaupun baru setahun dilaksanakan.

Presiden Fairfax Group yang juga Pengasas Bersama Kumpulan Transparency International, Michael Hershman, turut memuji keupayaan kerajaan mencapai sasaran besar yang ditetapkan. "Saya tidak menganggap ini adalah transformasi kerajaan, sebaliknya ia sesuatu yang lebih besar iaitu transformasi Malaysia yang menjadikan rakyat sebagai keutamaan. Bukan mudah untuk mencapai sasaran sebesar ini dalam tempoh sebegitu singkat.

"Melihat kepada hasil GTP, saya memberikan 'A' kepada pencapaian program ini dalam tempoh setahun pertama ini," katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, kata beliau, masih banyak yang perlu dilaksanakan dan semua pihak perlu ada kesungguhan untuk memastikan pencapaian memberangsangkan itu dapat dihasilkan secara berterusan.

"Jangan cepat berpuas hati dengan pencapaian hari ini, sebaliknya Malaysia perlu bekerja lebih keras untuk mencapai sasaran yang sudah ditetapkan dan menjadikan program ini sebagai model yang dapat diikuti oleh negara lain," katanya.
Pujian sama turut disuarakan Perwakilan Residen Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) Singapura, Dr Ravi Balakrishnan, yang menegaskan Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.

Bagaimanapun, katanya, bagi mengekalkan prestasi baik yang ditunjukkan program itu adalah cabaran terbesar yang perlu dihadapi oleh negara.

"Fokus dalam menangani kumpulan miskin tegar dan pelbagai program pembasmian kemiskinan adalah sesuatu yang harus dipuji kerana keutamaan kerajaan adalah kepada rakyat.

"Hasil yang ditunjukkan dalam tahun pertama pelaksanaan GTP adalah petanda memberangsangkan bagi tahun-tahun akan datang untuk Malaysia," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Rencana Utama

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Muzik selamatkan remaja Mexico

Posted:

Muzik selamatkan remaja Mexico

Muzik selamatkan remaja Mexico

Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF
izyanliyana.darif@kosmo.com.my



MEXICO antara negara yang berhadapan dengan kes-kes jenayah yang kritikal. Setiap hari sekumpulan penagih tegar didapati sanggup membunuh puluhan orang awam yang tidak berdosa. Pergaduhan dan kegiatan gengsterisme pula semakin menjadi-jadi sehingga tidak menampakkan kesudahan.

Namun, situasi tegang berkenaan sama sekali tidak menakutkan Alma Rosa Gonzalez yang merupakan salah seorang bekas penagih heroin. Dia sedar, barangkali sudah terlambat untuk menyedarkan kumpulan gengster dan penagih dadah tetapi, dia masih ada peluang menyelamat kanak-kanak di sekitar Mexico yang mempunyai kira-kira 1.5 juta penduduk.

Enggan membiarkan kanak-kanak yang masih bersifat naif itu mengikuti jejak bapa mereka bergelumang dengan dadah dan senjata api, maka Gonzalez mengambil inisiatif mengubah hidup di sana yang lebih positif iaitu menerusi bermain alat muzik biola dan trompet. Dia menganjurkan program orkestra belia Gonzalez.

Program yang diinspirasi daripada rangkaian orkestra popular Venezuela yang dikenali sebagai El Sistema itu membantu anak-anak muda miskin mengubah nasib menerusi muzik.

Meskipun serba kekurangan dari segi kewangan Gonzalez tetap berusaha menyediakan sebuah kelas buat pelajarnya yang terdiri daripada kanak-kanak yang berasal daripada keluarga miskin. Kelas itu dibina di atas tapak longgokan sampah sarap. Kawasan sekitarnya dikelilingi jalan raya tidak berturap dan dipenuhi rumah-rumah terbengkalai yang didiami kumpulan gengster Mexican Blood.

Setakat ini program orkestra Gonzalez tersebut telah berjaya membantu lebih 400 kanak-kanak di bandar Ciudad Juarez. Lebih membanggakan, kejayaan demi kejayaan masih terus dikecapi meskipun pada satu tahap mereka pernah diancam, dirompak dan para pelajar pula terpaksa meninggalkan kelas apabila ibu bapa mereka diculik.

"Keganasan amat teruk di sini. Mereka membunuh orang seperti membunuh anjing," jelas Angelica Palacios, ibu tunggal kepada Jose Angel, 10, yang mempelajari biola di sekolah tersebut.

"Bagi Jose biola adalah segala-galanya padahal, pada mulanya dia enggan membawa alat muzik itu bersamanya," tutur Palacios.

Sejak tiga tahun lalu, dianggarkan lebih 7,200 orang mati angkara keganasan dadah di Ciudad Juarez, salah satu kota di Mexico yang serba kekurangan dari segi taman permainan, sekolah dan pengangkutan awam.

Walaupun awal tahun lalu, beberapa pihak sudah mengatur strategi untuk membanteras masalah dadah tetapi jawapannya masih gagal. Seramai 10,000 tentera di Ciudad Juarez setakat ini juga gagal membendung masalah dadah dan keganasan.

Menurut salah seorang pekerja sosial, bandar yang dikelilingi padang pasir dan timbunan sampah sarap itu tidak menjanjikan masa depan yang cerah. Para pekerja kilang pembuatan barangan untuk pasaran Amerika Syarikat (AS) dibayar upah yang rendah kesan faktor keganasan yang melanda.


PELAJAR Gonzalez membuat persembahan di sebuah gereja sempena sambutan Krismas Disember tahun lalu.


Sehubungan itu Presiden Mexico, Felipe Calderon melancarkan program untuk membina semula bangunan sekolah di bandar, taman dan hospital apabila mendapati anak-anak muda semakin serasi dengan keganasan.

Kerajaan persekutuan kini membantu mengumpul dana untuk program orkestra Gonzalez walaupun selama beberapa tahun Gonzalez terpaksa bergantung kepada sumbangan amal pelbagai pihak. Program orkestra tersebut akan dijalankan dalam beberapa siri di sekolah dan pusat komuniti.

Jelas Gonzalez yang menagih sejak usia 14 tahun, dia terdorong untuk mewujudkan orkestra apabila mendapati tiada inisiatif atau program yang dilakukan bagi membantu meningkatkan taraf hidup kanak-kanak di bandar itu.

Kebanyakan kumpulan amal lebih cenderung kepada matlamat untuk memujuk golongan remaja meninggalkan kumpulan gengster dan pergi mencari kerja untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

Namun kini, Gonzalez yang pernah bekerja di gereja dan begitu mencintai muzik mampu tersenyum. Dia melahirkan kesyukuran apabila 70 kanak-kanak dari kelasnya telah mengambil bahagian dalam konsert Krismas di gereja tempatan pada 19 Disember tahun lalu. Mereka memukau para tetamu dengan bermain muzik Bach, Handel dan Mozart.

Sementara itu, separuh daripada pelajarnya sudahpun melanjutkan pengajian dalam bidang muzik di bandar Mexico. Gonzales berharap pada suatu hari nanti segelintir daripada kanak-kanak berkenaan bermain untuk Orkestra Simfoni Kebangsaan Mexico iaitu salah sebuah kumpulan orkestra yang tertua di negara itu.

"Saya ingin melihat suatu hari nanti ahli-ahli gengster membawa anak-anak mereka bersama alat muzik datang ke sekolah. Ia menunjukkan petanda positif bahawa kehidupan kanak-kanak bakal melalui fasa perubahan yang positif.

"Jika pada 20 atau 30 tahun lalu pihak kerajaan berusaha membentuk kanak-kanak dengan muzik saya yakin kami tidak akan menjadi seperti hari ini," jelas Gonzalez ketika ditemui Reuters.

Gesekan biola menenangkan jiwa

Sementara itu, salah seorang pemain biola tanah air, Mohd. Khairi Razali, menyokong kewujudan program orkestra Gonzalez tersebut.

Jejaka berusia 26 tahun itu menyifatkan pendedahan muzik kepada kelompok kanak-kanak bukan sekadar meningkatkan keyakinan diri malah, turut melahirkan individu yang berdisiplin.

"Bermain muzik bukan mudah. Tanpa usaha, fokus dan latihan yang sistematik ia menyukarkan individu menghafal not ataupun pengiraan tempo. Sebab itu, setiap pemain muzik berkali-kali disaran agar sentiasa memberi tumpuan sewaktu kelas teori dan praktikal berlangsung.

"Selain itu, setiap hari individu perlu berdisiplin memperuntukkan selama sejam berlatih alat muzik. Inisiatif ini wajar dipraktikkan khususnya buat mereka yang bermain bersama grup atau orkestra bagi menghasilkan keharmonian bunyi sewaktu membuat persembahan," jelas Mohd. Khairi atau Khairi yang pernah menyertai Festival Kesenian Asia ke-10 di Zhengzhou, China dan Festival Stompin Sabah 2008.


TARAF hidup dan disiplin anak-anak jalanan di Mexico semakin positif apabila terlibat dalam orkestra muzik.


Berbicara lanjut, anak kelahiran Kuala Lumpur itu melihat program berkenaan sedikit sebanyak membantu menyuntik mood dan jiwa yang positif dalam kalangan kanak-kanak.

Tegas Khairi yang pernah merangkul tempat ketiga dalam pertandingan Asian Beat Final di Taipei, Taiwan, apabila kanak-kanak sibuk dengan aktiviti muzik maka, ia dapat mengelakkan mereka daripada bergelumang dengan kegiatan yang tidak sihat seperti kegiatan gengster dan pengambilan dadah.

"Saya bercakap berdasarkan pengalaman saya sendiri yang hampir sedekad bermain alat muzik. Bayangkan, dek terlalu sibuk berlatih menggesek biola membuatkan kadangkala saya terlupa meluangkan masa bersama rakan-rakan.

"Bagaikan sukar untuk berenggang dengan biola. Alunan muzik halus dan indah yang keluar menerusi gesekan alat muzik ini memberikan suatu keseronokan yang unik dan menenangkan jiwa," ujar Khairi, graduan muzik dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Kuala Lumpur yang turut mahir bermain gitar.

Muzik jadi terapi

Dalam pada itu, Persidangan Muzik Amerika (AMP) yang dianjurkan pada tiga tahun lepas mencapai kesepakatan bahawa golongan kanak-kanak yang didedahkan dengan lagu dan tarian dapat menghakis perasaan malu dan memberi kebaikan kepada otak.

Hasil kajian yang dilakukan AMP mendapati muzik adalah kaedah terbaik untuk meningkatkan kekuatan otak. Buktinya, kanak-kanak yang kerap mendengar muzik atau beraksi di atas pentas antara kumpulan pelajar yang memperoleh gred lebih cemerlang dalam pelajaran terutama matematik.

Situasi itu turut diakui oleh Ketua Jabatan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Raja Azuan Nahar Raja Adlan. Menurutnya, muzik ialah terapi yang paling ideal untuk minda, menenangkan fikiran dan sosial.

Bukan itu saja, muzik juga memberi peluang dan platform yang terbaik kepada individu bereksperimen dan mengekspresi diri. Contohnya, penggemar muzik hip hop yang meluahkan perasaan menerusi cetusan lirik lagu, intonasi rap dan corak tarian yang rancak.

"Malangnya di Malaysia kebanyakan ibu bapa menganggap muzik itu melalaikan dan memberi kesan buruk kepada anak-anak. Mereka seringkali mengaitkan muzik penyebab anak-anak terjebak pada dadah, pergaulan bebas dan aktiviti seks.

"Tetapi saya yakin, sekiranya anak-anak didedahkan kepada saluran muzik yang betul, mereka dapat membezakan muzik negatif dan positif," terang Raja Azuan yang turut mengalakkan ibu bapa membawa anak-anak menyaksikan pementasan teater muzikal kanak-kanak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Politik

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


1,700 bakal nikmati air bersih

Posted:

1,700 bakal nikmati air bersih

1,700 bakal nikmati air bersih

Oleh MOHD. ZAAIN MD. ZIN
pengarang@utusan.com.my


Zulkifeli Mohd. Zin (kanan) bersalaman dengan sebahagian penduduk di Rumah Panjang Bunan Gega, Serian, Sarawak, semalam. - utusan/AMIR HAFIZ


SERIAN 31 Mac - Lebih 1,700 keluarga luar bandar di Sarawak bakal menikmati bekalan air bersih selewat-lewatnya Jun ini menerusi pelaksanaan sistem grafity feed yang diusahakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak Januari lalu.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, projek bekalan air di bawah Strategi Laut Biru Kebangsaan (NBOS) itu merupakan inisiatif bersama pihaknya dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Jabatan Kesihatan.

"Projek yang bernilai kira-kira RM5.2 juta ini melibatkan 37 kawasan luar bandar di Serian, Limbang, Kanowit, Kapit, Sri Aman dan Bau. Setakat ini projek di Serian yang melibatkan dua lokasi iaitu Kampung Sungai Buru dan Kampung Sungai Empassa sudah siap sementara di Kapit dan Sri Aman pula hampir selesai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat rumah yang terlibat dalam Program Bantuan Rumah (PBR) di Kampung Bunan Gega, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zulkifeli berkata, antara projek lain yang sedang dilaksanakan di bawah NBOS yang kini memasuki fasa ketiga adalah membina jalan di kawasan luar bandar.

"Projek menaik taraf jalan sejauh 76 kilometer yang menghubungkan Long Luping-Ba'Kelalan dijangka siap sepenuhnya dalam masa terdekat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

650 borang penamaan calon dijual

Posted:

650 borang penamaan calon dijual

650 borang penamaan calon dijual

KUCHING 31 Mac — Sebanyak 650 borang pencalonan bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 dijual sejak 25 Mac lepas sehingga 12 tengah hari ini.

Seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak berkata, borang yang dibeli oleh bakal calon atau wakil bakal calon itu melibatkan kesemua 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pilihan raya itu yang akan diadakan pada 16 April.

"Satu set borang berharga RM20. Saya menjangkakan pembelian borang ini akan semakin rancak sehari sebelum penamaan calon pada 6 April nanti," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPR Sarawak, Datu Takun Sunggah ketika dihubungi berkata, masalah borang yang tidak cukup di beberapa kawasan berlaku kerana penghantaran awal tidak melibatkan bilangan yang banyak.

"Mula-mula dulu RO (Pegawai Pengurus Pilihan Raya) nak cepat, kita beri dulu lima set (bagi setiap kawasan DUN). Tak ada masalah borang tak cukup... borang tu cukup," katanya.

Katanya, SPR bersedia termasuk menyediakan borang yang mencukupi untuk menghadapi kemungkinan calon pilihan raya yang ramai.

"Kalau kawasan itu tak cukup borang, kita akan hantar segera. Banyak bakal calon dapatkan borang dengan RO. Kalau mereka datang ke SPR, masalah (borang tak cukup) takkan berlaku," katanya. — BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Jenayah

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


30 peniaga buat laporan SPRM

Posted:

30 peniaga buat laporan SPRM

30 peniaga buat laporan SPRM

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my


MOHD. Zaman Yusoff (kiri) bersama peniaga Pasar Lama MPKB membuat aduan di Ibu Pejabat SPRM Kelantan, Kota Bharu, semalam. – UTUSAN/ROSNI MASRI


KOTA BHARU 31 Mac – Kira-kira 30 peniaga Pasar Lama MPKB membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa siasatan dibuat berhubung transaksi wang bernilai RM44.8 juta membabitkan urusan jual beli pasar itu, Bazar Tengku Anis dan Bazar Tok Guru.

Peniaga terbabit mendakwa, transaksi tersebut menimbulkan tanda tanya memandangkan kerajaan Pas Kelantan dikatakan telah menjual Pasar Lama MPKB dengan nilai RM3.8 juta kepada sebuah syarikat swasta dan pada masa sama membeli tingkat satu Bazar Tengku Anis dengan harga terlalu tinggi iaitu RM18 juta untuk menempatkan mereka di situ.

Mohd. Zaman Yusoff yang mengetuai kumpulan peniaga terbabit berkata, Bazar Tok Guru yang asalnya dibangunkan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) tetapi akhirnya terpaksa dibeli balik daripada pemaju swasta dengan jumlah RM23 juta juga perlu disiasat.

"Kami mahu tahu kenapa kerajaan Pas Kelantan jual Pasar Lama MPKB tapi beli Bazar Tengku Anis dengan harga sangat tinggi untuk tempatkan peniaga yang asalnya berniaga di Pasar Lama MPKB.

"Lepas itu tanpa pasal-pasal boleh pula beli Bazar Tok Guru berharga RM23 juta, sedangkan asalnya memang milik kerajaan Pas Kelantan. Kenapa perlu beli balik," tegasnya ketika ditemui di pekarangan pejabat SPRM Kelantan di sini, hari ini.

Polemik membabitkan para peniaga Pasar Lama MPKB dan kerajaan Pas Kelantan berhubung isu Bazar Tok Guru merupakan masalah yang telah tercetus sejak dua tahun lalu ekoran kelemahan kerajaan negeri.

Pembinaan bazar itu paling menarik tumpuan apabila Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini mengakui bahawa kerajaan Pas Kelantan telah melakukan kesilapan sehingga menanggung kerugian besar dalam pembinaannya.

Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, pihaknya terpaksa menebus balik bangunan yang sebelum ini diserahkan kepada PMBK, diserahkan pula kepada sebuah syarikat swasta untuk dibangunkan. Kerugian dikatakan kira-kira RM50 juta.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Operasi SPRM Kelantan, Che Aziz Hamzah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut pukul 10.53 pagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SPRM wujud bilik audio visual

Posted:

SPRM wujud bilik audio visual

SPRM wujud bilik audio visual

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 31 Mac - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mewujudkan bilik audio visual bagi merekod keterangan saksi dan suspek di semua ibu pejabat negeri menjelang akhir tahun ini.

Bilik tersebut bakal dilengkapi kamera video dan tiga alat perakam bagi merekod keterangan selain kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di luar bilik untuk memantau pergerakan saksi yang keluar masuk ke bangunan hingga ke dalam bilik.

Dua bilik audio visual tersebut sudah siap dibina dan telah beroperasi di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya dan Perak.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, peralatan itu disediakan bagi memastikan tidak timbul isu salah guna kuasa dan kekerasan yang dilakukan pegawai ketika keterangan diambil.

Katanya, alat pengimbas X-ray dan alat pengesan logam turut dipasang di dalam bangunan SPRM bagi mengawal pergerakan keluar masuk dan memperketatkan kawalan keselamatan.

"Selain bilik audio visual berkenaan yang akan ditempatkan di tingkat bawah bangunan, lokap juga akan dibina di aras sama bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

"Pihak SPRM sentiasa terbuka menerima sebarang kritikan dan cadangan bagi menambah baik terutamanya mengenai sistem dan prosedur kerja SPRM," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima laporan tahunan 2010 Jawatankuasa Aduan SPRM di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, di sini hari ini.

Abu Kassim menambah, kerajaan telah meluluskan pembinaan bangunan SPRM di Presint 7, Putrajaya yang dijangka siap pada 2014.

"Selain itu, bangunan SPRM negeri seperti di Kelantan dan Melaka dalam peringkat akhir siap pembinaannya, di Johor pada pertengahan tahun ini manakala di Pahang pada 2012," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Mahkamah

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Surat layang satu fitnah – Saksi

Posted:

Surat layang satu fitnah – Saksi

Surat layang satu fitnah – Saksi

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 31 Mac – Bekas Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Hishamuddin Hashim (gambar) hari ini menjawab lima tohmahan dalam surat layang bertarikh 5 Ogos 2009 yang ditujukan kepada beliau dengan menyifatkannya sebagai satu fitnah.

Beliau semasa memberi keterangan menafikan mempunyai hubungan rapat dengan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dan hanya mengenali bekas Menteri Besar Selangor itu kerana sering menjemput beliau bagi merasmikan program anjuran SPRM ketika memegang jawatan sebagai Ketua Unit Pendidikan Masyarakat.

Hishamuddin yang kini merupakan Pengarah SPRM Negeri Sembilan juga menjelaskan bahawa asid deoksiribonukleik (DNA) beliau tidak diambil di biliknya, sebaliknya kedua-dua proses yang dilakukan oleh ahli kimia dibuat di bilik mesyuarat dengan kehadiran semua pegawai yang terlibat.

''Itu fitnah. Semua tuduhan bersifat fitnah. Pihak polis beri dua hari untuk pegawai-pegawai SPRM hadir di bilik mesyuarat untuk beri DNA. Saya hadir hari kedua sebab hari pertama saya sibuk dengan urusan di ibu pejabat. Bukan saya seorang, ada pegawai-pegawai lain pada hari kedua.

''DNA juga diambil kali kedua atas arahan Koroner di bilik mesyuarat yang sama di tingkat 14 dengan turut dihadiri oleh peguam-peguam daripada pelbagai pihak,'' jelas beliau.

Berhubung tohmahan kononnya beliau menggunakan teknik soal siasat dengan memegang tali pinggang dan menggoncang saksi, Hishamuddin menafikan sama sekali serta mencadangkan agar saksi-saksi yang pernah diambil keterangan oleh beliau dipanggil dan ditanya mengenai dakwaan tersebut.

''Ketika itu saya timbalan pengarah, rakaman percakapan dan temu bual dibuat oleh pegawai. Saya tidak pernah periksa saksi atau temu bual mereka. Saya cuma beri arahan sahaja.

''Menjadi kebiasaan, saya jarang punch out (merakamkan waktu keluar) dan ia boleh dirujuk pada kad-kad perakam waktu saya. Saya tidak punch out pada 16 Julai 2009 kerana saya keluar untuk menghantar anak ke sekolah dan akan datang balik ke pejabat,'' katanya.

Surat layang yang diterima oleh peguam yang mewakili keluarga Teoh Beng Hock, Gobind Singh Deo pada 17 Ogos 2009 mendakwa Hishamudin sengaja tidak berada di pejabat pada hari pertama dan hanya memberi sampel DNA pada hari kedua di biliknya.

Hishamuddin juga dikatakan sengaja tidak mengetip kad perakam semasa keluar pada pagi 16 Julai 2009 iaitu pada hari Setiausaha Politik Exco Selangor itu ditemui mati, mempunyai teknik siasatan tertentu dan ada hubungan rapat dengan Mohamad Khir.

Dalam prosiding hari ini, Hishamuddin juga mengaku tiada sebarang laporan polis dibuat berhubung kematian Beng Hock kerana polis telah pun menjalankan siasatan bermula pada hari kejadian selain ada laporan telah dibuat oleh orang awam berhubung penemuan mayat itu.

Semasa memberi respons kepada soalan-soalan daripada peguam mahupun anggota panel suruhanjaya, suasana menjadi agak tegang apabila Hishamuddin kerap menjawab dengan agak kasar sehingga Pengerusi suruhanjaya, Tan Sri James Foong Cheng Yuen menegur agar saksi bertenang serta tidak terlalu emosi.

Prosiding suruhanjaya yang diadakan di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini bersambung Sabtu ini dengan keterangan oleh Pakar Patologi Forensik dari Thailand, Dr. Pornthip Rojanasunand.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sosilawati: Peguam, 3 lelaki dibicara 4 Julai

Posted:

Sosilawati: Peguam, 3 lelaki dibicara 4 Julai

Sosilawati: Peguam, 3 lelaki dibicara 4 Julai


N . Pathmanabhan (kanan) bersama tiga suspek lain (dari kiri) R.Khatavarayan, R. Matan dan T. Thilaiyagan dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk perbicaraan, semalam. - BERNAMA


SHAH ALAM 31 Mac - Bekas peguam, N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya akan dibicarakan selama tiga bulan bermula 4 Julai ini di Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain pada Ogos tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Akhtar Tahir menetapkan demikian hari ini selepas keempat-empat tertuduh mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan membunuh mangsa-mangsa terbabit.

Kesemua mereka kelihatan tenang ketika jurubahasa membacakan pertuduhan tersebut dalam bahasa Tamil.

Akhtar turut membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya kesemua tertuduh dibicarakan bersama selepas tiada bantahan daripada pihak pembelaan.

Pathmanabhan, 41; bersama T. Thilaiyalagan, 19; R. Matan, 20; dan R. Kathavarayan, 30; didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandu wanita tersebut, Kamarudin Shamsudin, 47; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Norhisham Mohammad, 38.

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Dakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusof, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd. Ghani.

Kesemua tertuduh diwakili peguam-peguam Manjeet Singh Dhillon, Puspha Ratnam, Amer Hamzah Arshad, Datuk Ng See Teong, Ravi Nekoo dan Gurbachan Singh.

Kes berprofil tinggi itu mendapat perhatian umum apabila ahli perniagaan wanita terkenal tersebut dilaporkan hilang selepas dikatakan ke Banting atas urusan pembelian tanah pada 30 Ogos tahun lalu, iaitu ketika umat Islam berpuasa di bulan Ramadan.

Lebih mengejutkan, media massa kemudian melaporkan bahawa pihak polis mengesahkan bahawa keempat-empat mangsa telah dipukul sehingga mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pahang

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Roboh penempatan haram di Matau

Posted:

Roboh penempatan haram di Matau

Roboh penempatan haram di Matau


PAPAN tanda arahan mengosongkan kawasan tanah Matau oleh Majlis Daerah Maran dipandang sepi penduduk.


Saudara Pengarang,
BANDAR Jengka yang kini dikenali sebagai Bandar Tun Abdul Razak semakin berkembang pesat.

Bandar itu juga dikenali sebagai 'Malay Town' kerana satu-satunya bandar yang sektor ekonominya didominasi oleh orang Melayu sepenuhnya.

Bagaimanapun, kemajuan dan keharuman nama 'Malay Town' itu agak terjejas dengan kewujudan perkampungan 'haram' yang dikenali sebagai Matau yang lokasinya terletak berhampiran Bandar Jengka.

Sebahagian pengunjung luar khususnya keluarga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang di Bandar Jengka mengganggap Matau sebagai Bandar Jengka.

Ini kerana, mereka akan melalui perkampungan Matau terlebih dahulu sebelum sampai ke Bandar Jengka.

Kedudukan rumah kedai dan kediaman yang tidak teratur sangat menyakitkan mata memandang di samping sering berlaku banjir kilat dan kegiatan negatif.

Keadaan itu amat memalukan kerajaan negeri dan Majlis Daerah Maran (MDM) yang bertanggungjawab memastikan pembangunan dalam daerah itu.

Kini, sudah sampai masanya kerajaan negeri dan MDM bertindak tegas dengan merobohkan premis kedai dan rumah yang dibina secara haram itu.

MDM dilihat telah memacakkan papan notis supaya penduduk di Matau mengosongkan kawasan itu untuk projek pembangunan, tetapi ia dilihat seperti mencurah air di daun keladi.

Difahamkan, kerajaan negeri telah menyediakan pelan pembangunan di kawasan Matau sejak 20 tahun lalu, tetapi usaha itu terbantut kerana penghuninya enggan berpindah walaupun diberi notis.

Malah, kerajaan negeri dikatakan menyediakan kawasan di perumahan Jengka Impian untuk kediaman baru mereka.

Walaupun kerajaan negeri dilihat amat prihatin dengan masalah yang mereka hadapi tetapi segelintir generasi baru yang kebanyakan bukan penduduk asal masih berdegil untuk tidak berpindah sehingga menjejaskan projek pembangunan di kawasan terbabit.

Oleh itu, kerajaan negeri perlu bertegas membangunkan semula kawasan itu dengan pembangunan yang lebih tersusun untuk faedah rakyat disamping mengindahkan lagi Bandar Jengka.

Penduduk terbabit juga tidak sepatutnya ingkar dengan arahan MDM kerana mereka diberi banyak masa dan alternatif untuk berpindah.

Ini kerana ramai lagi rakyat yang perlu dilayani.

KASTURI, Jengka

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Baiki jalan Kampung Paya Pamah

Posted:

Baiki jalan Kampung Paya Pamah

Baiki jalan Kampung Paya Pamah


Keadaan jalan di kampung Paya Pamah yang rosak teruk menyukarkan penduduk melaluinya dan mendatangkan bahaya kepada mereka.


Saudara pengarang,
KAMI penduduk Kampung Paya Pamah, Temerloh meminta pihak yang berkaitan membaiki jalan di kampung ini yang rosak kerana ia membahayakan pengguna jalan raya.

Jalan itu telah lama dibiarkan rosak hingga menyukarkan penduduk di sini keluar masuk dan seringkali berlaku kemalangan kecil.

Keadaan jalan yang sempit menambahkan lagi kesukaran penduduk untuk melaluinya terutama apabila dua kenderaan berselisih.

Kami berharap masalah jalan rosak di kampung ini dapat dibaiki segera demi keselamatan penduduk terutama kanak-kanak.

Kami bimbang berlaku kemalangan hingga boleh meragut nyawa kerana keadaannya yang berselekoh.

Jalan itu dianggap membahayakan keselamatan kanak-kanak yang sering bermain basikal pada setiap petang di laluan berkenaan.

Kampung ini terletak berdekatan dengan bandar Temerloh dan ramai pengguna melalui jalan itu untuk mengelakkan kesesakan di bandar.

Selain itu, jalan tersebut merupakan laluan pintas untuk ke Pasar Besar Temerloh dan Klinik 1Malaysia.

Ia menyebabkan jalan kampung itu sangat penting kepada penduduk termasuk orang luar untuk ke destinasi tersebut.

Hampir setiap masa kereta dan motosikal keluar masuk di laluan tersebut dan keadaan itu menambahkan lagi risiko kemalangan.

Lebih membahayakan apabila musim hujan berikutan keadaan jalan tersebut yang licin kerana berlumpur.

Kami juga harap pihak yang berkenaan dapat menurap kembali jalan tersebut selain melebarkan sedikit supaya memudahkan pergerakan penduduk untuk keluar masuk.

NAZERI, Temerloh

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

2,000 penduduk Pos Senderut rayu naik taraf jalan

Posted:

2,000 penduduk Pos Senderut rayu naik taraf jalan

2,000 penduduk Pos Senderut rayu naik taraf jalan


KEADAAN jalan tanah merah ke Pos Senderut dekat Kuala Lipis sejauh 30 kilometer yang tidak diturap serta menyusahkan penduduk kampung terutamanya masyarakat Orang Asli.


Saudara pengarang,

KAMI penduduk Orang Asli yang menggunakan jalan tanah merah ke Pos Senderut dekat Kuala Lipis sejauh 30 kilometer merayu kerajaan negeri segera menaik taraf laluan berkenaan.

Ini kerana, jalan itu antara laluan penting ke bandar Raub dan Pekan Sungai Koyan untuk urusan harian termasuk mendapatkan rawatan di hospital.

Untuk makluman pihak berkaitan, pemimpin setempat pernah menguar-uarkan projek menaiktaraf jalan berkenaan dengan sekurang-kurangnya menggunakan batu putih laterit tetapi sehingga kini usaha itu masih belum dilaksanakan.

Jalan berkenaan semakin sukar dilalui kenderaan terutama ketika musim hujan menyebabkan laluan berlumpur dan banyak kenderaan terkandas.

Saya kerap melihat kenderaan milik beberapa agensi kerajaan terkandas ketika musim hujan akibat jalan yang tidak sempurna dan ia menjejaskan tugasan mereka di kampung kami.

Senario itu mungkin menyebabkan usaha membawa pembangunan kepada masyarakat Orang Asli Pos Senderut terbantut sedangkan gagasan 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' sering kali dilaungkan oleh pihak kerajaan.

Keadaan jalan yang rosak dan berlumpur juga memungkinkan kelewatan sektor pertanian dan pelancongan berkembang di Hulu Jelai khususnya di Pos Senderut kerana sukar membawa hasil kampung untuk dipasarkan di bandar berdekatan.

Sehubungan itu, saya mengharapkan kerajaan negeri mengambil keutamaan terhadap projek berkenaan untuk kepentingan kira-kira 2,000 penduduk Pos Senderut dan penempatan Orang Asli lain yang berdekatan.

Jika sewaktu berkempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau baru-baru ini, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri begitu cepat menurapkan jalan dan meluluskan peruntukan projek kemudahan asas tanpa sebarang kerenah birokrasi.

Namun, bagaimana pula dengan nasib kami di Pos Senderut?

Harapan kami daripada kalangan suku kaum minoriti di Pahang supaya kerajaan negeri menaiktaraf jalan berkenaan, di samping kemudahan lain di Pos Senderut dan perkampungan Orang Asli di tempat lain.

RATOS A/L MANAU, Pos Senderut, Kuala Lipis

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysiakini :: Berita

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Malaysiakini :: Berita


DAP, PKR tukar kerusi Padungan, Batu Lintang

Posted: 31 Mar 2011 08:00 AM PDT

Dalam satu langkah yang mengejutkan, DAP dan PKR bersetuju bertukar dua kerusi yang dimenangi mereka dalam pilihan raya Sarawak pada 2006.

Dalam satu sidang akhbar di Kuching malam ini, kepimpinan PKR Sarawak berkata, parti itu akan menyerahkan kerusi Padungan kepada DAP manakala DAP pula akan menyerahkan kerusi Batu Lintang kepada PKR.

Ekoran itu, Dominique Ng (Padungan) dan Voon Li Shan (Batu Lintang) mungkin tidak ada kerusi lagi untuk bertanding. Kedua-duanya dianggap 'duri dalam daging' dalam parti masing-masing.

Sidang akhbar itu dihadiri pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng, ketua PKR Sabah Baru Bian dan pesuruhjaya PAS negeri, Adam Ahid.

Pertukaran kerusi tersebut merupakan satu kejutan besar kerana Padungan adalah kerusi pertama dan satu-satunya kerusi yang diwakili PKR di Malaysia Timur.

azlanTambahan pula, Ng yang merupakan bekas pemimpin DAP yang tidak sehaluan dengan parti itu pada 1990-an, mempunyai pengaruh kuat di Padungan.

Langkah itu berpotensi membawa risiko kepada DAP kerana Ng juga mempunyai sejarah bertanding sebagai calon Bebas dalam pertarungan tiga penjuru.

Voon, sebaliknya, dipercayai menjadi duri dalam daging kepada kepimpinan DAP sekarang.

Beberapa pihaknya melihat langkah tersebut sebagai usaha DAP dan PKR untuk menyekat kerjaya politik Ng dan Voon.

Ketika dihubungi oleh Malaysiakini melalui pesanan teks, Ng berkata: "Saya merasa dikhianati."

Voon, ketika dihubungi berkata: "Saya tak tahu apa-apa. Saya sedang menonton perlawanan bolasepak."

Ditanya sama ada beliau akan bertanding dalam pilihan raya negeri pada 16 April ini walaupun tidak dicalonkan oleh partinya, beliau berkata: "Anda sepatutnya tanya kepada pemimpin apa mereka nak buat dengan saya."

Ditanya sama ada beliau akan menimbang bertanding sebagai calon Bebas, Voon berkata: "Pada masa ini saya tak tahu apa-apa... biarlah mereka putuskan. Biarlah ia begitu.

"Saya tidak penting, rakyat lebih penting. Rakyat dan negara lebih penting daripada parti. Biarlah rakyat buat keputusan, kerana mereka akan tahu apa yang patut dibuat."

Tiga pemimpin Pakatan Sarawak itu juga mengesahkan PKR akan bertanding di sekurang-kurangnya 24 kerusi manakala DAP dan PAS masing-masing akan bertanding 15 dan lima kerusi.

Rundingan antara PKR dengan Parti Nasional Sarawak (SNAP) masih berterusan.

Senarai penuh calon Pakatan belum dipastikan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Ramli diarah usir pengawal istana upahan'

Posted: 31 Mar 2011 06:32 AM PDT

Mahkamah Koroner di Tumpat, hari ini diberitahu berlaku insiden "tarik menarik" antara pengawal Istana Kelantan terdiri daripada anggota polis dengan beberapa pengawal upahan ketika Sultan Ismail Petra menerima rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura awal tahun lalu.

Saksi ke-35, Koperal Mohamad Mat Seman, 40, berkata bahawa pengawal Istana Kelantan, Ramli Mohamad, memberitahunya bahawa selepas peristiwa itu beliau (Ramli) dianggap taat dan setia kepada Pemangku Raja pada ketika itu.

Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan bagi menyiasat kematian Ramli dalam kejadian di Palekbang, Tumpat pada awal pagi 1 Mei 2010.

Inkues itu didengar di hadapan Koroner Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat yang dibantu Timbalan Pendakwa Raya Wan Abdul Razak Wan Hussein.

Bagaimanapun, Mohamad tidak mengingati tarikh insiden "tarik menarik" itu yang berlaku selepas Ramli dan pegawai Istana yang lain diarah oleh Pemangku Raja Kelantan agar menghalau pengawal istana upahan.

Beliau berkata Ramli merupakan seorang kakitangan Istana yang sangat komited dengan tugasnya dan suka berterus terang dalam apa jua perkara.

"Selepas Sultan kembali pulang ke Istana, saya tidak lagi bertemu Ramli kerana kami bertugas secara syif," katanya.

Sementara itu saksi ke-34, Wan Ismail Wan Hashim, 34, berkata beliau bersama seorang yang dikenali sebagai "Rosli" atau "Abang Long" telah mengambil sebuah motosikal yang dipinjam Rosli milik lelaki dikenali "Emi Azmi" di sebuah stesen minyak Caltex di sini pada 2 Mei tahun lalu itu.

Wan Ismail yang juga merupakan bekas pengawal Istana Mahkota di Tumpat berkata motosikal itu dipinjam Rosli sejak 28 April iaitu beberapa hari sebelum Ramli ditembak mati.

"Saya tidak ingat nombornya tetapi ia motosikal Honda EX5 dan pada 2 Mei itu, Rosli telah mengajak saya mengambil motosikal tersebut. Sampai di stesen minyak itu ada seorang lelaki lain menghantar motosikal tersebut dan saya tidak mengenalinya," katanya.

Ketika ditanya sama ada lelaki yang menghantar motosikal itu adalah tukang masak Istana Mahkota iaitu "Chef Dee", Wan Ismail menafikan ia adalah lelaki tersebut dan tidak mengetahui dialek perbualan antara Rosli dan lelaki tersebut.

"Saya bawa motosikal Emi Azmi sehingga ke Istana Mahkota dan menyerahkan sendiri kepada Emi Azmi," katanya.

Prosiding inkues bersambung pada 20 April depan.

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Rencana

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Umat dalam keraguan

Posted:

Umat dalam keraguan

Umat dalam keraguan

Oleh Aziz Jamaludin Mhd Tahir

KETIKA Ali bin Abi Talib secara diplomatik kalah kepada Muawiyah bin Abu Sufyan dalam Perang Siffin, sekumpulan penyokongnya berhadapan dengan emosi kecewa dan membuat keputusan untuk mendirikan kumpulan lain, iaitu Khawarij.

Kemunculan kelompok baru bukan sahaja menjadi cabaran kepada Ali bin Abi Talib, malah memberikan kekuatan kepada Muawiyah sehingga akhirnya bergabung tenaga untuk membunuh Khalifah ar-Rasyidin yang terakhir.

Mereka yang marahkan rampasan kuasa yang dilakukan oleh Muawiyah akhirnya menuntut agar menyerahkan tampuk pentadbiran khalifah kepada keturunan Ali bin Abi Talib. Kelompok itu kemudiannya menggelarkan diri mereka sebagai Syiah.

Kemunculan pelbagai kelompok itu menarik minat Abu Al-Fath Muhammad bin Abdul Karim Asy-Syahrastani dan melalui bukunya, Al-Milal Wa An-Nihal beliau membuat perbincangan mendalam mengenai kemunculan pelbagai aliran dan mazhab dalam Islam. Kelahiran pelbagai aliran itulah telah menyebabkan permusuhan dan perpecahan sehingga pertumpahan darah yang memakan korban.

Perpecahan kepada kelompok sebenarnya telah berlaku pada zaman Rasulullah SAW lagi, iaitu konflik mengenai usaha penulisan wasiat baginda dan penghantaran pasukan di bawah pimpinan Usamah ke Syam bagi membendung serangan tentera Rom. Situasi ini menjadi semakin mendesak semasa Nabi Muhammad SAW sedang gering. Menurut Abu Fath, bibit-bibit perpecahan tersebut berlaku disebabkan dua perkara pokok, iaitu berkaitan politik dan keyakinan terhadap sesuatu doktrin.

Politik Malaysia juga tidak terkecuali dilanda konflik apabila satu pihak menentang setiap program yang dilaksanakan oleh parti yang memerintah. Golongan yang disifatkan sebagai kelompok pembangkang, dengan bersikap memburu ayam hutan dalam kesamaran cahaya lampu suluh menerjang sekuat-kuatnya sehingga menyakinkan segelintir masyarakat umum bahawa perkara yang diputuskan itu adalah salah dan tidak memberikan apa-apa manfaat.

Ketika masyarakat mula yakin dengan perubahan yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui Pelan Transformasi Kerajaan, kelompok pembangkang mempersoalkan bahawa itu hanyalah sebuah fantasi. Bagi menggambarkan kesungguhan pembangkang dan meyakinkan rakyat, mereka mengeluarkan Buku Jingga, yang warnanya nampak garang tetapi di dalamnya adalah seolah-olah menjual burung terbang.

Parti yang terkenal dengan perjuangan Islam kian terdesak dan berubah kerana ingin mengikut rentak parti-parti yang pernah disifatkannya sebagai 'bukan Islam' dan 'sekular'. Pemimpin mereka tidak begitu bersungguh-sungguh untuk bercakap mengenai kebenaran, tetapi semakin galak mengubah persepsi awam kepada masalah yang bakal menyebabkan mereka sendiri dilanda keraguan.

Sebaik-baik agama di sisi Allah ialah semangat mencari kebenaran yang lapang, tidak sempit, toleran, tanpa kefanatikan dan tidak membelenggu jiwa. Pemahaman kita kepada Islam adalah pemahaman yang terbuka, yang kerana keterbukaannya itu ia bersikap inklusif dan mampu menjadi rahmat bagi seluruh alam.

Hakikatnya, semua orang inginkan kepada penyatuan dan perpaduan, tetapi keinginan itu hanyalah sebuah bayangan falsafah, realitinya tidak seindah khabar yang dibawa. Setiap orang menginginkan kehidupan yang aman dan damai, kerana dari situlah akan terbinanya kerukunan dan keharmonian, tetapi kerana membawa ideologi kepartian yang terlalu tebal, ia menjadi sesuatu yang amat menggerunkan.

Hati setiap orang yang cintakan keamanan tersentuh, bahkan terguris apabila ada pemimpin tertentu yang mengaku beriman sanggup memburuk-burukkan orang lain dengan kata-kata nista sehingga melanggar tatasusila budaya dan agama.

Sedangkan di dalam al-Quran, Allah menjelaskan kualiti kaum yang beriman itu ialah mereka itu 'dibimbing ke arah tutur kata yang baik, serta dibimbing ke jalan Allah Yang Maha Terpuji', (Surah Al-Hajj ayat 24)

Mereka lupa bahawa politik hanya alat untuk memperoleh kuasa secara sah. Politik bukanlah segala-galanya, tetapi bagi pembangkang politiklah yang akan dipertaruhkan walaupun mengorbankan maruah demi kelangsungan cita-cita. Politik dijadikan ramuan dalam setiap resipi masakan, dari pagi hinggalah lewat malam, malah dalam memohon pertolongan daripada Maha Berkuasa, mereka turut memasukkan dendam kesumat, termasuk melaknatkan pemimpin yang memerintah dan semua yang terbabit dalam proses tersebut.

Inilah sikap negatif yang sebenarnya telah memerangkap umat Islam. Gambaran buruk itu telah menyebabkan bukan Islam boleh memberikan tafsiran terhadap budaya yang dipertontonkan kepada umum, sehingga menuntut lebih daripada sepatutnya. Kenapa mereka begitu lantang membuat tafsiran, kerana orang Islam sendiri masih berada dalam igauan politik dan tafsiran kepuakan yang melampau.

Seharusnya, umat Islam mampu menghadapi situasi ini dengan akal yang sihat. Dengan pertimbangan yang rasional akan dapat menyelamatkan Islam, fitnah memfitnah dapat dilenyapkan secara beradab dan bersusila.

Sejarah turut memberikan kita pengajaran bahawa punca kekalahan tentera Islam adalah kerana kita sendiri tidak bersatu. Dalam keadaan itulah menyebabkan pihak luar mengambil peluang sehingga mampu menjatuhkan empayar Muslim satu demi satu. Kes yang berlaku di Timur Tengah misalnya menjadikan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya semakin angkuh. AS tidak sedikitpun merasakan dirinya bersalah melancarkan serangan untuk menyokong pemberontak yang ingin menjatuhkan Muammar Gaddafi. AS beranggapan tindakan tersebut adalah wajar kerana Gaddafi telah menggunakan kekerasan membunuh rakyatnya sendiri.

Tatkala tentera AS membelasah seorang pemuda Afghanistan sebagaimana disiarkan majalah Rolling Stone, tidakpun kedengaran pengakuan silap. Sebaliknya, akibat dimalukan dengan pendedahan tersebut, AS terpaksa memohon maaf tetapi askar negara itu terus melakukan kekejaman yang sama terhadap rakyat Afghanistan, Iraq dan kini Libya. Tidak ada satu pun negara Arab sedia mencabar kewajaran AS itu dan mendakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Kenapa? Jawapannya adalah mudah, negara-negara Arab amat takutkan AS kerana negara itulah sebenarnya yang telah mencorakkan politik mereka.

Konflik dan perselisihan dalam kalangan umat Islam telah diungkapkan dengan jelas dalam al-Quran. Terdapat banyak ayat yang memberikan gambaran sebab-sebab yang mencetuskan konflik dan perselisihan. Misalnya, surah al-Maidah ayat 14 mengatakan bahawa perpecahan itu terjadi akibat kurangnya pengetahuan umat Islam. Perselisihan yang berlaku berpunca daripada sikap dengki, khianat, terlalu mencintai kemewahan dunia, tidak menggunakan akal yang sihat dan saling tidak percaya antara satu sama lain.

Sayyid Muhammad Rashid Ridha dalam kitabnya Al-Kassyaf, turut memperakui fenomena ini. Beliau menjelaskan salah satu daripada empat sebab utama kehancuran umat Islam adalah kemelut perpecahan yang dijelmakan menerusi kemunculan pelbagai 'firqah' atau kelompok. Kelompok-kelompok ini kemudiannya saling berlumba-lumba untuk mendapatkan kuasa. Di sinilah bermulanya pelbagai pertembungan dan perselisihan sehingga amalan politik menjadi sesuatu yang kotor dan jijik. Politik dianggap sebagai kepelbagaian teknik dan strategi, matlamat akhirnya ialah mendapat kuasa.

Bagaimana kuasa itu diperoleh bukan menjadi kayu ukur. Yang penting ialah kemenangan dan menjadi pemerintah. Dosa dan pahala bercampur. Malah ada ketikanya dosa berubah menjadi 'pahala' kerana itulah pilihan terbaik bagi mendapatkan kuasa. Itulah politik yang sedang menjadi budaya dan semakin marak dalam mencabut nilai-nilai keimanan dan ketakwaan, akhirnya mengheret manusia dalam kancah sengketa sesama sendiri.

Dalam konteks ini, Allah memerintahkan Rasulullah untuk menyampaikan pernyataan tegas melalui firman-Nya bermaksud: "Katakanlah wahai Tuhan kami! Yang mempunyai kerajaan, Engkau yang menganugerahkan kekuasaan bagi siapa yang Engkau kehendaki dan mencabut kekuasaan dari siapa yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa yang engkau kehendaki, dan Engkau hinakan siapa yang Engkau kehendaki,dalam tanganMu segala kebajikan,sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala kebajikan,sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu". (surah Ali-Imran ayat 26).

Dalam konteks ini, Rasullullah SAW setiap habis solat membaca doa yang bermaksud: "Tuhan kami, sesungguhnya tidak ada sesiapa yang dapat menghalang perkara yang telah engkau kurniakan dan tidak ada sesiapa yang boleh mengurniakan apa sahaja yang engkau halangi dan tidak akan memberi manfaat oleh mereka yang berusaha bersungguh-sungguh dari apa yang Allah kehendaki."

penulis ialah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Isu video gugat Pas

Posted:

Isu video gugat Pas

Isu video gugat Pas

Oleh Zulkiflee Bakar
pengarang@utusan.com.my

KETIKA generasi muda Pas begitu teruja untuk mengetahui kedudukan sebenar rakaman video seks yang dikatakan melibatkan seorang pemimpin pembangkang, kepimpinan kanan parti itu bersikap sebaliknya.

Ketegasan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan yang bersetuju supaya sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat skandal rakaman berkenaan mendapat respons dingin daripada pemimpin-pemimpin atasan Pas.

Bermula dengan kenyataan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menganggap penubuhan suruhanjaya itu mengarut, ia disusuli pula dengan pandangan sinis Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali yang menganggap negara ini tidak mempunyai cukup orang yang berintegriti untuk menduduki suruhanjaya itu.

Lebih mengecewakan apabila Dewan Ulama Pas yang diharap akan bertindak tegas dalam soal mencari kebenaran turut membuat ulasan dengan menganggap rakaman video seks itu suatu permainan (politik) yang kotor. Ia sekali gus bermakna perjuangan Dewan Pemuda Pas yang mahu kebenaran diserlahkan dalam isu berkenaan tidak ke mana.

Sudah pastilah selepas ini, Nasrudin akan dianggap membelakangkan pendirian parti biarpun beliau hakikatnya menyatakan perkara benar. Tambahan pula Nasrudin dalam kenyataan telah memberikan syarat bahawa apa pun situasi yang berlaku, ia perlu kepada penyiasatan yang adil, telus dan tidak bermaksud untuk memerangkap.

Mungkin pendirian Nasrudin tidak begitu disenangi oleh mereka yang taksub kepada kepentingan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, tetapi keberanian beliau menyatakan apa yang sepatutnya dilakukan harus diberi pujian.

Sebenarnya tindakan kepimpinan kanan Pas yang dilihat terus berdolak-dalih dalam menggesa satu tindakan tegas bagi mencari kebenaran berhubung isu rakaman video seks tersebut telah mewujudkan gelojak di peringkat akar umbi. Kelompok generasi muda Pas yang terdedah dengan pelbagai sumber maklumat terutamanya daripada blog-blog semakin meragui apakah tindakan pemimpin-pemimpin Pas dalam menangani isu itu betul atau tidak.

Mereka keliru kerana sebelum ini dalam pelbagai isu yang berlaku terutamanya melibatkan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN), Pas akan menyerang habis-habisan, malahan mana-mana pemimpin UMNO yang didakwa terlibat dalam sesuatu kes akan didesak meletak jawatan.

Beberapa pemimpin muda Pas yang dihubungi penulis mengakui mereka gelisah dengan sikap kepimpinan Pas yang tidak tegas dalam menangani isu tersebut.

''Kita tidak boleh buat spekulasi mengatakan ia konspirasi politik atau mempertikaikan penubuhan suruhanjaya diraja.

''Soal pokoknya ialah kita mahu tahu apakah benar pemimpin pembangkang berkenaan terlibat. Kalau kita yakin beliau tidak terlibat, kenapa perlu kita takut, itu yang sepatutnya pemimpin kami fikirkan,'' kata seorang pemimpin muda Pas dari Kedah ketika dihubungi.

Selain itu, menurut seorang lagi pemimpin muda Pas, tindakan kepimpinan parti itu yang tidak mahu menyokong saranan Ketua Pemuda Pas supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan akan mewujudkan persepsi yang tidak baik kepada parti itu.

''Sekarang ini pun orang dah anggap Pas tidak telus dan lebih mementingkan politik berbanding menegakkan keadilan. Cakap-cakap begini kalau dibiarkan akan menjejaskan imej Pas,'' katanya.

Namun begitu bahaya yang menanti Pas berikutan sikap pemimpin-pemimpinnya yang dilihat 'double standard' dalam isu video seks tersebut ialah persepsi bahawa parti itu benar-benar bergantung kepada PKR dan DAP bagi survival politik mereka.

Kepimpinan Pas dilihat semakin hilang keyakinan diri untuk berjuang sendirian atau sanggup meninggalkan gabungan pembangkang demi sebuah kebenaran. Tetapi malangnya, semangat perjuangan itu seolah-olah sudah luntur, bagi kepimpinan Pas jika mereka keluar dari pakatan pembangkang maka terkuburlah impian mereka untuk meraih sokongan rakyat.

Tambahan pula, rakaman video seks itu dikaitkan dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat cukup berkuasa bukan sahaja menguasai parti itu tetapi juga dilihat semakin berpengaruh di kalangan pemimpin-pemimpin kanan Pas.

Pas terlalu yakin hanya Anwar sahaja yang layak memimpin pembangkang dan mampu memenuhi impian mereka untuk memerintah Malaysia. Oleh itu mahu tidak mahu, mereka terpaksa menolak apa juga isu yang dikaitkan dengan Anwar.

Mereka bimbang jika apa-apa berlaku kepada Anwar, pembangkang akan kehilangan tonggak kepimpinan. Ia bererti dari semasa ke semasa, pemimpin dan sebahagian ahli Pas semakin hilang keyakinan bahawa parti itu mampu berdikari tanpa sokongan Anwar mahupun PKR atau DAP.

Anwar bagi sesetengah pemimpin Pas dilihat seolah-olah jauh lebih hebat berbanding karisma ketokohan Abdul Hadi, Nik Abdul Aziz mahupun para ulama dalam Pas. Ketika diminta mengulas hujah tersebut, seorang pemimpin Pas tidak menolak akan wujud tafsiran sedemikian jika parti tersebut tidak mengendalikan isu rakaman video seks tersebut dengan sebaik-baiknya.

''Sebab itulah di dalam Pas sekarang, ada percanggahan pendapat, ada yang mahu suruhanjaya diraja dan ada yang menolak,'' katanya ringkas tanpa mahu mengulas lanjut.

Persoalannya, apakah dengan tindakan terlalu mempertahankan Anwar, ia membawa maksud tanpa Ketua Pembangkang tersebut, Pas akan berkubur? Kenapakah Pas tidak mahu menyokong suruhanjaya diraja bagi menyiasat skandal berkenaan dan secara tidak langsung akan membolehkan kebenaran ditegakkan.

Kepimpinan Pas tidak harus bersikap seperti mana tindakan penyokong-penyokong anti-Suharto di Indonesia suatu ketika dahulu. Kelompok berkenaan mahu keadilan ditegakkan dengan mendesak Suharto dibicarakan atas pelbagai tuduhan. Mereka membuat pelbagai tuntutan termasuk mahu satu panel bebas pakar-pakar perubatan dibentuk bagi memeriksa tahap kesihatan bekas Presiden Indonesia berkenaan.

Tetapi apabila panel bebas itu turut bersetuju dengan pandangan panel pakar perubatan yang dibentuk oleh kerajaan bahawa Suharto tidak sihat dari segi mental untuk dibicarakan, maka mereka menolak keputusan berkenaan. Ertinya mereka hanya mahu keputusan memihak kepada mereka dan inilah juga sikap Pas. Kepimpinan parti itu seolah-olah mahu apa pun berlaku jika sesuatu hendak dilakukan biarlah keputusan akhirnya memihak kepada pembangkang, bukannya kerajaan apatah BN mahupun UMNO.

Sikap 'double standard' Pas ini sudah tentulah tidak akan mendatangkan keuntungan politik kepada mereka kerana sebagai parti yang memperjuangkan Islam, kebenaran tetap kebenaran dan ia perlu ditegakkan.

Apa pun kemelut rakaman video seks ini sama ada hendak diakui oleh Pas atau tidak, ia semakin menimbulkan gejolak atau lebih tepat lagi krisis di dalam parti itu. Segalanya berlaku kerana selain dilihat Pas lebih mementingkan kerjasama politik dengan PKR dan DAP, ia juga berpunca daripada pengaruh Anwar yang semakin mencengkam parti Islam berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.