Kosmo Online |
- Kanak-kanak mati lemas di Tasik Gombak
- Lorong Plaza Tol A SPRINT ditutup sementara
- Anugerah SAM: Nicol, Chong Wei jadi pilihan
Kanak-kanak mati lemas di Tasik Gombak Posted: Kanak-kanak mati lemas di Tasik Gombak25/02/2011 10:15pm KUALA LUMPUR - Seorang murid lelaki Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak 1 ditemui mati lemas di Taman Tasik Sri Gombak, di sini, hari ini. Mayat Noorheiman Jamaluddin, 12, ditemui di tasik itu pada pukul 11.14 pagi ini selepas kanak-kanak itu dilaporkan hilang sejak petang semalam. Mayatnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Seri Gombak selepas zohor. Menurut seorang saksi yang hanya dikenali sebagai Siranesware, 19, beliau terlihat Noorheiman yang berpakaian sukan sedang bermain dengan seorang rakannya di tepi tasik itu pada kira-kira pukul 2.30 petang semasa hujan lebat dan arus air deras. "Beberapa jam kemudian, saya ternampak kawannya berjalan-jalan di sekitar tasik. Saya tanya dia buat apa, mana kawannya seorang lagi tapi kanak-kanak itu tidak tahu. Saya juga menyuruhnya balik kerana hari sudah lewat," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini, hari ini. - Bernama |
Lorong Plaza Tol A SPRINT ditutup sementara Posted: Lorong Plaza Tol A SPRINT ditutup sementara25/02/2011 8:51pm KUALA LUMPUR – Lorong-lorong di Plaza Tol "A" (arah Utara) di Lebuh Raya SPRINT akan ditutup mulai 12 tengah malam hingga 6 pagi, bermula 2 hingga 8 Mac bagi kerja penyelenggaraan dan pembaikan jalan. Syarikat konsesi lebuh raya itu, Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd, (SPRINT) berkata, semua kenderaan dari arah Lebuh Raya Persekutuan akan dilencongkan ke Plaza Tol "B", manakala motosikal akan melalui lorong paling kiri di Plaza Tol "A". Pengguna dinasihat mematuhi papan tanda dan tunjuk arah untuk memastikan kelancaran trafik di lebuh raya itu, kata kenyataan itu. – Bernama |
Anugerah SAM: Nicol, Chong Wei jadi pilihan Posted: Anugerah SAM: Nicol, Chong Wei jadi pilihan25/02/2011 8:43pm KUALA LUMPUR – Dua personaliti sukan bergelar Datuk, Lee Chong Wei dan Nicol Ann David, menjadi pilihan popular untuk merebut Anugerah Atlet Terbaik 2010 Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100Plus kali kedua pada 6 Mac ini. Kedua-dua jaguh badminton dan skuasy itu, yang sama-sama berasal dari Pulau Pinang, adalah antara lima calon yang disenaraipendekkan oleh SAM bagi merebut anugerah serta wang tunai RM10,000. Calon lain yang turut tersenarai ialah pelumba berbasikal trek negara yang dinobatkan sebagai juara dunia tahun lepas, Mohd Azizulhasni Awang dan pemenang pingat emas acara terjun 10m platform wanita pada Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, Pandelela Rinong. Turut tersenarai ialah Nur Suryani Taibi, yang meraih pingat emas acara 10m air rifle wanita bergandingan dengan Nur Ayuni Halim di Sukan Komanwel New Delhi dan dan pingat gangsa kategori individu acara yang sama pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Shabery Cheek akan menjadi tetamu kehormat pada majlis penyampaian anugerah itu di sebuah hotel di Subang Jaya. – Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan