Berita Harian: Mutakhir |
Balu Zaharuddin ikrar teruskan perjuangan arwah suami Posted: 22 Feb 2011 03:23 AM PST Mutakhir TEMERLOH: Balu bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau berikrar akan meneruskan perjuangan politik suaminya, Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim walaupun bergerak secara bersendirian.Datin Rozlifah Ahmad, 33, berkata perjuangan arwah suaminya dalam dunia politik terutamanya di Kerdau perlu diteruskan memandangkan beliau (Rozlifah) serasi dengan politik sejak sekian lama. "Politik bukanlah sesuatu yang baru bagi saya kerana saya mula berkecimpung dalam bidang itu sejak berusia 21 tahun," katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya di sini hari ini. Rozlifah dan keluarganya dikunjungi Timbalan Perdana Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kira-kira 15 minit untuk bertanyakan khabar beliau dan lima anak tirinya.Guru Kelas Agama Fardu Ain itu berkata, beliau mewarisi darah politik yang mengalir di dalam tubuhnya adalah daripada bapanya, Ahmad Kassim, 73. "Saya aktif dalam politik sebelum sayap Puteri Umno diwujudkan lagi dan jawatan yang saya pegang sekarang adalah Ahli Jawatankuasa Cawangan Jengka 23," kata anak bongsu daripada 10 beradik itu. Ditanya mengenai pemilihan Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil DUN Kerdau, Rozlifah berkata, beliau menyokong sesiapa saja yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti kerana pilihan itu tentunyalah yang terbaik. "Saya sokong siapa saja calon yang dipilih itu asalkan dia komited seperti Allahyarham dan saya akan berkempen untuk calon itu," katanya yang berkahwin dengan Allahyarham Zaharuddin pada Ogos tahun lepas.
|
Kelab UMNO Luar Negara lulus RM30,000 bantu pelajar di NZ Posted: 22 Feb 2011 03:16 AM PST Mutakhir DONCASTER (United Kingdom): Kelab UMNO Luar Negara meluluskan bantuan kecemasan 10,000 dolar New Zealand (RM30,000) bagi membantu pelajar Malaysia di Christchurch, New Zealand yang dilanda gempa bumi hari ini.Serentak itu kelab terbabit turut menggerakkan ahli-ahlinya di kalangan pelajar senior membantu pelajar terjejas khususnya dalam menyediakan kemudahan penginapan sementara kepada pelajar berkenaan. Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata bantuan itu akan disalurkan menerusi Jabatan Pelajar Malaysia di New Zealand hari ini. "Kita berasa dukacita dengan apa yang berlaku dan berharap pelajar yang terjejas bersabar."Maklumat awal menunjukkan tiada pelajar kita cedera, cuma mereka diarahkan berpindah ke kawasan yang lebih selamat," katanya pada sidang akhbar yang diadakan di atas keretapi ekspres laluan utara dari Edinburgh, Scotland menuju London di sini hari ini. Hadir sama Setiausaha Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara, Sharif Abdul Hamid. Ahmad Shabery yang dalam lawatan kerja empat hari ke United Kingdom berkata, pihaknya juga akan membuat persiapan menghantar sukarelawan ke sana jika diperlukan.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan