Rabu, 23 Februari 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


MCA gesa kerajaan DAP Pulau Pinang tarik balik FOI

Posted: 23 Feb 2011 02:56 AM PST

Mutakhir

GEORGETOWN: MCA hari ini menggesa kerajaan DAP Pulau Pinang memansuhkan Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat (FOI) yang ingin diperkenalkan di negeri itu kerana ia menafikan hak rakyat untuk mengetahui perancangan kerajaan.

Setiausaha MCA negeri, Datuk Lau Chek Tuan, berkata rang undang-undang yang telah dibaca untuk kali pertama pada persidangan Dewan Undangan Negeri lalu itu sebenarnya melanggar semangat kebebasan maklumat selain bercanggah dengan apa yang dijanjikan kerajaan negeri yang kononnya mengamalkan prinsip Keupayaan, Akauntabiliti dan Ketelusan (CAT).

"Berdasarkan rang undang-undang itu, kerajaan negeri berhak merahsiakan sebarang maklumat yang dianggap sulit," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Lau berkata, kerajaan negeri harus menjelaskan apakah maklumat yang diklasifikasikan sebagai sulit kerana rakyat berhak mengetahui semua urusan belanjawan kerajaan atau rancangan pengambilan tanah dan sebagainya.

Beliau menggesa Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang dan Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang turut membantah rang undang-undang berkenaan kerana ia menjejaskan kepentingan rakyat di Pulau Pinang.

Rang undang-undang itu dijangka dibaca buat kali kedua pada persidangan Dewan Undangan Negeri akan datang. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Supremo F1 tidak kenakan yuran kepada penganjur GP Bahrain

Posted: 23 Feb 2011 02:55 AM PST

Mutakhir

LONDON: Supremo Formula Satu (F1), Bernie Ecclestone mengetepikan yuran penganjuran kepada tuan rumah Grand Prix Bahrain selepas perlumbaan pembuka tirai itu dibatalkan akibat pergolakan di negara berkenaan.

"Yuran penganjuran itu yang biasanya dibayar untuk acara berkenaan tidak akan dibayar," katanya kepada akhbar Daily Telegraph, hari ini.

"Saya tidak mengenakan yuran berkenaan bagi perlumbaan yang mereka tidak anjurkan. Sama ada mereka dilindungi insurans atas kehilangan pendapatan dan jualan tiket, saya tidak pasti. "Ia adalah sama sekiranya berlaku gempa bumi. Tiada sesiapa dapat menentukan apa akan berlaku dalam tempoh sebulan lalu."

Tindakan Ecclestone itu jarang dilakukan seorang supremo yang tegas dalam urusan tawar menawar bermakna Formula One Management bakal kerugian puluhan juta dolar jika perlumbaan berkenaan tidak dapat disusun semula dalam musim ini.

"Tiada sesiapa beroleh keuntungan daripada keadaan ini," katanya.

"Saya mahu menjadi orang yang setia kepada raja kerana tuanku berusaha menyelesaikan keadaan dengan pentadbirnya. Tuanku tidak perlukan saya untuk belot terhadapnya," katanya.
Australia akan menganjurkan perlumbaan pembuka tirai pada 27 Mac selepas perlumbaan pada 13 Mac di Sakhir dibatalkan. - REUTERS


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan