Isnin, 28 Februari 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Nadi baru syiar Islam di N. Sembilan

Posted:

Nadi baru syiar Islam di N. Sembilan

Nadi baru syiar Islam di N. Sembilan

0leh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my


Kompleks Pusat Saudara Baru China di Rahang Square, Negeri Sembilan ini bercirikan reka bentuk dari Tanah Besar.


SEREMBAN 27 Feb. - Sebaik sahaja memasuki ruang legar di kawasan ini, penulis berasa terpegun dengan keindahan seni bina yang berkonsepkan negara China.

Sekali pandang, mereka yang baru melalui kawasan berkenaan di Rahang Square dekat sini, sudah pastinya menyangkakan ia merupakan kawasan rumah ibadat bagi masyarakat Cina.

Namun ia sebenarnya merupakan Kompleks Pusat Saudara Baru yang merupakan salah satu nadi baru perkembangan syiar Islam di kalangan mereka yang baru sahaja memeluk agama Islam.

Lengkap dengan pelbagai kemudahan, kompleks ini merupakan salah satu usaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) untuk membantu golongan saudara baru mendapatkan ilmu pengetahuan mengenai hal-hal keagamaan.

Kompleks ini juga dilihat sebagai salah satu pusat penyebaran agama Islam termoden negara yang bakal diangkat sebagai salah satu pusat kecemerlangan dakwah Islamiah.

Bagi Pengerusi Darus Saadah Seremban, Abdul Halim Lim Abdullah (gambar), wajah baru bagi kompleks ini menjadi salah satu kemegahan bagi saudara baru yang memeluk agama Islam yang dilihat tepat pada masanya.

''Apa yang dapat kita lihat kompleks ini merupakan rumah kedua bagi mereka yang baru sahaja memeluk agama Islam bagi mendalami dan menghayati ajaran Islam itu sendiri.

''Ini kerana sebelum ini ada di antara saudara baru yang disisihkan dari keluarga dan mereka memerlukan tempat perlindungan sementara," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Kata beliau, kompleks berkenaan lengkap dengan pelbagai prasarana asas meliputi ruang solat selain perpustakaan bagi membolehkan semua saudara baru dapat mendalami ilmu agama.

Malah, katanya, pelbagai aktiviti turut dilaksanakan dengan diuruskan oleh pihak MAINS bagi membolehkan saudara baru ini menyertai program yang dijalankan.

Sementara itu, Pengerusi MAINS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pengisian program akan dilakukan secara berterusan meliputi sesi ceramah, pembacaan khutbah selain kelas-kelas agama untuk saudara baru.

Jelas beliau, kompleks yang menelan belanja sebanyak RM 7.7 juta ini bakal menjadi salah satu pusat percambahan ilmu agama bagi mereka bertukar-tukar pandangan mengenai ajaran Islam.

''Mengenai pengurusannya, kita akan melantik MAINS Holdings bagi membolehkan aspek penyelengaraan dapat dilakukan secara berterusan selain kita meletakkan pegawai bagi mengkoordinasikan aktiviti.

''Pada masa yang sama kita akan membawa para pendakwah Islam untuk melaksanakan pelbagai program meliputi sesi ceramah serta kelas agama kepada mereka," kata beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Beri kemudahan terbaik tingkat kefahaman Islam

Posted:

Beri kemudahan terbaik tingkat kefahaman Islam

Beri kemudahan terbaik tingkat kefahaman Islam

SEREMBAN 27 Feb. - Pembinaan kompleks Pusat Saudara Baru di Rahang dekat sini bukan sahaja dapat memberikan satu kemudahan kepada mereka untuk mendalami agama Islam akan tetapi ia juga menjadikan kompleks itu sebagai pusat kegiatan mereka kelak.

Saudara baru yang ditemui Utusan Malaysia menyifatkan pembinaan kompleks ini adalah tepat pada masanya dan berharap ia akan menjadi satu momentum baru bagi meningkatkan lagi syiar Islam di negara ini.

Bagi Muhammad Hariz Ramesh Pillai Abdullah, 44, pembinaan kompleks ini merupakan salah satu cara bagaimana agama Islam dapat disebar luas melalui kegiatan yang dijalankan.

''Saya melihat ia merupakan salah satu cara bagaimana golongan saudara baru dapat mendalami ajaran Islam itu sendiri kerana apa yang saya dapat perhatikan masih ada ruang yang perlu diperbaiki.

''Malah saya juga merasakan sudah tiba masanya untuk saudara baru untuk diberi kemudahan bagi memantapkan ajaran Islam di kalangan kami," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Malah, kata Muhammad Hariz Ramesh Pillai, pembinaan kompleks ini dilihat tepat pada masanya bagi memastikan syiar Islam di negeri ini terus diperkukuhkan.

Sementara itu, Norlela Leong Abdullah, 48, dengan adanya kompleks ini ia membolehkan semua saudara baru dapat bertukar-tukar fikiran mengenai agama Islam itu sendiri.

''Malah ia juga membolehkan semua saudara baru ini merasakan mereka dihargai malah ia menjadi salah satu pusat kecemerlangan pendakwahan Islam.

''Dengan program yang teratur, selain pengurusan yang cekap saya rasa kompleks ini mampu mengembangkan syiar Islam di negeri ini ditahap yang lebih tinggi," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12,000 bendera BN penuhi Merlimau

Posted:

12,000 bendera BN penuhi Merlimau

12,000 bendera BN penuhi Merlimau

Oleh Norizan Abdul Muhid
utusanmelaka@utusan.com.my


BENDERA Barisan Nasional kelihatan menenggelamkan bendera parti pembangkang di Kampung Ayer Merbau, Merlimau, Jasin, Melaka semalam. - utusan/GAIE UCHEL


JASIN 27 Feb. - Lebih 12,000 bendera Barisan Nasional (BN) dipasang di sekitar Merlimau sebagai persiapan parti itu menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac ini.

Penolong Setiausaha BN Melaka, Datuk Hasan Rahman berkata, sebahagian besar dipasang pada laluan masuk dan sepanjang jalan di Merlimau bagi menarik perhatian masyarakat pelbagai kaum menyokong calon BN, Roslan Ahmad.

Menurutnya, jumlah bendera BN yang sedia ada akan ditambah dari semasa ke semasa bagi memeriahkan bahang pilihan raya di kawasan itu.

"Dalam masa terdekat ini, kita akan menambah 10,000 bendera BN untuk dipasang di tempat-tempat awam dan kawasan tumpuan pengundi Merlimau," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Roslan Ahmad, 44, akan ditentang calon Pas, Yuhaizad Abdullah, 38, pada 6 Mac ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan akibat serangan jantung pada 20 Januari lalu.

Selain itu kata Hasan, pihaknya mengadakan lebih 321 perjumpaan berkumpulan dengan pengundi di Merlimau.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Jasin berkata, melalui pertemuan yang diadakan itu, pihaknya yakin BN mampu meraih sokongan penuh pengundi.

Beliau turut meminta anak kelahiran negeri ini khususnya dari kalangan selebriti agar turun padang ke Merlimau bagi memberi sokongan kepada calon BN pada pilihan raya kecil ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Merlimau hari ini mendapati perang poster dan risalah kedua-dua parti masih hambar.

Persiapan kempen dari segi pemasangan bendera dan poster giat dilakukan oleh BN namun nampaknya kurang aktif di pihak Pas memandangkan tidak semua tempat di Merlimau dipasang dengan bendera parti itu.

Para peniaga pula memanfaatkan peluang kehadiran ribuan jentera pilihan raya BN dan Pas dengan menjual pelbagai jenis makanan, minuman serta buah-buahan di tepi-tepi jalan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan