Isnin, 28 Februari 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Beri nasihat gaya hidup sihat

Posted:

Beri nasihat gaya hidup sihat

Beri nasihat gaya hidup sihat

Oleh YUSRI SAHAT
utusanpahang@utusan.com.my


Liow Tiong Lai beramah mesra dengan warga emas di Kerdau, Temerloh, semalam. – utusan/ Mahathir Ali


KUALA KRAU 28 Feb. – Ke-menterian Kesihatan akan menempatkan 332 lagi pegawai sains pemakanan di hospital dan klinik kerajaan bagi memberi khidmat nasihat kepada masyarakat terutama ibu mengandung berhubung pemakanan seimbang.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, jumlah itu bagaimanapun masih belum mencukupi untuk ditempatkan di semua 155 hospital dan lebih 800 klinik kesihatan di seluruh negara.

"Pegawai sains pemakanan ini berperanan memberi nasihat dan menyampaikan ceramah gaya hidup sihat kepada orang ramai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja dan menyampaikan bakul makanan kepada 10 kanak-kanak kurang zat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kerdau, di sini, hari ini.

Tiong Lai memberitahu, antara faktor kekurangan zat makanan di kalangan kanak-kanak berpunca daripada sikap ibunya yang tidak mengamalkan penyusuan badan.

"Mengikut kajian, sebanyak 63.3 peratus ibu menyusukan bayi selepas dua jam bersalin dan hanya 14 peratus ibu menyusu badan secara eksklusif sehingga bayinya berusia enam bulan," jelasnya.

Pada masa ini, seramai 2,468 pegawai sains pemakanan bertugas di hospital dan klinik kerajaan di seluruh negara.

Menurut beliau, usaha yang dilakukan oleh kerajaan itu dilaksanakan selepas mendapati masih ada kanak-kanak bawah lima tahun yang datang ke klinik kesihatan, dikesan mengalami masalah kekurangan zat makanan.

Secara puratanya, kata beliau, sebanyak lima peratus kanak-kanak di negara ini mengalami masalah kekurangan zat makanan setiap tahun.

Berikutan itu, jelasnya, kerajaan melancarkan program Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan dengan peruntukan RM158.5 juta sejak 1989.

Sehingga akhir tahun lalu, menurut beliau, seramai 4,660 kanak-kanak dibekalkan dengan bakul makanan supaya mereka mendapat sistem pemakanan seimbang sekali gus menggalakkan tumbesaran mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tempoyak patin jadi pilihan utama

Posted:

Tempoyak patin jadi pilihan utama

Tempoyak patin jadi pilihan utama

TEMERLOH 28 Feb. - Masakan asam tempoyak ikan patin menjadi lebih 'panas' berbanding calon parti yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau di sini.

Ia berikutan pelbagai pihak khususnya pemimpin dan ahli parti yang datang dari luar Pahang berkumpul di kawasan itu, mencari masakan popular di negeri ini.

Keghairahan penyokong parti-parti bertanding menarik sokongan pengundi memilih calon mereka tidak sehebat mencari masakan tersebut yang didapati dijual di sekitar Kerdau dan bandar ini.

Apa tidaknya, masakan berkenaan yang panas, sedap dimakan pada waktu tengah hari selepas berkempen dari rumah ke rumah serta menghadiri majlis tertentu.

Sesuai dengan jolokan Bandar Ikan Patin, bandar ini menjadi tumpuan orang-orang luar terutama pelbagai pemimpin parti singgah menikmati masakan berkenaan.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar bandar ini mendapati masakan tersebut dijual di warung di tepi jalan sepanjang laluan ke kawasan DUN Kerdau, iaitu di Pekan Kerdau, Kuala Krau dan Bandar Tun Razak.

Kebiasaannya, harga masakan ikan patin yang diperoleh dari Sungai Pahang antara RM15 hingga RM20 seketul atau lebih mengikut pasaran semasa.

Seorang ahli UMNO dari Kedah, Hashim Man, 45, berkata, dalam membantu kempen partinya di sini, dia mengambil kesempatan menikmati kelazatan masakan asam tempoyak ikan patin.

''Sudah banyak kali dengar daripada rakan dan menerusi akhbar Utusan Malaysia mengenai kelazatan masakan ikan patin itu. Hari ini, saya mencuba, ternyata sungguh enak dan berselera," katanya selepas menikmati hidangan di Pekan Kuala Krau di sini.

Katanya, kunjungan ke kawasan Kerdau cukup bermakna kerana dapat menikmati masakan tersebut. malah, nostalgia itu akan terpahat sampai bila-bila masa apabila dapat membantu kemenangan calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad pada pilihan raya kecil 6 Mac ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan