Khamis, 24 Februari 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Larangan guna pembesar suara

Posted:

Larangan guna pembesar suara

Larangan guna pembesar suara

Oleh M. SHAHRINNAHAR ABD. LATIB
nahar.latib@utusan.com.my

TEMERLOH 24 Feb. - Semua penyokong parti dilarang menggunakan pembesar suara dan sebarang alat muzik pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dan Merlimau, Sabtu ini.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, perbuatan itu merupakan kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Beliau kecewa, walaupun peringatan sering diberikan setiap kali pilihan raya diadakan, kesalahan itu masih berlaku.

"Kejadian penyokong parti politik membawa alat pembesar suara dan alat muzik seperti gendang masih berlaku termasuk pada PRK Tenang di Johor pada bulan lalu dan PRK Bukit Selambau di Kedah pada 2009," katanya kepada pemberita di Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah SPR negeri, Datuk Ismail Mohd. Yusoff.

Bagaimanapun kata Wan Ahmad, para penyokong dibenarkan membawa bendera dan poster parti masing-masing pada hari tersebut.

Sementara itu, tegasnya, para penyokong diingatkan supaya tidak membuat sebarang provokasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam pada hari penamaan calon.

"SPR tidak akan teragak-agak bertindak tegas terhadap individu yang didapati sengaja membuat provokasi demi memastikan kelancaran proses penamaan calon.

"Saya berharap para pemimpin parti akan menasihati penyokong masing-masing supaya mematuhi undang-undang dan proses penamaan calon berjalan lancar, selamat dan tenang," katanya.

Dalam pada itu, kata beliau, jumlah pengundi yang layak mengundi di DUN Kerdau ialah seramai 8,999 orang dengan 7,988 pengundi Melayu, 454 pengundi Cina, 298 pengundi India, 235 pengundi Orang Asli dan satu bumiputera Sarawak.

"SPR menetapkan Dewan Tun Razak MPT sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi," katanya.

Menurut Wan Ahmad, SPR menyasarkan lebih 80 peratus daripada 8,999 pengundi di DUN Kerdau keluar mengundi pada 6 Mac ini.

Katanya, sasaran itu berdasarkan peratusan jumlah mengundi pada Pilihan Raya Umum 2008 di kawasan berkenaan iaitu sebanyak 80.3 peratus.

Selain itu, tambah beliau, pihaknya menjangkakan dapat mengisytiharkan keputusan bagi PRK berkenaan pada pukul 8 malam.

"Saya menasihati pengundi yang berdaftar di DUN Kerdau membuat semakan lebih awal bagi mengelak sebarang masalah pada hari pembuangan undi dan pengundi juga harus memastikan tempat, saluran dan nombor siri masing-masing bagi memudahkan mereka membuang undi.

''Mereka juga tidak perlu takut untuk keluar membuang undi kerana keselamatan mereka terjamin dengan pemantauan daripada pihak berkuasa," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cawangan Pemuda UMNO ditubuh

Posted:

Cawangan Pemuda UMNO ditubuh

Cawangan Pemuda UMNO ditubuh


Sebahagian daripada 78 pemuda Kampung Chinchin, Jasin, bergambar bersama Razali Ibrahim (berdiri lima dari kiri) dan Nazir Hussin Akhtar Hussin (tiga dari kiri) pada majlis penyerahan borang keahlian dan penubuhan cawangan Pemuda UMNO kampung itu, baru-baru ini.


JASIN 24 Feb. - Pergerakan Pemuda UMNO mendapat semangat baru bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau apabila 78 pemuda di Kampung Chinchin, Jasin menyertai pergerakan itu sekali gus menubuhkan cawangan baru di kampung berkenaan.

Borang keahlian menyertai UMNO itu telah diserahkan oleh 78 pemuda kampung tersebut kepada Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim pada satu majlis bersama penduduk kampung tersebut kelmarin.

Exco Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, penubuhan cawangan tersebut merupakan antara program yang dianjurkan oleh pergerakan itu bagi mendekati golongan muda di kawasan tersebut.

"Penganjuran program seperti ini merupakan kesinambungan pada program-program yang telah dilaksanakan bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di DUN Merlimau," kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Katanya, seramai 78 pemuda kampung itu telah menunjukkan sokongan dan keyakinan terhadap UMNO dan BN.

Tambahnya, perkembangan itu adalah hasil daripada usaha positif tanpa henti yang dilakukan oleh Pergerakan Pemuda UMNO khususnya Pemuda UMNO Negeri Melaka dan Bahagian Jasin untuk mendekati golongan muda.

"Bagi menghadapi pilihan raya kecil tersebut, jentera Pemuda BN Melaka juga telah bergerak awal dalam melaksanakan persiapan menjelang hari penamaan calon yang akan berlangsung Sabtu ini dan hari mengundi pada 6 Mac ini," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan