Isnin, 30 April 2012

Berita Harian: Nasional

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Nasional


Gaji minimum swasta RM900

Posted: 30 Apr 2012 02:18 PM PDT

Nasional

  NAJIB     bersama Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam ketika hadir pada majlis makan malam pekerja dan majikan, di  Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, malam tadi.

NAJIB bersama Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam ketika hadir pada majlis makan malam pekerja dan majikan, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, malam tadi.

Kuat kuasa setahun daripada tarikh diwarta elak bebankan majikan

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan hadiah istimewa kepada lebih tiga juta pekerja swasta sempena sambutan Hari Pekerja hari ini dengan menetapkan kadar gaji minimum masing-masing RM900 bagi Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak serta Labuan.

Perdana Menteri berkata, kadar itu bersamaan RM4.33 sejam bagi Semenanjung dan RM3.85 sejam bagi Sabah, Sarawak serta Labuan. Untuk tidak membebankan majikan dan tidak merugikan pekerja, katanya, kerajaan menyediakan mekanisme pelaksanaan dengan membenarkan penyerapan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji minimum.

Beliau berkata, kadar gaji minimum itu akan meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi di seluruh negara, kecuali perkhidmatan domestik termasuk pembantu rumah dan tukang kebun.

Tarikh kuat kuasa pelaksanaan gaji minimum ialah enam bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan.

"Bagaimanapun, untuk memberi ruang dan peluang kepada majikan kecil membuat persediaan sepenuhnya supaya perniagaan mereka tidak terjejas, tempoh kuat kuasa bagi kategori itu ialah 12 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan.
"Pengecualian 12 bulan ini tidak meliputi firma profesional seperti klinik pergigian dan perubatan, firma guaman, firma arkitek, firma juru perunding dan sebagainya, walaupun mereka mempunyai bilangan pekerja lima orang atau kurang, mereka perlu mematuhi gaji minimum dalam masa enam bulan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Gaji Minimum Sektor Swasta pada majlis makan malam pekerja dan majikan, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam tadi.

Najib berkata, pemberian tempoh itu untuk memberi masa mencukupi supaya majikan membuat persediaan menstruktur semula gaji pekerja dan operasi perniagaan.

Katanya, kerajaan juga turut menyediakan mekanisme pelaksanaan yang anjal supaya majikan yang tidak dapat melaksanakan gaji minimum boleh memohon tempoh lanjutan.

Beliau berkata, kerajaan menyedari dan amat prihatin terhadap tuntutan pekerja supaya gaji minimum ditetapkan pada RM1,200 hingga RM1,500.

"Namun untuk permulaan, seperti syor Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) dan kajian Bank Dunia, gaji minimum tidak boleh ditetapkan terlalu tinggi kerana kesannya dijangka menjejaskan ekonomi, pasaran buruh dan kemasukan pelaburan asing," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

ninja

bagaimana pula dengan kenaikan gaji badan berkanun seperti telekom dan tnb?

jack

sabah sarawak rm800 berbanding rm900 di semananjung... sementara kos sara hidup d sabah lebih tinggi berbanding d semananjung....


Guru mesti terlebih dulu kuasai BI

Posted: 30 Apr 2012 02:14 PM PDT

Nasional

 MUHYIDDIN beramah mesra dengan pelajar pada majlis perasmian Kolej Antarabangsa Kirkby Cyberjaya (KIC), di Cyberjaya, semalam.

MUHYIDDIN beramah mesra dengan pelajar pada majlis perasmian Kolej Antarabangsa Kirkby Cyberjaya (KIC), di Cyberjaya, semalam.

Semangat Maktab Kirkby dapat lonjak penguasaan bahasa Inggeris: TPM

CYBERJAYA: Tiada kaedah pengajaran yang lebih berkesan melainkan guru menguasai bahasa Inggeris terlebih dulu sebelum berdepan dengan pelajar bagi mengajar bahasa itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kaedah diguna pakai pada 1950-an yang mana guru dihantar ke Maktab Kirkby, England untuk belajar daripada tenaga pengajar yang juga penutur jati bahasa Inggeris ternyata dapat melahirkan guru yang menguasai bahasa itu dengan cemerlang.

Pendekatan sama boleh bantu kita mengatasi salah satu rungutan utama sektor profesional di sini iaitu mengenai tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan graduan universiti tidak memuaskan, sekali gus membawa implikasi besar terhadap daya saing dan pembangunan negara. - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Katanya, guru pelatih di Maktab Kirkby ketika itu berpeluang berkomunikasi dalam bahasa Inggeris selama dua tahun dengan penutur jati, selain mempelajari budaya mereka yang menjadi asas kepada pembentukan budaya berbahasa Inggeris.

"Pendekatan sama boleh bantu kita mengatasi salah satu rungutan utama sektor profesional di sini iaitu mengenai tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan graduan universiti tidak memuaskan, sekali gus membawa implikasi besar terhadap daya saing dan pembangunan negara.

"Saya yakin semangat Maktab Kirkby dapat memainkan peranan dalam melonjakkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan guru pelatih dan masyarakat umum di sini," katanya ketika berucap merasmikan Kolej Antarabangsa Kirkby Cyberjaya (KIC), di sini semalam.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut melancarkan buku bertajuk Warisan Maktab Kirkby sempena majlis itu. Hadir sama, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud; Pengerusi Lembaga Pengarah KIC, Tan Sri Dr Yahya Ibrahim dan Presiden KIC, Bismillah Khatoon.
Bangunan KIC yang dibina dengan kos RM54 juta itu menempatkan 1,030 pelajar termasuk kira-kira 1,000 pelajar lepasan diploma yang kini mengikuti Program Pensiswazahan Guru, selain 126 pelajar lepasan sekolah menengah yang kini mengikuti Program Latihan Perguruan Peringkat Ijazah Pertama.

Muhyiddin berkata, tokoh guru seperti Yahya, yang juga Alumni Maktab Kirkby, wajar memanfaatkan kelulusan dan pengalaman luas beliau serta rakan seangkatannya untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan tenaga pengajar di sini.

Sehubungan itu, beliau mengesyorkan Persatuan Alumni Maktab Kirkby Malaysia (PAMKM) turut menyumbang cadangan dan pemikiran dalam Dialog Kebangsaan Kajian Semula Pendidikan yang beliau lancarkan kelmarin, menjurus kepada aspek khusus memperkasakan penguasaan bahasa Inggeris.

Katanya, walaupun bahasa Inggeris diletakkan di tempat kedua selepas bahasa Melayu, kerajaan tetap mengiktiraf kepentingan usaha memastikan rakyat menguasai bahasa antarabangsa itu.

Kosmo Online - Negara

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Alasan suami tidak masuk akal

Posted:

Alasan suami tidak masuk akal

Alasan suami tidak masuk akal

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID dan NOR SHAFAWATI YUP
berita@kosmo.com.my

RITA RUDAINI berjalan keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA - Pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar berkeras tidak mahu diceraikan oleh suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak selepas mendakwa alasan yang diberikan lelaki itu bahawa mereka tidak lagi serasi dan tiada persefahaman sebagai tidak masuk akal.

Ketika prosiding di hadapan Hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad, Rita, 36, yang diwakili peguam Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain memberitahu, dia tetap ingin mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berusia 25 tahun itu ekoran tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan suaminya.

Dakwa Zaidi, anak guamnya membantah perceraian tersebut kerana mahukan perbincangan secara baik diadakan terlebih dahulu.

"Mohd. Aidil tidak pernah berbincang secara bersemuka atau secara maya dengan anak guam saya sejak meninggalkan rumah pada 10 Januari lalu.

"Jika perceraian dipersetujui secara drastik, ia tidak adil bagi pihak anak guam saya kerana dia mengharapkan perkahwinan ini dapat diteruskan, kalau hendak bercerai pun, biarlah alasan itu berbaloi," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

4 tertuduh diarah bela diri

Posted:

4 tertuduh diarah bela diri

4 tertuduh diarah bela diri

Oleh WAZIHA WAHID dan NORHAYATI YAHAYA
berita@kosmo.com.my


N. PATHMANABHAN (berkaca mata) bersama tiga lagi tertuduh diiringi polis keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor semalam.


SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini semalam mengarahkan bekas peguam, N. Pathmanabhan membela diri atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dua tahun lalu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya mengemukakan kes prima facie.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan tersebut selepas mendapati Pathmanabhan mempunyai motif untuk berbuat demikian kerana dia gagal mempercepatkan bayaran cek bernilai RM3 juta kepada mangsa dari 9 September kepada 30 Ogos 2010.

Selain Pathmanabhan, 43, Akhtar turut membuat keputusan yang sama terhadap tiga pekerja ladang iaitu T. Thilaiyangan, 21; R. Matan, 22, dan R. Kathavarayan, 32, yang dituduh bersama-sama majikan mereka membunuh kesemua mangsa.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan berdepan hukuman mati mandatori.

Semua tertuduh didakwa membunuh Sosilawati, 47; pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38, di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam 30 Ogos 2010 iaitu pada hari ke-20 Ramadan.

Dalam penghakiman yang dibaca selama hampir sejam itu, Akhtar berkata, mahkamah hanya perlu membuktikan kehadiran semua mangsa ke ladang tersebut pada waktu kejadian serta niat bersama tertuduh untuk membunuh.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Najib umum gaji minimum RM900

Posted:

Najib umum gaji minimum RM900

Najib umum gaji minimum RM900

PUTRAJAYA - Kadar gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia ditetapkan RM900 sebulan (RM4.33 sejam) manakala bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan (RM3.85 sejam), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, gaji minimum itu meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi di seluruh negara kecuali perkhidmatan domestik seperti pembantu rumah dan tukang kebun.

"Tarikh mula kuat kuasa pelaksanaan gaji minimum ialah enam bulan dari tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan," katanya semasa berucap pada majlis Pengumuman Gaji Minimum Sektor Swasta di sini malam tadi.

Pengumuman itu yang dibuat sempena sambutan Hari Pekerja yang disambut hari ini adalah hadiah istimewa daripada Kerajaan Persekutuan kepada seluruh warga pekerja.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Berita Harian: MukaDepan

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: MukaDepan


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

Harian Metro: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Mutakhir


Bekalan elektrik terputus hampir di seluruh Sabah, Labuan awal hari ini

Posted: 30 Apr 2012 02:47 AM PDT

KOTA KINABALU: Hampir seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan terputus bekalan elektrik bermula kira-kira jam 3.23 pagi tadi.

Siasatan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mendapati salah satu pepasangan 66kV (Capacitive Voltage Transformer) (CVT) di pencawang masuk utama Penampang, dekat sini mengalami kerosakan.

Menurut Pengarah Urusan SESB Ahmad Fuad Md Kasim, lebih 400,000 pengguna
terputus bekalan elektrik ekoran kejadian itu.

Kejadian itu turut mengakibatkan banyak stesen-stesen janakuasa di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan terpelantik dan memaksa SESB mengaktifkan catuan bekalan kecemasan bagi memastikan kestabilan sistem Grid Sabah, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya talian hotline 15454 juga menjadi sesak akibat jumlah panggilan yang mendadak daripada pengguna yang terlibat.

Ahmad Fuad berkata bekalan berjaya dipulihkan secara berperingkat-peringkat bermula pada jam 6.40 pagi.

Katanya punca sebenar kerosakan masih dalam siasatan.

Berikutan kejadian luar jangka itu, SESB memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pengguna yang terlibat, katanya. - Bernama


134,000 biji pil estacy bernilai RM8.4 juta dirampas

Posted: 30 Apr 2012 02:10 AM PDT

BUTTERWORTH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang berjaya merampas 134,000 biji pil estacy bernilai RM8.4 juta dalam satu serbuan di sebuah rumah tumpangan di Pulau Tikus, dekat sini awal pagi Khamis lepas.

Pengarahnya, Datuk Zulkifli Yahya berkata bertindak atas risikan dan maklumat awam, sepasukan pegawai kastam narkotik, polis bahagian narkotik Kontijen Polis Pulau Pinang dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menyerbu rumah tumpangan itu pukul 1 pagi.

"Kediaman teres dua tingkat itu dijadikan rumah tumpangan dan disyaki menyimpan dadah berbahaya. Hasil pemeriksaan kita menemui 133 bungkusan berisi 134,00 biji pil estacy tersebut dengan nilai pasaran RM8.4 juta," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hadir sama pada sidang akhbar itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang Supt S.Batumalai dan Penguasa Kanan SPRM Pulau Pinang Yaacop Angah.


Zulkifli berkata, pihaknya menahan pengurus rumah tumpangan itu, seorang wanita warganegara Indonesia berusia lingkungan 60-an bagi membantu siasatan.


Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti modus operandi sindiket pengedaran dadah berkenaan, dan wanita itu direman sehingga 2 Mei bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA


Kosmo Online

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Polis bertindak kerana bukan perhimpunan aman

Posted:

Polis bertindak kerana bukan perhimpunan aman

Polis bertindak kerana bukan perhimpunan aman

30/04/2012 8:38pm

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mempertahankan tindakan polis menggunakan meriam air dan gas pemedih mata pada perhimpunan berhampiran Dataran Merdeka Sabtu lepas kerana peserta demonstrasi bertukar menjadi ganas dan merempuh sekatan polis.

"Perhimpunan pada Sabtu lalu bukan lagi perhimpunan aman apabila ia bertukar menjadi rusuhan dan merosakkan banyak harta benda awam malah turut mencederakan pegawai-pegawai polis yang sedang bertugas," katanya pada sidang media hari ini.

Katanya, penganjur perhimpunan tidak mengotakan janji mereka untuk berhimpun secara aman malah tidak mengawal penyokong-penyokong sehingga mereka bertindak ganas dan melanggar undang-undang termasuk Akta Perhimpunan Aman 2012.

Pada perhimpunan itu, jelas kelihatan polis yang mula hanya berkawal terpaksa bertindak akibat provokasi perusuh yang bertindak liar dengan merempuh pengadang dan kawat berduri yang dipasang di sekitar Dataran Merdeka yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan oleh Mahkamah Majistret.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini melarang penganjur mengadakan perhimpunan tersebut di Dataran Merdeka kerana tempat itu hanya dibenarkan untuk acara-acara rasmi bertaraf nasional. – BERNAMA

Buku Dr Mahathir versi bahasa Melayu dilancar

Posted:

Buku Dr Mahathir versi bahasa Melayu dilancar

Buku Dr Mahathir versi bahasa Melayu dilancar

30/04/2012 8:35pm

PUTRAJAYA – Buku "A Doctor In The House: Memoirs Of Tun Dr Mahathir Mohamad" versi bahasa Melayu dilancarkan hari ini selepas hampir setahun dua bulan versi bahasa Inggeris dipasarkan.

Bertajuk "Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad", buku tulisan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu boleh didapati di pasaran dengan harga RM59.90.

Bercakap pada majlis pelancaran itu di sini, Dr Mahathir berkata, apa yang diharapkan beliau ialah orang ramai akan gembira dan berpuas hati dengan hasil terjemahan tersebut.

Buku yang mengambil masa lapan tahun untuk dihasilkan itu diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Ketua Pengarang Berita Publishing Sdn Bhd, Datuk Dr Abdul Kadir Jasin.

Memoir setebal 996 muka surat tersebut diterbitkan MPH Group Publishing mengandungi catatan cukup terperinci dan menyeluruh, menyelusuri sejarah hidup Dr Mahathir daripada kecil sehinggalah kepada kejayaannya membangunkan negara. – BERNAMA

Hukuman mati dua pembunuh pelajar kolej kekal

Posted:

Hukuman mati dua pembunuh pelajar kolej kekal

Hukuman mati dua pembunuh pelajar kolej kekal

30/04/2012 8:28pm

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan sabitan kesalahan dan hukuman mati terhadap seorang wanita dan teman lelakinya kerana membunuh pelajar Kolej Islam Antarabangsa, Juliana Md Fuzi, lima tahun lepas.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad berkata, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak melakukan sebarang kekhilafan dalam penemuan faktanya apabila mensabitkan kesalahan mereka.

Katanya, Mahkamah Rayuan tidak mempunyai peluang untuk membuat penilaian tentang tingkah laku saksi seperti yang dimiliki hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

"Kami tidak mempunyai alasan untuk mengatakan bahawa sabitan kesalahan itu adalah tidak wajar," kata Syed Ahmad Helmy ketika menolak rayuan Noralina Ahmad Dasuki dan Muhammad Khairul Anuar Abdullah.

Panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Abdul Wahab Patail dan Hakim Datuk Mohtaruddin Baki.

Pada 14 Julai 2009, Noralina, 25, bekas pelajar Pusat Pengurusan dan Teknologi Lanjutan di Shah Alam, dan Muhammad Khairul, 27, bekas pekerja sebuah stesen televisyen kabel, didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi kerana membunuh Juliana, 20, di sebuah unit Pangsapuri Sunrise, Wisma Indah, Jalan Tun Razak di sini antara pukul 10 malam 23 Mac 2007, dan pukul 8 malam hari berikutnya.

Mangsa adalah rakan Noralina. – BERNAMA

Berita Harian: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Mutakhir


APEC buka jalan ke arah merealisasikan FTA Asia Pasifik

Posted: 30 Apr 2012 03:27 AM PDT

Mutakhir

SINGAPURA: APEC telah mengambil langkah yang padu ke arah merealisasikan Kawasan Perdagangan Bebas Asia Pasifik (FTAAP), dengan membuat sumbangan yang penting dan bermakna sebagai inkubator untuk kepimpinan dan idea, kata Pengarah Eksekutif Sekretariat APEC, Duta Datuk Muhammad Noor Yacob.

Beliau berkata APEC atau perkumpulan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik sedang memperhalusi, membentuk dan menangani isu-isu pelaburan dan perdagangan

"generasi akan datang" seperti penyertaan PKS, penambahbaikan rantaian bekalan dan inovasi yang mana seharusnya ada dalam FTAAP. "Ekonomi APEC memberi penekanan kepada kepentingan strategik integrasi dan
kerjasama ekonomi serantau sebagai jalan untuk mencapai pertumbuhan mampan dan
pembangunan sama rata di rantau ini.

"Ia bergantung dalam agenda asal APEC untuk menyokong sistem perdagangan
pelbagai hala," katanya berucap kepada ahli-ahli komuniti perniagaan, sektor awam dan ahli akademik di Singapura pada persidangan yang dianjurkan oleh Majlis Kerjasama Ekonomi Pasifik (PECC) di sini.
Peserta telah berkumpul untuk membincangkan cara menangani cabaran
yang baru muncul di rantau ini.

Walaupun tanpa perjanjian rasmi, Muhammad Noor berkata satu kajian yang
dikendalikan oleh Unit Sokongan Dasar Apec, mendapati yang ekonomi APEC
kemungkinan lebih menjurus kepada eksport dan import di kalangan ahli berbanding
bukan ahli.

"Telahpun didapati impak keahlian APEC di kalangan ahli menyamai perjanjian perdagangan bebas walaupun mereka tidak terikat oleh peraturan rasmi atau triti perdagangan," katanya.

Mohammad Noor, rakyat Malaysia, mendedahkan yang APEC dijangka mengatasi
pertumbuhan global dalam tempoh dua tahun ini.

Menurut Tinjauan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) baru-baru ini yang dikeluarkan minggu lalu, ekonomi global diunjur berkembang 3.5 peratus pada 2012 dan 4.1 peratus pada 2013.

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebenar di rantau APEC disasarkan meningkat 4.3 peratus pada 2012 dan 4.7 peratus pada 2013 – lebih tinggi berbanding yang diunjurkan untuk pertumbuhan dunia.

Pertumbuhan ekonomi di APEC diunjurkan meningkat dengan lebih pantas tahun ini berbanding tahun sebelumnya, sebahagiannya mencerminkan proses pemulihan daripada bencana alam yang melanda rantau ini pada 2011. - BERNAMA

TNB belanja RM9.7 bilion tambah kapasiti penjanaan

Posted: 30 Apr 2012 03:22 AM PDT

Mutakhir

HULU TERENGGANU: Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan membelanjakan kira-kira RM9.7 bilion bagi menambah kapasiti penjanaan elektrik di negara ini bagi tempoh lima tahun akan datang.

Presiden dan juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh, berkata antara pelaburan besar sehingga 2017 ialah bagi

membina beberapa stesen janakuasa elektrik yang dikenalpasti lokasinya. Beliau berkata antara stesen yang sedang dalam pembinaan ialah Stesen Jana Kuasa Elektrik Sultan Azlan Shah Manjung, Perak, melibatkan peruntukan RM6
bilion, janakuasa hidro elektrik di Hulu Terengganu (RM1.6 bilion) dan Hulu
Jelai di Pahang (RM2.1 bilion).

Satu lagi projek janakuasa elektrik arang batu yang dirancang oleh
penjana tenaga bebas untuk disiapkan pada 2016 iaitu di Tanjung Bin di Johor melibatkan peruntukan RM6 bilion.
"Ini bermakna bagi tempoh lima tahun akan datang, jumlah projek baru yang akan memberi penambahan janakuasa kepada TNB iaitu sebanyak 2,000 megawatt
dengan menggunakan arang batu manakala 630 megawatt menggunakan hidro yang
jumlah keseluruhan berjumlah 2,630 megawatt.

"Purata TNB membelanjakan hampir RM2 bilion setahun untuk penjanaan
elektrik negara dan ia tidak termasuk projek lain seperti penghantaran dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Pelencongan Air Sungai Terengganu untuk projek Hidroelektrik Hulu Terengganu di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Operasi TNB, Datuk Dr Azman
Mohd, Naib Presiden (Penjanaan) TNB, Datuk Ir Mohd Nazri Shahruddin dan Pengurus
Besar TNB Negeri Terengganu, Ir Md Yuslan Md Yusof.

Che Khalib berkata kapasiti semasa tenaga elektrik TNB ialah 20,000 megawatt
iaitu 12,000 megawatt melalui gas, 7,000 megawatt dari arang batu dan 1,500
megawatt melalui hidro.

Mengenai projek hidro Hulu Terengganu itu, Che Khalid berkata, projek yang mampu menjana sehingga 250 megawatt melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM1.6 bilion dan dijangka siap menjelang akhir 2015.

Katanya, dengan projek hidro kedua di Hulu Terengganu itu, ia sedikit
sebanyak dapat membantu mengawal air daripada berlakunya banjir sebagaimana
kegunaan projek Hidro Elektrik Sultan Mahmud, Kenyir.

Che Khalid berkata, pembinaan empangan baru ini dilaksanakan dengan sebaik mungkin di mana TNB berusaha mengelak daripada sebarang pembersihan atau
penebangan kawasan hutan yang tidak perlu.

"Kita mahu mengelak penebangan hutan seminimum yang mungkin. Kita mahu
mengekalkan kehijauan kawasan hidro berkenaan supaya alam sekitar masih kekal
seperti sedia ada," katanya. - BERNAMA

Harian Metro: Setempat

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Setempat


Jalan 4km keliling tasik

Posted: 29 Apr 2012 01:31 PM PDT

KUALA LUMPUR: Dalam meningkatkan kualiti hidup supaya sihat, lebih 500 peserta pelbagai peringkat usia berjalan empat kilometer mengelilingi Tasik Titiwangsa, di sini, pagi semalam.

Program anjuran pelajar Pusat Pengajian Profesional dan Pengajian Lanjutan (Space), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu bermula kira-kira jam 8 pagi.


Peserta dikehendaki berjalan menghabiskan satu pusingan mengelilingi Tasik Titiwangsa sebelum menamatkan perjalanan di dataran tasik berkenaan.

Penjawat swasta, Mohd Khairudin Jais, 32, berkata, dia bersama ahli keluarganya tidak melepaskan peluang menyertai program itu sebagai mengisi waktu hujung minggu.


"Kami sekeluarga bangun seawal lima pagi kerana tidak mahu terlewat tiba di lokasi program ini dan ia bagus disertai kerana ia bukan saja dapat menjaga kesihatan," katanya ketika ditemui selepas program berkenaan.


"Berjalan empat kilometer tidak menjadi masalah bagi saya kerana sering berjoging satu jam sehari untuk menjaga kesihatan," katanya ketika ditemui selepas program berkenaan.

Karnival berkenaan mendapat kerjasama daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU), Universiti Putra Malaysia (UPM), Kolej Pendidikan Perdana (Kopeda) dan Menara Optikal.


Perasmian dilakukan Ahli Lembaga Pengarah SPACE UTM, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.


Upah samseng belasah bos

Posted: 29 Apr 2012 01:28 PM PDT

KUALA LUMPUR: Marah diberhentikan kerja, seorang wanita berusia 50 tahun sanggup mengupah sekumpulan enam samseng untuk memukul bekas majikannya di kawasan sebuah pusat hiburan di Kompleks Wilayah, di sini, Jumaat lalu.

Mangsa yang bekerja sebagai pengurus sebuah pusat hiburan berusia 49 tahun itu dilaporkan menerima lebih tiga jahitan di kepala selain cedera di seluruh badan akibat dibelasah kumpulan terbabit yang menggunakan senjata dipercayai buku lima.


Semuanya bermula kira-kira jam 12 tengah malam, apabila mangsa yang sedang bekerja di pusat hiburan berkenaan didatangi dua lelaki yang mendakwa mahu berbincang dengannya.

Menurut sumber, dua lelaki berusia 30-an itu memarahi mangsa dan mempersoalkan tindakannya memberhentikan suspek.


"Belumpun sempat mangsa membuat penerangan, empat lagi lelaki yang juga ahli kumpulan terbabit menghampirinya," katanya.


Sumber berkata, mangsa kemudiannya dipukul kumpulan berkenaan lebih 10 minit sebelum dia diheret keluar dari premis berkenaan.

"Mangsa terus disepak terajang, ditumbuk enam suspek sebelum wanita berkenaan yang menunggu mangsa di luar premis itu menunjukkan diri.


"Wanita terbabit memaki hamun mangsa sebelum mendakwa dia yang mengupah kumpulan berkenaan untuk memukulnya kerana mengatakan dia diberhentikan kerja tanpa sebab munasabah," katanya.

Katanya, sebelum wanita dan enam samseng terbabit meninggalkan kawasan itu, mereka mendakwa akan mencari dan mencederakannya jika membuat laporan polis.


"Mangsa kemudiannya ditinggalkan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di hadapan premis berkenaan," katanya.


Katanya, mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), oleh beberapa rakan sekerjanya di pusat hiburan berkenaan.


Difahamkan, mangsa dibenarkan keluar dari hospital berkenaan kira-kira jam 11 pagi kelmarin.


Sehubungan itu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.


Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.


Harian Metro: BeritaUtama

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: BeritaUtama


Bahagia tidak menjelma

Posted: 29 Apr 2012 02:20 PM PDT

ALOR GAJAH: Impian seorang guru mendirikan mahligai bahagia musnah apabila bakal suaminya lesap bersama kereta dan barang kemasnya dua hari sebelum mereka diijabkabulkan.

Wanita itu sepatutnya meraikan hari bahagianya kelmarin, tetapi majlis pernikahan mereka dibatalkan selepas bakal pengantin lelaki menghilangkan diri.

Lebih mengharukan apabila lelaki berusia 30 tahun yang memperkenalkan diri kakitangan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) rupa-rupanya suspek dikehendaki polis, selain pernah menjalani hukuman penjara kerana kesalahan jenayah penipuan.

Selain terpaksa menanggung malu, wanita berusia 26 tahun itu kerugian lebih RM60,000 selepas Proton Persona, barang kemas, komputer riba dan telefon bimbitnya dilarikan lelaki terbabit.


Pasangan itu berkenalan di sebuah kedai makan di Johor pada April tahun lalu sebelum mengikat tali pertunangan awal tahun ini dan sepatutnya diijabkabulkan kelmarin.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Ratap jasad ayah, ibu

Posted: 29 Apr 2012 02:20 PM PDT

SIBU: Seorang gadis berusia 20-an hanya mampu tunduk sambil meratapi kematian ibu dan bapanya yang mayat mereka bergelimpangan di atas jalan selepas dirempuh sebuah kenderaan ketika kedua-duanya sedang menukar tayar kereta yang pancit di Kilometer 30, Jalan Durin-Sibu, malam kelmarin.

Gadis itu dilihat mengesat air mata sambil menatap mayat ibu bapanya yang terbunuh dalam keadaan mengerikan sambil ditenangkan ahli keluarganya.

Tragedi berdarah pada jam 9.30 malam itu berlaku ketika Guyang anak Seliong, 40, dan isterinya, Pudai anak Ringkai, 39, dalam perjalanan dari Roban, Sarikei ke Sibu apabila tayar Proton Wira dinaiki pancit, kira-kira 1.5 kilometer dari simpang ke Sibu Jaya.

Mereka kemudian memberhentikan kenderaan sebelum cuba menukar tayar berkenaan, namun kecelakaan menimpa apabila kedua-duanya dirempuh sebuah Perodua Kembara yang lalu di lokasi kejadian.


Turut terbunuh bapa saudara Guyang, Jack Musin anak Juna, 63, yang datang membantu mereka menukar tayar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Ahad, 29 April 2012

Berita Harian: Nasional

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Nasional


Rakaman video polis papar kejadian sebenar

Posted: 29 Apr 2012 02:21 PM PDT

Nasional

Elak perhimpunan dieksploitasi pembangkang: Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, polis akan memaparkan rakaman video Perhimpunan BERSIH 3.0 anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang, kelmarin.

Perdana Menteri berkata, langkah itu bagi mengelak insiden berkenaan dieksploitasi pihak tertentu yang cuba mempengaruhi pendapat awam berhubung perhimpunan yang kebanyakannya dipaparkan melalui media sosial.

Kita meminta siasatan itu tidak mengambil masa terlalu lama dan apabila selesai, ia akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk membuat keputusan berpatutan mengikut lunas undang-undang. - Najib Razak, Perdana Menteri

"Penting bagi polis untuk paparkan apa sebenarnya berlaku. Polis tidak akan tutup ada apa-apa termasuk jika ada salah laku oleh anggota polis sendiri
"Majlis Tertinggi (MT) UMNO kesal tindakan kekasaran berlaku, pertamanya mereka tidak menghormati keputusan mahkamah (Dataran Merdeka diisytiharkan kawasan larangan selepas polis mendapat perintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur), bererti prinsip the rule of law (kedaulatan undang-undang) diketepikan mereka.

"Polis juga menjadi mangsa kerana dipukul dan sebagainya. Kita melahirkan rasa simpati dan menghargai keberanian polis menjalankan tugas," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT di Menara Dato Onn di sini, malam tadi.

Najib berkata, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar akan mengadakan sidang media hari ini bagi menerangkan lebih lanjut penyiaran rakaman video itu.
Katanya, serangan ke atas pihak berkuasa dan tindakan merempuh penghadang menunjukkan peserta perhimpunan tidak menghormati keputusan mahkamah, mengetepikan prinsip kedaulatan undang-undang, menunjukkan budaya keterlaluan dan ganas.

Mengenai tindakan polis menembak meriam air dan gas pemedih mata terhadap peserta, katanya, doktor yang terbabit dalam mengendalikan perkhidmatan kesihatan pada perhimpunan itu menyatakan dari segi kesihatan, ia pilihan yang tidak memudaratkan kesihatan dan lebih baik daripada pertempuran secara fizikal.

Najib berkata, kejadian perhimpunan itu adalah situasi kali pertama selepas kerajaan melakukan transformasi politik dengan memansuhkan Ordinan Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan meluluskan Akta Perhimpunan Aman.

Sementara itu, Najib yang juga Presiden UMNO berkata, acara kemuncak sambutan Ulang Tahun Ke-66 UMNO akan diadakan pada 11 Mei ini di Stadium Bukit Jalil bertemakan 'UMNO Pembela Rakyat.'

Polis terima 57 aduan gangguan perhimpunan

Posted: 29 Apr 2012 02:15 PM PDT

Nasional

KUALA LUMPUR: Sebanyak 57 laporan diterima Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sehingga petang semalam yang dibuat pelbagai pihak, termasuk orang awam dan komuniti peniaga di ibu negara berhubung insiden kekacauan oleh peserta perhimpunan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata daripada jumlah itu, lapan laporan membabitkan kecederaan pegawai dan anggota polis bertugas, sembilan mengenai kerosakan kenderaan Polis Diraja Malaysia, manakala selebihnya membabitkan kemusnahan harta benda awam.

"Kita siasat setiap laporan dan akan meneliti tindakan yang boleh diambil terhadap pihak bertanggungjawab. Keseluruhannya, 512 individu ditahan di beberapa lokasi sekitar ibu negara susulan kekecohan yang berlaku petang semalam. "Seramai 482 adalah lelaki dan 30 wanita, selebihnya kanak-kanak serta remaja berusia antara 9 hingga 15 tahun.

"Bagaimanapun, mereka dibebaskan selepas proses dokumentasi di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur. Kesemua individu terbabit diberi layanan sebaik mungkin sepanjang dalam tahanan, termasuk disediakan makan dan minum, selain kemudahan berehat serta ruang solat.," katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, polis masih menempatkan pegawai dan anggota di sekitar Dataran Merdeka sebagai langkah berjaga-jaga, termasuk kemungkinan cubaan mengadakan semula perhimpunan di situ.

"Sehingga jam 2 petang tadi, keadaan di lokasi tenang dan terkawal, kita masih memantau perkembangan di sana dari semasa ke semasa," katanya.
Beliau turut menafikan khabar angin kematian pegawai dan anggota polis dalam usaha mengawal kekacauan di sekitar ibu negara kelmarin, kecuali dua anggota polis yang mengalami kecederaan serius dan masih ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Cuma, ada seorang anggota kita yang meninggal dunia pada hari perhimpunan diadakan, namun kematiannya tiada kaitan langsung dengan Ops Aman yang dijalankan.

"Allahyarham Sarjan Zaini Nawawi, 53, dari Unit Kereta Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi meninggal dunia akibat sesak nafas ketika rondaan biasa di Bukit Bintang dan jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, Kajang Selangor semalam," katanya.

Sementara itu, Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain dalam satu kenyataan semalam memaklumkan seramai 113 mangsa menerima rawatan di hospital susulan perhimpunan itu kelmarin, dengan 11 daripadanya adalah anggota polis yang mengalami kecederaan.

"Seramai 13 mangsa dimasukkan ke hospital. Sejumlah 116 petugas perubatan ditempatkan di lapangan, manakala 60 lagi di hospital," katanya.

Di PUTRAJAYA, tiga badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap pemimpin pembangkang dan penganjur BERSIH 3.0 di Ibu Pejabat Daerah Putrajaya kerana gagal mengawal penyokong yang bertindak ganas.

Laporan itu dibuat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (PERBAK Malaysia) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dibuat kira-kira jam 2.45 petang semalam.

Lagi berita mengenai rusuhan BERSIH, dapatkan akhbar Berita Harian hari ini.

Kosmo Online - Negara

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Ambiga harus dihukum

Posted:

Ambiga harus dihukum

Ambiga harus dihukum

ANGGOTA polis bekerja keras menyuraikan peserta perhimpunan haram di Kuala Lumpur kelmarin.


PUTRAJAYA - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan penganjur perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 3.0, Datuk S. Ambiga dan pemimpin parti pembangkang perlu bertanggungjawab atas insiden keganasan di sekitar ibu negara kelmarin sehingga mengakibatkan kemusnahan harta benda awam serta kecederaan serius.

Sambil menyifatkan insiden tersebut sebagai 'amat malang', Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai penganjur Ambiga harus menghadapi tindakan undang-undang kerana menyebabkan kerosakan harta benda dan mencederakan anggota polis.

"Ambiga tidak boleh lepas daripada tanggungjawab sebab dia kata dia jadi penganjur utama. Jadi kita serah kepada pihak berkuasa apakah tindakan wajar yang boleh diambil. Bukan kita ikat kebebasan. Itu kita sudah bagi.

"Nampaknya ia (perhimpunan) sudah diculik oleh parti-parti pembangkang dan kita tahu apakah muslihat mereka," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Peserta demonstrasi boleh didenda RM20,000

Posted:

Peserta demonstrasi boleh didenda RM20,000

Peserta demonstrasi boleh didenda RM20,000


MEREKA yang membawa kanak-kanak dalam perhimpunan haram juga boleh dikenakan tindakan undang-undang.


KUALA LUMPUR - Peserta perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 3.0 boleh didenda antara RM10,000 hingga RM20,000 jika didapati melanggar Akta Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan oleh Parlimen baru-baru ini.

Jumlah denda tersebut adalah lima hingga 10 kali ganda daripada jumlah denda yang dkenakan sebelum ini iaitu RM2,000.

Kesalahan yang ditakrifkan dalam akta baharu itu termasuk merempuh sekatan polis, membawa anak kecil dan melakukan keganasan di tempat perhimpunan.

Akta baharu itu turut menyatakan seseorang penganjur didapati bersalah jika menganjurkan perhimpunan dalam jarak 50 meter dari tempat larangan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Perusuh guna kayu pukul polis

Posted:

Perusuh guna kayu pukul polis

Perusuh guna kayu pukul polis

Oleh ATIKAH DALI dan junhairI ALYASA
atikah.mohddali@kosmo.com.my


Najib Tun Razak bertanya sesuatu kepada Mohamad Kamil yang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis mendakwa dia dipukul dengan kayu besbol sehingga cedera ketika perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 3.0 di ibu negara kelmarin yang bertukar menjadi ganas.

Lans Koperal Mohd. Nasir Abu Mansor, 33, yang cedera di bahagian abdomen memberitahu, kejadian yang menimpanya berlaku ketika dia sedang bertugas di kawasan Arked Mara.

Kejadian pada pukul 3 petang itu berlaku ketika dia bersama kira-kira 20 rakan sepasukannya cuba membantu anggota polis lain yang diserang dipercayai oleh penyokong Bersih 3.0 tidak jauh dari tempat kejadian.

"Secara tiba-tiba saya telah diserang dari depan dan belakang. Belakang saya telah dipukul dengan kayu besbol menyebabkan darah keluar melalui mulut.

"Dalam keadaan kelam-kabut saya gagahkan diri menunggang motosikal ke arah Dataran Merdeka untuk menyelamatkan diri," katanya kepada pemberita di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Berita Harian: MukaDepan

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: MukaDepan


BERSIH ganas

Posted: 29 Apr 2012 12:51 AM PDT

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

apek cakoi

these are the deeds of desperate people. For sure they cannot rule with a clear mind! Vote wise

jurea

Diharapkan PDRM ambil tindakan lebih tegas selepas ini.demi ketenteraman Negara kita.Berjuta lagi rakyat malaysia cintakan keamanan.ambil tindakan terhadap muka2 yg terpampang di kamera dan video inilah perosak Negara sebenar.

Oon Lay Wah

Saya perhatikan dengan senyap apa akan berlaku kerana saya tahu ada segolongan rakyat Malaysia yang kurang berdisiplin bermakna yang tidak akan mematuhi arahan untuk menjaga keselamatan awam, harta benda dll. Golongan ini akan cepat panas baran terutamanya bila sesuatu perhimpunan berbau politik . Lagi pun tingkahlaku golongan ini yang bertindak ganas dan menyebabkan kecederaan. Mujurlah tidak ada kes kematian berlaku. Sebagai guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan , saya amat malu dengan akhibat buruk dari perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka. Adakah kita galakkan generasi muda bertindak macam ini? Adakah tindakan mencemari nama pemimpin dan negara serta merosakkan harta-benda awam, mencabar polis , merusuh dan budaya mencaci orang lain, menghasut dan secara ini patut dicontohi oleh pelajar sekolah? Sekarang siapa akan bertanggungjawab. Panggil semua kembali untuk membaiki kerosakan, menanam kembali bunga dan menjenguk-jenguk sesiapa sahaja yang cedera di hospital atau di rumah. Tuntutan Bersih telah jelas. Tak payah dihangat-hangatkan lagi untuk menjadi alat dan agenda politik . Semua pihak perlu sedar akan perhimpunan sebesar ini jika tidak dikawal pasti akan mengakhibatkan perkara yang tidak diingini.

cosmoitik

malulah jd warga malaysia gara2 rusuhan bersih 3.0 ni..memang setiap kali politik anwar ni nak merusuh je ke? arahan mahkamah pun x bleh patuh ke? agak2 lah nak berhimpun pun jgn lah smpai semua harta bnda awam rosak dan seh
ingga sanggup mencederakan org..atas dasar apa tindakan penyokong melakukan apa
keganasan camtu..ni bukan bersih, ni kotor lah ..

eddy alid awang

Objektif penganjur perhimpunan "Bersih" yang didalangi oleh kumpulan pembangkang ini sebenarnya telah mendapat kepuasan dengan menggangu gugat keamanan negara dan vandalisma terhadap harta awam serta mengajar generasi muda dan kanak-kanak untuk menjadikan budaya samseng jalanan sebagai imej masa depan mereka dengan merosakkan imej negara sendiri di mata dunia selain menerapkan budaya primitif yang tidak mengenal dan menghormati undang-undang negara dengan mengamalkan "rules of the jungle" mereka tidak perlukan perlembagaan dan undang-undang yang ada sekarang.

Apa kah ini yang kita inginkan sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamaman dan keharmonian. Perlukah kita angkat kumpulan pembangkang ini untuk kita sokong dalam PRU-13 untuk menjadi pemimpin negara?
Sebagai rakyat malaysia jangan lah kita tertipu dengan muslihat ketua-ketua kumpulan parti pembangkang ini oleh itu JANGAN berikan undi kita kepada kumpulan pembangkang ini pada PRU-13 ini kerana mereka ini adalah penghianat rakyat sepertimana yang mereka lakukan semalam PEMIMPIN YANG MEMBAWA BUDAYA SAMSENG. Sekiranya mereka diberikan kuasa untuk memimpin negara maka hancurlah negara kita dan lepaslah peluang anak cucu kita untuk hidup aman dan harmoni sebagai mana yang pernah kita kecapi.
Ingatlah kalau kita cintakan keharmonian dan keamanan, pada PRU-13 ini jangan sekali-kali kita berikan undi kita kepada kumpulan parti-parti samseng ini kalau kita semua rakyat malaysia sayangkan masa depan anak cucu kita untuk menjadi orang yang cemerlang dan bukan sebagai samseng jalanan.

Orang Banjar

Tahniah...Ambiga dah boleh ketawa puas-puas sebab misi merosakkan imej negara dan polis tercapai...Tahniah juga pada para dungu yang ikut serta yang majoritinya org Melayu dan org muda sebab anda adalah juara untuk memperjuangkan perkara yang anda sendiri pun tak tau hujng pangkalnya.

Kalau negara musnah kelak dan orang Malaysia terutamanya orang Melayu berpecah-pecah, andalah yang akan dijulang sebagai wira kehancuran..

yus

kumpulan ni semua silap - silap dah makan duit BRIM , lepas tu anak pulak dapat pemberian kerajaan seratus.......dah dapat baru buat hal.......tak kenang budi. patutnya mereka ni semua di black list dlm penerimaan bantuan kerajaan...............

hanna

BERSIH YG SEMAK! konon nak wat tuntutan berkaitan pilihnraya..tapi bleh ka tercapai kalo just berdemo macam 2? buat huru hara..matlamat bersih 1.0 & 2.0 dah tercapai lom? harap berdemo n wat kacau ja lebih! habuk pn xdk.

alia

Sungguh memalukan..Itulah yang dapat diungkapkan tentang BERSIH...Huru-hara dibuatnya...Harta awam musnah...Bagus Ambiga,anda memang tidak layak jadi warganegara...Penyokong pula rata-rata Melayu,yang berkopiah plak tu....Layak sangat digelar SAMSENG JALANAN....Rakyat Malaysia mahukan keamanan bukannya KEGANASAN...Orang Islam dikudakan oleh orang Kafir sendiri..Tepuk dada tanyalah hati...Rakyat Malaysia sedang memerhati kelakuan anda & kuncu2 anda pada harini....Jangan bermimipi mahu bergelar Perdana Menteri....

inginkan keamanan

Penyokong Bersih dgn ketua dorg ni...wt semue bende xnk pikir panjang...rasenyer mereka semue ni tidak suke melihat Malaysia ni aman...buat sesuatu bende tanpa memikirkan nasib org lain...inilah die kalau asyik mementingkan diri sendiri..kalau mcm ni la sikap kamu semua...tidak gune nk membuat rusuhanhanya kerana memntingkan hak sendiri...

anak muda selepas merdeka

bodoh! hidup aman damai nak bt huru hara plak...sedarlah diri org melayu...mmg betul ckp Tun M yg melayu mudah sgt lupa diri...

Cfu

Mereka yg menyertai BERSIH 3.0 wajib bersihkan pemimpin mereka dahulu terutamanya Ambiga & DS Anuar.

Lam

Dah lah ANWAR! Ko bersihkan diri kau dulu. Dan jgn mlibatkan rakyat dgn modal murahan mcm ni.

melayu tulin

Tahniah org melayu yg menyertai BERSIH kerana berjaya menjadi org suruhan Ambiga dan PKR yang cekap dan terlatih untuk mencetuskan huru hara dalam negara!

kakikucing

cakap hendak buat perhimpunan aman.. yang sampai nak rosak kan harta benda awam buat apa.. kalau nak kan keadilan dalam pilihan raya tak perlu lah sampai nak buat kehancuran sebegini rupa.. macam mana la rakyat nak sokong pembangkang.. tau nk ajar buat kerosakan saja.. hmm.. MEMALUKAN

tis

BERSIH bukan nya ganas...GANAS bukan nya bersih dua ini sangat berbeza terlalu nampak perbezaan nya....bagus bikin... GANAS 3.0 bukan nya BERSIH 3.0

thang///

as salam... dah puas aku melihat perkara ini berulang,kata aman tapi akan berakhir dengan kekecohan juga. bagi aku seorang melayu terasa hina dikawal oleh bangsa asing yang mahukan kekecohan,dan bangsa aku sendiri yang yang akan menjahanamkan negaranya demi utuk memuaskan hatinya yang penuh dengan dendam. bagi meraka yang ditahan semalam panggil lah anuar dan kuncu-kuncunya untuk membela anda semua,kalau kita tidak suka dengan kerajaan sekarang kita boleh terjemahkan dalam pru 13 nanti,tidak perlu melakukan sedemkian rupa.aku malu dengan bangsaku sendiri, yang tidak hormat pada mereka yang menjaga keamanan negara. perlukan orang seperti ini diangkat sebagai perdana menteri. aku tidak sangup melihatnya, wahai manusia yang inginkan keamanan bangunlah, kita akan tunjukan kepada mereka bahawa kita akan menolak mereka habis habisan dalam pru 13 nanti.
amanlah malaysia, tanah tumpah darahku

ayurahayujai

apa nk jdi dgn org zaman kini.bukan ya org malaysia ni brsatu hti untuk memaju kn negara

Diela

Dah merusuh sepak polis terajang polis lepas no kalau rumah masuk pencuri, jgn la panggil polis panggil ambiga ke nuar ke pegi tolong. Nk kata bodoh cerdik tp otak letak dkt lutut huh

MUHAMMAD AZIZUL

Ini semua kerje bodoh yang boleh menjatoh kan imej negara, merosakkan harta benda awam, boleh membuatkan pelancong takot untuk datang melawat ke Malaysia kerana Malaysia kini sudah di anggap sebagai negara yang tidak lagi aman dan tenteram. Pihak berkuasa harus mengambil tindakan yang tegas kepada mereka mereka yang terlibat dalam rusuhan ini. WE HATE DEMOTRASY. PEACE MALAYSIA.

rayufisa mohd nor

terhasil sudah didikan yang teramat tinggi nilai jati diri anak melayu yang tertanam dihati masing2 untuk memusnahkan bangsa melayu sendiri fasil dari pendidik pembangkang.gunakanlah jalan yang terbaik penyelesaiaannya dalam menyelesaikan apa2 jua masaalah sekalipun.didikan islam tidak pernah menyeru kepada jalan kebinasaan jalan rasullullah adalah jalan kebaikan dan jalan kemakmuran.renungkanlah.

rayufisa mohd nor

terhasil sudah didikan yang teramat tinggi nilai jati diri anak melayu yang tertanam dihati masing2 untuk memusnahkan bangsa melayu sendiri fasil dari pendidik pembangkang.gunakanlah jalan yang terbaik penyelesaiaannya dalam menyelesaikan apa2 jua masaalah sekalipun.didikan islam tidak pernah menyeru kepada jalan kebinasaan jalan rasullullah adalah jalan kebaikan dan jalan kemakmuran.renungkanlah.

Khairul

Dataran merdeka jadi cam Tel Aviv..

zul

wahai pengkhianat negara ambiga dan anuar, sedarlah apakah anda bersetuju kalau anda berkuasa nanti ada rakyat yang melakukan demostrasi seperti bersih ............. ingat sajarah mungkin berulang

sang ewien

rakyat malaysia skrg ni tda mau aman damai sudah.dorang mau kacau bilau!

ahmad bukhari bin mat yusop

Salam kepada semua. Kejadian Huruhara yang ditimbulkan oleh penyokong BERSIH memang biadap, bodoh dan keji. Allah berikan kita akal untuk berfikir, hati untuk merasa dan lidah untuk berkata-kata. Jangan disebabkan oleh perasaan amarah yang membabi buta, ikut cakap, ikut rasa tanpa diperiksa negara akan binasa. Sungguh sedih atas tindakan biadap penyokong BERSIH. Hidup MALAYSIA (1Malaysia). Semoga Allah kekalkan kemakmuran dan keselamatan negara yang kita cintai.

Samsol

Demonstrasi sebegini hanya menyusahkan semua pihak dan masa depan negara sekiranya mereka dipilih. Jangan gadaikan masa depan dan maruah negara kerana hanya kepentingan individu lain. Bangkitlah dan buatlah pilihan bijak semua rakyat Malaysia dalam mengekalkan keamanan negara.

idris

Tahniah polis. Mereka hina kamu. Tapi lepas tu solat maghrib dan isya sama2 di masjid negara. Mana letak muka mereka. Siapakah yang lebih mulia? Ya Allah malunya mereka. Sibaju baru yang mereka panggil babi org beriman rupanya, bukan kafir, tak sehina yg mrk sangka.

mhr

Sy seorang brjiwa lembut,tp bila mlihat glgat bersih kononnya,tp hakikatnya kotor,mmg ia tndakan BODOH..patut lucut saje glran dato kpd ambiga & x lyk jd wrganegara kerana ia pngganas ketika ngara kearah wawasan 2020.

hairry

tak bertamadun,tak bermoral,inilah yg berlaku didalam negara ini,adakah bangsa ini yg d kenali sebagai rakyat malaysia yg patut kita banggakan,keamanan negara yg patut kita pertahankan,di majukan,diperkukuhkan musnah dlm sekelip mata.semangat pengganas inikah yang kita nk pamerkan pada generasi akan datang?hanya di sebabkan sebuah parti politik yg tidak tahu mana destinasinya?di manakah letaknya pertimbangan seorang pemimpin,yang hanya layak memimpin sebuah parti rusuhan!mereka inilah sebenarnya musuh negara!ibarat kumpulan militan abu sayyaf!penghasut,perosak,pengkhianat!!!!pihak kerajaan harus mengambil tindakan dan mengharamkan segala himpunan yg tak berasas dan tak berakal ini dgn segera!Allahuakbar!

Shah Reza

Kalau penyokong PR ganas apatah lagi Ketua PR, ketua segala keganasan. Saya berasa kasihan kepada Azri, Jurukemara Aljazeera beliau dipukul hanya kerana mahu selamatkan polis yang diserang ganas oleh penyokong-penyokong PR.

Buka mata wahai orang Melayu kita tidak mahu negara kita dipimpin dan disokong oleh penganas-penganas PR. Kelak hancurlah Agama dan Negara.

d

xperlu la merusuh....buat malu kaum melayu je...anwar yahudi n ambiga kena bertanggung jawab

Aku Seri Kandi

Mereka ini bukan memperjuangkan suara rakyat akan tetapi mereka memperjuangkan SUARA DIRI SENDIRI.
Tuhan kurniakan AKAL fikiran yang waras untuk berfikir tetapi AKAL tidak digunakan dengan sempurna.
Mereka umpama PENJAJAH di negeri sendiri.
KESULTANAN MELAYU masih tidak pupus dek zaman moden ini.
SULTAN MELAYU tetapan akan campur tangan suatu hari nanti dan diketika itu baru MEREKA tahu LANGIT itu Tinggi atau RENDAH.
Teknologi moden tetapi MEREKA masih KUNO!!!!

anjangaki

pihak berkuasa batalkan akta berhimpun dengan segera. Mereka ini pengkhianat negara. Perlu ditangkap, diseksa, dipenjara, disita harta benda, dilucut kerakyatan. Saya rakyat Malaysia pencinta keamanan. Pihak berkuasa perlu tegas jangan beri peluang selepas ini. Buat macam negara jiran mana ada samseng jalanan terus kena gam. Aman.

wanjeff

inilah akibatnya bila penganjur itu sendiri yg tak bersih...hati dan jiwa mereka tak bersih, fikiran mereka tak bersih...cuba utk membersihkan sesuatu yg smemangnya dah bersih. Wahai Dtk Seri Hadi, wahai Dtk Nik Aziz...inikah yg d ajar oleh Islam selama ini? menyusahkan sesama manusia memusnah hak-hak urg lain...!!!

ila

Hentikan agenda Ambiga berselindung disebalik NGO, kami mahu negara yang stabil untuk kelangsungan generasi yng akan datang,keamanan bukan mudah untuk dirasai semula apabila ianya telah dihancurkan, perpaduan yang telah diasaskan oleh pemimpin terdahulu yang mewakili 3 kaum terbesar jangan dipandang tidak sesuai lagi, jangan ketamakan kuasa menjahanamkan semua ini. Kini kita berkongsi satu negara, hendaklah kita hargai, jangan melampaui batas yang telah digariskan, jangan bemain api kelak terbakar diri. BUMI MALAYSIA TANAH TUMPAH DARAH KITA.

sahira

perlulah mereka berfikir dgn lebih baik dengan akal yg telah diberikan. negara sudah aman, jgnlah dicetuskan lg. kerajaan telah berikan yg terbaik buat rakyat, apa lg yg kurang. ada akal tidak mau guna, mau juga cetus huru-hara, tolonglah jgn rosakkan imej negara...saya sukakan keamanan..

marzunaidi mat noh

Kenapa pihak berwajib tidak mengambil tindakan pada Ambiga sedangkan terang-terang dia yang memulakan gerakan ini, tindakan harus diambil bawa dia kemuka pengadilan

MOHD RIFAIL

Saya tidak bersetuju dgn beseh. Kerana menhuru hara kn negara. Kita yang aman setosa harap perkara ini dpt di bendong oleh pihak berwajib.berseh menyusah kn semua rayat.

zaraki

inilah jika mahu sesuatu tanpa mengikut cara yg betul..amat memalukan dan boleh menjatuhkn maruah negara d mata dunia.penganjur perlu bertanggunjawab dgn kerakusan perusuh yg brtindak liar..mgkin inilah yg dimahukan pembangkang yg gilakan kuasa..sudah2 lah kami rakyat malaysia dh mnyampah dan meluat dgn karenan anda!!!!

MOHD SABRY B. BAHAROM

Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap meraka yang telah mencetuskan huru-hara ini.Bukan saja memusnahkan harta benda awam malah telah mencemarkan nama baik Malaysia dimata dunia.Untuk dimasa hadapan elok jangan diluluskan sebarang perhimpunan untuk golongan ini. walaupun kita negara yang demokrasi namun kerajaan ada hak untuk menyekat segala perjumpaan atau perhimpunan yang boleh menghuru-harakan Negara dan morosakkan harta benda..

shid77

fikir sebelum btindak..jgn nak myusahkan hidup rakyat..kalau tak puas hati, kita tunggu pru13..bukannya wat sesuka hati..

geng polis

saya merasakan bahawa polis bertindak dengan profesional ,jangan politikkan tugas polis ,polis menjaga keamanan

andika abdullah

Salam 1malaysia,mengapa kita yg hidup aman mampu berbuat segalanya dalam mengecapi kemerdekaan harus menunjukkan pada negara luar ketidaksopanan rakyat malaysia-hanya utk memenuhi NALURI MEREKA yang BERKEPENTINGAN peribadi.pohonlah PETUNJUK dari Tuhan saudara2ku............

Aziz mohamad

Diharap pihak yang berkenaan tolong bincang kembali tentang kuasa polis ... Contoh kejadian semalam .... Setelah dipukul dihentM degan kon still x boleh bt ape hanya terima je .... Dan senyum ... JAdi renungkN apa yang patut polis bt pada masa itu

Ibnu Khaldun

Syukur Alhamdulillah tiada kehilangan jiwa yang berlaku peda perhimpunan BERSIH 3.Semua rakyat kita lebih matang berbanding dengan rakyat negara luar.Kalau kat luar saya percaya mesti ada kehilangan jiwa bila demontrasi sebegini

fuziah bt. mohd

Ya Allah kenapa rakyat Malaysia kini menjadi seperti orang hilang akal, cuba berfikir sebelum bertindak, saya berharap mereka akan sedar apa yang mereka buat.

tokjertih

semua orang gila yang ikut bersih

mazhar

Mungkinkah rakyat malaysia jenis ini sudah tidak mahu keamanan dan kesejasteraan lagi..sedarlah wahai insan,,pandang dan renungkanlah disebelah negara jiran dan negara yang terlibat dengan perpecahan ndan peperangan...mungkinkah anda seronok jika malaysia seperti itu,,

aku anak malaysia

hmm... Mencemarkan Malaysia yang rakyatnya kaya dengan budi bahasa. Yang menyertai mungkin berbangga kononnya berjuang demi negara, tak tau org luar yang semburu dgn negara kita bertepuk tangan gembira tgk Malaysia huru hara.... Ada akal kita gunakan.. Jangan jadi balaci orang yang menggunakan kita untuk mencapai agenda politik mereka...

TanakSabah

Saya selalu mengutuk apabila polis buat sekatan jalan semata-mata memberi laluan kepada YB. Apa lagi demo macam ni.. kalau sekatan jalan polis untuk bagi laluan YB menyusahkan saya, demo ini lagi menyusahkan... layan sama rata..YB pun manusia juga. Rakyat yang menjadikan mereka YB.. kepada YB, Polis dan para pendemo..jangan menyusahkan pengguna jalan raya.

Azmi

SAMSENG JALANAN...!!!

Apa lagi gelaran yang sesuai untuk mereka?
Tindakan kumpulan yang tidak pernah mengenal erti tamadun.

Apa perlunya Akta Perhimpunan Aman diwujudkan?
Untuk siapa akta tersebut ditujukan?

Batalkan akta tersebut.
Bagaikan 'kera mendapat bunga'.....

Jenis kera ini memang tidak pernah dan akan tahu menghargai erti tolak ansur. Mereka hanya tahu mencetuskan huru-hara demi sebuah perjuangan yang dapat memuaskan nafsu serakah pemimpin mereka.

PEMIMPIN YANG LEBIH MENYERLAHKAN KESAMSENGAN MEREKA......!!!

mk

Buat semua kita kita yang cintakan keamanan dan tidak ingin budaya dan perkara sebegini dari mengusai minda rakyat Malaysia maki kita perlulah memastikan yang makluk bernama Anwar Ibrahim serta penyokong penokongnya ditolak sepenuhnya pada PRU13 yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Azmi

SAMSENG JALANAN...!!!

Apa lagi gelaran yang sesuai untuk mereka?
Tindakan kumpulan yang tidak pernah mengenal erti tamadun.

Apa perlunya Akta Perhimpunan Aman diwujudkan?
Untuk siapa akta tersebut ditujukan?

Batalkan akta tersebut.
Bagaikan 'kera mendapat bunga'.....

Jenis kera ini memang tidak pernah dan akan tahu menghargai erti tolak ansur. Mereka hanya tahu mencetuskan huru-hara demi sebuah perjuangan yang dapat memuaskan nafsu serakah pemimpin mereka.

PEMIMPIN YANG LEBIH MENYERLAHKAN KESAMSENGAN MEREKA......!!!

pencinta keamanan

kekurangan mejoriti undi menyebabkan berlakunya banyak demonstrasi jalanan kebelakangan ini.Jadikanlah pengajaran bagi pengundi-pengundi dan rakyat untuk PRU13 nti.

bustam

Apa hasilnya anda perolehi daripada merusuh. Baik pindah ke Israel.

annacomel

pasti pru kali ini pembangkang kalah teruk....pembangkang nak menang pilihan raya dan ingin juga memerintah negara... mereka lupa untuk memerintah mereka perlukan undian ..tindakkan mereka telah menyebabkan rakyat semakin membenci dan semakin ramai telah beralih arah.... di sebabkan PKR rakyat juga hilang rasa hormat terhadap pas...

MOHMAD YUSOF BIN MOHMAD

kerajan harus bertindak tegas kepada sasiapa juga yang menyebab penyetus kaganasan dan demontrasi jalanan yang boleh merosak nama negara dan harta orang awam

shukri

Saya sebagai rakyat Malaysia kecewa dengan sikap penganjur demonstrasi yang ganas yang langsung tidak mencerminkan hakikat sebenar isu yang diperjuangkan. Nampaknya pihak pembangkang dan penganjur bersih memang mengharapkan agar tiada lagi keamanan di Malaysia. Kesemua pemimpin bersih perlu ditolak didalam pilihanraya akan datang kerana gagal menhormati hak orang lain yang mahukan keamanan di negara ini. Fikirkanlah mengapakah mereka tidak membuat perhimpunan sedemikian di kawasan yang dibenarkan kerajaan seperti Stadium Merdeka, Stadium Bukit Jalil atau dinegeri-negeri yang dimenangi pakatan pembangkang seperti Pulau Pinang, Selangor atau Kelantan. Ini semua tidak lain dari mencari publisiti murahan bagi tujuan memenangi pilihanraya akan datang.Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia terutama orang Islam/Melayu supaya berfikir dengan mendalam dana memahami tujuan sebenar penganjuran ini iaitu supaya tiada lagi keamanan di Malaysia dan bersama-samalah menolak mereka dari memenangi pilihanraya akan datang. Terimakasih saya kepada pihak anggota keselamatan yang mengorbankan nyawa untuk memastikan keamanan rakyat Malaysia. Terima kasih Polis.

Mahani Hj. Mustapha

Amat tidak wajar rusuhan yang diadakan kerana Malaysia adalah sebuah negara yang dikenali sebagai negara yang bersih daripada sebarang kekacauan.Peliharalah keharmonian agar negara dan semua rakyat sejahtera di mata dunia serta mendapat rahmat daripada-Nya.

Melayu

Tahniah Ambiga & Anuar kerana menghuru harakan negara. Selepas mana lagi Penang @ JB. Jika Anuar pemimpin negara Malaysia adakah anda mahu BERSIH 4.0, 5.0, & seterusnya akan berlaku ? Adakah anda akan menggunakan kuasa Polis utk mengawalnya @ Ambiga yg mengawalnya ?

Luqman

Maka berjayalah misi ambiga dan pemimpin2 pembangkang yang menjadi kuda tunganggan si ambiga, esok buat lagi BERSIH 4, yang kerajaan asyik bertolak ansur, maka lambat laun negara huru hara, barulah nak bertegas, tak payah lah. Pelik orang macam ambiga pun di sokong mati-matian, ini mesti nak sangat sex bebas yang diperjuangkan oleh si ambiga.

odu

org malaysia kena sedar, mereka sedang dirasuk untuk menjadi seperti MESIR. Fikiran mereka dikaburi dengan matlamat untuk pilihanraya yang bersih tetapi sebenarnya ada agenda di sebaliknya untuk membolehkan individiu tertentu mencapai matlamat mereka! Ambiga dan Anwar Ibrahim sepatutnya dibuang negeri. Saya berdoa, semoga kedua mereka ini dilaknat Allah di hadapan rakyat malaysia atas kesusahan yg ditimbulkan kepada orang lain. Amin.

Zaidi

nakkan perubahan buat cara baik... ni macam bodoh merosakkan harta benda awam dan menyusahkan orang lain... harta benda awam = duit rakyat.. maknanya anda yang merosakkan harta benda awam tu pun sama bodohnya seperti orang yang makan rasuah...kecoh2 buat pelabur dan pelancong lari je...takde pelancong dan pelabur mana malaysia nak dpt duit? korang bagi? bodoh... otak letak kat mana? fikirlah guna otak bkn guna kepala lutut...

shahira

perhimpunan bersih ini amat memalukan negara minta pihak berkuasa megambil tindakan yang keras pada ahli yang terlibat..

Mohd Hadi Arif

Kerajaan perlu tegas. Masukkan penganjur dan juga pemimpin parti pembangkang yang terlibat ke dalam penjara. Kita tidak perlu orang orang sebegini dinegara kita.

YM Syed Abi Ghufran Syed Ahmad al-Idrus

Salam..dikatakan Islam tp adakah ini yg Islam ajarkan? Dikatakan BERSIH tp adakah dgn merosakkan suasana dan harta benda awam dinamakan BERSIH? Tangkap aje..masuk dlm lokap..hukuman bg mereka yg tak menghargai keamanan dan kesejahteraan!!!!

BIMBANG

Apa nak jadi kalau semua kaum di Malaysia berpecah belah?berundinglah cara baik,bukan cara perhimpunan begini...SAYANGILAH MALAYSIA YANG AMAN DAN DAMAI INI

Guru Sekolah

Saya sebagai rakyat Malaysia berasa dukacita kerana hak saya untuk menikmati keamanan di negara ini telah dicemari dengan keganasan.Kerajaan jangan leka dan memberi ruang kepada mereka yang tidak bertanggung jawab dan tidak bertamadun ini.