Jumaat, 31 Disember 2010

Utusan Online - Jenayah

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Sembilan pelacur China ditahan

Posted:

Sembilan pelacur China ditahan

Sembilan pelacur China ditahan


PELANGGAN dipercayai sedang memilih pelacur yang dipamerkan di dalam 'akuarium' sebelum menikmati khidmat disediakan di sebuah rumah kedai di Kuchai Lama, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 31 Dis. - Pelbagai taktik digunakan premis pelacuran untuk menarik minat pelanggan sehinggalah ada antaranya sanggup menempatkan gadis seksi berkenaan di dalam 'akuarium'.

Dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Avenue Park, Kuchai Lama di sini, seramai sembilan gadis warga China ditahan polis ketika memperagakan diri masing-masing.

Selain membuat pelaburan tinggi mengubah suai premis kepada berciri moden dan mewah, pemilik premis turut menyediakan kad perniagaan yang mempamerkan gambar gadis seksi untuk promosi.

Siasatan polis mendapati, pemilihan pelacur digelar China Doll gred A itu dilakukan secara rapi dengan memilih hanya berwajah cantik dan memiliki bentuk tubuh menggiurkan.

Kegiatan dipercayai baru 10 hari beroperasi itu menawarkan khidmat seks biasa RM160 manakala pakej istimewa RM180 sejam dengan mandi bersama.

Menurut Pegawai Operasi Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Inspektor Zurita Ahmad, kegiatan premis itu berjaya dihidu pihaknya sebelum serbuan dibuat pukul 4.30 petang ini.

Katanya, seramai sembilan wanita warga China berusia lingkungan 19 hingga 28 tahun dan lima lelaki dipercayai pekerja premis berkenaan ditahan.

"Kesemua mereka yang didapati menyalah guna pas lawatan sosial itu dipercayai bekerja sebagai tukang urut dan pelacur di premis tersebut.

"Tujuh warga China itu memiliki pas lawatan sosial yang sah manakala dua lagi sudah tamat tempoh," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati empat daripada lelaki itu merupakan warga tempatan dan seorang lagi warga Bangladesh dan dipercayai memiliki kad pengenalan palsu.

"Polis menemui ribuan kondom yang belum digunakan di premis yang tidak memiliki lesen perniagaan itu.

"Premis itu menyediakan empat bilik biasa dan lapan lagi bilik yang dilengkapi peralatan mandi dipercayai untuk khidmat seks dengan pakej istimewa," katanya.

Dalam pada itu, menurut Zurita, kegiatan pelacuran itu turut dipromosikan menerusi laman sosial popular Internet bagi mencari pelanggan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Anggota mayat dijumpai dalam loji kumbahan

Posted:

Anggota mayat dijumpai dalam loji kumbahan

Anggota mayat dijumpai dalam loji kumbahan

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Beberapa pekerja Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. yang sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan terkejut selepas menemui anggota badan mayat manusia dari paras pinggang hingga lutut di loji pengolahan kumbahan Taman Pasir Mas, Kajang, dekat sini semalam.

Penemuan anggota badan pada pukul 2.30 petang tersebut kemudian dilaporkan kepada pihak polis sebelum operasi mencari anggota badan lain mayat terbabit dilakukan sejurus selepas itu dan disambung sehingga pukul 5 petang ini.

Hasil usaha yang dijalankan dengan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat dan forensik di loji terbabit berjaya menemui tengkorak, separuh lagi badan termasuk tangan dan kaki selain serpihan tulang mangsa secara berasingan.

Pemeriksaan awal ke atas seluar jean dipakai mangsa menemui sebuah dompet yang mengandungi kad pengenalan, wang tunai dan dokumen-dokumen dipercayai miliknya.

Berdasarkan identiti itu, mangsa dipercayai Liew Kuan Mang, 29, dan merupakan lelaki yang dilaporkan hilang setelah tidak pulang ke rumah, Taman Pasir Mas, Kajang, sejak 7 November lalu.

Menurut jurucakap polis, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut dan setakat ini masih belum dipastikan sama ada mangsa dibunuh dan dikerat.

Sementara itu, bapa mangsa, Liew Swee Hen, 66, ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini berkata dia yakin anggota badan ditemui di loji tersebut adalah milik anak lelakinya yang dilaporkan hilang.

"Hati saya sangat sakit. Kenapa anak saya diperlakukan begini. Jumpa mayat sudah tidak berguna, dia telah mati," katanya.

Menurut Swee Hen, anaknya yang bekerja sebagai juruteknik penghawa dingin dilaporkan hilang selepas pergi minum di sebuah restoran di Sungai Chua, Kajang, pada hari kejadian.

"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), anak saya pergi ke tandas tetapi tidak kelihatan keluar dipercayai dilarikan melalui pintu belakang restoran," katanya.

Menurut beliau, sebelum itu, dia dimaklumkan mangsa pergi ke sebuah kelab malam bersama sembilan lagi rakannya dan berlaku pergaduhan antara mereka dan penjaga kelab malam berkenaan.

Ekoran kejadian itu, tiga rakannya yang terbabit dengan pergaduhan pada malam kejadian cedera dan menerima rawatan di sebuah hospital berdekatan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Politik

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Nie Ching sepatutnya diberitahu agar tutup aurat

Posted:

Nie Ching sepatutnya diberitahu agar tutup aurat

Nie Ching sepatutnya diberitahu agar tutup aurat

KOTA BHARU 31 Dis. – Ahli Jawatankuasa Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong sepatutnya memaklumkan etika berpakaian kepada wakil rakyat DAP, Teo Nie Ching semasa Ahli Parlimen Serdang itu hendak menyertai aktiviti sosial di pekarangan masjid berkenaan.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, masalah Nie Ching tidak menutup aurat semasa melakukan aktiviti senamrobik di pekarangan masjid berkenaan boleh dielak menjadi polemik, sekiranya pihak di sekeliling wakil rakyat wanita itu telah mengingatkan beliau lebih awal lagi.

Beliau berkata, orang bukan Islam bukan sahaja boleh masuk ke pekarangan masjid bahkan di dalam masjid dengan syarat mereka menjaga kehormatan dan dimaklumkan tentang keperluan menutup aurat.

"Usahkan depan masjid, di dalam masjid pun tidak mengapa. Masjid Nabi dulu serba aneka perkara (program) dilakukan di masjid. Mengajar, mengaji, pelantikan ketua perang, ketua negara, semua dibuat dalam masjid, berubat orang sakit dari medan perang pun dibuat dalam masjid juga.

"Cuma aurat ini tetap kena jaga. Usahkan orang Cina, Melayu pun kena jaga aurat, yang dia tidak jaga tu sebab tidak ada orang tegur dia. Dia nak reti macam mana sebab dia bukan Islam. Maka kena ajar dia suruhan Islam bahawa aurat kena jaga," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di pekarangan Pejabat Perhubungan Pas negeri, di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas isu Nie Ching yang didakwa masuk ke pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya dengan memakai baju ketat melakukan senamrobik bersama jemaah masjid itu sempena Karnival Maal Hijrah 12 Disember lalu.

Nik Abdul Aziz berkata, sepatutnya pihak yang bersama Nie Ching dalam program itu terutamanya ahli jawatankuasa masjid memaklumkan tentang etika pakaian yang sewajarnya.

Katanya, ia adalah sebahagian daripada pelaksanaan amar makruf dan nahi munkar iaitu menyuruh perkara baik dan menegah perkara yang dilarang Allah dan merupakan tanggungjawab semua pihak yang tidak seharusnya dilepaskan kepada golongan bergelar pemimpin sahaja.

"Kena tegurlah, pihak masjid atau sesiapa, sebab itu amar makruf nahi munkar ini wajib, suruh benda maaruf larang benda munkar bukan semesti tugas tok guru tapi tiap-tiap orang Islam mesti 'amar makruf nahi munkar'.

"Amar makruf nahi munkar ini kerja politik dan politik ini bukan hanya melibatkan orang yang dilantik yang sudah tentu lebih banyak tanggungjawab dia, yang tidak dilantik pun kena jaga amar makruf nahi munkar," katanya.

Dalam masa sama, Nik Abdul Aziz dalam nada sindiran turut mengingatkan kepada wanita beragama Islam agar menjaga aurat mereka di dalam masjid.

"Awak orang Cina nak masuk dalam masjid boleh tapi awak kena jaga aurat, jaga kehormatan, tapi orang Melayu yang tidak tudung kepala masuk juga masjid tu macam mana pula?" ujarnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Pembangkang biadab, terus pertikai kuasa Sultan Selangor

Posted:

Pembangkang biadab, terus pertikai kuasa Sultan Selangor

Pembangkang biadab, terus pertikai kuasa Sultan Selangor

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Seorang wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak biadab apabila mempertikai kuasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi dengan mendakwa ia seperti tindakan 'beraja di mata, bersultan di hati'.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei juga dilihat mahu mengheret Sultan Sharafuddin ke dalam kancah politik apabila mendakwa, isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru sebagai tindakan pilih kasih institusi beraja terhadap pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN).

Sambil mempersoalkan pelantikan Mohammed Khusrin itu, Shuhaimi mendakwa, jawatan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor sebaliknya ia kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Sultan Sharafuddin mesti bertindak mengikut nasihat majlis tersebut, bukannya berkecuali.

"Saya dapati pelantikan SUK sebagaimana diperuntukkan oleh Fasal 52 (1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959, hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan. Fasal tersebut tidak menyatakan perlunya untuk mendapat perkenan Sultan Selangor.

"Rakyat akan menolak sebarang tindakan 'beraja di mata, bersultan di hati' oleh mana-mana pihak yang bertindak sewenang-wenangnya, tidak kira sama ada oleh raja yang berjiwa rakyat atau rakyat yang berjiwa raja," katanya dalam blognya http://srimuda.blogspot.com, hari ini.

Shuhaimi merupakan pemimpin pembangkang terbaru mempertikai Kuasa Budi Bicara Sultan Sharafuddin dalam isu pelantikan Mohammed Khusrin selepas Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad terlebih dahulu mempersoal pelantikan berkenaan.

Dalam pada itu, Shuhaimi seperti cuba memberi amaran kepada institusi beraja Selangor supaya tidak berterusan bertindak membelakangkan konvensyen Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana.

"Dalam sejarah telah terbukti, apabila rakyat bangkit menentang raja, biarpun beribu tahun kebangkitan itu berlangsung, akhirnya kebenaran akan menghenyak ketidakadilan. Rakyat akan menang dalam peperangan menentang ketidakadilan," katanya.

Sementera itu, wakil rakyat PKR itu juga seolah-olah cuba menyamakan ketegasan Sultan Sharafuddin yang tidak berganjak dengan keputusannya walaupun mendapat pelbagai kecaman daripada pihak pembangkang yang tidak berpuas hati dalam isu tersebut sebagai ego.

"Saya meneliti kenyataan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani yang menyatakan baginda seorang yang tegas dan tidak berganjak dari keputusan yang telah dibuat tetapi bagaimana sekiranya keputusan yang dibuat atau cara keputusan itu dibuat adalah salah?

"Adakah baginda masih tidak akan berganjak? Harapan saya supaya ketegasan tidak dikelirukan dengan ego," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Rencana Utama

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Sedia hadapi ujian getir 2011

Posted:

Sedia hadapi ujian getir 2011

Sedia hadapi ujian getir 2011

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR



BARU sahaja dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik Drama menerusi drama Sebelum Akhirat dalam Anugerah Skrin yang berlangsung 24 Disember lalu, Murali Abdullah sepatutnya sudah boleh berbangga dan berpuas hati dengan kejayaannya itu.

Namun, sempena tahun 2011 yang sudah pun membuka tirainya hari ini, Murali, 47, tetap memasang impian dan azam baru untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu memberitahu, dengan adanya azam baru, ia menjadi penanda aras untuknya berusaha memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

"Saban tahun saya akan pastikan bahawa saya mempunyai senarai perkara atau impian yang mahu dicapai sepanjang tahun tersebut.

"Biasanya apabila tiba hujung tahun, saya akan periksa semula adakah senarai itu berjaya direalisasi atau sebaliknya," ujar Murali yang mula menempa nama sebagai pengarah berkaliber di negara ini menerusi drama Suara Saleha pada tahun 2007.

Ditanya azam tahun barunya, Murali dengan penuh semangat memberitahu dia mahu meraih gelaran Pengarah Filem Terbaik pula. Walaupun tahu ia bukan satu perkara yang mudah dicapai, pengarah berzodiak Aquarius itu tetap optimis.

Semangat yang ditunjukkan Murali disokong oleh Perunding Motivasi, Prof. Madya Izzudin Mohd. Ali yang mengakui azam baru adalah satu perkara yang perlu ada dalam diri setiap manusia.

Beliau yang dikenali dalam segmen motivasi dan kerohanian, Refleksi di stesen radio Hot FM menegaskan sesuatu azam itu boleh dianggap sebagai tenaga baru untuk seseorang manusia meneruskan kehidupan.


BARISAN pertahanan negara perlu diperkasakan untuk membendung sebarang bentuk ancaman yang boleh menggugat masa depan bangsa dan negara.


"Justeru, kita perlu sentiasa mewujudkan dasar tenaga baru yang dimaksudkan itu untuk memulakan sesuatu perkara dalam rutin hidup sehari-hari.

"Ini penting bagi memastikan hidup kita dikelilingi cabaran dan tidak hanya berada dalam ruang lingkup selesa," kata beliau yang mesra dengan panggilan Prof. Izzi.

Di samping itu, tambah beliau apabila seseorang mempunyai azam baru, dia perlu cuba untuk mencapainya sedikit demi sedikit. Jangan pula apabila gagal untuk dicapai, ditinggalkan begitu sahaja.

"Paling penting, perubahan pada diri boleh dilakukan setiap hari. Maknanya setiap hari kita berazam untuk berubah dan menjadi lebih baik dari hari sebelumnya. Begitulah yang seeloknya dilakukan sehingga kita menutup mata buat selamanya," ungkap Prof. Izzi.

Dekad kedua milenium

Apabila berbicara tentang azam baru 2011, sedarkah kita bahawa dekad pertama yang kita lalui dalam abad ke-21 ini sudah pun menjadi lipatan sejarah?

Ternyata masa begitu pantas berlalu dan kini kita sudah memasuki tahun pertama bagi dekad kedua era milenium. Walaupun sudah banyak pencapaian yang dilakar oleh negara dalam pelbagai aspek terutama pembangunan, namun, perjalanan masih jauh untuk ditempuh demi menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Wawasan yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu kini hanya berbaki sembilan tahun untuk dijejaki. Ia merupakan wawasan kerajaan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya.

Namun demikian, ia bukan merangkumi bidang ekonomi semata-mata, bahkan meliputi bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, kesihatan serta perpaduan nasional.

Untuk mencapainya, kesemua itu turut melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa dan keyakinan negara.

Realitinya, masih banyak cabaran dalam pelbagai aspek kehidupan yang perlu ditempuhi untuk menggapai matlamat murni itu. Salah satu daripadanya adalah cabaran politik.


MASYARAKAT negara ini perlu mengamalkan gaya hidup sihat agar menepati ciri sebuah negara maju.


Kestabilan politik

Penganalisis politik terkenal negara, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata senario politik di Malaysia secara umumnya masih berpaksikan kesederhanaan, kecuali satu atau dua parti yang berhaluan kiri. Parti-parti itu jika dilihat dari sudut ideologi nampak sederhana dan adil, tetapi pada praktiknya bersifat perkauman dan antiperlembagaan.

"Namun, semua itu dapat dikawal dan diurus dengan baik oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui pendekatan kesederhanaan yang diterjemah dalam bentuk politik permuafakatan, kolaborasi dan akomodasi (penyesuaian dan adaptasi).

"Itulah sebenarnya rempah ratus kejayaan pemerintah kita dalam mewujudkan suasana harmoni dan bersatu padu dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Ia sekali gus mendorong negara lain menjadikan Malaysia negara contoh," tegas Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Ahmad Atory menambah, kerajaan Malaysia berjaya mengawal insiden-insiden yang serius seperti rusuhan besar-besaran atau pergaduhan kaum daripada berlaku dengan memperkenalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Hasutan.

"Begitu juga dengan insiden pergaduhan, maki hamun dan tidak bersopan oleh sesetengah ahli Parlimen. Antara lain ia dibendung dengan menahan ahli-ahli yang berbohong di Parlimen daripada menghadiri sidang dewan.

"Jika ahli-ahli politik yang tidak sopan itu tidak didisiplinkan, ia boleh menular menjadi budaya. Maka ketika itu, keadaan tidak dapat dikawal lagi dan jadilah Malaysia seperti negara-negara yang berantakan seperti di Iraq, Pakistan, Afghanistan dan sebagainya," kata beliau sambil menambah selagi perlembagaan negara dijadikan asas untuk berpolitik, selagi itu demokrasi cara Malaysia dapat dikekalkan.

Ancaman kesihatan

Dalam pada itu, aspek kesihatan turut menjadi tunjang utama bagi melahirkan generasi yang menuju status negara maju.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, cabaran yang akan dihadapi dalam bidang kesihatan sangat besar pada tahun 2011.

Penularan penyakit berjangkit terutama yang disebabkan oleh viral seperti H1N1, selain penyakit bawaan vektor dan kemunculan penyakit kuno seperti tibi dan kolera adalah cabaran yang mesti ditangani dengan bijak oleh rakyat Malaysia.

"Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan perubatan untuk menangani ancaman penyakit tersebut, namun ia tidak boleh diselesaikan dengan mudah. Begitu juga dengan peningkatan angka bagi penyakit kronik lain seperti buah pinggang, diabetes dan HIV selain darah tinggi dan masalah jantung.

"Kesemua itu berkait rapat dengan gaya hidup masyarakat. Justeru, saya melihat pentingnya rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat dari segi pemakanan, senaman dan menyelesaikan setiap masalah yang timbul.

"Secanggih mana pun teknologi perubatan dan kemudahan kesihatan yang disediakan, kerajaan tidak akan berhasil jika masyarakat tidak menjaga pemakanan serta gagal menjalani gaya hidup sihat yang seterusnya mendedahkan mereka kepada pelbagai jenis penyakit," kata Rosnah.

Tidak ketinggalan beliau turut menekankan masalah kesihatan mental yang dilihat sebagai cabaran yang harus dikendalikan secara berkesan lantaran jumlah pesakit jiwa serta mereka yang mengalami stres semakin meningkat dari semasa ke semasa.

"Saya amat berharap rakyat Malaysia celik perihal kesihatan diri dan keluarga. Paling utama, mereka perlu bersedia untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat," tambah beliau.


RAKYAT Malaysia yang berbilang kaum perlu bersatu padu demi menjayakan matlamat mencapai status negara maju.


Keselamatan negara

Usaha mengejar kemajuan tidak dapat dicapai sekiranya negara diancam isu keselamatan.

Mengulas mengenai perkara itu, Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Anti Pengganas) Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun berkongsi bahawa secara keseluruhan, negara menerima banyak bentuk ancaman melibatkan keganasan, namun ia ditangani secara berterusan.

"Ia meliputi ancaman keselamatan di peringkat domestik atau dalaman, serantau dan global. Lantaran itu, pihak berkuasa sentiasa berusaha memantau setiap ancaman yang diterima dengan penuh teliti dan berhati-hati.

"Selain itu, kami juga sentiasa bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi memastikan negara tidak berdepan dengan situasi seperti serangan pengganas dan sebagainya," jelasnya sambil memberitahu tindakan tegas dan amaran sentiasa dipraktik bagi membendung masalah berkenaan.

Menurut beliau, antara aktiviti yang dikesan mampu memberi ancaman pada negara termasuklah tindakan merekrut dan mengembangkan kegiatan pengganas dalam kalangan pelajar universiti.

"Tidak dinafikan perkembangan teknologi juga menjadi faktor dan trend baru untuk golongan ini meluaskan rangkaian mereka kerana ia mudah dilayari tanpa sebarang halangan.

"Lebih teruk, sumber tersebut bukan sahaja datang dari luar negara, tetapi juga ia boleh didapati daripada individu atau rakyat negara ini sendiri," katanya yang berharap golongan muda harus bijak menilai sesuatu perkara agar tidak memberi kesan buruk ke atas mereka pada masa akan datang.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Nasional

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Nasional


Wanita jalani rawatan IVF maut

Posted: 31 Dec 2010 05:14 PM PST

Nasional

TAN  bersama ahli keluarga memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Lui Gah Chieng (gambar kecil) di   Pekan,  semalam.

TAN bersama ahli keluarga memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Lui Gah Chieng (gambar kecil) di Pekan, semalam.

Perut mangsa semakin membengkak, koma selepas lakukan pembedahan

PEKAN: Kegembiraan sepasang suami isteri untuk mendapatkan bayi melalui rawatan Persenyawaan Luar Rahim (IVF) bertukar mimpi ngeri apabila wanita terbabit meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, Rabu lalu.

Lui Gah Chieng, 34, disahkan meninggal dunia di wad HTAA kira-kira jam 2 petang, selepas hampir tiga minggu menanggung kesakitan yang didakwa berpunca daripada rawatan IVF sehingga terpaksa menjalani pembedahan. Suaminya, Tan Yang Long, 39, berkata, beliau amat sedih apabila bukan saja harapannya untuk mendapatkan cahaya mata tidak kesampaian tetapi turut kehilangan isteri tercinta yang dikahwininya enam tahun lalu.

"Walaupun sudah lama berkahwin, kami tidak dikurniakan anak, lalu mendorong kami untuk mencuba rawatan berkenaan," katanya yang tidak mampu menahan sebak selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang isterinya, semalam.

Katanya, sebelum melakukan rawatan itu, mereka pernah menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik swasta di ibu negara dan disahkan sihat sepenuhnya serta tidak mempunyai sebarang penyakit.

"Malah doktor yang membuat pemeriksaan kepada kami itu turut memberi galakan supaya melakukan rawatan berkenaan dan dengan perasaan teruja kami nekad melakukannya di HTAA di sini.
"Proses rawatan berkenaan bermula 26 Oktober lalu dan segala-galanya berjalan lancar, malah isteri kelihatan gembira apabila harapan kami mendapatkan anak bakal tercapai," katanya.

Bagaimanapun, Tan berkata, pada 15 Disember lalu, isterinya mula mengadu sakit terutama pada bahagian perut dan keadaannya semakin tenat malah perutnya juga semakin membengkak.

"Perutnya membengkak sehingga ukuran asal pinggangnya 63.5 sentimeter (25 inci) membesar kepada 88.9 sentimeter (35 inci) malah berat badannya juga naik mendadak sebanyak 15 kilogram sehingga dia terpaksa menjalani pembedahan.

"Pembedahan dijalankan pada 25 Disember lalu bagaimanapun tidak memulihkan keadaannya sebaliknya mendiang semakin tenat dan berada dalam koma sebelum disahkan meninggal dunia.

"Pihak hospital memaklumkan kepada kami bahawa mendiang meninggal dunia akibat organ utamanya gagal berfungsi dan alasan terbabit sukar diterima memandangkan keadaannya sihat sebelum menjalani rawatan IVF," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Datuk Hoh Khai Mun ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan menegaskan akan menyiasat punca utama kematian mangsa.

"Saya sudah menerima laporan awal daripada hospital berkenaan mengenai kematian mangsa yang dikatakan mengalami komplikasi terhadap rawatan yang dijalankan ke atasnya.

"Mendiang yang mengadu sakit di bahagian abdomen ditahan di wad ketika dibawa ke HTAA pada 15 Disember lalu untuk menjalani rawatan lanjut," katanya.
Beliau berkata, keadaannya yang semakin teruk menyebabkan mendiang perlu menjalani pembedahan yang agak rumit dan mengalami pendarahan teruk sepanjang pembedahan dijalankan.

"Keadaan diri mendiang semakin teruk dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas tidak sedarkan diri dan meninggal dunia selepas semua organ utamanya gagal berfungsi.

"Siasatan awal mengesan komplikasi yang berlaku mendapati mendiang menghidap ovarian hyperstimulation syndrome dan siasatan mengenainya dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

norfitrilaila bt.azizan

Salam.takziah sy ucapkn buat suami mendiang.sy pn pernah jalani rawatan utk mengandung(iui).sepanjang 2x4y buat rawatan itu,sy sakit yg amat sgt ketika period.period ujung bln 12 thn lepas,sy tidak rs lg kesakitan itu sebab sy telah henti buat rawatan selanjutnya.dan sekarang,sy berfikir utk buat ivf d lppkn.tp sebab kosnya terlalu tinggi,sy xbuat rawatn itu.sehingga sekarang,sy telah menghentikn rawatan yg sy buat.takziah skali lg dr sy.

laila, klia


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Remaja hamil dakwa jadi hamba seks guru yoga

Posted: 31 Dec 2010 05:11 PM PST

Nasional

HULU SELANGOR: Selepas dikurung dan dijadikan hamba seks oleh guru yoga sejak sebulan lalu, seorang daripada tiga mangsa yang akan memulakan sesi persekolahan Isnin ini, berdepan musibah lain apabila laporan perubatan mengesahkan remaja perempuan berusia 15 tahun itu mengandung empat minggu.

Difahamkan remaja itu kini dalam kemurungan dan enggan bersekolah kerana malu akan diketawakan rakan sekolahnya kerana mengandung anak luar nikah.

Sementara itu, sumber berkata, guru yoga berusia 54 tahun yang kini direman bagi membantu siasatan, menetapkan syarat kepada penjaga ketiga-tiga gadis berkenaan supaya mereka menandatangani surat perjanjian sebaik membayar yuran. "Antara kandungan surat perjanjian itu termasuk mewajibkan pelajar tinggal di rumahnya dalam tempoh tertentu supaya proses pembelajaran yoga boleh dilakukan dengan lebih teliti dan mendalam. Ibu bapa yang percaya dengan kebolehan suspek membenarkan anak mereka menetap di rumah lelaki terbabit bersama pelajar lain.

"Bagaimanapun peluang itu diambil untuk mengurung dan menjadikan pelajar sebagai hamba seksnya," katanya di sini, semalam.

Akhbar kelmarin melaporkan tiga remaja perempuan terpaksa melalui pengalaman pahit selama sebulan apabila dikurung dan dijadikan hamba seks oleh guru yoga mereka sebelum diselamatkan polis di sebuah rumah di Kuala Kubu Bharu, di sini.

Kejadian disahkan Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy selepas menerima laporan ibu bapa pelajar itu yang percaya sepanjang sebulan dikurung, mangsa berusia 16 hingga 20 tahun dirogol berulang kali, selain didera secara seksual termasuk diikat dan dirantai pada katil.
Katanya, suspek yang sudah bercerai, mempunyai 11 rekod jenayah lampau termasuk tipu, samun dan memiliki barang curi serta kes berkaitan dadah.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pahang

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Pembekal, peniaga sukar dapat bekalan

Posted:

Pembekal, peniaga sukar dapat bekalan

Pembekal, peniaga sukar dapat bekalan

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
utusanpahang@utusan.com.my


Seorang peniaga mengopek buah kelapa di Pasar Besar Kuantan. - utusan/Khairatul Ainal Abdul Karim


KUANTAN 31 Dis. - Masalah kekurangan bekalan kelapa sejak sebulan lalu di daerah ini menyukarkan para peniaga menjual bahan itu kepada para pelanggan.

Malah jika ada pun, harganya telah naik mendadak daripada RM4 kepada RM6 untuk sekilogram santan.

Peniaga kelapa dan santan mendakwa, kekurangan bekalan bahan itu menyebabkan peniaga terpaksa mengehadkan penjualan santan dalam sehari bagi memastikan bekalan santan tidak terputus.

Sebilangan mereka memberitahu, masalah itu berlaku berikutan musim melawas yang menjejaskan pengeluaran kelapa sehingga menyebabkan pembekal mengurangkan bekalan kepada peruncit.

Jika dahulu isu kekurangan santan dan kelapa hanya kedengaran pada masa perayaan seperti hari raya lantaran permintaan yang meningkat, kini kekurangan kelapa berlaku tanpa mengira musim.

Tinjauan Utusan Malaysia di Pasar Besar Kuantan di sini mendapati semua peniaga dan pengguna mengeluh kerana sukar mendapatkan bekalan kelapa.

Seorang peniaga santan dan kelapa parut, Azrul Afiza Al-Zahari, 26, berkata, memang sukar mendapatkan bekalan di dalam negeri ini tambahan pula harganya mahal.

"Walaupun bekalan tersebut diterima setiap hari tetapi ia dalam kuantiti yang sedikit. Macam hari ini, saya minta 700 biji kelapa daripada pembekal namun hanya 400 biji kelapa sahaja yang boleh diperoleh," katanya ketika ditemui di Pasar Besar Kuantan, di sini hari ini.

Kata Azrul, masalah itu berpunca daripada pembekal yang gagal membekalkan kelapa dalam kuantiti yang dikehendaki peniaga.

"Namun kita tidak boleh salahkan pembekal kerana mereka juga sukar untuk mendapatkan bekalan kelapa dan terpaksa mengambil kelapa dari negeri lain seperti Johor dan Kelantan," katanya.

Rentetan itu, katanya, harga santan terpaksa dinaikkan mengikut harga semasa yang mana jika dahulu hanya RM4 sekilogram, sekarang santan dijual RM6 sekilogram.

Tambahnya, bagi sebiji kelapa pula dijual antara RM1.80 hingga RM2 sebiji mengikut saiz buah.

Seorang lagi peniaga santan, Ayup Ismail, 24, berkata, dia amat sukar untuk mendapatkan bekalan tersebut dan keadaan itu menjejaskan perniagaannya.

"Saya mendapat bekalan tersebut dari Kelantan dan menerimanya setiap hari tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Saya hanya menyediakan santan untuk pelanggan tetap dan kepada mereka yang telah membuat tempahan awal," ujarnya.

Ayup menambah, masalah itu berlaku disebabkan oleh pembekal dan pemborong yang mengurangkan kuantiti bekalan kelapa kepada peruncit.

Katanya, kalangan peniaga santan dan kelapa parut kini buntu bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut kerana terpaksa memikirkan kepentingan pelangan serta keuntungannya dalam masa yang sama.

Sementara itu, seorang pembekal kelapa di sini, Mohamad Rafi Manaf, 50, berkata, dia sebagai pembekal juga turut tertekan dengan masalah tersebut dan menghadapi kesukaran untuk mendapatkannya.

Menurutnya, dia terpaksa mendapatkan bekalan bahan mentah tersebut dari Batu Pahat dan Johor Bahru.

"Kosnya juga sangat tinggi, untuk satu tan sahaja kita perlu membayar sebanyak RM1,100. Itu pun hanya sekitar 800 biji kelapa sahaja yang dapat diperoleh.

"Ekoran itu, kita terpaksa menjual kepada peniaga mengikut berat timbangan, peniaga perlu membayar RM1.10 bagi sekilogram kelapa. Bukan lagi kira biji seperti dahulu," katanya.

Kata Rafi lagi, pembekal sepertinya terpaksa menaikkan harga bahan mentah tersebut kerana tidak mampu menanggung kos.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Bina lebih banyak gelanggang sukan

Posted:

Bina lebih banyak gelanggang sukan

Bina lebih banyak gelanggang sukan

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my

RAUB 31 Dis. - Kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu memperbanyakkan lagi pembinaan gelanggang dan prasarana sukan bagi membolehkan lebih banyak aktiviti sukan dapat dijalankan di peringkat daerah dan kawasan pedalaman.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Moin berkata, dengan adanya prasarana sukan tersebut lebih ramai penduduk boleh mengambil bahagian dalam aktiviti sukan.

Katanya, selain boleh mencungkil bakat muda untuk diketengahkan sehingga ke peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa, aktiviti sukan juga boleh menjadi medium untuk meningkatkan lagi perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum.

''Sukan adalah antara pendekatan yang dilihat cukup berkesan untuk meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda dan memupuk semangat perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

''Berdasarkan faktor tersebut, peruntukan besar yang disediakan oleh kerajaan dalam pembangunan sukan tidak akan merugikan kerana selain untuk mengangkat martabat dan maruah sukan negara di peringkat antarabangsa ia juga boleh merapatkan perpaduan dan keharmonian rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima gelanggang badminton permukaan getah yang disumbangkan oleh Raub Australian Gold Mining (RAGM) Sdn. Bhd. dekat sini, baru-baru ini.

Penyerahan gelanggang yang disempurnakan oleh Pengarah Urusan RAGM, Datuk Seri Andrew Kam Tai Yeow adalah untuk kegunaan Kompleks Rakan Muda Raub bagi penganjuran kejohanan badminton di daerah itu.

Sehubungan itu, Shahiruddin meminta lebih banyak syarikat swasta mencontohi RAGM melaksanakan tanggungjawab sosial korporat sebagai usaha untuk mencungkil bakat muda dan meningkatkan mutu sukan negara.

Beliau juga berharap rakyat tidak hanya melibatkan diri dengan aktiviti sukan yang popular di kalangan kaum tertentu sahaja.

''Contohnya orang Melayu juga perlu bermain bola keranjang manakala orang Cina dan India juga perlu bermain sepak takraw. Dengan cara itu ia dapat meningkatkan perpaduan dan hubungan antara kaum.

"Dalam kawasan perumahan atau kampung yang dihuni rakyat pelbagai kaum perlu mempunyai gelanggang badminton, takraw, bola keranjang, bola tampar dan bola jaring," jelasnya.

Selain menyumbang gelanggang badminton permukaan getah, RAGM turut menaja kejohanan badminton Terbuka Raub yang bermula tahun ini sebagai acara tahunan.

Dalam pada itu, Tai Yeow berharap sumbangan gelanggang badminton itu dan penajaan kejohanan tersebut dapat mencungkil bakat pemain luar bandar dan kampung yang boleh diketengahkan ke peringkat dunia.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Malaysiakini :: Berita

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Malaysiakini :: Berita


Selamat Tahu Baru dari Malaysiakini

Posted: 31 Dec 2010 09:00 AM PST

Malaysiakini mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru kepada para pembaca di mana juga anda berada.

Semoga tahun 2011 menyaksikan lebih banyak kemajuan dalam perjuangan kita untuk menegakkan kebebasan akhbar, melindungi hak asasi manusia dan meningkatkan lagi ketelusan dalam urustadbir.

Kami akan kembali menemui anda esok dengan berita dan pandangan yang lebih menarik lagi.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Mujahid: 'Menuju PAS baru' untuk masa depan PAS

Posted: 31 Dec 2010 07:16 AM PST

Ahli jawatankuasa kerja PAS Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata beliau bersikap terbuka terhadap kritikan daripada mana-mana pihak berhubung buku terbarunya Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme, yang dihasilkannya dengan hasrat untuk memperbaiki organisasi parti.

"Jika ia baik untuk parti saya berbangga kerana telah menjalankan tanggungjawab saya.

"Tetapi sekiranya tidak diterima sekalipun saya bersyukur kerana telah berusaha ke arah melihat masa depan PAS yang pastinya akan menjadi parti arus perdana dalam negara ini," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.

PAS mujahidBeliau berkata menjadi tanggungjawabnya untuk menjelaskan segala kekeliruan yang timbul hasil daripada penulisan bukunya itu termasuk keputusan Dewan Ulama PAS Kedah yang menolak pandangannya dalam buku itu sepertimana yang disiarkan beberapa akhbar tempatan baru-baru ini.

Dewan Ulama PAS Kedah dalam satu kenyataan pada Rabu lepas berkata dewan itu menolak tulisan Dr Mujahid dalam buku itu yang antara lain mahu mengubah konsep kepimpinan ulama dalam parti itu dan bahawa PAS perlu berpijak di bumi nyata dan harus "dinasionalkan".

Dr Mujahid berkata buku tulisannya itu merupakan usaha untuk melihat masa depan PAS dengan mengambil kira aset perjuangan parti sejak lebih 50 tahun lepas.

"PAS juga melalui fasa-fasa kepimpinannya dan buku "Menuju Pas Baru" hanyalah garapan saya terhadap masa depan organisasi parti yang perlu difikir oleh generasi muda.

"Kekeliruan dari sudut istilah-istilah yang digunakan dalam buku tersebut boleh dijelaskan dengan mengadakan wacana dan diskusi yang sihat bagi membudayakan sikap keterbukaan kepada pandangan-pandangan yang berbeza," katanya.

- Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Rencana

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Promosi sikap hormati agama

Posted:

Promosi sikap hormati agama

Promosi sikap hormati agama

SEJAK ditubuhkan kira-kira 10 bulan lalu, tidak banyak yang diketahui umum mengenai peranan Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian di antara Penganut Agama.

Malah, ada yang membandingkannya dengan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang ditolak kerajaan sebelum ini.

Dalam satu wawancara bersama wartawan Utusan Malaysia, MOHD. KHUZAIRI ISMAIL, Pengerusinya, DATUK ILANI ISAHAK berkata, jawatankuasa itu bergerak atas titik persefahaman antara penganut agama ke arah perpaduan dan keharmonian kaum.

''Jawatankuasa ini juga sedia maklum ada beberapa isu berkaitan agama yang rumit dan timbul lebih 20 tahun lamanya. Isu-isu ini memerlukan penyelesaian yang bijak sesuai dengan konteks Malaysia," kata beliau.

Dalam pertemuan hampir satu jam di rumah beliau di pinggir Taman Tun Dr. Ismail, Kg. Sg. Penchala, Kuala Lumpur, baru-baru ini, Ilani turut berkongsi aspek-aspek lain mengenai jawatankuasa itu termasuk cabaran dan permasalahan agama semasa.

UTUSAN: Sejauh mana perkembangan jawatankuasa ini sejak penubuhannya?

ILANI: Alhamdulillah, sejak penubuhannya pada lewat Februari 2010, jawatankuasa ini telah giat berusaha untuk memantapkan perhubungan di kalangan penganut pelbagai agama, menggalakkan semua pertubuhan agama menghormati dan patuh kepada Perlembagaan Persekutuan, mengatur langkah dan memulakan ikhtiar ke arah menjadi mekanisme mediasi berkesan untuk konflik antara penganut agama. Dalam masa yang sama, jawatankuasa ini juga berusaha memastikan supaya kerajaan di setiap peringkat memberi perhatian kepada suara pertubuhan dan badan agama.

Bagaimana dengan program-program dan aktiviti yang telah dilaksanakan?

Sepanjang tahun ini, jawatankuasa telah menitikberatkan jalinan silaturahim antara ahli ahli dengan tujuan memudahkan urusan-urusan yang rumit apabila berusaha bersama dalam suasana persahabatan. Oleh itu, program berunsur interaksi sosial diaturkan bersama pihak-pihak yang menyokong matlamat itu.

Antaranya seperti penglibatan bersama dalam acara-acara perayaan keagamaan seperti Hari Raya Aidil Fitri anjuran MACMA, Hari Wesak anjuran Maha Vihara, Hari Deepavali anjuran Malaysia Hindu Sangam dan Hari Krismas anjuran CFM. Ahli ahli Jawatankuasa ini juga telah bersama dalam majlis berbuka puasa anjuran bersama IIS, JAIS dan JPNIN (pusat) pada bulan Ramadan.

Selain itu, ramai ahli jawatankuasa telah terlibat sama ada sebagai pembentang kertas, penceramah atau peserta dalam bidang antara agama melalui diskusi meja bulat, forum atau seminar. Program-program itu telah memberi peluang bukan sahaja kepada ahli, tetapi juga kepada ramai penganut pelbagai agama dalam meningkatkan pengetahuan mengenai agama-agama penting di Malaysia.

Tahun ini juga menyaksikan kursus pendedahan kepada bidang mediasi (perbincangan dengan kehadiran pihak ketiga) dilaksanakan dan akan diikuti dengan kursus-kursus mediasi menangani konflik antara penganut agama secara bersiri pada 2011 dan 2012. Jawatankuasa ini juga telah mengadakan Bengkel Pembangunan Pelan Strategik pada 1 dan 2 Disember lalu yang membincangkan kerangka kerja jawatankuasa ini sesuai dengan persetujuan kerajaan untuk memberi bajet bagi menyokong kerja-kerjanya. Bengkel itu berjaya mengenal pasti gerak kerja program dan aktiviti yang bakal dilaksanakan untuk tahun hadapan dan sepanjang 2012.

Di samping itu, ia juga telah menghasilkan visi untuk Jawatankuasa iaitu 'Ke Arah Malaysia Harmoni Dan Muhibah' dan juga misi iaitu ' Untuk Menjadi Mekanisme Dialog Dan Mediasi Bagi Mewujudkan Persefahaman Dan Keharmonian Antara Penganut Agama Ke Arah Membina Malaysia Sebagai Sebuah Negara Berjiwa Muhibah'.

Apa pula program-program dan aktiviti lain pada masa depan?

Ada beberapa program dan aktiviti yang kita rancang untuk tahun 2011. Antaranya acara khas untuk UN World Interfaith Harmony Week yang dijadualkan pada 1 hingga 7 Februari ini. Sepanjang program itu, rumah-rumah ibadat seperti masjid, gereja, kuil dan sebagainya akan menyampaikan mesej-mesej keamanan, perpaduan dan keharmonian antara penganut agama.

Ia boleh dilakukan sama ada menerusi misalnya, khutbah sembahyang Jumaat bagi orang Islam atau ucapan di gereja bagi penganut Kristian pada hari Ahad. Selain itu, kita juga akan mengadakan sesi dialog muhibah bersama penuntut-penuntut di universiti dan menganjurkan kem belia muhibah membabitkan seramai 300 orang peserta daripada generasi muda.

Selain itu, kita juga akan mengadakan lawatan muhibah ke rumah-rumah ibadat serta menganjurkan kempen muhibah untuk mempromosikan semangat saling menghormati antara penganut agama. Dalam masa yang sama, kita juga akan mengadakan dialog tertutup mengenai isu-isu keagamaan selain menganjurkan perbincangan bersama pemimpin-pemimpin kerajaan pusat dan negeri.

Kita juga akan memperhebat latihan mediasi kerana ketika ini, kita tidak memiliki kepakaran yang khusus berhubung amalan mediasi konflik antara penganut agama. Dalam hal ini, kita berharap untuk menimba pengalaman daripada dua warga Nigeria iaitu tokoh Islam dan Kristian yang melawat Malaysia baru-baru ini.

Mereka ialah imam Dr. Muhammad Nurayn Ashafa dan Pastor Dr. James Movel Wuye. Kita tertarik dengan pengalaman, kepakaran dan kesungguhan kedua-dua tokoh berlainan agama ini yang saling bergandingan selama 15 tahun dalam meneraju usaha-usaha mediasi khususnya berkaitan pergaduhan antara penganut agama Islam dan Kristian di sana. Di Nigeria, perbalahan antara penganut agama telah mengorbankan kira-kira 500 nyawa. Jadi, kita mungkin boleh belajar sesuatu daripada tokoh-tokoh ini.

Ramai yang tidak jelas mengenai penubuhan jawatankuasa ini terutama dari sudut peranannya. Apa yang boleh Datuk jelaskan mengenai jawatankuasa ini?

Sepanjang 2009, beberapa isu yang menyentuh secara langsung mengenai agama telah timbul termasuk isu penggunaan istilah kalimah Allah. Isu ini telah memberi reaksi negatif di kalangan rakyat sehingga ada yang bertindak merosakkan rumah ibadat. Ini mendorong kerajaan mewujudkan mekanisme yang sesuai untuk menangani isu-isu keagamaan antara penganut agama.

Pastinya, kerajaan juga inginkan persefahaman dan keharmonian antara penganut agama diusahakan secara sistematik dan berkesan dan ini hanya boleh berlaku jika ada badan khusus yang dipertanggungjawab mencapai cita-cita itu.

Semasa pentadbiran kerajaan yang lalu, mekanisme itu sudahpun ada iaitu menerusi penubuhan Jawatankuasa Kerja Perhubungan Antara Penganut Agama yang berfungsi sejak 2005. Bagaimanapun, jawatankuasa itu tamat tempohnya pada penghujung 2008 berikutan berakhirnya fungsi badan induk iaitu Panel Penasihat Perpaduan Negara.

Selama ia berfungsi, jawatankuasa kerja itu telah berjaya meredakan ketegangan antara penganut agama ekoran demonstrasi jalanan yang membantah cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC). Jawatankuasa kerja itu juga telah mengambil maklum ada beberapa isu yang rumit dan timbul lebih dari 20 tahun lamanya. Isu-isu ini memerlukan penyelesaian yang bijak sesuai dengan konteks Malaysia.

Antara isu itu adalah masalah pembinaan rumah ibadat, tempat perkuburan dan pembakaran mayat serta kekurangan pakar-pakar tempatan dalam bidang agama bukan Islam. Masalah lain termasuk pertukaran agama serta isu berkaitan seperti pemakluman, perkahwinan, nafkah isteri dan anak, agama anak- anak kecil, harta bersama dan harta pesaka.

Ada juga kes seperti masalah murtad, masalah guru sekolah tidak sensitif kepada agama bukan Islam dan penggunaan istilah yang sama dalam agama Islam dan menyalahi enakmen negeri, selain beberapa istilah yang juga istilah agama bukan Islam tertentu.

Pada Julai 2008, melalui bengkel khas tertutup, beberapa kaedah telah dikenal pasti mampu dilaksanakan untuk memulakan proses penyelesaian.

Malangnya, tempoh jawatankuasa kerja itu tamat dan proses penyelesaiannya juga terbantut. Justeru, jawatankuasa baru ini yang ditubuhkan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah kesinambungan kepada kerja murni yang sebelum ini dijalankan oleh Jawatankuasa Kerja Perhubungan Antara Penganut Agama yang ditubuhkan pada 2005.

Di mana pula kedudukan jawatankuasa ini dari sudut organisasi kerajaan?

Jawatankuasa ini merupakan sebuah badan penasihat di bawah kawalan Jemaah Menteri. Terma tugas dan bidang kuasanya ditentukan oleh Jemaah Menteri. Segala keputusannya yang menyentuh dasar perlu diangkat kepada Jemaah Menteri melalui dua orang Penasihat Bersama iaitu, Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Senator Datuk Seri Mejar Jeneral (B) Jamil Khir Baharom.

Kedu-duanya merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Pihak Jemaah Menteri juga telah menubuhkan Urusetia Bersama untuk membantu kerja-kerja jawatankuasa ini dan ia dianggotai oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional; Institut Kefahaman Islam Malaysia, Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao dan juga Gabungan Pertubuhan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan. Gabungan ini memayungi 17 buah pertubuhan lain seperti MUAFAKAT, Persatuan Ulama Malaysia, ABIM, PERKIM, MACMA dan JIM. Jika dilihat kepada struktur dan peranan jawatankuasa ini juga, ia sebenarnya jauh berbeza dengan IFC seperti yang didakwa oleh beberapa pihak.

Ada yang mendakwa jawatankuasa ini tidak boleh mencapai objektif utamanya kerana ia dipimpin oleh ahli politik?

Jika dilihat daripada senarai 34 orang ahlinya, adalah jelas bahawa jawatankuasa ini tidak dibarisi oleh pemimpin politik.

Sebaliknya jawatankuasa ini dianggotai oleh pemimpin agama, badan-badan agama serta pegawai-pegawai kanan kerajaan. Hanya saya seorang selaku Pengerusi yang kebetulan ada pengalaman politik.

Di kalangan ahli-ahli lain jawatankuasa ini pula, terdapat wakil dari Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri; Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM); Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN); Majlis Perundingan Malaysia Agama Bufdha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST); Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia; Sidang Injil Borneo, Sabah; Persatuan Gereja-Gereja Sarawak; Interfaith Spiritual Fellowship (INSAF) dan beberapa wakil dari persatuan berteraskan agama lain.

Ada pihak bimbang jawatankuasa ini membenarkan campur tangan pihak bukan Islam dalam isu-isu berkaitan agama Islam?

Berkaitan perbincangan isu-isu keagamaan termasuk yang melibatkan agama Islam, jawatankuasa ini melalui Bengkel Pembangunan Pelan Strategik pada 1-2 Disember 2010, telah bersetuju untuk menubuhkan empat jawatankuasa kerja dengan skop kerja tertentu. Setiap jawatankuasa kerja itu akan mengenal pasti beberapa pakar agama bagi membantu kerja masing-masing. Oleh itu, apa juga isu keagamaan akan dibincang oleh mereka yang memiliki kepakaran yang bertepatan.

Sepanjang mengetuai jawatankuasa ini, bagaimana Datuk melihat penerimaan pemimpin agama lain terhadap Islam?

Setakat apa yang dapat saya perhatikan, pemimpin dan penganut agama lain tidak begitu memahami dan mengenali agama Islam atau pentadbirannya di Malaysia.

Kesedaran dan kefahaman mereka mengenai agama ini termasuk pentadbirannya boleh saya katakan pada tahap yang nipis. Mereka bukan takut kepada agama ini, meskipun di Barat sentimen Islamophobia itu dimainkan dengan begitu hebat sekali.

Ada keinginan di kalangan pemimpin mereka sebenarnya untuk berinteraksi dengan pemimpin-pemimpin Islam.

Malah, dalam satu majlis meraikan sambutan Hari Krismas bersama-sama Uskup Agung Kristian Katolik baru-baru ini, ada permintaan daripada pihak-pihak pemimpin Kristian untuk berjumpa dan berdialog dengan pemimpin-pemimpin Islam termasuk Mufti. Saya melihat ini sebagai satu perkembangan yang baik dari sudut pertemuan antara tokoh-tokoh agama kerana ia mampu memberikan gambaran dan kefahaman yang sebenar mengenai agama masing-masing .

Saya akan cuba mendapatkan pertolongan Senator Datuk Seri Mejar Jeneral (B) Jamil Khir Baharom, salah seorang Penasihat Bersama bagi jawatankuasa ini bagaimana caranya supaya perjumpaan itu boleh diadakan. Sudah semestinya jawatankuasa ini juga boleh dijadikan sebagai medium untuk mengatur pertemuan antara pemimpin agama Islam dan bukan Islam itu.

Perjumpaan sebegini bukanlah bermaksud kita akan berkompromi dalam soal keyakinan kita kepada agama Islam sebagai agama yang benar dan hakiki. Tetapi ini merupakan satu usaha untuk kita mengenali agama lain demi memupuk persefahaman dan meningkatkan semangat saling menghormati berteraskan perasaan muhibah sesama kita.

Apa cabaran utama dalam menggerakkan jawatankuasa ini?

Ahli ahli Jawatankuasa ini sebahagian besarnya baru berkenalan antara satu sama lain, khususnya antara yang beragama Islam dan bukan agama Islam.

Usaha berterusan telah dilakukan untuk menggalak pembinaan silaturahim antara mereka dan kini mereka lebih akrab berbanding awal tahun ini tetapi tahap perhubungan antara kebanyakan mereka masih belum mantap. Ini satu cabaran kerana tanpa pencapaian kemesraan yang memuaskan, maka kerja-kerja keagamaan yang rumit dan sensitif akan sukar diselesaikan.

Saya juga bimbang tahap komitmen ahli untuk bekerjasama hanyalah sederhana, sedangkan yang diperlukan adalah komitmen yang tinggi.

Justeru, saya sangat mengharapkan ahli yang beragama Islam akan lebih proaktif menghulur tangan persahabatan kepada ahli bukan Islam melalui jemputan minum pagi atau seumpamanya. Begitu juga harapan saya kepada ahli bukan Islam agar sentiasa berikhtiar mendekati ahli beragama Islam.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tahun penting untuk rakyat

Posted:

Tahun penting untuk rakyat

Tahun penting untuk rakyat

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

ANTARA realiti dan fantasi. Itulah dua pilihan yang ada dalam kalangan rakyat Malaysia apabila mereka melangkah masuk ke tahun 2011 pada hari ini.

Realiti ditawarkan oleh Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, manakala fantasi ditawarkan oleh pakatan pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang begitu bercita-cita menjadi Perdana Menteri. Sememangnya tahun 2011 bukan sahaja dilihat penting oleh BN, tetapi juga pembangkang yang dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas.

Justeru, sudah pastilah masing-masing mengatur strategi dengan matlamat untuk meraih sokongan rakyat bagi membolehkan mereka memerintah. Bagi BN, seperti kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, tahun 2011 menjanjikan cabaran getir untuk mereka.

Ujian pertama akan bermula di Dewan Undangan Negeri Tenang yang bakal berlangsung pilihan raya kecil dan ia akan disusuli dengan pilihan raya negeri Sarawak yang paling lambat pun dijangka pada Julai ini dan seterusnya pilihan raya umum.

Berdasarkan cabaran-cabaran berkenaan, sudah tentulah BN perlu menyusun strategi terbaik bagi memastikan kedudukannya dalam arena politik negara kukuh.

Biarpun dalam beberapa pilihan raya kecil kebelakangan ini menyaksikan BN mencapai kejayaan, namun bak kata Hishammuddin ia bukanlah ukuran sebenar, banyak lagi yang perlu dilakukan.

Najib dijangka melancarkan pelan transformasi politik (PTP) yang akan membantu memperkukuhkan lagi gerak kerja BN bagi mencatatkan kejayaan cemerlang dalam pilihan raya umum akan datang.

Namun apa pun, ia bergantung sejauh mana pelan dan tindakan yang dirancang disambut oleh pemimpin serta ahli di peringkat akar umbi kerana merekalah bakal menyampaikan secara langsung kepada rakyat.

Oleh itu, fajar 2011 perlu disambut dengan keazaman yang tinggi oleh pemimpin dan ahli BN untuk memperkukuhkan parti.

Tumpuan sudah pasti diberikan kepada pengukuhan kedudukan BN di negeri-negeri yang ditawan oleh pembangkang seperti Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Sementara Perak juga akan termasuk dalam perhitungan selepas negeri itu terlepas 11 bulan kepada pembangkang.

Bagi mencapai cita-cita menawan kembali negeri-negeri berkenaan, ahli-ahli BN termasuklah UMNO perlu menyingkirkan segala tindak-tanduk politiking sesama sendiri. Ini termasuklah tidak mengamalkan cah keting, tikam belakang dan memburuk-burukkan antara satu sama lain.

Pengumuman Najib mengenai pengerusi perhubungan UMNO negeri baru-baru ini sepatutnya menamatkan segala spekulasi sekali gus membolehkan UMNO memberi tumpuan sepenuhnya bagi menyusun strategi bagi menghadapi pilihan raya.

Sama ada pelantikan yang dibuat disenangi atau tidak, ia seharusnya tidak lagi menjadi persoalan kerana Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO sudah membuat keputusan berdasarkan pelbagai pertimbangan yang mendalam.

Oleh itu, tidak perlulah ada mana-mana pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat negeri merajuk atau ingin membawa diri, kalau begitulah sikap mereka biarkan sahaja. UMNO sudah tidak ada masa lagi untuk pujuk memujuk pemimpin seumpama itu kerana apa yang lebih penting ialah perjuangan parti.

'Musuh politik' BN dan UMNO ialah PKR, DAP dan Pas yang sudah meletakkan sasaran PRU-13 sebagai landasan untuk mereka menawan Putrajaya. Oleh itu, pemimpin dan ahli BN perlu membuat persediaan bagi berhadapan dengan serangan pembangkang yang sudah pasti lebih hebat demi mencapai cita-cita politik mereka dan bukannya membuang masa melayan kerenah memualkan dalam parti sendiri.

Pembangkang awal-awal lagi mengemukakan pelbagai janji kepada rakyat jika mereka diberi peluang memerintah, sama ada janji itu mampu ditunaikan atau tidak, itu soal kedua. Apa yang penting rakyat perlu dipengaruhi bagi membolehkan sokongan diraih. Sebenarnya, BN tidak boleh memandang remeh apa yang dilakukan oleh pembangkang itu kerana dalam tahun 2008, politik persepsi serta 'mengula-gulakan' rakyatlah yang menjadi punca BN kehilangan kuasa di beberapa negeri dan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

BN perlu mempertingkatkan usaha menyakinkan rakyat terhadap realiti yang ditawarkan oleh parti berkenaan, masa depan negara tidak boleh digadaikan kepada satu pakatan yang terlalu gilakan kuasa semata-mata.

Turut menjadi perhatian pada 2011 ialah sejauh mana kerjasama PKR, DAP dan Pas mampu bertahan dalam usaha mereka mewujudkan satu barisan alternatif.

Setakat ini, segala-galanya dicorakkan oleh PKR dan DAP manakala Pas menjadi pak turut sahaja. Oleh itu, ramai yang ingin melihat apakah pendirian Pas seterusnya.

Sikap PKR dan DAP yang melakukan apa sahaja tindakan semata-mata kerana kuasa dikatakan tidak sehaluan dengan Pas, biarpun ada sebahagian pemimpin parti itu mengiakan saja apa kata PKR dan DAP demi menjaga hubungan serta meraih kuasa.

Sudah terdapat arus di dalam Pas yang mahu parti itu keluar daripada pakatan dan berjuang sendirian. Ia kerana mereka amat memahami selagi Pas berada dalam gabungan berkenaan, PKR dan DAP sudah pasti tidak akan membiarkan Pas menjadi sebuah parti yang dominan.

Hakikatnya, corak politik yang diamalkan oleh PKR dan DAP tidak sesuai dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas tetapi entah mengapa Pas mahu juga bertahan untuk bekerjasama dengan kedua-dua parti tersebut.

Keadaan itu menyebabkan ramai beranggapan bahawa Pas sudah kehilangan rasa yakin diri, tidak seperti mana suatu ketika dulu.

Malahan lebih bahaya daripada itu, Pas dikatakan akan mengalami kerugian lebih besar dalam pilihan raya umum akan datang berbanding dengan PKR dan DAP.

Bagi PKR pula, parti itu akan melangkah ke tahun baru dengan seribu satu masalah. Krisis keyakinan bukan sahaja membelenggu ahli-ahlinya, malah juga pemimpin mereka.

Sebab itulah, kita menyaksikan hari demi hari ada sahaja pemimpin atau ahli PKR meninggalkan parti tersebut. Ini kerana mereka semakin menyedari bahawa perjuangan PKR hanya untuk kuasa dan segala yang dibentangkan kepada rakyat hanya sekadar janji-janji yang sukar ditunaikan.

Apa yang berlaku Selangor, contohnya sudah menjadi bukti bahawa PKR tidaklah sehebat mana. Oleh itu, rakyat perlu mengkaji dengan sebaik-baiknya segala usaha yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh kepimpinan Najib dan bukannya berkhayal dengan janji-janji kosong pembangkang.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Negara

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Sanah sedia jadi teman hidup Ahmad

Posted:

Sanah sedia jadi teman hidup Ahmad

Sanah sedia jadi teman hidup Ahmad

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my


SANAH (kanan) bersama anaknya, Sabaha membaca kisah
mengenai Ahmad yang disiarkan akhbar di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Hasrat seorang lelaki warga emas berusia 110 tahun, Ahmad Md. Isa untuk mendirikan rumah tangga mungkin tercapai selepas seorang wanita di sini terpaut hati padanya.

Wanita itu, Sanah Ahmad, 82, yang hidup sendirian sejak kematian suami 28 tahun lalu, menyatakan kesediaan untuk bersuamikan warga emas itu selepas membaca kisahnya dalam akhbar Kosmo! pada Rabu lalu.

Menurut Sanah, hatinya berdebar apabila menatap gambar Ahmad yang disifatkannya saling tak tumpah seperti arwah suami keduanya yang merupakan bekas tentera.

"Saya faham kesunyian yang dialami oleh Ahmad kerana saya sendiri pun sunyi tinggal seorang diri di rumah ini," katanya ketika ditemui di Flat Desa Rejang, Setapak di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Janda Akhil Hayy kemalangan

Posted:

Janda Akhil Hayy kemalangan

Janda Akhil Hayy kemalangan

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
syakir.sazili@kosmo.com.my


MAIZAWATI ditemani Mohd. Yassin selepas menjalani pembedahan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh semalam.


IPOH - "Saya bersyukur kerana bayi dalam kandungan saya disahkan selamat."

Demikian luahan Maizawati Zainal, 35, bekas isteri penceramah dan penyanyi, Akhil Hayy, beberapa jam selepas menjalani pembedahan memasukkan dua plat besi pada tangan kirinya selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Sultan Azlan Shah di sini pagi Selasa lalu.

"Doktor pakar mengesahkan tiada sebarang komplikasi terhadap kandungan yang kini berusia hampir lima bulan," katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 5.15 pagi itu, kereta Proton Gen 2 yang dipandu Maizawati atau lebih dikenali sebagai Maiza merempuh sebuah kereta dari arah bertentangan yang secara tiba-tiba membuat pusingan U berdekatan Sekolah Menengah Izzudin Shah di sini.

Akibat kemalangan itu, Maiza patah tangan kiri dan cedera kedua-dua kaki selain mengalami lebam pada dahi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.