Isnin, 31 Januari 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Penyelewengan biasa berlaku dalam Pas – Nakhaie

Posted:

Penyelewengan biasa berlaku dalam Pas – Nakhaie

Penyelewengan biasa berlaku dalam Pas – Nakhaie

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad mendedahkan penyelewengan biasa berlaku di dalam parti itu kerana wujud segelintir pemimpin yang tidak amanah selain ketiadaan sistem pemantauan wang keluar masuk terutama membabitkan derma.

Sehubungan itu, beliau tidak hairan dengan penerbitan sebuah buku bertajuk: Mohd. Sabu Air Mata di Bumi Memali karangan Zainon Ismail atau nama penanya C.N Al-Afghani kerana perbuatan menyeleweng wang sememangnya berlaku di dalam parti berkenaan.

Ujarnya, selama beliau berada di dalam parti tersebut, itulah yang berlaku malah dalam satu peristiwa iaitu selepas berlakunya kejadian Memali pada November 1985, anak- anak Allahyarham Ibrahim Libya telah diusung ke mana-mana bagi tujuan mengutip derma.

''Malangnya saya difahamkan wang itu tidak sampai kepada keluarga Ibrahim Libya tetapi telah disapu oleh pihak tertentu. Saya bercakap atas pengalaman saya di dalam Pas selama 12 tahun dan inilah kebenaran yang berlaku.

''Oleh itu saya tidak hairan dengan pendedahan yang dibuat melalui buku ini. Saya yakin pendedahan ini adalah berdasarkan bukti dan asas yang kuat,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas forum pembaca hari ini yang menyiarkan tulisan Zainon sendiri apabila penulis buku Mohd. Sabu Air Mata di Bumi Memali itu mempersoalkan akhbar Harakah melalui kolumnisnya Zulkifli Yahaya, keluaran 29 November-2 Disember 2010.

Di dalam keluaran itu, Zulkifli mempertikaikan kononnya C.N Al-Afghani menggunakan akhbar musuh menghentam kawan dalam mengulas buku tersebut sedangkan kolumnis Harakah itu mengakui yang dia belum membaca buku itu sepenuhnya.

Buku tersebut mengundang kontroversi apabila penulisnya mendedahkan wujud penyelewengan dan penipuan berjuta ringgit milik berpuluh orang anak yatim, 14 balu dan 200 mangsa Memali oleh pihak Pas.

Akibatnya seperti ada arahan rasmi, buku tersebut dilarang daripada dijual ketika berlangsungnya Majlis Memperingati 25 Tahun Memali, November tahun lalu.

Mengulas lanjut, Nakhaie percaya penulis buku tersebut cuba mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku di dalam Pas dan bukannya sengaja mereka-reka cerita atau menimbulkan fitnah.

''Apa yang cuba disampaikan oleh penulis ini ada kaitannya dengan kredibiliti Pas sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam. Beliau mahu memberitahu rakyat dengan ikhlas hati bahawa inilah rupanya Pas yang sebenar.

''Sekiranya Pas menjadikan Islam sebagai pegangan sudah pasti tidak akan berlaku perkara-perkara sebegini. Ini tidak, penyelewengan tetap berlaku di dalam Pas,'' katanya.

Dalam pada itu, beliau juga percaya pucuk pimpinan Pas akan marah kepadanya ekoran kenyataan tersebut kerana ia boleh mencalar imej parti itu di mata rakyat.

''Saya bercakap atas kebenaran dan saya sedia kemukakan kebenaran itu sekiranya diminta. Realitinya, Pas tidak boleh menafikan wujudnya penyelewengan ekoran adanya segelintir pemimpin yang tidak amanah di dalam parti itu.

''Ini ditambahkan lagi dengan ketiadaan sistem pengurusan yang bersistematik hingga menyebabkan penyelewengan berlaku dengan mudah,'' katanya

Beliau juga tidak menolak kemungkinan pucuk pimpinan Pas akan berusaha menyembunyikan kebenaran itu tetapi mereka jangan lupa bahawa sesungguhnya Allah maha mengetahui dan maha melihat setiap perlakuan mereka.

''Seperkara lagi saya ingin nasihatkan Pas, sekiranya tidak mampu memelihara nama baik Islam, gugurkan sahaja nama Islam pada nama Pas. Jangan gunakan nama Islam sekiranya mereka tidak mampu menjaganya dengan baik,'' katanya lagi.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

PRK DUN Tenang mencabar

Posted:

PRK DUN Tenang mencabar

PRK DUN Tenang mencabar

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menyifatkan penugasan mengawal keselamatan sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, sebagai pengalaman paling mencabar kerana terpaksa berhadapan dengan banjir.

Sambil memuji anggota dan pegawainya kerana berjaya memastikan pilihan raya itu berjalan lancar tanpa gangguan, beliau berkata, penghargaan juga perlu diberikan kepada agensi-agensi lain terlibat.

"PRK DUN Tenang memang sangat mencabar kerana ia turut menguji keupayaan dan kebolehan kami di dalam mengawal dua situasi pada masa yang sama.

"Semua agensi lain seperti Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bekerja keras memastikan perjalanan pilihan raya di Tenang dalam keadaan baik," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Ismail, kesemua peti undi telah berjaya dibawa dengan selamat ke pusat pengiraan undi walaupun menghadapi kesukaran disebabkan banjir.

Katanya, pada masa sama, pihaknya dan agensi lain turut bertungkus-lumus membantu mangsa banjir untuk ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

"Kesemua mangsa yang terjejas akibat banjir telah ditempatkan di 25 pusat pemindahan sementara menunggu keadaan kembali reda," katanya lagi.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Kaedah baru ramal banjir lebih awal

Posted: 31 Jan 2011 01:42 PM PST

Nasional

JPS guna model rangkum atmosfera, radar

KUALA LUMPUR: Bagi mengurangkan risiko kehilangan jiwa, harta benda serta mempercepatkan gerakan menyelamat mangsa ketika banjir, kerajaan akan menggunakan satu model ramalan dan amaran awal banjir berdasar kepada kombinasi model atmosfera serta radar yang berfungsi mengesan hujan lebih awal.

Menerusi model itu, taburan hujan dan lokasi dikesan tiga hari lebih awal sebelum hujan, berbanding kaedah sekarang yang hanya mengukur taburan hujan di stesen kaji cuaca selepas hujan, selain pemantauan paras air di sungai utama di negara ini. Model yang turut diguna pakai di Amerika Syarikat itu bertujuan meramalkan paras air sungai bagi meramalkan kemungkinan risiko banjir di kawasan terbabit dan terus mengaktifkan sistem amaran awal banjir dengan segera.

Difahamkan, untuk fasa permulaan, model itu dibangunkan di kawasan berisiko banjir di Lembangan Sungai Johor, Lembangan Sungai Pahang dan Lembangan Sungai Kelantan.

Pengarah Bahagian Sumber Air dan Hidrologi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Hanapi Mohamad Noor, berkata model yang dibangunkan JPS sejak Januari tahun lalu itu dijangka siap pada Jun depan.

"Ia mengambil kira tiupan angin, ketumpatan awan dan faktor lain untuk mengukur taburan sebelum hujan dan mengenal pasti kawasan terbabit. Maklumat taburan hujan itu boleh disukat bagi membuat ramalan banjir sekurang-kurangnya dua atau tiga hari lebih awal.
"Maklumat diperoleh itu kemudian disalurkan kepada Sistem Maklumat Banjir JPS yang akan dipanjangkan kepada agensi terbabit, termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk tindakan susulan," katanya kepada Berita Harian semalam.

Hanapi berkata, maklumat daripada ramalan dan amaran awal itu akan disalurkan kepada pihak media untuk dihebahkan kepada umum.

Sementara itu, pakar hidrologi Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ahmad Zaharin Aris, berkata kerajaan tidak boleh bergantung kepada kaedah konvensional mengukur taburan hujan dan mengesan risiko banjir seperti kaedah 'return period' serta kaedah telemetri dengan memantau paras air sungai.

Katanya, kaedah 'return period' yang meramalkan kemungkinan banjir berdasar sejarah taburan hujan tidak semestinya tepat bagi kawasan tertentu berikutan perubahan iklim dunia dan faktor pembangunan dan guna tanah di kawasan terbabit.

Selain itu, beliau berkata, perkongsian maklumat antara agensi berkaitan perlu dipertingkatkan untuk meningkatkan keberkesanan sistem ramalan dan amaran awal banjir di negara ini dan perlu menjadi fokus kerajaan pada masa depan.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Sistem amaran bah diperluas

Posted: 31 Jan 2011 01:41 PM PST

Nasional

  MUHYIDDIN   bersama Norainee  (kanan) bertanyakan khabar  ketika melawat mangsa banjir sekitar  DUN Tenang, di Sekolah Agama Labis, semalam. 


 mangsa banjir Kampung Sungai Gatom  di pusat pemindahan sementara  di Sekolah Kebangsaan Agama Labis, semalam.


melawat mangsa banjir sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, di Sekolah Agama Labis di sini,  semalam.

MUHYIDDIN bersama Norainee (kanan) bertanyakan khabar ketika melawat mangsa banjir sekitar DUN Tenang, di Sekolah Agama Labis, semalam. mangsa banjir Kampung Sungai Gatom di pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Agama Labis, semalam. melawat mangsa banjir sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, di Sekolah Agama Labis di sini, semalam.

LABIS: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) melaksanakan sistem amaran awal banjir bersepadu merangkumi kawasan tidak pernah mengalami banjir tetapi berpotensi diancam bencana itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan itu perlu kerana sesetengah kawasan sebelum ini tidak pernah dilanda banjir, kini mengalaminya berikutan keadaan cuaca tidak menentu.

"Kita perlu ada sistem amaran awal selepas hujan beberapa hari kerana air naik cepat supaya penduduk sedar mengenai cara perpindahan yang dapat dilakukan secara tersusun. Kawasan yang sebelum ini tidak pernah dilanda banjir, kini berdepan risiko apabila air mencapai paras tertentu dan penduduk terperangkap. "Paling penting nyawa rakyat yang menjadi mangsa mesti diselamatkan dulu," katanya selepas melawat mangsa banjir sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, di Sekolah Agama Labis di sini, semalam.

Turut serta, isterinya Puan Sri Norainee Abd Rahman dan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad.

Muhyiddin berpuas hati dengan persediaan kebajikan dan keselamatan oleh kerajaan Johor hasil pengalaman banjir besar pada 2006 dan 2007, khususnya agensi bantuan dan penyelamat untuk berfungsi dengan berkesan.

Beliau juga berkata, sejak kelmarin, aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah mula digerakkan bagi membantu operasi menyelamat mangsa di sekitar Labis, selain agensi penyelamat lain.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Rencana Utama

Kosmo Online - Rencana Utama


Membikin metropolis Putrajaya

Posted:

Membikin metropolis Putrajaya

Membikin metropolis Putrajaya

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID



KEHADIRAN kami di pejabatnya pada lewat petang Khamis lalu disambut dengan sekuntum senyuman. Gaya korporatnya masih terserlah meskipun telah melewati waktu pejabat. Susun atur meja dan gambar tidak banyak berubah, sama seperti kunjungan penulis kira-kira tiga tahun lalu ke situ.

"Apa khabar anda semua?" sapa tokoh tersohor itu lalu berjabat tangan dengan kami. Reaksi positif itu sebenarnya begitu melegakan. Secara jujurnya, penulis sangat berterima kasih kepada Tan Sri Samsudin Osman atas kesediaannya ditemu bual. Penulis difahamkan jadual hariannya sangat padat. Lebih-lebih lagi, beliau dan pasukannya pada ketika itu sedang bertungkus-lumus untuk sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2011.

Pada petang itu, Samsudin tidak berhenti daripada bercakap tentang bandar raya Putrajaya.

"Tidak terlintas di fikiran bahawa saya akan dilantik untuk menerajui Perbadanan Putrajaya (PPj). Walaupun saya tidak terlibat secara langsung pada peringkat awal perancangan dan pembangunan Putrajaya, namun sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada waktu itu, saya turut mengambil berat dan sentiasa mengikuti segala perkembangan yang berkaitan dengan perancangan dan pembangunannya.''

Selepas tujuh tahun mentadbir, Samsudin berpandangan, pembangunan Putrajaya berjalan lancar sec ara keseluruhannya.

Sambil matanya melirik ke arah bangunan baru yang bertentangan dengan pejabatnya yang kini baru 30 peratus siap, beliau berkata, Putrajaya kini di kaca mata dunia.

"Kami tidak menang tangan menerima kunjungan pihak luar seperti dari Korea, Rusia, Uzbekistan, China dan dari negara Asia Tengah.

"Mereka terpesona dengan Putrajaya, kata-kata mereka kepada saya semuanya berbentuk pujian, saya gembira kerana orang luar mengagumi bandar kita,'" ujarnya yang mesra dalam kalangan media dengan panggilan Tan Sri Sam.


KEMEGAHAN Putrajaya. Selain Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya menjadi tumpuan pelancongan dari dalam dan luar negara setiap kali mereka ke Putrajaya.



Sememangnya untuk mengekalkan momentum kecemerlangan bandar raya itu tidak mudah seperti yang disangka. Sejak menggalas tanggungjawab sebagai Presiden PPj, Samsudin tidak berhenti daripada berfikir untuk memperbaiki dan menambahbaik Putrajaya.

Beliau bukanlah seorang pemimpin yang hanya pandai mengarah. Menurut salah seorang pegawainya, Samsudin seorang yang kuat bekerja. "Ia boleh digambarkan dengan cara Tan Sri berjalan, langkahnya sangat pantas dan begitu jugalah gaya Tan Sri ketika dia bekerja," ujarnya.

Barangkali benar apa yang diucapkan. Dengan rasa rendah diri bekas KSN itu menuturkan bicara. "Ya, biar saya tegur daripada orang lain yang tegur, saya kerap meronda sekitar bandar ini dengan pegawai saya.

Identiti bandar Malaysia

"Kita pusing sekeliling, kadang-kadang saya tengok ada cabang-cabang jalan rosak, saya juga tengok sama ada landskap kita terurus atau tidak, rumput dan lalang yang tumbuh tinggi dipotong ke tidak, saya juga pantau kontraktor-kontraktor yang kita lantik.


TASIK Putrajaya antara tarikan untuk orang ramai melihat pemandangan indah seluruh Putrajaya.


"Saya berterusan meninjau siang dan malam, tiada istilah penat bagi diri saya," katanya.

Demi kemajuan Putrajaya, Samsudin dan pasukannya terbang ke beberapa negara seperti Amerika Syarikat (AS), Brazil, Australia, Brazil dan lain-lain untuk membuat kajian.

"Ia dilakukan berterusan dan penting untuk meningkatkan pengetahuan dan cara kita berfikir terutamanya di peringkat operasi,'' katanya.

Bagaimanapun, ujar aristokrat itu, bandar di Malaysia harus mempunyai ciri-ciri dan identiti tersendiri serta tidak mengulangi pendekatan yang pernah dibuat oleh bandar-bandar rujukan.

Gambar Samsudin bersama para pegawainya berbasikal untuk ke mesyuarat pasca Kabinet di Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar di Putrajaya pada 27 Januari lalu menarik perhatian umum. Gelagatnya itu memukau ramai sehingga dipaparkan di muka hadapan Utusan Malaysia. Ia turut menghiasi di seluruh dada-dada akhbar negara.

Kesanggupannya itu sebenarnya menyampaikan satu maksud tersirat. Figura yang berusia 64 tahun itu mahu komuniti Putrajaya mengamalkan konsep bandar hijau dan amalan hidup sihat.

"Perkara macam ini perlu dimulakan, kalau tidak sampai bila pun ia tidak akan menjadi kenyataan.

"Justeru, saya galakkan warga Putrajaya terutamanya penghuni kuarters di sini berbasikal ke pejabat," saran pemimpin itu.

Persepsi tentang Putrajaya

Samsudin galak bercerita tentang Putrajaya sebagai bandar hijau. Katanya, sejak Perdana Menteri mengumumkan bandar raya kelolaannya termasuk Cyberjaya sebagai Perintis Bandar Hijau, pihaknya terus mengorak langkah.

Selain mengadakan Persidangan Bandar Hijau Antarabangsa, pasukannya memulakan satu kajian yang diberi nama Putrajaya Green Cities 2025 (PGC 2025). PGC 2025 diadakan bagi mengenalpasti tahap pelepasan karbon bagi Putrajaya. Lanjutan daripada itu, kajian pada peringkat seterusnya menyaksikan Pelan Tindakan Bandar Hijau dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta melibatkan Majlis Perbandaran Sepang.

"Kita pada dasarnya telah pun melakukan amalan Bandar Hijau. Antaranya kita hanya membenarkan bas NGV saja yang beroperasi, kita laksana pelan 3R, pembangunan tasik sebagai climate moderator dan di Taman Wetland sebagai penapis air semula jadi dan banyak lagi," katanya.

Putrajaya diisytiharkan sebagai sebuah Wilayah Persekutuan pada tahun 2001 selain Kuala Lumpur dan Labuan. Mengikut kiraan, tahun ini genaplah sedekad bandar raya itu menjadi sebahagian Wilayah Persekutuan.


BANDAR hijau. Samsudin menggalakkan warga Putrajaya berbasikal ke pejabat dalam menjadikan Putrajaya sebagai Bandar Hijau.


Namun, wujud satu perspektif orang luar yang melihat Putrajaya tidak seperti Kuala Lumpur. Apabila dilontarkan soalan ini, Samsudin menghela nafasnya. Tegas beliau, Putrajaya dibangunkan dengan fungsi spesifik iaitu sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Tambahan, Putrajaya yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara keseluruhannya baru 14 tahun dibangunkan.

"Perbandingan secara langsung dengan Kuala Lumpur adalah tak tepat, Kuala Lumpur adalah ibu negara dan pusat perdagangan utama, saiz Putrajaya pun satu perlima daripada Kuala Lumpur.

"Justeru dari segi infrastruktur sememangnya tidak wajar dibandingkan dengan Kuala Lumpur," terangnya yang berharap stigma itu tidak berterusan.

Putrajaya lengang pada waktu malam. Fakta itu mungkin tidak relevan dalam masa beberapa tahun lagi.

Menurut Samsudin, pihak PPj mempunyai perancangan untuk memeriahkan malam bandar raya itu dengan pementasan broadway atau teater.

"Kita sudah ada tempat untuk tujuan itu," katanya.

Selain itu bagi menceriakan Putrajaya, Samsudin bercadang untuk mewujudkan barisan restoran mewah pelbagai jenama. Selain itu, PPj bakal mewujudkan kemudahan dan outlet komersial.

Namun, kata Samsudin, persepsi Putrajaya sepi pada waktu malam sebenarnya kurang tepat.

"Di Presint 2,3 dan 4 saja tapi di Presint 8, 9, 11, 15 dan 16, suasana malamnya tak lah sesunyi mana, malah meriah seperti bandar-bandar besar lain,'' ujarnya.

Di sebalik kepesatan pusat pentadbiran itu, Presiden PPj itu kerap dilontar satu persoalan. Bilakah landasan monorel berdekatan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin siap sepenuhnya? "Bukan awak saja rasa terkilan monorel tak siap, semua orang pun terkilan," selorohnya kepada penulis.

Beliau sedar, kemudahan itu penting untuk menjadi Putrajaya hidup dan bertenaga. Ia juga sebagai satu penyelesaian terhadap kesesakan lalu lintas dan masalah kekurangan parkir yang serius.

Justeru, sebagai langkah meneruskan semula infrastruktur rel itu, Samsudin memberitahu, atas inisiatif pihak Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Jabatan Perdana Menteri, program Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang telah menggariskan satu projek. Projek itu ke arah meningkatkan kesalinghubungan Putrajaya dengan Kuala Lumpur, Cyberjaya dan kawasan persekitaran.

Bandar paling mapan


BANGUNAN Jabatan Perdana Menteri merupakan antara kementerian terbesar dan mempunyai struktur binaan yang paling menarik.


Berhubung dengan rungutan tempat letak kereta, Samsudin menjelaskan, pihak PPj tidak boleh sesuka hati menambah lokasi baru, namun akan berusaha mencari kawasan-kawasan yang sesuai.

Ini juga adalah satu strategi untuk galakkan penggunaan pengangkutan awam sehingga 70 peratus daripada keseluruhan pengguna pengangkutan.

Samsudin optimistik Putrajaya akan menjadi bandar futuristik, bandar yang lengkap dengan ciri-ciri yang setanding dengan kota metropolis di beberapa negara maju.

"Bukan saja dari sudut pengangkutan tapi kita mahu Putrajaya menjadi sebagai sebuah bandar yang paling mapan dan the most livable city,'' ujar figura itu.

Imaginasi Samsudin terhadap Putrajaya pada 15 tahun tahun akan datang sangat hebat. Terdapat lima perkara dalam fikirannya.

Pertama, pengangkutan awam yang lengkap termasuk sistem monorel telah digunakan sepenuhnya oleh penduduk dan pengunjung Putrajaya.

Kedua, kesemua bangunan komersial di Putrajaya terdiri daripada bangunan hijau. Sehubungan itu, Samsudin mahu melihat semua penduduk terlibat dalam program kitar semula. Semua sampah dari Putrajaya diurus di dalam kawasan ini dan tidak perlu dibuang di luar Putrajaya.

Kesemua pokok yang sudah matang dijaga rapi bagi mewujudkan landskap yang indah menjelang 2026. Aristokrat itu berazam agar plot-plot komersial yang dibangunkan akan diduduki oleh pihak swasta termasuk perbadanan multinasional.

"Sesungguhnya, warga Putrajaya amat bertuah kerana dapat tinggal dan bekerja dalam suasana persekitaran yang selamat, indah, bersih, lengkap dengan pelbagai kemudahan dan prasarana bertaraf dunia,'' ujarnya.

Selamat Hari Wilayah Persekutuan 2011.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Habuan untuk warga 3 wilayah

Posted:

Habuan untuk warga 3 wilayah

Habuan untuk warga 3 wilayah

Hari ini penduduk di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Pulau Labuan dan Putrajaya menyambut Hari Wilayah. Kali ini kementerian galak warganya berekreasi dan beriadah, banyak tawaran menarik disediakan kepada warganya.


SELEPAS empat dekad Kuala Lumpur kini dihiasi dengan bangunan-bangunan pencakar langit.


TAHUN ini merupakan kali ketujuh Hari Wilayah Persekutuan disambut secara bersama dengan menggabungkan ketiga-tiga wilayah iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya sejak kewujudan Kementerian Wilayah Persekutuan sejak 27 Mac 2004.

Sambutan pada kali ini bertemakan 1 Wilayah Persekutuan Menjuarai Transformasi. Pemilihan tema itu bersesuaian dengan misi dan visi kepimpinan negara. Ia diterjemahkan sebagai Wilayah Persekutuan yang mampu menjuarai sekali gus menjadi penanda aras kepada Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Pada tahun ini, genaplah 37 tahun bagi bandar raya Kuala Lumpur, 27 tahun bagi Labuan dan hampir sedekad bagi Putrajaya di bawah entiti Wilayah Persekutuan. Majlis pelancaran sambutan telah pun diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 29 Januari lalu.

Walaupun bajetnya tidak sebesar mana, perjalanan program yang sudah berlalu sangat meriah. Lebih-lebih lagi, melibatkan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat yang disatukan dalam bentuk perhimpunan rakyat 1Malaysia.

Pada masa yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengambil kesempatan melancarkan lagu baru rasmi Wilayah Persekutuan.

Secara keseluruhan, terdapat kira-kira 40 pengisian pelbagai program dan acara yang dirancang bagi menceriakan lagi sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Khas untuk rakyat Malaysia khususnya warga Wilayah Persekutuan ini, ada hadiah yang disediakan untuk anda. Berikut dinyatakan secara spesifik 'habuan' yang bakal diterima sekiranya pengunjung berkunjung di tiga Wilayah Persekutuan.

Kuala Lumpur

* Diskaun sebanyak 50 peratus ke atas kadar sewa bagi penggunaan kemudahan-kemudahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seperti gelanggang sukan, dewan serbaguna, pusat komuniti sepanjang bulan Februari.

* Keahlian percuma Perpustakaan Kuala Lumpur bagi pendaftaran yang dibuat sepanjang bulan Februari 2011.

* Diskaun sebanyak 50 peratus untuk bayaran masuk ke KL Bird Park, Taman Tasik Perdana pada 1 Februari 2011 sahaja.

* Tambang percuma bagi warganegara Malaysia dan diskaun 50 peratus ke atas warganegara asing bagi menaiki bas KL Hop On Hop Off pada 1 Februari 2011 sahaja.

* Menara Kuala Lumpur pada 1 Februari 2011 sahaja. Bayaran masuk untuk warganegara Malaysia (kanak-kanak dan dewasa) ke dek pemerhati sahaja RM10 seorang. Warganegara asing/pelancong dikenakan RM31 seorang untuk dewasa dan kanak-kanak RM23 seorang bagi pakej kombo (auditorium/kampung budaya dan dek pemerhati).

* Konsert-konsert yang dianjurkan oleh DBKL di Panggung Anniversari, Taman Tasik Perdana bermula 1 Februari dibuka secara percuma kepada orang ramai.

Putrajaya

* Bayaran masuk secara percuma bagi pelawat-pelawat ke taman-taman awam Putrajaya pada 1 Februari 2011. Walau bagaimanapun, kelonggaran itu tidak termasuk bayaran sewaan untuk kemudahan lain seperti penggunaan trem, sewaan ruang, gelanggang permainan atau sukan, kayak, basikal, wall climbing dan sebagainya.

* Diskaun sebanyak 30 peratus kepada pemegang myKad warga Wilayah Persekutuan yang bermula dari 29 Januari 2011 sehingga 1 Februari 2011 untuk perkhidmatan Cruise Tasik Putrajaya. Untuk maklumat lanjut hubungi 03-8888 5539.

* Lawatan berpandu ke tempat-tempat menarik di sekitar Putrajaya dengan menaiki bas Nadi Putra secara percuma bermula dari Centre Dataran Putra pada 1 Februari 2011. Untuk maklumat lanjut hubungi 03-8887 7584.

Labuan

* Pendaftaran keahlian percuma di Perpustakaan Awam Labuan bermula 1 Februari sehingga 28 Februari 2011.

* Bayaran secara percuma kepada beberapa kemudahan di Labuan seperti di bawah bermula dari 20 Februari 2011 hingga 28 Februari 2011:

n Kemudahan gelanggang futsal dan boling padang.

n Kemudahan penggunaan dewan serbaguna Perbadanan Labuan.

n Auditorium Mini Anjung Budaya

n Peralatan aktiviti berkayak - MAZLINA ABDUL MAJID

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Survival ahli silap mata India

Posted:

Survival ahli silap mata India

Survival ahli silap mata India


DAVID COPPERFILED lelaki yang mempunyai nama besar dalam bidang silap mata antarabangsa.


PRAKASH Mavinkurve bukan seperti ahli silap mata yang lain. Dia merupakan seorang ahli anestesiologis di sebuah hospital di Mumbai. Namun, dia menggunakan penemuannya untuk mengasah bakat bergelar ahli silap mata, rutin pentas dan jenaka sebaris.

Rakan perubatan dan pesakit merupakan penonton yang mampu ditawan olehnya menggunakan silap mata berbentuk duit syiling dan helah kad. Ia bukan sahaja mendebarkan kanak-kanak, tetapi turut menghiburkan mereka yang dibebani dengan tekanan kerja yang berat.

"Jururawat di sini selalu bertukar dan setiap hari saya boleh menemui 'tikus belanda' yang baru," tutur lelaki berusia 58 tahun itu dengan senyuman.

Seperti kebanyakan perkara lain di kalangan penduduk India moden, silap mata dan ahlinya berubah, selari dengan cara baru dalam hiburan yang didambakan oleh pembangunan negara dunia ketiga.

"Terdapat ramai ahli silap mata di Mumbai yang menggunakan bahasa sendiri iaitu Hindi atau Marathi," kata Mavinkurve, yang menjadikan ahli silap mata Tommy Cooper dan watak komik British sebagai hero.

"Terlalu sedikit yang boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Populariti silap mata di dalam bahasa Inggeris semakin meningkat kerana petuturnya mempunyai lebih banyak pilihan untuk menonton di televisyen, DVD dan lain-lain.

"Mereka mempunyai peluang mereka sendiri. Tetapi kini, ahli silap mata perlu bersaing."

Helah magis India

Ahli silap mata di seluruh dunia terhutang budi kepada India, di mana magis atau jaadu di Hindi mempunyai sejarah yang tidak ternilai walaupun pada zaman mitos dahulukala.

Kelainan helah dalam magis di India berkaitan bola, gelas atau kotak, di mana pedang selalunya digunakan boleh menembusi badan pembantu di dalam kotak, telah menjadi helah wajib oleh setiap ahli silap mata di atas pentas.

Malah, penonton dan ahli silap mata Barat terus terpesona dengan aksi terhebat India di mana seorang budak India dapat mendominasi tali panjang dan tegar sebelum menghilang.

Kelompok ahli silap mata jalanan yang kebanyakan mereka mendapat ilmu silap mata dari generasi ke generasi, kekal utuh walaupun jumlah mereka semakin mengecil.

"Silap mata tradisional India hampir terkubur," kata Mandar Patil, yang membuka produksi silap mata dan hiburan yang terkandung khazanah dan alatan silap mata bersama isterinya di Mumbai.

"Hanya sedikit sahaja di kalangan ahli silap mata jalanan yang tinggal," katanya.

"Justeru, agak sukar untuk meneruskan kehidupan hanya dengan melakukan silap mata."

Patil merupakan bekas Presiden Ahli Silap Mata India yang mewarisi kemahiran magis daripada bapanya yang pernah membuat persembahan pada festival silap mata India ketika mereka menetap di Toronto, Kanada.

Organisasi yang ditubuhkan pada tahun 1932 itu merupakan satu-satunya persatuan yang tertua di India walaupun ahlinya tidak sampai ratusan orang.

Rancangan silap mata di Internet dan televisyen yang membocorkan rahsia silap mata membolehkan pendatang baru belajar helah di situ.

Selain itu, akademi bagi melahirkan pakar silap mata turut dibina. Semua ini mampu untuk menambahkan bilangan ahli silap mata.

"Bagi kebanyakan orang, ia merupakan hiburan yang bagus. Terlalu banyak pendedahan di dalam televisyen dan orang semakin mengetahui perbezaan antara silap mata yang dilakukan dalam jarak dekat dan ilusi," kata Patil.

Tetapi Patil dan Mavinkurve kuat mengatakan peserta India semakin diterima ketika penonton banyak didedahkan untuk menyukai nama-nama besar Amerika Syarikat (AS) seperti David Blaine, Criss Angel atau David Copperfield.

"Kami telah dibayangi oleh budaya Barat. Orang India semakin kebaratan. Ahli silap mata kini tidak lagi membuat helah tradisional dalam persembahan harian, parti hari lahir dan seumpamanya. Mereka lebih selesa membuat magis Barat," luah Patil lagi.

Pengaruh Las Vegas

Sementara itu, seorang pelakon ahli silap mata merangkap Presiden Akademi Silap Magis yang terletak di selatan bandar Bangalore, K.S Ramesh mengatakan helah atau rekaan silap mata di India semakin berkurangan.

"Sehubungan itu, bayaran yang dikenakan ke atas penonton dijangka meningkat berikutan mereka menggunakan gaya persembahan Las Vegas," tegasnya.

Mavinkurve yang telah berkecimpung sebagai ahli silap mata selepas rakannya membuat persembahan pada persidangan perubatan tiga dekad lalu berpendapat, pengaruh sedemikian telah membuatkan hidup lebih sukar bagi mereka yang bersandar kepada helah mudah menggunakan tangan.

"Magis yang dipertontonkan datang dari luar negara. Ia berteknologi tinggi. Ramai yang dapat membezakannya ketika saya membuat persembahan."

Walaupun begitu, ahli silap mata percaya bahawa cara lama untuk membuat helah dan ilusi masih mempunyai tempat di kalangan masyarakat moden India dan masih ada permintaan di kalangan pelanggan yang bersedia untuk dikejutkan.

"Apabila magis berlaku dalam sekelip mata, ia adalah sama biarpun ia berasal daripada magis jalanan India atau David Copperfield.

"Rasa cemas masih terpahat di hati penonton ketika itu sekali gus menjadikan magis masih mendapat tempat hingga ke saat ini," kata Ramesh. - AFP

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Mendekati kehidupan Orang Asli

Posted:

Mendekati kehidupan Orang Asli

Mendekati kehidupan Orang Asli

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my


ORANG Asli kaum Semai menunjukkan cara membuat kraf tangan berasaskan mengkuang kepada pelawat yang singgah di Kampung Orang Asli Pantos, Hulu Jelai, Kuala Lipis, baru-baru ini. - utusan/Haris Fadilah Ahmad


KUALA LIPIS 31 Jan. - Mendekati kehidupan masyarakat Orang Asli di Pahang merupakan satu pengalaman menarik bagi orang ramai yang ingin mengenali suku kaum golongan itu.

Sebagai contoh, perkampungan Orang Asli Pantos di Hulu Jelai dekat sini merupakan antara kawasan popular kerana ia sering dikunjungi oleh pelancong tempatan dan asing.

Pelawat yang mengunjungi kampung itu akan terpegun melihat projek perumahan baru dilaksanakan oleh kerajaan untuk penempatan semula golongan itu menjalani kehidupan yang lebih tersusun.

Malah terdapat sebuah Sekolah Kebangsaan Pantos yang menjadi tempat pembelajaran kanak-kanak Orang Asli di situ mendapat pendidikan sempurna seperti kaum lain di negeri ini.

Kampung tersebut yang dihuni oleh suku kaum Semai Pantos menjalani rutin harian seperti memburu dan mengutip hasil hutan untuk kegunaan sendiri atau dijual.

Ada juga di kalangan mereka yang bekerja di ladang kelapa sawit yang dibuka berhampiran tempat tinggal mereka.

Selain kediaman unik yang dibina menggunakan buluh dan kayu, setiap kawasan penempatan itu juga akan dilengkapi dengan kemudahan bekalan elektrik.

Mereka menggalas bakul untuk meletakkan barang jualan seperti rebung, akar kayu, daun herba, bunga hutan dan madu untuk dijual kepada pelawat yang singgah di Pusat Pelancongan Inap Desa Kuala Medang dan selebihnya dihantar ke Pekan Sungai Koyan.

Kawasan penempatan Orang Asli Pantos dihubungi hampir 200 penduduk daripada 25 buah keluarga yang mendiami di situ sejak sebelum merdeka. Kebanyakannya sudah memeluk agama Islam sejak 20 tahun lalu.

Melihat keunikan budaya dan cara hidup masyarakat Orang Asli ini, pastinya ramai yang ingin mempelajari dan mengetahui budaya mereka dengan lebih mendalam.

Para pelawat akan dibawa mendekati keindahan alam semula jadi selain didedahkan dengan keunikan kehidupan masyarakat Orang Asli seperti kraf tangan, persenjataan, makanan, kebudayaan, tarian, lagu dan alat muzik.

Pengetahuan mendalam mengenai rahsia dan selok belok hutan merupakan kelebihan kepada mereka untuk menjadi pemandu pelancong di kawasan itu.

Keunikan makanan tradisional masyarakat Orang Asli ialah cara memasak nasi, ikan dan ayam, ubi kayu, ubi gadung dan ubi jaga dengan cara membakarnya di dalam buluh.

Di Kampung Orang Asli Pantos, pelawat akan menemui seorang warga emas, Nurulhidayah Abdullah, 65, yang kerap membuat demonstrasi mengenai masakan tradisional masyarakat Orang Asli menggunakan buluh.

Ibu kepada lapan orang anak itu, berkata, untuk memasak nasi, beras dan ubi akan dibasuh terlebih dahulu sebelum dibalut menggunakan daun lereh.

"Sementara ayam dan ikan pula akan digaul bersama bahan-bahan seperti cili, garam dan campuran lain dan juga akan dibalut dengan daun lereh bagi tujuan menaikkan aromanya," katanya di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, makanan yang telah dibalut kemudiannya akan dimasukkan ke dalam buluh dan dibakar antara 30 hingga 45 minit sehingga masak.

''Pelancong asing yang singgah di sini akan teruja dengan keenakan masakan di dalam buluh," katanya.

Bagi Penghulu Mukim Hulu Jelai, Mohd. Razaki Abdul Razak, pelawat akan didedahkan dengan keunikan tarian Sewang yang merupakan salah satu adat masyarakat Orang Asli di Jelai dan Cameron Highlands.

Katanya, tarian itu asalnya untuk tujuan pemujaan dilakukan dalam bentuk tarian dan nyanyian yang diketuai oleh seorang bomoh dikenali sebagai Tok Halaq.

"Tetapi sehingga kini telah pun diadaptasi dengan unsur kontemporari dengan pembaharuan irama lagu tetapi pakaian masih kekal dengan kain batek, irama ketukan buluh dan pemakaian selempang serta tanjak berasaskan daun kelapa.

''Kebiasaannya penduduk Orang Asli seakan-akan berpesta kerana tarian ini dilangsungkan selama tiga hingga enam hari mengikut tujuan seperti menyambut kelahiran, ketika kematian, berkhatan, mengubati penyakit dan membuka pantang," katanya.

Mohd. Razaki yang juga Pengerusi Projek Inap Desa Kuala Medang, berkata, pengalaman unik lain yang akan didedahkan kepada para pelancong adalah dari segi amalan perubatan menggunakan sumber alam semula jadi seperti buah, akar dan daun pokok.

''Keistimewaan masyarakat Orang Asli juga boleh ditonjolkan menerusi hasil kreativiti kraf tangan mereka seperti ukiran dan juga anyaman," katanya.

Justeru jelasnya, menerusi inisiatif Kementerian Pelancongan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), sebuah produk baru pelancongan iaitu Pakej Pelancongan Orang Asli telah dilancarkan tahun lalu.

Katanya, pengenalan pakej tersebut bertujuan menarik minat pelancong domestik dan luar negara yang menggemari pelancongan ekobudaya.

Tambahnya, ia turut mempunyai matlamat merealisasikan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat Orang Asli melalui sektor pelancongan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Jakoa sasar sifar miskin menjelang 2020

Posted:

Jakoa sasar sifar miskin menjelang 2020

Jakoa sasar sifar miskin menjelang 2020


KALANGAN gadis Orang Asli kaum Semai mengadakan persembahan lagu Sewang menyambut kedatangan pelawat di Kampung Pantos, Hulu Jelai, Kuala Lipis, baru-baru ini.


CAMERON HIGHLANDS 31 Jan. - Kerajaan Persekutuan tetap memberi fokus utama kepada usaha mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan Orang Asli di negara ini dengan mewujudkan kelas menengah kaum minoriti itu di bawah strategi pembangunan sehingga akhir Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, berdasarkan rekod sebelum ini sebanyak 65.6 peratus kadar kemiskinan pada tahun 2006 berjaya dikurangkan sehingga 49 peratus pada tahun lalu.

Beliau berkata, kementerian bergerak pada landasan betul dan tidak perlu dipertikaikan oleh mana-mana pihak kerana aspirasi pembasmian kemiskinan Orang Asli menjurus kepada peningkatan pendapatan keluarga masyarakat itu.

"Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) menyasarkan sehingga 25 peratus kadar kemiskinan dikurangkan pada 2015 seterusnya memenuhi matlamat sifar menjelang 2020," katanya kepada pemberita selepas melancarkan nama dan logo baru jabatan itu di sini baru-baru ini.

Menurut Shafie, kerajaan memberi tumpuan dalam bidang pendidikan kerana ia mampu menjana pembangunan modal insan di kalangan anak Orang Asli sekali gus meningkatkan taraf hidup mereka.

Justeru, katanya, iltizam kerajaan membangunkan masyarakat itu menerusi bidang pendidikan berhasil apabila seramai 832 orang anak Orang Asli berjaya menamatkan pengajian di universiti tempatan dan swasta sejak tahun 1981.

"Tahun ini sahaja seramai 200 penuntut Orang Asli berada di institut pengajian tinggi awam yang mengambil pelbagai jurusan profesional sedang dipantau oleh kerajaan khususnya peluang mengisi sektor pekerjaan dan keusahawanan menjelang tahun 2015," katanya.

Shafie berkata, kuantitatif kemasukan pelajar Orang Asli ke universiti tempatan membuktikan kecemerlangan dalam pembangunan modal insan, tetapi kerajaan mahu golongan itu terus melakar kejayaan dalam semua bidang agar seiring dengan kaum lain di negara ini.

Beliau menambah, sasaran kerajaan menyediakan prasarana pelajaran yang lengkap di pedalaman dalam kerangka membolehkan anak-anak Oran Asli selesa mengikuti pelajaran formal bermula di peringkat rendah agar memudahkan mereka berkenaan meneruskan pembelajaran sehingga ke peringkat tinggi.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Lesen TOL sehingga 2013

Posted:

Lesen TOL sehingga 2013

Lesen TOL sehingga 2013

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN 31 Jan. - Seramai 2,000 pemegang lesen menduduki sementara (TOL) di Cameron Highlands menerima berita baik apabila kerajaan negeri mengumumkan lesen mereka diperbaharui secara automatik sehingga 2013.

Sebelum ini, pemegang lesen tersebut yang kebanyakan penanam sayur memperbaharui lesen TOL setiap tahun untuk mengelak daripada diusir keluar.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kemudahan itu diberi kepada tanah TOL yang digunakan untuk menjana pendapatan seperti penanaman sayur-sayuran.

"Inilah cara kita menyelesaikan masalah tanah TOL di Cameron Highlands yang juga satu daripada isu sensitif yang sering dibangkitkan sebelum ini.

"Sebelum ini kita bercadang tanah itu diserahkan semula kepada kerajaan supaya sebahagiannya boleh dikongsi bersama pemohon lain tetapi tidak ramai yang bersetuju dengan penyelesaian berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu yang dibangkitkan oleh beberapa perwakilan pada Konvensyen Barisan Nasional (BN) mengenai tanah TOL di Cameron Highlands di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini semalam.

Adnan yang juga Pengerusi BN Pahang berkata, usaha itu merupakan penyelesaian terhadap rungutan pemegang TOL yang terpaksa memperbaharui lesen berkenaan setiap tahun.

Katanya, langkah sedemikian dibuat berikutan pemegang lesen tersebut menjana pendapatan negara dengan mengusahakan tanah berkenaan dengan aktiviti pertanian.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Malaysiakini :: Berita

Malaysiakini :: Berita


40,000 dipindahkan, 3 maut akibat banjir

Posted: 31 Jan 2011 06:49 AM PST

Banjir yang bertambah buruk mengorbankan tiga nyawa hari ini serta turut merosakkan harta benda dan menyebabkan beribu-ribu orang dipindahkan.

Pusat-pusat pemindahan mangsa banjir dibuka hari ini di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Sabah.

NONEDua mangsa yang terkorban melibatkan kejadian banjir di Johor manakala satu lagi kes kematian akibat banjir berlaku di Melaka.

Di Johor Bahru, Rohani Ismail, 51, meninggal dunia apabila kereta yang dipandu mangsa itu dihanyutkan air di kawasan ladang sawit Chaah di Km 145 Jalan Johor Bahru-Seremban pada kira-kira jam 7 petang semalam.

Dalam kejadian berasingan, Aw Yoke Lin, 53, dari Taman Pelangi terbunuh apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya dihanyutkan air ke dalam sebuah sungai di Kampung Rahmat, Kulaijaya pada kira-kira jam 9 malam semalam.

NONEDi Melaka, seorang pengawal keselamatan sebuah loji rawatan air di Kampung Chinchin, Jasin menjadi korban pertama banjir di negeri itu.

Ketua polis Jasin DSP Che Suza Che Hitam berkata mangsa dilaporkan terjatuh ke dalam loji itu pada jam 10 pagi ini.

Mayat mangsa ditemui pasukan penyelamat pada kira-kira jam 1.30 petang.

Sementara itu, lebih 40,000 terpaksa meninggalkan kediaman mereka manakala jalan-jalan utama ditutup apabila sungai melimpah di negeri-negeri berkenaan.

Beberapa perkhidmatan tren ke selatan dan timur Semenanjung turut dibatalkan hari ini akibat banjir dan tanah runtuh antara Bahau dan Tampin di Negeri Sembilan hingga ke Kluang, Johor.

Jabatan Meteorologi meramalkan hujan akan berterusan sehingga Selasa.

- Agensi

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

500 pelajar M'sia mula dipindahkan di Mesir

Posted: 31 Jan 2011 05:22 AM PST

Seramai 500 pelajar Malaysia akan berpindah secara berperingkat-peringkat dari kediaman masing-masing ke Rumah Melayu Abasiah Mesir (ARMA) di Abasiah, Kaherah mulai hari ini.

Presiden Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) Muhammad Husaini Saleh berkata arahan perpindahan itu dikeluarkan oleh Kedutaan Malaysia di Mesir bagi mengelak mereka menjadi mangsa keganasan rakyat negara itu yang mengadakan demonstrasi menuntut Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.

"Kami masih tidak mengetahui jumlah pelajar yang dapat dipindahkan ke ARMA sejak 25 Jan lepas kerana kerajaan Mesir telah menguatkuasakan perintah berkurung bermula pada hari berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Muhammad Husaini, yang juga pelajar perubatan di Universiti Kaherah, berkata perintah berkurung berkenaan dilaksanakan mulai 3 petang hingga 8 pagi esok (9 malam hingga 2 petang esok waktu Malaysia)

Menurutnya pelajar-pelajar Malaysia hanya mengetahui keadaan di luar menerusi paparan berita menerusi televisyen dan radio kerana kerajaan Mesir telah memotong talian internet bagi mengelakkan penyebaran anasir berunsur hasutan.

"Hanya talian telefon yang masih boleh digunakan," katanya.

Muhammad Husaini turut menghargai kerjasama yang diberikan oleh Kedutaan Malaysia di Mesir yang menghulurkan bantuan makanan serta pakaian kepada pelajar Malaysia yang terjejas.

Sejak Selasa lepas, beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura yang mengakibatkan kira-kira 100 nyawa terkorban dan lebih 1,000 lagi cedera.

- Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Kes saman fitnah bapa Nurin Jazlin, ditolak dengan kos

Posted:

Kes saman fitnah bapa Nurin Jazlin, ditolak dengan kos

Kes saman fitnah bapa Nurin Jazlin, ditolak dengan kos

KUALA LUMPUR 31 Jan. - Kes saman fitnah bapa Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin terhadap bekas Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dan dua yang lain atas dakwaan mengaitkannya dengan ah long, ditolak dengan kos oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Asmabi Mohamad dalam keputusannya berkata, Jazimin Abdul Jalil selaku plaintif sebenarnya telah tersilap menamakan defendan sebagai pihak dalam saman tersebut.

Ini kerana jelas beliau, plaintif sepatutnya menyaman Kosmo! dan wartawan yang menulis artikel berkenaan disebabkan dalam keterangan, saksi itu mengakui bahawa perkataan yang tersiar di dalam akhbar Kosmo! bertarikh 21 September 2007 bukannya perkataan sebenar yang digunakan oleh Khalid.

Tambahan pula hakim itu berkata, wartawan terbabit mengesahkan, dia tidak mencatat secara lengkap (verbatim) kenyataan Khalid dalam sidang akhbar hari sebelumnya.

Sebaliknya mengakui, dia hanya mengambil butiran penting dan menulis artikel tersebut berdasarkan pemahamannya sendiri daripada sidang akhbar itu, ujar Hakim Asmabi.

Menyentuh keterangan dua saksi defendan dari akhbar The New Straits Times (NST) dan Oriental Daily, menurut Hakim Asmabi, mereka menyatakan tidak mendengar perkataan yang disiarkan oleh Kosmo!.

Saksi itu juga menurut hakim, tidak ingat sama ada Khalid pernah menyebut mengenai ah long tetapi mereka tahu, seorang wartawan ada bertanyakan soalan tersebut kepada beliau.

''Sebagai Ketua Polis Selangor ketika itu, Khalid mempunyai tanggungjawab dari segi moral dan sosial untuk memaklumkan kepada umum mengenai perkembangan siasatan kes pembunuhan berprofil tinggi itu,'' kata Hakim Asmabi.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Noorin Badaruddin memohon mahkamah menetapkan kos guaman bagi permohonan tersebut sebanyak RM50,000 tetapi peguam Natasha Bashir memohon ia ditaksir kemudian.

Mahkamah membenarkan permohonan Natasha kerana beliau tidak mempunyai mandat untuk berhujah mengenai kos tersebut disebabkan peguam utama, Akbardin Abdul Kader tidak hadir hari ini.

Nurin hilang ketika keluar seorang diri ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju sebelum mayatnya dijumpai pada 17 September 2007 iaitu selepas 27 hari kehilangannya.

Sehingga kini penjenayah terbabit masih belum dapat dikesan.

Dalam saman yang difailkan pada 21 Ogos 2008 plaintif yang menuntut ganti rugi RM2 juta berkata, kenyataan defendan yang muncul dalam artikel akhbar harian di bawah tajuk Siasat Ah Long Larikan Nurin telah mengakibatkan nama baik dan reputasinya terjejas.

Selain Khalid, plaintif turut menamakan Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Plaintif dalam pernyataan tuntutannya menyatakan bahawa Khalid telah menyebarkan kenyataan berunsur fitnah apabila mengaitkannya dengan ah long dalam satu artikel keluaran akhbar Kosmo! bertarikh 21 September 2007.

Dakwa plaintif, pernyataan berunsur fitnah itu telah menyebabkannya mengalami tekanan minda, trauma dan malu berhadapan dengan masyarakat lebih-lebih lagi mereka masih lagi sedih akibat tragedi yang menimpa Nurin.

Jazimin yang ditemui selepas keputusan tersebut berkata, dia perlu berbincang dengan peguamnya terlebih dahulu sebelum mengemukakan rayuan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Bumbung stadium runtuh: Jurutera didakwa

Posted:

Bumbung stadium runtuh: Jurutera didakwa

Bumbung stadium runtuh: Jurutera didakwa

KUALA TERENGGANU 31 Jan. - Seorang jurutera perunding menjadi tertuduh pertama dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini berhubung kejadian runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, dua tahun lalu.

Tertuduh Wan Manan Wan Ali, 51, dari Kuala Ibai di sini bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan menipu berkaitan tugasannya dan minta dibicarakan sejurus pertuduhan dibacakan.

Hakim M. Bakri Abdul Majid menetapkan 17 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Mahkamah memerintahkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Syafinas Shabudin manakala tertuduh diwakili peguam, Wan Zainudin Wan Musa.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan curang telah menipu dengan berpura-pura sebagai 'checker' (pemeriksa) yang diiktiraf mengeluarkan dokumen bertarikh 15 Januari 2009.

Ia mengenai sistem teras bumbung utama dan kerja-kerja yang berkaitan dengannya (the main roof truss system and its associated works) untuk cadangan membina dan menyiapkan stadium utama di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak, dekat sini yang bertarikh 15 Januari 2009.

Dia didakwa menyerahkan dokumen itu kepada Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu ketika itu, Rosli Zainal, yang mana tertuduh telah memberi pandangan dan menandatangani dokumen tersebut sebagai pemeriksa dan telah memperdaya Rosli dan Mohtar Nong (Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu ketika itu).

Tindakan tertuduh itu untuk mempercayai bahawa pandangan yang diberi dalam dokumen bertarikh 15 Januari 2009 sebagai pemeriksa yang diiktiraf sedangkan dia mengetahui yang dia tidak diiktiraf sebagai pemeriksa.

Perbuatan itu didakwa dilakukan antara 15 Januari 2009 dan 29 Mac 2009 di Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu di Tingkat 12, Wisma Negeri di Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu.

Wan Manan didakwa melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana menipu dengan cara menyamar.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Pada 2 Jun 2009, bumbung stadium berkenaan yang terletak di Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak yang menjadi lokasi utama Sukan Malaysia (Sukma) 2008 runtuh, menyebabkan kira-kira separuh daripada strukturnya musnah.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi melibatkan bumbung di bahagian timur stadium bernilai RM292 juta itu yang menempatkan pintu masuk utama, pintu A, B dan B1 ke tempat duduk awam serta bumbung tempat duduk tetamu diraja serta orang kenamaan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Rencana

Utusan Online - Rencana


Mesej jelas pengundi Tenang

Posted:

Mesej jelas pengundi Tenang

Mesej jelas pengundi Tenang

Oleh RAMLI ABDUL KARIM
ramli.karim@utusan.com.my



PERTAMBAHAN 1,215 undi majoriti (daripada majoriti 2492 undi pada 2008 ) yang diperoleh Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang kelmarin, jelas membuktikan penolakan rakyat terhadap pakatan pembangkang, khususnya Pas.

Paling penting, ia memberi makna yang sangat signifikan kepada BN dan juga perkembangan politik tanah air, iaitu apabila parti tersebut kini ternyata kembali menerima sokongan padu daripada rakyat.

Ini kerana, peningkatan majoriti itu dicapai ketika peratusan keluar mengundi yang rendah iaitu hanya 67 peratus; peribadi calon BN, Mohd. Azahar Ibrahim diserang habis-habisan; dan kempen pembangkang diselubungi fitnah dan tohmahan; serta api sentimen agama disemarakkan oleh Pas.

Dalam isu memperalatkan sentimen agama misalnya, penolakan terhadap 'politik jual agama' yang dibawa pembangkang itu sangat ketara apabila hampir di semua daerah mengundi yang majoritinya orang Melayu, undi kepada BN meningkat.

Di enam kawasan yang jumlah pengundinya antara 80 dan 99 peratus orang Melayu, iaitu Felda Tenang (98.5 peratus), Felda Chemplak (99 peratus), Felda Chemplak Barat (95 peratus), Kampung Redong (99 peratus), Sawah Baru (99 peratus) dan Pekan Ayer Panas (81 peratus), jumlah undi untuk BN meningkat ketara.

Faktanya, di enam kawasan tersebut sahaja terdapat kira-kira 5,700 pengundi Melayu atau hampir 40 peratus daripada jumlah pengundi keseluruhan.

Bagi keenam-enam peti undi Melayu itu, daripada 4,583 orang yang keluar mengundi kelmarin, 3,903 pengundi atau 85.2 orang memilih BN berbanding Pas yang hanya mendapat 680 undi.

Di Felda Chemplak dan Felda Chemplak Barat, iaitu lokasi yang digempur pembangkang termasuk menghantar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng untuk berkempen pada hari-hari terakhir, parti itu cuma mendapat 277 undi berbanding 1,823 undi untuk BN.

Begitu juga di Felda Tenang, tempat di mana Pas membuat tohmahan kononnya jentera merekalah yang menguruskan jenazah seorang peneroka yang 'dibiarkan' di masjid kerana imam dan orang kampung menyambut kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 18 Januari lalu, parti itu cuma mendapat 160 undi berbanding 955 undi diperoleh BN.

Jumlah undi yang kecil tersebut menjadi bukti bahawa pengundi Melayu di Tenang yang masih berpegang kuat kepada ajaran Islam, langsung tidak terpengaruh dengan fitnah yang dilontar pembangkang itu.

Perlu diingat bahawa di Felda itu jugalah pada hari terakhir berkempen, pembangkang menyebarkan risalah mengandungi gambar seorang wanita Cina yang kononnya merupakan 'habuan' diterima Mohd. Azahar untuk calon BN itu sengaja menyebabkan tanah milik seorang lelaki di Segamat dilelong pada tahun 2003.

Nampaknya, Pas yang melaung-laungkan slogan 'berjuang bersama Islam', semakin jauh dari hati pengundi Melayu dan umat Islam di negara ini kerana rakyat mengetahui bahawa parti itu hanya tahu mengeluarkan hukum-hakam tetapi tidak mentaatinya.

Dua 'fatwa' pemimpin Pas yang 'dikeluarkan' sebelum bermulanya kempen dan pada hari terakhir tempoh kempen iaitu 'haram syarie mengundi UMNO' daripada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa orang yang tidak mengundi Pas sebagai jahiliah, ditolak bulat-bulat oleh pengundi Islam di Tenang.

Jelas sekali, rakyat bukan saja di Tenang malah di seluruh negara sudah tidak mudah 'digula-gulakan' oleh pembangkang dengan permainan sentimen agama keterlaluan semata-mata untuk meraih undi.

Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Tenang juga adalah isyarat bahawa kuasa mengundi yang dimiliki rakyat kini telah digunakan secara lebih rasional.

Petunjuk itu bukan saja boleh dilihat di Tenang malah dalam lima pilihan raya kecil yang dimenangi BN sebelum ini iaitu DUN Galas (Kelantan), Parlimen Batu Sapi (Sabah), Parlimen Hulu Selangor (Selangor) dan DUN Bagan Pinang (Negeri Sembilan) dan DUN Batang Air (Sarawak).

Dalam kelima-lima pilihan raya kecil itu, undi majoriti yang diperoleh calon-calon BN berjaya ditingkatkan hampir dua kali ganda.

Berbalik kepada keputusan di DUN Tenang, kemenangan BN kali ini lebih manis apabila dua daripada tiga daerah mengundi yang majoriti pengundinya kaum Cina, berjaya dirampas semula, iaitu di Bandar Labis dan Bandar Labis Timor.

Memang pujian wajar diberi kepada MCA termasuk Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, dari segi keberkesanan kempen mereka dalam pilihan raya kecil itu.

Ini kerana, di Labis dan Labis Timor, jumlah pengundi Cina masing-masing sekitar 57 dan 62 peratus.

Bagaimanapun di Labis Tengah yang mana 95 peratus pengundi adalah kaum Cina, BN pertingkatkan usaha kerana hanya memperolehi 365 undi berbanding 851 undi memihak kepada Pas.

Selain itu, jumlah undi BN di Labis merosot kepada 380 undi berbanding 411 undi dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada 2008.

Kepada MCA secara khusus, parti itu perlu mengambil serius mesej pengundi di Labis Tengah yang hampir 100 peratus orang Cina - ia satu-satunya kawasan di mana BN kalah, daripada keseluruhan 12 daerah mengundi di Tenang.

Faktor lain yang tidak kurang sumbangannya adalah kegigihan keseluruhan jentera BN yang diketuai Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman menerusi 'doktrin gerakan bawah tanah' yang nampaknya benar-benar berkesan.

"Apabila wisel permulaan ditiup pada 22 Januari lalu, kami sudah melakukan gerakan 'bawah tanah' iaitu menemui seorang demi seorang pengundi dengan menekankan sentuhan peribadi kepada setiap seorang pengundi.

"Kami percaya formula Menteri Besar Johor ini benar-benar berjaya di samping dibantu oleh kempen terbuka.

"Sebab itu, kali ini kita tidak galakkan terlalu ramai rombongan jentera BN dari negeri lain datang, sebab orang Johor mempunyai budaya unik iaitu mempunyai semangat kekitaan yang tinggi dan tidak sukakan kekecohan atau terlalu agresif."

Demikian penegasan seorang ketua kampung berusia 38 tahun dikenali sebagai Razak yang juga Ketua Pemuda UMNO cawangan serta ahli jawatankuasa Pemuda UMNO bahagian dari sebuah daerah berjiran dengan Labis, ketika ditemui Utusan Malaysia kelmarin.

Akhirnya, daripada faktor permainan sentimen agama melampau batas dan taktik kotor pembangkang serta kekuatan 'Formula Ghani', pengundi di DUN Tenang telah menghantar mesej yang jelas bahawa mereka semakin yakin dengan BN, pada masa sama tidak rela diwakili 'parti sesumpah' dan 'parti putar alam'.

Dan kepada BN pula, sudah semestinya mesej daripada pengundi Tenang tersebut menjadi motivasi paling berharga untuk dibawa ke Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau pada 6 Mac ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Password PM untuk pelabur

Posted:

Password PM untuk pelabur

Password PM untuk pelabur

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
(Yang membuat liputan lawatan Perdana Menteri di Abu Dhabi, UAE)


Najib Tun Razak menaiki Magnectic Car sambil mendengar penerangan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bandar Masdar, Sultan Al Jaber ketika melawat bandar itu sempena Forum Invest Malaysia 2011 di Abu Dhabi, kelmarin. – bernama


HOTEL Emirates Palace di Abu Dhabi boleh dianggap antara hotel yang paling hebat di Emiriah Arab Bersatu (UAE). Keindahan kubahnya yang boleh berubah warna pada waktu malam amat menarik perhatian.

Kehebatan hotel berkenaan seolah-olah menjadi lambang kegigihan Malaysia untuk menarik pelabur-pelabur dari Asia Barat terutamanya anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) untuk melabur di negara kita.

Atas sebab itulah, hotel berkenaan dipilih sebagai lokasi yang dianggap sebagai satu tempat untuk melancarkan usaha secara besar-besaran Malaysia untuk menarik pelabur-pelabur dari Asia Barat.

Apa yang membanggakan, usaha berkenaan melibatkan secara langsung kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disifatkan oleh Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Jalilah Baba mampu memberikan keyakinan kepada golongan berkenaan mengenai kesungguhan Malaysia untuk menjadi tuan rumah kepada mereka.

Di hadapan lebih 500 peserta yang mewakili korporat-korporat terbesar di Asia Barat, Najib dengan penuh yakin memberikan pemahaman betapa Malaysia amat mengalu-alukan kehadiran mereka.

Bermula dengan sejarah aktiviti perdagangan yang sudah berlaku di Malaysia sejak 500 tahun lalu sehinggalah kepada usaha terkini kerajaan bagi memajukan negara, segalanyadipaparkan oleh Najib dalam ucapannya.

Ungkapan 'Selamat Datang' yang dilafazkan oleh Perdana Menteri pada penutup ucapannya seolah-olah menjadi password kepada pelabur-pelabur Asia Barat untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan mereka.

Malaysia seperti mana kata Najib bersedia menerima mereka dengan tangan terbuka bagi menawarkan pelbagai insentif dan keunikan negara kita yang mempunyai pelbagai kaum serta agama. Kesemua faktor itu mampu dijadikan asas kepada mereka untuk menilai betapa menariknya Malaysia sebagai satu destinasi pelaburan.

Pelawaan Najib itu yang dilakukan pada persidangan Invest Malaysia 2011 dianggap menjadi titik permulaan kepada satu usaha besar-besaran yang diketuai oleh MIDA untuk menarik pelabur-pelabur Asia Barat terutamanya anggota GCC bahawa Malaysia adalah salah satu destinasi terbaik untuk mereka melabur sama ada dalam sektor perkilangan mahupun sektor perkhidmatan.

Pandangan positif mereka mengenai Malaysia sebagai sebuah negara Islam tidak mahu disia-siakan oleh MIDA yang sejak awallagi sememangnya bertungkus-lumus untuk memastikan jumlah pelaburan negara-negara Asia Barat di negara kita yang ketika ini dianggap kecil dapat ditingkatkan.

Justeru Invest Malaysia 2011 dijadikan medan untuk MIDA bersemuka secara langsung dengan syarikat-syarikat besar di Asia Barat bagi memberikan penerangan dan pemahaman mengenai kesediaan Malaysia menerima mereka sebagai pelabur.

Sebab itulah kehadiran Perdana Menteri dilihat cukup signifikan bagi memberikan keyakinan kepada anggota GCC yang mempunyai banyak syarikat yang memiliki dana besar bagi melakukan pelaburan di Malaysia. Selain UAE, GCC turut dianggotai oleh Arab Saudi, Baharin, Qatar, Oman dan Kuwait.

Malaysia mengalu-alukan kehadiran pelabur-pelabur berkenaan, bukan dengan tangan yang kosong sebaliknya bersedia menawarkan sokongan dari segi insentif bagi membolehkan mereka melihat negara kita sebagai satu negara alternatif bagi melakukan pelaburan.

Sebab itulah, Malaysia memberi jaminan bahawa usaha berkenaan tidak akan terhenti setakat forum Invest Malaysia 2011 sahaja, malah ia akan disusuli dengan banyak lagi tindakan termasuklah penghantaran kumpulan-kumpulan kecil yang lebih fokus oleh MIDA bagi menemui syarikat-syarikat di Asia Barat.

Sememangnya, MIDA mempunyai tanggungjawab yang cukup besar bagi memastikan promosi besar-besaran yang dilancarkan oleh Perdana Menteri di Abu Dhabi tidak menjadi sia-sia.

Jika melihat kepada keyakinan dan kemesraan yang dipaparkan oleh Jalilah dan pegawai-pegawainya termasuk Pengarah

Pelaburan MIDA di UAE, Mohamad Ismail Abu Bakar, adalah tidak mustahil MIDA akan mampu mencapai sasarannya bagi meningkatkan jumlah pelaburan negara-negara Asia Barat di Malaysia.

Namun begitu mahu tidak mahu, MIDA juga bergantung kepada sokongan kuat kedutaan-kedutaan Malaysia di negara-negara berkenaan bagi membolehkan misinya tercapai.

Selain duta, pegawai-pegawai kedutaan juga harus efisien dan mempunyai daya usaha yang tinggi untuk memberi sokongan padu kepada usaha MIDA.

Mereka perlu memiliki kesungguhan dalam usaha memastikan segala langkah susulan yang bakal dilakukan oleh MIDA akan mencapai kejayaan. Alasan 'tidak cukup tangan' seperti mana diberikan oleh seorang pegawai kedutaan Malaysia di UAE ketika mahu menutup kelemahan dalam mengendalikan rombongan Malaysia ke negara itu ketika lawatan Perdana Menteri tidak boleh diguna pakai.

Ia kerana kita harus mengakui pelabur-pelabur dari Asia Barat terdiri daripada mereka yang mewakili korporat-korporat yang cukup profesional dan efisien. Jika mahu menarik pelabur-pelabur ke Malaysia, kita juga harus bersikap demikian kerana sebarang kelemahan, apatah lagi memberikan jawapan ibarat

kisah bangau oh bangau boleh menyebabkan mereka akan tawar hati.

Perlu diingat dalam ucapannya, Perdana Menteri juga memberi penjelasan bagaimana Malaysia berusaha memberikan segala kemudahan kepada pelabur-pelabur.

Matlamat utama Malaysia ialah mengalih pandangan pelabur-pelabur Asia Barat untuk mengimbangi pelaburan mereka supaya tidak menumpukan sepenuhnya di negara-negara barat, sebaliknya turut melakukan perkara yang sama di Malaysia dan negara Asia Timur.

Sememangnya, Perdana Menteri sudah menunjukkan kegigihan Malaysia dengan datang sendiri membuat pelawaan. Tindakan susulan selepas ini bergantung kepada MIDA dan kedutaan-kedutaan Malaysia di semua negara anggota GCC.

Jika dilihat kepada pelaksanaan forum dan pelancaran majalah Invest Malaysia 2011 yang diadakan di Abu Dhabi pada Ahad lalu, ia tidak ada cacat celanya, malahan menunjukkan betapa Malaysia amat bersedia melayani kehadiran pelabur-pelabur Asia Barat.

Kini, segala-galanya terserah kepada MIDA dan kedutaan-kedutaan Malaysia mengatur langkah seterusnya. Apa yang pasti, jangan biarkan pelawaan Perdana Menteri menjadi sia-sia dan harapan untuk melihat lebih ramai pelabur Asia Barat meningkatkan pelaburan mereka hanya menjadi sekadar impian.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.