Rabu, 23 Februari 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Pelatih PLKN meninggal ketika tunai solat

Posted:

Pelatih PLKN meninggal ketika tunai solat

Pelatih PLKN meninggal ketika tunai solat

23/02/2011 8:50pm

KUALA LUMPUR 23 Feb. – Seorang pelatih lelaki Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Temasya Rimba Templer, Rawang, dekat sini rebah dan meninggal dunia ketika menunaikan solat Zohor berjemaah, semalam.

Syed Abdul Rahman Syed Ahmad, 17, dari Kota Samarahan, Sarawak, dikejarkan ke Hospital Selayang kira-kira pukul 1.50 petang sebelum disahkan meninggal dunia pada 50 minit kemudian.

"Semakan rekod perubatan mendapati Allahyarham tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan dan telah disahkan oleh pegawai perubatan. Semasa dalam kem dia sentiasa cergas dan mengikuti semua aktiviti latihan," kata Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu berkata rekod menunjukkan Allahyarham pernah menerima rawatan sekali sahaja akibat batuk.

Jenazah Syed Abdul Rahman telah selamat diterbangkan ke Kuching petang tadi, kata kenyataan itu.

Kejadian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan JLKN meminta mana-mana pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara tersebut sehingga laporan lengkap mengenai kematian pelatih berkenaan diketahui. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lemas: Kada diperintah bayar RM113,286

Posted:

Lemas: Kada diperintah bayar RM113,286

Lemas: Kada diperintah bayar RM113,286

23/02/2011 8:50pm

KOTA BHARU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) membayar RM113,286 kepada sepasang suami isteri kerana kecuaian sehingga menyebabkan anak mereka yang berusia lima tahun lemas di tali air milik Kada pada Ogos 2005.

Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim membuat keputusan itu selepas mendapati Kada bertanggungjawab sepenuhnya atas kejadian yang meragut nyawa Nursyazana, anak bongsu Fadzlil Abdul Aziz, 53, dan Saloma Yaakob, 48.

"Kada telah tidak mengambil tindakan menghalang orang ramai melalui titian berkenaan, dan kalau si mati ini merupakan orang dewasa, senarionya mungkin berubah, tetapi si kecil ini ketika kejadian tidak mengetahui apa-apa pun.

"Memang terdapat papan tanda amaran, namun papan tanda itu diletak selepas kejadian tersebut, dan Kada mendakwa ia adalah kawasan larangan yang sepatutnya tidak boleh dilalui sesiapa," katanya.

Dalam penghakimannya, Ahmad Zaidi berkata, keterangan pakar perubatan juga mengesahkan kedua-dua plaintif, yang diwakili peguam Shaharuddin Mohamed, mengalami kemurungan serius dan terpaksa bergantung kepada ubat antikemurungan sehingga sekarang. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Banduan, mahasiswa gubah 100 lagu patriotik

Posted:

Banduan, mahasiswa gubah 100 lagu patriotik

Banduan, mahasiswa gubah 100 lagu patriotik

23/02/2011 8:51pm

KUALA LUMPUR - Mereka datang dari institusi berlawanan, namun muzik menyatukan 120 penghuni penjara dan 70 pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) yang menghasilkan 100 buah lagu patriotik.

Menyifatkan kerjasama itu sebagai unik, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop berkata, usaha tersebut terjalin menerusi Program Festival Lagu Patriotik (Cipta) yang diadakan sejak 2008.

"Melalui lagu dan lirik yang dihasilkan ia telah berjaya membentuk jiwa dan rohani para penghuni penjara. Penghasilan karya yang baik ini juga mampu menggerakkan minda penciptanya dan pendengar ke arah pemikiran dan perlakuan yang positif," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau ditemui pada majlis pelancaran album yang diterbitkan daripada Program Cipta, yang mana enam lagu terbaik dimuatkan dalam sebuah album bertajuk "Cipta-Inovasi Karya Seni".

Lagu-lagu terbabit dinyanyikan artis tempatan termasuk Adiba Noor, Siso dari kumpulan Kopratasa, Andy (Flop Poppy) dan artis era 60-an M. Sani. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan