Rabu, 30 November 2011

Utusan Online - Jenayah

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Operasi kilang DVD haram lumpuh

Posted:

Operasi kilang DVD haram lumpuh

Operasi kilang DVD haram lumpuh


ANGGOTA polis mengira DVD yang dirampas di kilang yang beroperasi secara haram di Ara Damansara, Petaling Jaya, semalam.


KUALA LUMPUR 30 Nov. - Sebuah premis dua tingkat yang diubah suai menjadi kilang mencetak cakera video digital (DVD) yang beroperasi secara haram di Ara Damansara dekat sini lumpuh selepas diserbu sepasukan anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 1.40 petang itu, sebanyak 30 buah mesin pencetak DVD, 26,500 keping DVD filem pelbagai tajuk dan lucah yang kesemuanya bernilai RM350,000 dirampas.

Pegawai Penyiasat, Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Supritendan Adam Eng Abdullah berkata, turut dirampas dalam serbuan itu, dua buah kereta jenis Proton Saga yang dipercayai digunakan untuk menghantar DVD kepada pelanggan.

"Serbuan ini dibuat hasil intipan yang dilakukan selama seminggu serta maklumat daripada orang awam yang mencurigai kegiatan mereka.

"Pihak polis mendapati, mereka memasang penggera pada setiap tingkat serta kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa," katanya di lokasi serbuan yang turut dihadiri Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Adam Eng berkata, dalam serbuan tersebut, dua lelaki tempatan berusia 25 dan 31 tahun yang bekerja di premis tersebut turut ditahan.

Full content generated by Get Full RSS.

Utusan Online - Pahang

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Warga Felda komited hadapi cabaran

Posted:

Warga Felda komited hadapi cabaran

Warga Felda komited hadapi cabaran

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanktn@gmail.com


WAN Salman Wan Ismail (kanan) menyampaikan sumbangan kepada seorang warga emas, Ahmad Abdullah (kiri) sempena program Iktiraf Felda Wilayah Jengka di Bandar Tun Abdul Razak Jengka, baru-baru ini.


KUALA KRAU 30 Nov. - Warga Felda perlu komited dan bersedia menghadapi cabaran untuk mengangkat generasi baru pada kedudukan yang kukuh dari aspek politik, ekonomi, sosial dan pendidikan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Wan Salman Wan Ismail berkata, bagi mengekalkan kedudukan sebagai komuniti contoh, mereka perlu menghadapi cabaran kerana ada yang bersikap seperti "enau melepaskan pucuk".

Tegasnya, mereka perlu bergerak sebagai satu pasukan untuk menentang sebarang cubaan pihak luar yang mahu memecah-belahkan perpaduan dalam Felda.

"Program Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) diwujudkan untuk memacu usaha penyatuan hati dan kesepakatan tindakan kepada komuniti supaya tidak alpa dengan provokasi pembangkang," katanya ketika berucap merasmikan program Iktiraf anjuran Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) di sini baru-baru ini.

Menurutnya, program itu memberi peluang kepada komuniti Felda menjalankan pelbagai aktiviti yang selaras dengan konsep 1Malaysia.

Kata beliau, program itu yang disertai oleh semua peringkat umur, diharap akan menjadi pemangkin perpaduan dan kesejahteraan masyarakat Felda dalam menangani cabaran global.

Wan Salman juga mahu warga Felda setia dan kekal bersama kerajaan kerana menjanjikan keuntungan dan kesejahteraan generasi seterusnya pada masa depan.

Full content generated by Get Full RSS.

Sasaran sekolah bebas dadah

Posted:

Sasaran sekolah bebas dadah

Sasaran sekolah bebas dadah

KUANTAN 30 Nov. - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat milik kerajaan (GLC) perlu menjalinkan hubungan dengan Kementerian Pelajaran dalam melaksanakan tanggungjawab sosial untuk menjayakan matlamat "Sekolah Bebas Dadah" pada tahun depan.

Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran, Datuk Mazlan Mohamad berkata, permuafakatan seperti itu merupakan satu usaha sepadu bagi memerangi gejala dadah dalam kalangan generasi muda.

Menurutnya, tanggungjawab sosial oleh badan terbabit akan dapat membantu menanganinya yang membuktikan kementerian tidak bersendirian dalam usaha membebaskan sekolah daripada dadah.

"Dalam hal ini, komitmen Petronas wajar dicontohi kerana syarikat itu proaktif menyahut seruan kerajaan untuk bersama berusaha memerangi gejala dadah.

"Program Sahabat Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) anjuran bersama kementerian dan Petronas merupakan contoh terbaik untuk memastikan matlamat sekolah bebas dadah tercapai dalam tempoh tersebut," katanya pada majlis Anugerah Alumni Sahabat PPDa-Petronas peringkat kebangsaan di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Pelajaran Pahang, Yahya Zainal Abidin dan Pengurus Besar (Bahagian Korporat) Kumpulan Petronas, Haniff Hassan.

Mazlan berkata, program pemuafakatan itu membolehkan para guru dan murid menerima latihan, informasi dan input berkaitan pendidikan pencegahan dadah.

Tambahnya, segala maklumat berkaitan dadah patut diperluaskan kepada semua warga sekolah, keluarga dan anggota masyarakat.

Full content generated by Get Full RSS.

JKKK Kuala Mai juara perlumbaan mini bike

Posted:

JKKK Kuala Mai juara perlumbaan mini bike

JKKK Kuala Mai juara perlumbaan mini bike


MOHAMED Jaafar (belakang dua dari kiri) bersama para pemenang Perlumbaan Mini Bike 2011 DUN Jenderak di Kuala Krau, baru-baru ini.


KUALA KRAU 30 Nov. - Pasukan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kuala Mai muncul juara Perlumbaan Mini Bike 2011 yang diadakan di tapak pasar malam, di sini baru-baru ini.

Pasukan tersebut berjaya membawa pulang wang tunai RM300 beserta trofi setelah mengalahkan JKKK Kuala Krau dan JKKK Gong Halt pada perlumbaan yang diadakan sempena Karnival Dewan Undangan Negeri (DUN) Jenderak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak, Datuk Mohamed Jaafar berkata, perlumbaan tersebut melibatkan 150 peserta termasuk pasukan jemputan dalam kategori terbuka yang datang dari Kelantan dan Terengganu.

"Perlumbaan itu melibatkan peserta lelaki dan perempuan berumur 12 tahun ke bawah dan kategori terbuka dimenangi oleh pasukan dari Terengganu yang mengungguli tempat pertama dan ketiga," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Mohamed berkata, acara tersebut diadakan buat kali pertama sempena Karnival DUN Jenderak dan akan menjadi acara tahunan selepas ini.

"Sambutan sangat menggalakkan dan kami akan meneruskan kerjasama dengan pihak S&R Motorsport untuk mengadakannya lagi pada masa akan datang," ujarnya.

Menurut Mohamed, perlumbaan tersebut bertujuan mencungkil bakat kanak-kanak dalam sukan lumba motosikal dan aktiviti lasak di samping mengisi masa lapang.

"Saya cukup kagum melihat kebolehan mereka mengendali motosikal mini ini biarpun usia baru mencecah lima tahun dan terima kasih kepada ibu bapa yang memberi semangat serta sokongan kepada mereka untuk melibatkan diri dalam sukan permotoran ini," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Utusan Online - Mahkamah

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Panggilan 'Datuk Pathma 2' dalam telefon mangsa bunuh

Posted:

Panggilan 'Datuk Pathma 2' dalam telefon mangsa bunuh

Panggilan 'Datuk Pathma 2' dalam telefon mangsa bunuh

SHAH ALAM 30 Nov. - Seorang pegawai polis memaklumkan Mahkamah Tinggi di sini hari ini, rekod panggilan salah sebuah telefon pintar iaitu jenis BlackBerry warna putih menunjukkan ada menerima dua panggilan daripada satu nombor yang disimpan atas nama 'Datuk Pathma 2'.

Panggilan pertama daripada 'Datuk Pathma 2' dari nombor 0162045518 merupakan panggilan tidak berjawab (missed call) diterima kira-kira pukul 4.22 petang manakala panggilan kedua yang dijawab daripada nombor yang sama diterima pada pukul 6 petang, 30 Ogos tahun lalu.

Pada prosiding sebelum ini, dua telefon bimbit BlackBerry telah dicam sebagai milik dua mangsa iaitu peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim (BlackBerry putih) dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad (BlackBerry hitam).

Selain panggilan 'Datuk Pathma 2', Asisten Supritendan (ASP) Mohd. Zulkifly Mohd. Isa, 31, turut menyatakan, rekod panggilan masuk turut mencatatkan telefon bimbit terbabit ada menerima panggilan daripada nombor 0127778017 yang disimpan atas nama 'Rita' kira-kira pukul 6.53 petang hari yang sama.

Saksi pendakwa ke-76 yang merupakan juruanalisis kanan Seksyen Jenayah Komputer, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berkata demikian ketika disoal pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azimul Azami hari ini.

Bagaimanapun, ketika disoal balas oleh peguam bela, Amer Hamzah Arshad mengakui tidak mengetahui bila nama 'Datuk Pathma 2' dimasukkan atau mula disimpan di dalam senarai pemanggil (contact list) telefon terbabit.

Sementara itu, dua saksi pendakwa, M. Nalaraja, 56, dan Lim Chai Soon, 38, yang bekerja sebagai individu yang menguruskan pembakaran mayat bukan Islam, memberitahu mahkamah bahawa Sungai Panchau bukan tempat pembuangan abu-abu mayat.

Sebaliknya, ujar Nalaraja, abu mayat kebiasaannya di buang di sebuah tempat di hadapan Taman Panjau berhadapan Estet Klang yang turut mempunyai pondok untuk upacara sembahyang.

Sejurus tamat prosiding, ketika dibawa keluar menuju ke lif mahkamah, bekas peguam N. Pathmanabhan, 42, tiba-tiba memarahi jurugambar Utusan Malaysia, Mohd. Shaharani Saibi yang sedang mengambil gambar kesemua tertuduh.

Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit dengan kasar turut menyamakan tubuh badan jurugambar tersebut dengan seekor haiwan yang haram dimakan oleh umat Islam.

Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan, 20; R. Matan, 21; dan R. Kathavarayan, 31; didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; Ahmad Kamil, 32; dan Noorhisham, 38.

Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Perbicaraan yang masuk hari ke-54 di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung pada 9 Januari 2012.

Full content generated by Get Full RSS.

Permohonan ketepi keputusan ROS, 15 Dis.

Posted:

Permohonan ketepi keputusan ROS, 15 Dis.

Permohonan ketepi keputusan ROS, 15 Dis.

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Permohonan kerajaan negeri Selangor dan sembilan pihak lagi untuk mengetepikan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang membatalkan serta membubarkan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) akan diputuskan pada 15 Disember ini.

Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini yang sepatutnya membuat keputusan itu hari ini menangguhkannya selepas Hakim Datuk Rohana Yusuf dimaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara baru menyerahkan hujahan bertulis.

Perkara itu dimaklumkan kepada pemberita oleh peguam S. Selvarajah yang mewakili 10 pemohon tersebut melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Menurut Selvarajah, ketika prosiding di kamar hakim itu, semua pemohon diwakili oleh peguam R. Ramanathan sementara Peguam Persekutuan R. Kogilla mewakili ROS yang dinamakan sebagai responden.

Pada 31 Oktober lalu, permohonan semakan kehakiman tersebut telah didengar selepas mahkamah pada 11 September 2009 memberikan kebenaran kepada kesemua pemohon untuk mencabar keputusan ROS.

Selain kerajaan negeri Selangor, pemohon antaranya terdiri daripada isteri Menteri Besar Selangor, Puan Sri Salbiah Tunut selaku Presiden Balkis; Permodalan Negeri Selangor Bhd.; Kumpulan Darul Ehsan Bhd. dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

Mereka memohon pengisytiharan bahawa keputusan ROS membubarkan Balkis adalah batal dan tidak sah serta perintah supaya badan itu dihidupkan semula.

Isu Balkis menjadi gempar ekoran dakwaan Abdul Khalid bahawa dana pertubuhan itu disalahgunakan oleh presiden terdahulu, Zaharah Kechik yang merupakan isteri bekas Menteri Besar, Dr. Mohamad Khir Toyo.

Pada 10 Ogos tahun lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan Peguam Negara merayu bagi mengetepikan kebenaran yang diperoleh 10 pihak tersebut setelah berpuas hati bahawa ia mempunyai hak dalam prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.

Full content generated by Get Full RSS.

Utusan Online - Rencana

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Pas perlu terima hakikat

Posted:

Pas perlu terima hakikat

Pas perlu terima hakikat

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com


Ahli-ahli UMNO perlu memahami pesanan Muhyiddin Yassin bahawa apa yang diperjuangkan oleh mereka adalah satu jihad untuk agama, bangsa dan negara serta jihad untuk mempertahankan hak.


KETIKA berlangsung muktamar tahunannya baru-baru ini, Pas dengan penuh bersemangat menguar-uarkan kepada ahli dan penyokong parti itu bahawa mereka sudah bersedia menggantikan UMNO.

Pas berhujah UMNO kini semakin lemah dan tidak lagi berupaya membela nasib orang Melayu, oleh itu tanggungjawab berkenaan akan terpikul di bahu Pas.

Itulah impian Pas dan itulah mimpi Pas, tetapi kelmarin ketika merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jawapan kepada angan-angan Pas itu.

Timbalan Presiden UMNO itu menegaskan, "apa yang berlaku hari ini bukan Pas Ganti UMNO seperti yang dicanang oleh mereka. Pas takkan boleh menggantikan UMNO kerana UMNO tiada galang ganti. Yang sebenarnya berlaku ialah DAP Ganti Pas.''

Seperti biasa sudah pasti Pas akan menganggap kenyataan Muhyiddin itu menunjukkan UMNO semakin takut dengan kekuatan Pas tetapi Pas tidak boleh menipu sendiri apatah lagi rakyat.

Semua orang tahu apa yang terjadi kepada Pas apabila mereka mengikat perjanjian politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Segala-galanya mereka gadai dan pertaruhkan demi memastikan mereka tidak ditinggalkan oleh kedua-dua parti itu dalam mengejar impian Putrajaya.

Oleh itu apa sahaja yang mereka lakukan, Pas tidak akan melihat ke hadapan, sebaliknya akan menoleh dahulu untuk melihat reaksi DAP dan PKR.

Ia kerana keyakinan diri Pas sudah semakin terhapus, Pas seolah-olah begitu lemah untuk berdiri sendiri dan semakin terpengaruh dengan janji-janji politik PKR dan DAP.

Atas sebab itulah demi kepentingan politik kekuasaan yang diburu, Pas sanggup mengorbankan perjuangan negara Islam dan menggantikannya dengan negara berkebajikan.

Pelbagai hujah dikeluarkan oleh parti itu bagi 'menghalalkan' tindakan mereka mengubah hala tuju perjuangan, mereka mendakwa kononnya apa yang dilakukan tidak lari daripada semangat Islam yang diperjuangkan.

Tetapi hakikatnya seperti mana kata Muhyiddin, Pas sudah tidak ada lagi keberanian untuk bersuara lantang memperjuangkan Islam, kesudahannya Pas dilihat hanyalah 'pak turut' dalam pakatan pembangkang.

Pas perlu menerima hakikat, parti yang paling dominan dalam pakatan pembangkang bukannya mereka sebaliknya DAP, manakala PKR pula tidak peduli apa, matlamat mereka hanya satu untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Justeru Pas tidak boleh mendabik dada apatah lagi menyimpan impian untuk menggantikan UMNO kerana Pas tidak ada keberanian untuk menyanggah DAP.

Sebab itulah DAP begitu berani menyentuh pelbagai isu sensitif melibatkan orang Melayu dan umat Islam kerana mereka tahu Pas tidak akan berani menegur mereka.

Lihat sahaja apa yang berlaku di Selangor, apabila Pas tidak mampu bertindak apa-apa apabila kerajaan negeri pimpinan PKR dan didokong kuat oleh DAP menghalang hasrat Pas untuk mengharamkan penjualan arak di kedai-kedai serbaneka.

Pas hanya tunduk dan terpaksa akur dengan kehendak rakan sekutunya itu, malahan Pas juga diam membisu apabila DAP tanpa segan silu menyatakan bahawa apa pun berlaku, mereka mahu menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri, kalau pembangkang memerintah.

DAP membuat kenyataan seumpama itu tanpa mempedulikan hati dan perasaan pemimpin-pemimpin Pas yang sepatutnya perlu diberi keutamaan kerana bukankah dari segala segi, pemimpin Pas lebih layak.

Pas ditubuhkan lebih awal daripada PKR, pemimpin Pas dilihat jauh lebih bermoral berbanding pemimpin PKR tetapi kenapa tidak ada sekelumit pun kenyataan daripada DAP untuk melantik pemimpin Pas sebagai Perdana Menteri?

DAP hakikatnya tidak pernah menghormati Pas sebaliknya hanya mahu menjadikan parti yang dianggotai seratus peratus orang Melayu sebagai 'kuda tunggangan' bagi mencapai cita-cita politiknya.

DAP tahu mereka tidak boleh bergantung kepada PKR kerana parti itu tidak ada kekuatan di kalangan orang Melayu tetapi Pas mempunyai keupayaan untuk 'mencairkan' orang Melayu dengan pendekatan agama yang dibawa.

Pas bukannya tidak sedar tentang niat serong DAP itu, tetapi semua itu tidak dipedulikan oleh Pas kerana Pas hanya mahu kuasa.

Sebab itulah DAP tidak pernah peduli apa pun yang Pas kata kerana mereka tahu Pas 'kemaruk kuasa', kalau Pas mahu menentang DAP maka DAP akan bertindak menyingkirkan mereka daripada pakatan pembangkang.

Pas sudah tentu tidak mahu keadaan itu berlaku, oleh itu apa yang boleh Pas lakukan hanya menurut sahaja.

Kalau benar Pas mahu menafikan kenyataan Muhyiddin atau tafsiran pelbagai pihak bahawa mereka hanya 'pak turut', Pas perlu membuktikan dalam pilihan raya umum akan datang mereka bertanding lebih banyak kerusi daripada DAP dan PKR.

Ia kerana hanya cara itu Pas akan dominan, tetapi kita percaya Pas tidak akan mempunyai keberanian sedemikian, justeru janganlah orang Melayu mengharapkan apa-apa kepada Pas.

Orang Melayu sebenarnya meletakkan masa depan mereka dalam bahaya jika mereka percaya jika kuasa pemerintahan diberikan kepada pakatan pembangkang, Pas akan mampu membela nasib mereka.

Percayalah Pas tidak ada kekuatan apatah lagi keberanian untuk menjadi wira dan pejuang kepada orang Melayu seperti mana apa yang dilakukan oleh UMNO dalam Barisan Nasional (BN).

Ini kerana parti komponen dalam BN mempunyai rasa hormat yang tinggi kepada UMNO dan yakin bahawa apabila UMNO menjadi tonggak pemerintahan negara, semua kaum mendapat pembelaan, sejarah sudah pun membuktikan fakta ini.

Tetapi ini berbeza jika pakatan pembangkang memerintah, segalanya ditentukan oleh DAP manakala PKR dan Pas hanya mengikut sahaja. Melalui pendekatan pemerintahan seumpama itu mampukah seluruh rakyat mendapat pembelaan sewajarnya manakala nasib dan kepentingan orang Melayu akan terbela dan terpelihara?

Sudah pasti tidak! Atas sebab itulah ahli-ahli UMNO perlu memahami pesanan Muhyiddin bahawa mereka perlu yakin bahawa apa yang diperjuangkan adalah satu jihad untuk agama, bangsa dan negara, jihad untuk keadilan dan jihad untuk mempertahankan hak.

Bagaimanapun jihad tersebut tidak akan mampu dilaksanakan jika ahli-ahli UMNO tidak meletakkan kepentingan parti mengatasi segala-galanya.

Justeru dengarlah nasihat Muhyiddin, bahawa pilihan raya nanti adalah pertandingan hidup atau mati dan pilihan raya itu bukan untuk kemenangan diri tetapi adalah parti.

Rakyat terutamanya orang Melayu perlu dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan politik kekuasaan pembangkang dan kononnya Pas mampu menggantikan UMNO.

Sebaliknya mereka perlu diyakinkan hanya UMNO sahaja mampu menjadi tonggak kekuatan politik orang Melayu, hanya UMNO sahaja mempunyai keberanian mempertahankan kepentingan umat Islam di negara ini dan hanya UMNO sahaja yang tidak akan menggadaikan segala-galanya demi meraih kuasa.

Full content generated by Get Full RSS.

Apabila Wanita UMNO sudah menyingsing lengan

Posted:

Apabila Wanita UMNO sudah menyingsing lengan

Apabila Wanita UMNO sudah menyingsing lengan

Oleh FAUZIAH AROF
rencana@utusan.com.my

MENYINGSING lengan, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Bagai hendak runtuh Dewan Tun Dr. Ismail dengan sorakan gemuruh ahli-ahli perwakilan pergerakan tersebut yang sambil berdiri penuh bersemangat mendengarkan ucapan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu yang disifatkan sebagai luar biasa.

Sememangnya, ucapan Ketua Wanita UMNO adalah antara yang dinanti-nantikan dalam pembukaan persidangan tiga sayap parti UMNO itu semalam.

Selain ucapan Wanita yang memang sering mendapat perhatian setiap kali perhimpunan agung parti keramat Melayu ini berlangsung, tumpuan lebih diberikan kepada Shahrizat kerana beliau diheret oleh pembangkang dalam isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Pun begitu, beliau yang telah lama menabur khidmat dalam UMNO, menyedari bahawa meletakkan kepentingan perjuangan parti pada kedudukan yang paling tinggi adalah lebih utama.

''Saya sudah 30 tahun dalam UMNO dan sebagai seorang ketua, setiap langkah saya diuji. Saya bukan ketua pada zaman senang parti, saya juga ketua pada zaman susah kita," tegas Shahrizat.

Sebagai pemimpin setiap langkah sentiasa diperhati, sama seperti pemimpin-pemimpin parti lain. Tohmahan dan fitnah datang dari segenap arah, depan, belakang, kiri dan kanan. Serangan peribadi adalah lumrah dalam berpolitik.

Mengakui hakikat itu lagi, Shahrizat dalam ucapannya menegaskan, pergerakan itu tidak akan mudah terpenjara dan terperangkap dalam persepsi musuh-musuh parti. Yang lebih penting bagi beliau ialah Wanita UMNO mesti berjuang untuk mencapai matlamat menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Katanya, dengan kekuatan lebih 1.3 juta ahli, Wanita UMNO mesti melipatgandakan usaha, memantapkan jentera parti, melebarkan sayap terus menjadi pemain utama dalam meraih kemenangan.

Sewajarnya, itu adalah fokus utama yang sepatutnya diberikan perhatian pada saat yang genting pada parti. Untuk memuaskan hati parti pembangkang dan menutup terus mulut mereka, ia hanya kerja sia-sia, yang sampai bila pun tidak akan ada habisnya.

Katalah apa sahaja, atau buatlah apa jua, pembangkang akan tetap mencari buruknya. Ia hanya kerja yang membuang masa.

Dan yang terima kesannya bukan sahaja pemimpin yang difitnah tetapi rakyat yang sudah tentunya muak dengan pelbagai isu yang dibangkitkan.

Shahrizat sendiri mengakui, dalam keadaan pembangkang yang semakin 'meliar' sekarang, tiada jalan mudah untuk melawan mereka kecuali bergerak bersama dalam satu semangat setia kawan yang tinggi.

Justeru, Wanita UMNO tidak seharusnya hilang fokus dengan acahan pembangkang. Isu-isu yang dibangkitkan pembangkang tidak perlu diberi respons dengan melatah.

Sebaliknya, cabaran yang dihadapi ini perlu ditangani secara bijak melalui gerak kerja yang tersusun selain memberi penjelasan yang secukupnya terhadap mana-mana isu berbangkit kepada rakyat termasuk di kampung-kampung, tanpa terlepas pandang pada mana-mana kawasan.

Yang penting, hati nurani rakyat perlu diselami, masalah rakyat perlu diatasi, kesengsaraan rakyat perlu ditangani dan kesakitan rakyat perlu dirawati agar rakyat terus menikmati kemakmuran negara yang sejati.

Wanita UMNO perlu sedar bahawa mereka kini perlu berusaha lebih kuat lagi. Ini kerana perkembangan iklim politik negara kini bukan hanya menuntut pergerakan itu menjalankan kerja-kerja 'tradisi'.

Kerja mereka kini tidak lagi terbatas di peringkat akar umbi di mana peranannya lebih memberi sokongan kepada parti yang dianggotai sebagai pengundi, perayu undi sewaktu pilihan raya dan melakukan kerja-kerja membantu parti.

Mereka kini turut bertindak sebagai pemberi maklumat kepada parti dan rakyat dan pada masa sama boleh menjawab isu-isu yang disuarakan oleh rakyat.

Hakikat itu dipersetujui oleh seorang perwakilan dari Perak, Fazilah Mohd. Mohamed yang menyifatkan ucapan dasar Shahrizat yang 'meremangkan' bulu roma itu wajar diterjemahkan dalam bentuk tindakan.

Katanya, isu-isu yang dimainkan oleh pembangkang harus ditangani segera melalui sesi penjelasan di dalam dan luar bandar.

Menurut beliau, setiap orang mempunyai penilaian dan persepsi yang berbeza dan sewajarnya mereka didekati agar tidak dipengaruhi secara terus melalui saluran popular pembangkang iaitu Internet.

''Ini adalah perjuangan yang besar bagi Wanita, sambil kita meraih undi, kita juga perlu dibekalkan dengan maklumat secukupnya untuk menangkis tohmahan pembangkang ini," katanya.

Sementara itu, perwakilan dari Langkawi, Mariyam Othman berkata, sokongan gemuruh yang diberikan oleh perwakilan tidak seharusnya berakhir di dewan.

''Ucapan ini satu 'wake up call' untuk menghadapi pilihan raya, yang bermakna kita harus bekerja lebih keras untuk meraih kemenangan yang baik,'' katanya.

Umum mengetahui PRU13, adalah penting bagi UMNO dan BN. Dengan pembangkang yang agresif dengan pelbagai tohmahan di alam maya terhadap UMNO, percayalah ini adalah PRU yang sengit.

Full content generated by Get Full RSS.

Kosmo Online - Negara

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Daftar bantuan RM500 mulai 10 Disember

Posted:

Daftar bantuan RM500 mulai 10 Disember

Daftar bantuan RM500 mulai 10 Disember

ABDUL FATAH (tiga dari kanan) bersama keluarganya menonton berita mengenai Bantuan Tunai RM500 di Kota Bharu semalam.


KUALA LUMPUR - Proses pendaftaran untuk permohonan insentif Bantuan Tunai RM500 akan dibuka selama sebulan mulai 10 Disember ini dengan urusan pembayaran dijangka dilakukan pada pertengahan bulan Januari 2012.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau agensi-agensi kerajaan yang terpilih.

Menurut Ahmad Husni, bantuan itu dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah negara ini.

"Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Sayap UMNO palu gendang perang

Posted:

Sayap UMNO palu gendang perang

Sayap UMNO palu gendang perang


ANGGOTA perwakilan Pemuda UMNO mengangkat tangan tanda menyokong ucapan ketua mereka di PWTC semalam.


KUALA LUMPUR - Tiga pemimpin sayap UMNO semalam mula menggerakkan ahli-ahli untuk memalu gendang perang menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dengan masing-masing berjanji memastikan kemenangan besar UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya itu.

Kesemua pemimpin sayap Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO menegaskan keyakinan itu ketika menyampaikan ucapan dasar pada persidangan perwakilan masing-masing di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, ahli-ahli Pemuda kini sudah cukup bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang lebih besar termasuk menjadi calon boleh menang dalam PRU-13.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Usah leka, jangan berpeluk tubuh

Posted:

Usah leka, jangan berpeluk tubuh

Usah leka, jangan berpeluk tubuh


GELAGAT sebahagian daripada perwakilan Wanita UMNO ketika mendengar ucapan Shahrizat di PWTC semalam.


KUALA LUMPUR - Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mahu 1.3 juta ahlinya melipatgandakan usaha untuk memantapkan jentera parti dalam memastikan kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Menurut beliau, sekarang bukan masanya untuk mereka leka dan berpeluk tubuh serta berasa selesa dengan apa yang telah dilaksanakan dan dicapai sebaliknya terus berusaha menyelami hati dan mengatasi masalah rakyat.

"Kita perlu tangani kesengsaraan rakyat dan kesakitan rakyat perlu dirawati agar rakyat terus menikmati kemakmuran negara yang sejati," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Utusan Online - Kota

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Jalan oh jalan

Posted:

Jalan oh jalan

Jalan oh jalan


Lokasi: Brickfields, Kuala LumpurJenis kerosakan: Kesan takungan air menunjukkan permukaan tidak rata Pihak Berkuasa tempatan: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur


KATA orang, kalau ke ibu negara jangan pandang bawah, pandang atas. Kerana melihat ke atas akan nampak bangunan cantik pelbagai bentuk dan warna. Atau setidak-tidaknya dapat menyaksikan tren LRT dan monorel yang merupakan antara tanda kepesatan dan kemodenan Kuala Lumpur.

Tetapi jika pandang ke bawah maka ternampaklah perkara yang menjadi rungutan kebanyakan daripada kita – jalan-jalan raya yang berlopak, berlubang, beralun, tampalan tidak sempurna dan segala macam lagi. Masalah ini turut melibatkan kawasan-kawasan bandar negeri Selangor yang mengelilingi Kuala Lumpur seperti Ampang, Kajang, Petaling Jaya dan Selayang.

Kita boleh berbangga dengan kepesatan pembangunan, bangunan-bangunan indah tetapi tertunduk malu apabila memperkatakan mengenai mutu jalan raya kita.

Perlu diingat tidak semua orang dapat tinggal atau bekerja di bangunan cantik tetapi semua orang akan menggunakan jalan raya.

Ingatlah kata-kata bijak pandai Melayu dahulu: "Kalau merenung bintang di langit, jangan lupa rumput di bumi".

Full content generated by Get Full RSS.

Berita Harian: MukaDepan

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: MukaDepan


Keresahan Melayu terjawab

Posted: 29 Nov 2011 11:51 AM PST

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi meredakan keresahan orang Melayu berhubung masa depan mereka dengan memberi jaminan UMNO akan terus memikul amanah besar untuk membela agama, bangsa dan negara.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

salampb

Kekalahan BN dalam PRU 12 adalah kerana ada unsur-unsur sabotaj dalam komponen itu sendiri. Realitinya terbukti di cawangan saya sendiri. Kekalahan dalam pemilihan cawangan berlarutan hingga saat ini dengan bekas pemimpin yang tewas mensabotaj aktiviti cawangan sendiri. Hingga mesyuarat Agong sekali setahun pun tak mahu hadir. Kemudian memburukan pula AJK Cawangan yang baru dilantik....dan sampai sekarang masih lagi tidak mahu bekerjasama dan merapatkan saf demi kepentingan parti. Tak paham kenapa ramai yang gilakan jawatan bukannya jujur dalam perjuangan...semuga berbaiklah sesama kita jika mahukan kuasa melayu kekal di bumi sendiri.

Halim

MELAYU....... bersatulah. Sememangnya bersatu politik agak sukar sekali, tetapi bersatulah atas landasan persaudaraan Islam.
Semasa kecil kita selalu diceritakan tentang mematah lidi sebatang demi sebatang, tetapi apabila lidi-lidi tersebut dikumpulkan sekali, sukar untuk mematahkannya, malahan lidi-lidi tersebut(bersatu) dapat digunakan untuk membersihkan rumah kita.
Bukanlah saya bermaksud mengibaratkan melayu seperti lidi dan penyapu.

nim

teruskan perjuangan yang belum selesai....kami mendukung anda!!!!!!!!!!!!!!

shah

sebelum bela nasib bangsa,bela dulu nasib parti UMNO..hapuskan politik wang,tikam2 belakang,gila kuasa dan sebagainya..

Abdul Hamid

Teruskan lah perjuangan membela Islam. Kebelakangan ini Islam dan kedaulatan raja raja Melayu tercabar sejak Si Pengkhianat bangsa itu dibebaskan olek Pak Lah.

mohdisnin

HIDUP UMNO.... SEMOGA TERUS PERJUANGKAN BANGSA MELAYU DAN ANAK2 MELAYU

Full content generated by Get Full RSS.

Harian Metro: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Mutakhir


Ketua komunikasi MAS letak jawatan

Posted: 30 Nov 2011 03:57 AM PST

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines hari ini mengumumkan perubahan dalam kumpulan pengurusannya dengan peletakan jawatan Raja Zamilia Raja Mansur sebagai ketua komunikasi berkuat kuasa esok.

Berkhidmat dengan Malaysia Airlines bagi tempoh setahun, Raja Zamilia memutuskan untuk meneruskan bidang lain dan memulakan fasa seterusnya dalam kerjaya beliau.

Ketua pegawai eksekutif kumpulan Malaysia Airlines Ahmad Jauhari Yahya berkata memandangkan pengalaman dan pengetahuan meluas beliau dalam syarikat berkaitan kerajaan, syarikat multinasional dan industri hospitaliti, Raja Zamilia menerajui kumpulan dalam persekitaran perniagaan yang mencabar.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Raja Zamilia di atas komitmen tidak berbelah bagi beliau dan sumbangannya kepada syarikat," katanya.


Buat sementara ini, Naib Presiden Komunikasi Eda Ahmad akan menyelia pentadbiran bahagian komunikasi. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

2 maut dalam nahas jalan raya di Kudat

Posted: 30 Nov 2011 03:54 AM PST

KUDAT: Dua orang maut dalam kemalangan jalan raya yang membabitkan sebuah kereta dan pacuan empat roda di KM 3.5, Jalan Bak-Bak dekat sini tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kudat, Jamaludin Hussin berkata mangsa dikenali sebagai Mariati Johari, 25, yang merupakan pemandu kereta Wira itu dan penumpangnya Jaiddy Jaafar, 24.

Empat penumpang lain dalam kereta itu hanya cedera ringan, katanya ketika dihubungi.

Jamaludin berkata pemandu pacuan empat roda D-Max tersebut, Christine Vun Chau Hing dan anak perempuannya Lo Lee Fah @ Vivian pula mengalami cedera parah dan dihantar ke Hospital Kudat.


Katanya kedua-dua kenderaan itu bertembung antara satu sama lain di laluan bertentangan. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Kosmo Online

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Festival himpun bakat kanak-kanak 9 negara

Posted:

Festival himpun bakat kanak-kanak 9 negara

Festival himpun bakat kanak-kanak 9 negara

30/11/2011 7:27pm

KUALA LUMPUR — Program Permata akan melancarkan Festival Kesenian Kanak-Kanak Antarabangsa melibatkan 411 peserta dari sembilan negara termasuk Malaysia bertempat di Istana Budaya antara 8 dan 11 Dis. ini.

Penaung Program Permata Seni Negara, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, festival itu akan mengetengahkan bakat kanak-kanak dalam persembahan muzik, tarian dan nyanyian.

""Sudah pasti persembahan yang dibuat dapat memberi keharmonian yang boleh dirasai para penonton melalui irama, melodi dan pergerakan sepanjang festival ini berlangsung," katanya pada sidang media mengenai penganjuran festival tersebut dan Ekspo Permata 2011, di sini hari ini."

Rosmah, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, festival itu akan dimeriahkan dengan tiga acara khas iaitu persembahan Malam Negara Peserta dan Malam Gala di Istana Budaya selain persembahan setempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). — Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

300 peserta antarabangsa sertai RFC 2011

Posted:

300 peserta antarabangsa sertai RFC 2011

300 peserta antarabangsa sertai RFC 2011

30/11/2011 7:25pm

KUALA TERENGGANU — Seramai 300 peserta dari 30 buah negara akan menyertai kembara sukan lasak kenderaan 4X4 Rainforest Challenge International Terengganu 2011 (RFC 2011) selama 10 hari mulai Sabtu ini.

Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan), Che Wan Mohd Zulkifli Che Wan Jalil berkata kejohanan kali ke-14 itu, merupakan satu lagi rekod penyertaan paling ramai disertai peserta dari dalam dan luar negara.

Ia membabitkan peserta antaranya dari Australia, Rusia, Filipina, Venezuela, Amerika Syarikat, Austria, China, Itali, India, Sri Lanka, Perancis, Vietnam, Thailand, United Kingdom, Singapura, Indonesia dan Malaysia.

"Cubaan mengatasi cuaca, hutan hujan tropika dan bentuk muka bumi di kala Monsun Timur Laut melanda merupakan pengalaman yang amat mencabar kepada peserta RFC tahun ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.— Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Belia perlu amalkan kebebasan secara betul

Posted:

Belia perlu amalkan kebebasan secara betul

Belia perlu amalkan kebebasan secara betul

30/11/2011 7:23pm

KUALA LUMPUR — Golongan muda perlu berhati-hati dan menyelidik terlebih dahulu kesahihan sumber sesuatu maklumat, terutama yang disiarkan media sosial, sebelum menyebarkannya kepada orang lain, kata Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamarudddin Siaraf.

Beliau berkata, perkara itu amat penting untuk mengelak mereka daripada diseret ke muka pengadilan atas tuduhan menyebarkan maklumat palsu.

Katanya, walaupun setiap orang bebas menzahirkan pandangan, tetapi kebebasan itu mestilah diiringi dengan rasa tanggungjawab untuk menjamin keselamatan orang ramai sentiasa terpelihara.

"Amalkan kebebasan dalam kalangan rakan sebaya atau masyarakat dengan cara yang betul agar masyarakat tidak mendapat gambaran yang salah tentang sesuatu maklumat," katanya.

Beliau berkata, demikian ketika merasmikan bengkel mengenai kebebasan melahirkan pendapat dan menyebarkan maklumat dalam kalangan belia di sini, hari ini.

Kamaruddin berkata, penggunaan media sosial seperti Facebook dan Twitter menjadi semakin popular dalam kalangan belia untuk menyebarkan maklumat yang boleh mempengaruhi pendapat orng ramai ke arah positif atau negatif.

Oleh itu, katanya, konsep kebebasan melahirkan pendapat dan menyebarkan maklumat dalam kalangan belia perlu ditangani secara berhati-hati agar ia tidak menggugat keselamatan orang ramai. — Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Berita Harian: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Mutakhir


Perak mula dilanda banjir

Posted: 30 Nov 2011 04:08 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KERIAN: Perak mula dilanda banjir apabila 73 penduduk dari 18 keluarga di tiga kawasan di daerah ini dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Bukit Merah selepas kawasan penempatan mereka dinaiki air sedalam antara satu hingga 1.5 meter mulai jam 2 petang tadi.

Ketua Komunikasi MAS letak jawatan

Posted: 30 Nov 2011 03:20 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini mengumumkan perubahan dalam kumpulan pengurusannya dengan peletakan jawatan Raja Zamilia Raja Mansur sebagai ketua komunikasi berkuat kuasa esok.

Berkhidmat dengan MAS bagi tempoh setahun, Raja Zamilia memutuskan untuk meneruskan bidang lain dan memulakan fasa seterusnya dalam kerjaya beliau.

Ketua Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya, berkata memandangkan pengalaman dan pengetahuan meluas beliau dalam syarikat berkaitan kerajaan, syarikat multinasional dan industri hospitaliti, Raja Zamilia telah menerajui kumpulan dalam persekitaran perniagaan yang mencabar. "Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Raja Zamilia di atas komitmen tidak berbelah bagi beliau dan sumbangannya kepada syarikat," katanya.

Buat sementara ini, Naib Presiden Komunikasi, Eda Ahmad akan menyelia pentadbiran bahagian komunikasi. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Utusan Online - Utara

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Pertahan perubatan tradisional

Posted:

Pertahan perubatan tradisional

Pertahan perubatan tradisional

Oleh LEE HOOI BOON
utusanpenang@utusan.com.nmy


JEANNE Abdullah (tengah) memerah limau purut sambil diperhatikan oleh Ahmad Shukri Mustapha Kamal (kanan) bagi merasmikan Persidangan Perubatan Tradisional Antarabangsa di Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 29 Nov. - Sikap ibu bapa yang lebih suka membawa anak masing-masing ke klinik untuk mendapatkan rawatan moden menyebabkan generasi muda tidak lagi menghargai khasiat tumbuhan herba yang mampu menyembuh pelbagai jenis penyakit.

Isteri bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Jeanne Abdullah berkata, keadaan itu menyebabkan tahap pengetahuan golongan tersebut mengenai perubatan tradisional di negara ini rendah.

"Keadaan sebegini tidak seharusnya berterusan. Sekolah-sekolah perlu membina kebun ramuan atau hutan herba perubatan tradisional di premis masing-masing bagi mendedahkan para pelajar mengenainya.

"Pada masa sama, ini juga amat penting bagi memastikan ilmu perubatan herba tradisional tidak pupus," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perubatan Tradisional Antarabangsa di sini, hari ini.

Hadir sama, Pemangku Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Professor Ahmad Shukri Mustapha Kamal dan Penyelaras Penyelidik Program Pembangunan Kemapanan Universiti United Nation, Unnikrishnan Payyappalli.

Sementara itu, Unnikrishnan memberitahu, kira-kira 50,000 sehingga 90,000 jenis tumbuhan di dunia telah digunakan dalam perubatan herba tradisional.

Katanya, 90 peratus daripadanya boleh didapati dari hutan semula jadi.

"Herba-herba ini patut didokumentasi supaya dapat dikaji bagi memastikan cara penggunaannya betul dan lebih berkesan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Masalah parit di Taman Sentosa berlarutan

Posted:

Masalah parit di Taman Sentosa berlarutan

Masalah parit di Taman Sentosa berlarutan


LEE Ah Ba (kiri) dan Othman Cha Mat (kanan) menunjukkan keadaan longkang yang tidak terurus kepada Devan Iyavoo di Taman Sentosa, Lunas, Kedah baru-baru ini.


KULIM 29 Nov. - Lebih 1,000 penduduk Taman Sentosa, Lunas dekat sini meminta pihak berkuasa menyelesaikan masalah perparitan di kawasan kediaman terlibat yang didakwa dibiarkan rosak tanpa diperbaiki sejak dua tahun lalu.

Seorang penduduk, Lee Ah Ba, 53, berkata, parit dan longkang besar di kawasan itu berada dalam keadaan uzur dan sebahagian besar runtuh akibat hakisan.

Katanya, kesan tersebut menyebabkan aliran air tidak sempurna dan mengundang pelbagai masalah lain seperti pembiakan nyamuk serta tikus.

"Masalah ini berlarutan sejak dua tahun lalu. Malah, beberapa dinding dan tembok rumah penduduk turut rosak akibat parit runtuh," katanya ketika ditemui pemberita selepas dikunjungi Penasihat Persatuan Perpaduan Masyarakat India Daerah Kulim/Bandar Baharu, Ir. Devan Iyavoo, baru-baru ini.

Ah Ba berkata, pihaknya telah membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) berulang kali, tetapi tiada sebarang tindakan diambil.

Seorang lagi penduduk, Othman Cha Mat, 43, berkata, pihaknya berharap MPKK menjalankan kajian mengubah laluan parit dan longkang masuk ke taman itu kerana keadaannya boleh mengundang bahaya kepada penduduk.

Katanya, keadaan longkang besar sepanjang 1.5 kilometer di kawasan taman itu juga menimbulkan pelbagai kesulitan.

"Selain itu, ada sebatang titi di dalam taman hampir runtuh selepas berlaku hakisan tebing. Titi besi pula dibiarkan tidak terurus. Tambah buruk, setiap kali hujan lebat, banyak sampah terperangkap dan tidak dikutip," katanya.

Beliau berkata, MPKK perlu memandang serius masalah tersebut dan bertindak menyelenggara longkang mengikut jadual yang ditetapkan.

Sementara itu, Devan berkata, pihaknya akan berjumpa dengan pengurusan MPKK bagi memaklumkan masalah tersebut.

"Kita juga bercadang menganjurkan dialog terbuka di antara penduduk dan MPKK bagi mencari penyelesaian dalam masa terdekat," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Makam Diraja Kedah jadi tarikan pelancongan

Posted:

Makam Diraja Kedah jadi tarikan pelancongan

Makam Diraja Kedah jadi tarikan pelancongan

BUKIT MERTAJAM 29 Nov. - Lembaga Muzium Negeri Kedah akan menjadikan Makam Diraja Kedah yang terletak di Kampung Kota dekat sini, sebagai produk pelancongan buat tatapan generasi muda.

Pengarahnya, Suhaidi Shukri berkata, kawasan itu yang sebelum ini terbiar dan dipenuhi lalang akan dipulihara bagi membolehkan orang ramai melihat sendiri tapak warisan sejarah Kesultanan Melayu Kedah yang masih wujud hingga ke hari ini.

"Pihak muzium akan menjadikan kawasan ini sebagai khazanah warisan Kedah dan ia akan dibaik pulih serta kawasan sekitarnya akan dibersihkan.

"Kami akan berbincang dengan Jabatan Warisan Negara untuk melantik pihak yang akan menjaga dan memelihara kawasan makam yang berusia lebih 200 tahun ini," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengiringi ziarah Tengku Temenggong Kedah, Tuanku Sallehudin Sultan Badlishah ke makam berkenaan, semalam.

Dipercayai terdapat lapan makam kerabat diraja Kedah di kawasan itu namun, hanya lima ditemui.

Kerja-kerja bagi mengesan kedudukan tiga lagi makam yang telah tertimbus dalam masa terdekat.

Dua daripada makam kerabat diraja tersebut yang dikenal pasti bersemadi di situ adalah Makam Putera Diraja Kedah ke-20, Tunku Sulaiman Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muazzam Shah dan saudaranya, Tunku Kutam.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, Datuk Wan Shamsudin Mohd. Yusof berkata, berdasarkan fakta sejarah, Tunku Sulaiman dikatakan menduduki Kampung Kota sekitar 1804 hingga 1845 bagi mengasingkan diri dari terlibat dengan krisis perebutan takhta Sultan Kedah ke-22 ketika itu.

Full content generated by Get Full RSS.