Isnin, 28 Februari 2011

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Video hina Islam disiasat

Posted:

Video hina Islam disiasat

Video hina Islam disiasat

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
muin.sapidin@utusan.com.my

BUTTERWORTH 28 Feb. – Polis sedang menyiasat isi kandungan sebuah klip video lagu yang dimuat turun dalam laman YouTube selepas didakwa menggunakan lirik memaki dan menghina orang Melayu dan Islam.

Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, pihaknya ada menerima beberapa maklumat awal mengenai penerbitan lagu berkenaan berdasarkan satu laporan polis mengenai kewujudan klip video tersebut semalam.

"Berdasarkan laporan itu, kita mendapat beberapa maklumat awal termasuk sumber laman web lagu dimuat naik tetapi kita belum buat sebarang justifikasi.

"Pada masa ini, kita akan meneliti terlebih dahulu sumbernya (klip video itu) dan lihat sama ada ia mempunyai unsur-unsur yang bercanggah dengan undang-undang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang semalam membuat laporan polis berhubung klip video bertajuk Interlok Song for UMNO and Malay Government kerana didakwa menghina dan mempersendakan agama Islam yang dimuat naik dalam laman YouTube.

Selain menggunakan kata-kata kesat dan lucah, klip video selama lima minit 18 saat itu turut memaparkan lagu khusus untuk novel Interlok dan UMNO selain memaparkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Perkasa turut meminta polis menyiasat penglibatan pertubuhan Hindraf yang dipercayai menjadi dalang di sebalik penerbitan dan penyebaran klip video berkenaan.

Setiausaha Perkasa negeri, Saedin Kadir yang ditemui selepas membuat laporan itu semalam memberitahu, penerbitan klip video lagu berkenaan jelas bersifat rasis kerana menghina serta memaki orang Melayu dan Islam semata-mata tidak berpuas hati dengan novel Interlok.

Ayub bagaimanapun menasihatkan semua pihak supaya bertenang dan membiarkan polis menjalankan siasatan terperinci berhubung klip video berkenaan yang dikaitkan dengan desakan pengharaman novel Interlok.

"Isu novel Interlok ini tidak patut ditimbulkan lagi kerana sudah ada jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelesaikannya, jadi kita harap semua pihak tidak sengaja mengeruhkan keadaan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gudang kereta Perodua terbakar

Posted:

Gudang kereta Perodua terbakar

Gudang kereta Perodua terbakar

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my


ANGGOTA bomba dan penyelamat memadamkan kebakaran di sebuah gudang kereta Perodua di Puchong, semalam.


KUALA LUMPUR 28 Feb. – Sebuah syarikat pengedar kereta keluaran Perodua rugi hampir RM2 juta setelah 40 buah kereta yang disimpan di gudangnya di Jalan Layang-Layang 3, Puchong dekat sini musnah dalam kebakaran hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 petang itu, 14 buah kereta yang disimpan dalam gudang, manakala 26 lagi diletak di kawasan luar gagal diselamatkan akibat api marak terlalu cepat.

Kesemua kenderaan yang musnah merupakan kereta baru keluaran Perodua seperti MyVi, Viva dan Alza.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Anuar Harun berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kebakaran itu pada pukul 1.25 petang.

Beliau berkata, 29 anggota bomba bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong, Subang Jaya, Seksyen 7 Petaling Jaya dan Bukit Jalil dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadam kebakaran tersebut.

"Pihak bomba yang melakukan kerja memadam api mulai pukul 1.34 tengah hari berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak dalam tempoh setengah jam.

"Bagaimanapun tiada yang dapat diselamatkan kerana kebakaran itu memusnahkan keseluruhan bangunan gudang termasuk 40 buah kereta yang disimpan di situ," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, kepantasan pihak bomba mengawal api bagaimanapun berjaya menyelamatkan 22 buah kereta milik syarikat sama yang disimpan di gudang bersebelahan.

Selain itu, katanya, pihak bomba juga berjaya menghalang api daripada merebak ke sebuah pusat jualan perabot berhampiran gudang yang terbakar itu.

Tambahnya, tiada kehilangan jiwa dan kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu, malah semua pekerja gudang itu sempat menyelamatkan diri.

"Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, namun tidak dinafikan ia melibatkan nilai jutaan ringgit," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan