Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 24 Feb 2011 02:19 PM PST MukaDepan MOHD NIZAM MOHAMAD (tengah), 32, dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Kangar, semalam, selepas dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana didapati bersalah membunuh seorang budak perempuan berusia 22 bulan, pada November 2009. Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Zaki Abdul Wahab mensabitkan kesalahan terhadap Mohd Nizam Mohamad, 32, selepas mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan kes mengatasi keraguan munasabah. Mohd Zaki berkata, tertuduh dalam satu kenyataan tidak bersumpah yang dibuatnya sebelum ini, mengaku melakukan kesalahan itu atas alasan dirinya berada di dalam pengaruh dadah. "Selepas pertimbangkan semua perkara, saya dapati pihak pendakwa berjaya buktikan kes melampaui keraguan munasabah dan dengan ini, tertuduh didapati salah seperti didakwa dan boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan."Bagi seksyen itu, saya tidak punyai pilihan lain kecuali hukuman mati mandatori dan tarikh serta waktu hukuman akan ditetapkan," katanya. Tertuduh sepanjang penghakiman dibacakan kelihatan tenang tanpa sebarang bicara, malah reaksi sama turut diberikan tertuduh sejurus hukuman mati itu dijatuhkan ke atasnya. Mohd Nizam dituduh dituduh membunuh Nur Azlina Abdullah yang ketika itu berusia setahun 10 bulan di alamat 8H Jalan Tok Dewa, Repoh, antara jam 9 pagi pada 23 November 2009 dan 12 tengah hari 24 November 2009. Tertuduh yang bekerja sebagai buruh ditahan pada 4 Disember 2009 bersama ibu mangsa yang juga kekasihnya selepas pakar bedah Hospital Tuanku Fauziah (HTF) mendapati kematian Nur Azlina pada 26 November 2009, berpunca daripada kecederaan serius di usus, selain terdapat kesan lebam di badan dan kepala dipercayai akibat didera. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenadrian kenapa baru sekarang hukuman mati dijalankan,knapa tidak dari dulu..orang macam ne patut mati sebelum dia dilahirkan d dunia.. zulhairi ahmad hukuman yg sangat setimpal..moga jadi pengajaran buat yg lain..di Malaysia bukan sesuka hati nak bunuh membunuh. a.aziz sepatutnya ibu mangsa pun didakwa sama. kerana dialah mangsa didera. tinggal serumah dengan pesalah tanpa ikatan yg sah. dunia mmg dah di akhir zaman.jgn sampai ALLAH turunkan BALA baru nak ingat hukum hakam. win inilah manusia sekarang.. seperti binatang....mungkin lebih teruk dari binatang heikal alhamdulillah...sekurang2nya nasib adik Nur Azlina Abdullah terbela...kepada MOHD NIZAM MOHAMAD..sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha penyanyang..hang aniaya dan ambil hak kanak tu untuk hidup...hang tak layak untuk bergelar Manusia pon sebenarnya.... arora ateh you deserved it..mati dibalas mati...
Shukri Abd. Rahman Pembalasan atas perbuatan kejam dia, mungkin diakhirat tak lepas lagi. jasmin Sedalam kes bunuh ini, kerajaan hendaklah membuat penelitian semula, hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah hendaklah sama dengan orang yang mengupah bunuh dan orang yang membunuh baharulah adil. |
Posted: 24 Feb 2011 02:18 PM PST MukaDepan KUALA LUMPUR: Seramai 190 rakyat Malaysia yang terkandas di Libya mula dibawa keluar dari negara bergolak itu, menggunakan pesawat pengangkut C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tengah malam tadi melalui Ops Helang yang dilancarkan kerajaan.Panglima Operasi TUDM, Leftenan Jeneral Datuk Ackbal Abdul Samad berkata, berdasarkan kepada strategi Majlis Keselamatan Negara (MKN), pihaknya akan menggunakan semua alternatif bagi mengeluarkan rakyat Malaysia dari Libya sama ada menggunakan pesawat tentera atau komersial. "Misi utama kita memindahkan rakyat kita ke Lapangan Terbang Pratica DiMare, Rome akan dijadikan pangkalan operasi sementara. TUDM juga sudah memperoleh kebenaran diplomatik dari pihak berkuasa Libya bagi membolehkan pesawat pengangkut kita mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tripoli untuk tujuan itu. "Kita perlu menyelesaikan misi ini segera sebelum perintah berkurung dikuatkuasakan di seluruh Libya menjelang jam 3 pagi esok (waktu tempatan). Dari Rome, MKN akan menyelaraskan usaha membawa pulang rakyat kita ke tanah air," katanya kepada Berita Harian semalam.Katanya, pesawat pengangkut itu yang berpangkalan di Skuadron 20 Subang tiba di Rome, jam 9.25 malam tadi waktu tempatan selepas selesai misi khas di Slovakia, seterusnya memasuki Libya untuk kerja evakuasi sejurus kebenaran diplomatik diperoleh. Sementara itu, Setiausaha MKN, Datuk Mohamed Tajudeen Abdul Wahab ketika dihubungi, berkata selain menggunakan pesawat tentera, kerajaan turut menyewa sebuah pesawat komersial dengan kapasiti 230 tempat duduk bagi membantu operasi pemindahan berkenaan. "Pesawat sewa khas itu ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dan bersedia diterbangkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tripoli untuk proses membawa rakyat kita pulang," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komencyberkerisz Selamat berjuang kepada anggota TUDM dan terima kasih sekali lagi kepada MKN atas keprihatinan anda dalam menyelamatkan rakyat Malaysia tak kira di mana jua mereka berada. Walaupun ramai pengkritik yang selama ini mengkritik apa jua tindakan kerajaan, namun anda semua tetap bekerja tanpa menghiraukan anasir2 durjana ini. Yangretibase Mengapa berita dengan tajuk tidak ngam? |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan