Isnin, 31 Disember 2012

Utusan Online - Politik

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Abdul Hadi perlu sedia diperbetulkan - Rais

Posted: 31 Dec 2012 11:45 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 31 Dis. - Tokoh agama dan mufti negeri-negeri akan dijemput untuk bersama Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam forum yang akan memberi peluang kepada Presiden Pas itu memperjelas amanatnya yang...

Presiden Pas sedia bersemuka dengan tokoh agama

Posted: 31 Dec 2012 11:45 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KEMAMAN 31 Dis. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan kesediaan untuk bersama dengan tokoh agama dan mufti negeri-negeri dalam satu forum bagi menjelaskan amanatnya yang telah menyemarakkan...

Rabu, 26 Disember 2012

Utusan Online - Politik

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Nik Aziz minta Hadi jangan tarik balik amanat

Posted: 26 Dec 2012 10:22 AM PST

[unable to retrieve full-text content]RANTAU PANJANG 26 Dis.- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak tunduk dengan desakan pelbagai pihak supaya menarik balik amanat yang...

Abdul Hadi jangan diam diri - Hasan

Posted: 26 Dec 2012 10:22 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 26 Dis. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sewajarnya berdiam diri dan membiarkan ahli-ahli serta para penyokong fanatik parti itu terus mengamalkan amanat yang dibuat beliau...

Selasa, 25 Disember 2012

Utusan Online - Politik

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Amanat: Presiden Pas jangan terus membisu

Posted: 25 Dec 2012 10:37 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KOTA BHARU 25 Dis. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang didesak supaya tidak terus membisu terhadap isu tuntutan masyarakat supaya beliau menarik kembali amanatnya yang mengkafirkan UMNO pada 1981.

Zakat fitrah tidak boleh diberikan kepada imam UMNO?

Posted: 25 Dec 2012 10:37 AM PST

[unable to retrieve full-text content]PASIR PUTEH 25 Dis. - Perasaan taksub terhadap Amanat Haji Hadi menyebabkan pembayaran zakat fitrah oleh ahli Pas suatu ketika dahulu tidak disempurnakan melalui imam UMNO yang dipertanggungjawabkan oleh...

Ahad, 23 Disember 2012

Utusan Online - Politik

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Nik Aziz puaskan nafsu politik

Posted: 23 Dec 2012 10:44 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 23 Dis. - Kesediaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertanding lagi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 disifatkan sebagai strategi memuaskan nafsu politik beliau sendiri. Pengarah...

Elak ambil lauk orang UMNO

Posted: 23 Dec 2012 10:44 AM PST

[unable to retrieve full-text content]BESUT 23 Dis. - Ketaksuban kepada Amanat Haji Hadi menyebabkan sebahagian ahli Pas mengelak daripada mengambil lauk daging sewaktu menghadiri kenduri ahli dan penyokong UMNO kerana percaya sembelihan mereka...

Khamis, 20 Disember 2012

Utusan Online - Politik

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Kerajaan Pas Kedah perlu bertanggungjawab

Posted: 20 Dec 2012 10:08 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUBANG PASU 20 Dis. - Kerajaan Pas Kedah perlu bertanggungjawab ke atas ancaman bencana alam di negeri ini ekoran kesan pembalakan tidak terkawal terutama di kawasan tadahan air. Timbalan Perdana Menteri...

Shafie: Siasat amanat Hadi

Posted: 20 Dec 2012 10:08 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUBANG PASU 20 Dis. - Satu siasatan harus dijalankan oleh pihak berkuasa mengenai amanat yang dikeluarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1981 supaya tidak ada lagi keraguan wujud di...

Isnin, 17 Disember 2012

Utusan Online - Politik

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


BN kutuk rancangan kerajaan PKR

Posted: 17 Dec 2012 10:34 AM PST

[unable to retrieve full-text content]SHAH ALAM 17 Dis. - Barisan Nasional (BN) negeri menyelar sikap kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang didakwa menzalimi rakyat kerana mahu menaikkan bayaran lesen terhadap 90 jenis perniagaan...

Langat 2: 200 kilang dijangka gagal beroperasi

Posted: 17 Dec 2012 10:34 AM PST

[unable to retrieve full-text content]TANJUNG KARANG 17 Dis. - Keengganan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor bekerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk melaksanakan Projek Pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) akan mengakibatkan...

Ahad, 16 Disember 2012

Utusan Online - Politik

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Perjuangan Melayu, India sukar

Posted: 16 Dec 2012 08:53 AM PST

[unable to retrieve full-text content]PULAU PINANG 16 Dis. - Pemimpin-pemimpin Melayu dalam DAP mengingatkan ahli-ahli parti itu bahawa mereka akan mengalami kerugian jika DAP hanya dikuasai oleh kaum Cina sahaja. Malahan mereka juga mengakui...

Jawatan Setiausaha Agung DAP dominan, amat berkuasa

Posted: 16 Dec 2012 08:53 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 16 Dis. - Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan jawatan Setiausaha Agung DAP yang kini disandang oleh Lim Guan Eng begitu dominan dan amat berkuasa. Atas sebab...

Khamis, 13 Disember 2012

Utusan Online - Politik

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


MIC berada dalam momentum terbaik hadapi pilihan raya umum

Posted: 13 Dec 2012 10:42 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 13 Dis. - MIC kini berada dalam situasi terbaik bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang selepas mendapat suntikan semangat dalam Perhimpunan Agung MIC Ke-66 yang diadakan baru-baru ini.

BN guna formula 50% muka baharu

Posted: 13 Dec 2012 10:42 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 13 Dis. - Barisan Nasional (BN) mungkin menggunakan formula 50 peratus calon muka baharu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

Isnin, 10 Disember 2012

Utusan Online - Politik

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Dakwaan bermotif politik

Posted: 10 Dec 2012 08:47 AM PST

[unable to retrieve full-text content]PUTRAJAYA 10 Dis. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) menyifatkan isu dakwaan pembangkang bahawa terdapat 300,000 kaum India di negara ini tidak memiliki taraf kewarganegaraan...

Bantah tanah wakaf pondok jadi markas Pas

Posted: 10 Dec 2012 08:47 AM PST

[unable to retrieve full-text content]PENDANG 10 Dis. - Sekumpulan penduduk dari sekitar Kampung Huma Besar, di sini membuat laporan polis kerana mendakwa kepimpinan Pas mahu mengambil alih tanah wakaf Pondok Tarbiyah Awladiyah di kampung itu...

Jumaat, 7 Disember 2012

Utusan Online - Politik

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Apa kriteria Hadi pilih jemaah menteri pakatan pembangkang?

Posted: 07 Dec 2012 09:39 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 7 Dis. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu menjelaskan kepada umum kriteria yang bakal digunakan beliau dalam melantik anggota jemaah menteri sekiranya pembangkang memenangi Pilihan...

Waspada dana khas biayai ahli BN sabotaj parti

Posted: 07 Dec 2012 09:39 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 7 Dis. - UMNO dan Barisan Nasional (BN) diingatkan berwaspada dengan taktik kotor pembangkang yang kini mewujudkan dana khas bagi membiayai ahli BN yang kecewa untuk melakukan sabotaj serta...

Rabu, 5 Disember 2012

Utusan Online - Dalam Negeri

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Pelajar perubatan antara yang ditemu duga awal

Posted: 05 Dec 2012 01:15 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUANTAN 5 Dis. - Penuntut semester akhir jurusan perubatan, farmasi dan pergigian kini ditemu duga lebih awal oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi mengisi kekosongan jawatan dalam bidang terbabit.

Dua maut, lima parah dalam nahas di Dungun

Posted: 05 Dec 2012 01:05 AM PST

[unable to retrieve full-text content]DUNGUN 5 Dis. - Dua maut manakala lima lagi termasuk seorang kanak-kanak yang dalam perjalanan untuk berkhatan parah, apabila dua kereta bertembung dalam kejadian di Km 12.5 Jalan Dungun-Bukit Besi, di...

Dr. Hasan bukan lagi Ketua Pengarah Kesihatan

Posted: 05 Dec 2012 12:57 AM PST

[unable to retrieve full-text content]PUTRAJAYA 5 Dis. - Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman yang diturunkan satu gred susulan kes khalwat bulan lalu, kini bukan lagi Ketua Pengarah Kesihatan, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)...

Harian Metro: Setempat

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Setempat


Tetak pagar rumah

Posted: 04 Dec 2012 11:07 AM PST

SHAH ALAM: "Ketika sedang tidur lena, tiba-tiba saya dikejutkan dengan bunyi bising di luar rumah. Saya bangun dan keluar meninjau keadaan sebelum mendapati bumbung dan dinding bahagian tepi rumah terbakar. Saya memadamkan kebakaran itu sebelum menghubungi polis," kata akauntan, S Suhan, 26.

Mangsa yang juga Ketua Pemuda MIC Seksyen 19, Shah Alam berkata, ketika kejadian jam 5.20 pagi itu, tiga ahli keluarganya iaitu ayah, emak dan abang selain seorang pembantu rumah berada di rumah di Jalan 20/12, Seksyen 20, di sini.


Katanya, sejurus selepas kejadian, dia memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati tiga lelaki menaiki Perodua Kelisa berhenti di depan rumah.

"Lelaki terbabit keluar dari kereta sebelum melempar dua botol molotov koktel dalam botol arak. "Berdasarkan rakaman CCTV itu, seorang daripada lelaki yang memakai kain penutup kepala berwarna hijau dan putih mengeluarkan parang daripada kenderaan sebelum menetak pagar rumah saya," katanya.


Suhan berkata, beliau keluar dan memeriksa pagar rumah sebelum mendapati ada kesan tetakan.


"Saya terkejut dengan kejadian ini dan tidak tahu apa motif mereka melakukan perbuatan itu. "Ini satu perbuatan terkutuk kerana mungkin ada sesetengah pihak yang tidak senang hati melihat saya melakukan kerja sosial terhadap penduduk di kawasan ini," katanya.

Bagaimanapun, Suhan berkata, beliau bersyukur kerana semua ahli keluarganya terselamat selain tiada kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku.


Kira-kira 10 minit kemudian, sebuah kereta Suzuki yang diletakkan di Jalan 19/4, Seksyen 19, di sini, rosak teruk selepas cermin hadapan dan belakangnya dipecahkan individu yang tidak dikenali jam 5.30 pagi, hari sama.

Selain itu, suspek mengetuk bahagian hadapan dan belakang kereta berkenaan sehingga kemek sebelum melarikan diri.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dua kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut akan dilakukan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/05



Kempen kerdil impak besar

Posted: 04 Dec 2012 11:04 AM PST

KUALA LUMPUR: Kempen Cegah Jenayah Syariah dengan bertemakan Jom Cegah Jenayah Syariah yang dilaksanakan Jabatan Agama Islam dan Wilayah Persekutuan (Jawi), kelmarin walaupun dilihat kerdil, tetapi memberi impak besar kepada masyarakat.

Penasihat Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tuan Asmawi Tuan Umar berkata, pendekatan dakwah melalui kempen itu membuktikan Jawi sebagai agensi penguat kuasa agama mengambil perhatian serius terhadap permasalahan masyarakat.


"Kempen Jawi itu bertujuan memberitahu masyarakat bahawa pihak penguat kuasa agama tidak berdiam diri atau melepaskan batuk di tangga dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/05



Berita Harian: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Mutakhir


Saham KL ditutup kukuh

Posted: 05 Dec 2012 02:51 AM PST

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini dengan unjuran ekonomi yang positif bagi tahun depan membantu merancakkan sentimen pasaran, kata para peniaga.

Petunjuk utama pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 6.18 mata kepada 1,613.79.

Indeks utama itu bergerak antara 1,609.35 dan 1,614.51 selepas dibuka pada 1,609.54.

Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia menjangkakan ekonomi Malaysia akan berkembang kepada 5.6 peratus tahun depan berdasarkan kepada persekitaran ekonomi global yang menggalakkan.

Sementara itu, niaga janji bernilai RM28 bilion yang dimeterai semalam bagi pembangunan dalam bidang nanoteknologi serta beberapa pelaburan ikonik di Iskandar Malaysia, dilihat segagai pemangkin utama yang lain untuk pertumbuhan ekonomi negara.

Dalam pada itu, penganalisis teknikal kanan TA Securities, Stephen Soo berkata pergerakan Bursa Malaysia adalah seiring dengan prestasi pasaran serantau yang lain, dirangsang oleh mandat daripada pemimpin baharu China untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara itu tahun hadapan.

"Pelabur mengalihkan fokus mereka daripada isu jurang fiskal AS untuk mengharapkan pertumbuhan di ekonomi kedua terbesar di dunia, China, akan pulih lebih cepat daripada yang dijangkakan," kata beliau kepada Bernama.
Pemimpin Parti Komunis China itu berikrar untuk membuat dasar yang lebih disasarkan dan cekap tahun depan untuk membantu ekonomi pulih, sekali gus menyaksikan saham-saham serantau dan pasaran komoditi bergerak lebih baik hari ini.

Saham-saham untung mengatasi saham rugi dengan 361 berbalas 293 sementara 345 kaunter tidak berubah, 634 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mengukuh kepada 829.126 juta saham bernilai RM1.19 bilion daripada 788.99 juta saham bernilai RM1.24 bilion semalam.

Indeks Kewangan melonjak 46.18 mata kepada 15,031.56, Indeks Perindustrian
lebih tinggi 9.77 mata kepada 2,671.70 dan Indeks Perladangan naik 7.86 mata kepada 7,898.48.

Indeks FBM Ace, bagaimanapun, turun 6.29 mata kepada 4,174.68.

Indeks FBM Emas lebih tinggi 36.38 mata kepada 10,992.97, FBMT100 meningkat 37.45 mata kepada 10,845.69 dan Indeks FBM Mid 70 menambah 22.319 mata kepada 12,056.14.

Antara saham-saham aktif, Astral Supreme-Warr menambah satu sen kepada 10.5 sen, Takaso Resources jatuh 1.5 sen kepada 25.5 sen, Tiger Synergy kekal pada 34 sen sementara Astral Supreme lega setengah sen kepada 26 sen.

Untuk saham berwajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM9.07, CIMB melonjak enam sen kepada RM7.54, Sime Darby kerugian satu sen kepada RM8.96 sementara Axiata meningkat tiga sen kepada RM5.96.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama menokok kepada 654.49 juta unit bernilai RM1.17 bilion daripada 586.86 juta unit bernilai RM1.21 bilion pada hari Selasa.

Jumlah dagangan di pasaran Ace turun kepada 126.13 juta saham bernilai RM20.23 juta daripada 151.70 juta saham bernilai RM20.99 juta semalam.

Waran susut kepada 44.99 juta unit bernilai RM2.66 juta daripada 48.53 juta unit bernilai RM2.49 juta sebelumnya.

Produk pengguna menguasai 95.718 juta saham di Pasaran Utama, produk perindustrian 197.583 juta, pembinaan 18.409 juta, urus niaga dan perkhidmatan 193.737 juta, teknologi 44.119 juta, infrastruktur 14.533 juta, kewangan 34.0 juta, perhotelan 190,700, hartanah 38.435 juta, perladangan 11.932 juta, perlombongan 5,000, REIT 5.818 juta dan dana tertutup 1,000. - BERNAMA

Jenain minta maaf kepada keluarga Aminulrasyid

Posted: 05 Dec 2012 02:49 AM PST

SHAH ALAM: Walaupun Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan beliau daripada tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, dua tahun lepas, Koperal Jenain Subi tetap merendah diri memohon maaf kepada keluarga remaja lelaki itu.

"Saya minta maaf kepada keluarga Aminulrasyid atas apa yang berlaku," katanya ketika ditemui pemberita di luar mahkamah.

Jenain yang ditemani peguam belanya, M.Athimulan, Salim Bashir dan Halim Ashgar Mohd Hilmi berkata keputusan mahkamah juga telah membuktikan bahawa beliau tidak bersalah.

"Alhamdulillah...semua ini kuasa Tuhan dan selama ini saya berserah kepadaNya. Hari ini telah terbukti siapa salah dan siapa tidak salah dan akhirnya saya mendapat keadilan yang sewajarnya," katanya yang tidak dapat menahan tangisan.

Terdahulu, Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli membuat keputusan membebaskan Jenain daripada tuduhan selepas menerima rayuan anggota polis itu terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen di sini pada September tahun lepas.

Sejurus hakim membacakan keputusannya, Jenain yang memakai kemeja dan berkopiah putih mengalirkan air mata dan tersenyum. Isteri serta seorang anak perempuannya yang berada di galeri awam turut menangis kegembiraan.

Beliau yang pernah bertugas sebagai polis mahkamah turut menerima ucapan tahniah daripada beberapa anggota polis yang hadir memberikan sokongan moral.
Jenain, 49, yang ketika kejadian bertugas di Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15, antara 1.10 pagi dan 2 pagi, 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Aminulrasyid disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepala.

Ditanya sama ada beliau masih ingin meneruskan khidmat dalam pasukan polis, Jenain yang kini digantung tugas berkata kejadian itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkhidmat sebagai anggota polis.

"Saya tetap akan teruskan perjuangan dan berkhidmat untuk pasukan polis serta kerajaan," kata bapa kepada empat orang anak yang berkhidmat selama 25 tahun dalam pasukan polis.

Sementara itu, ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohamad, 62, berkata keluarganya tidak berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Jenain daripada tuduhan menyebabkan kematian anaknya.

Beliau berkata keluarganya akan berbincang dengan peguam untuk membuat semakan terhadap keputusan itu.

"Sudahlah keputusan awal ke atas tertuduh sebelum ini hanya menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan kali ini dalam keputusan rayuan tertuduh dibebas daripada kesalahan itu.

"Saya sebagai seorang ibu mahukan hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh kerana anak saya bukan penjenayah tetapi hanya tidak memiliki lesen memandu semasa kejadian berlaku," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Seksyen 11 di sini hari ini.

Norsiah berkata, beliau hanya mengetahui mengenai keputusan pembebasan Jenain selepas dihubungi anak sulungnya, Nor Azura, 42, yang membaca berita di Internet.

Beliau berkata, keluarganya tidak dapat hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan kerana semua anaknya sibuk bekerja dan hanya mampu berdoa di rumah supaya anggota polis itu dijatuhi hukuman setimpal.

"Bagaimanapun saya amat terkejut dan terkilan dengan keputusan ini. Saya juga rasa sangat sedih kerana kematian anak saya seolah-olah tidak mendapat pembelaan sewajarnya," katanya. - BERNAMA

Selasa, 4 Disember 2012

Berita Harian: Nasional

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Nasional


WIEF jana projek RM28b

Posted: 04 Dec 2012 02:56 PM PST

Johor Bahru: Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Ke-8 yang bermula semalam, menyaksikan enam memorandum persefahaman (MoU) dimeterai membabitkan projek dianggarkan bernilai RM28 bilion.

Majlis pertukaran dokumen antara beberapa firma tempatan dan asing itu disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta pemimpin negara yang hadir pada forum tahunan berkenaan.

Antara memorandum berkenaan termasuk yang dimeterai antara Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia Bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) dan NanoMalaysia Bhd untuk bekerjasama bagi mengenal pasti penerima Program Offset dalam industri berasaskan teknologi nano daripada pelbagai sektor.

Tandatangani perjanjian Sunway City Sdn Bhd memeterai perjanjian langganan dan pemegang saham bersama Iskandar Asset Sdn Bhd untuk mereka bentuk konsep, mengurus, melaksana dan memajukan projek Sungai Pendas yang mempunyai potensi nilai pembangunan kasar (GDV) RM12 bilion.

UEM Land Bhd pula memeterai MoU bersama firma China, Chinamall Holding Pt Ltd untuk membangunkan China Mall, iaitu sebuah pusat dagangan dan pameran produk keluaran republik itu di Nusajaya, Iskandar Malaysia dengan nilai anggaran RM562 juta.

Pada masa sama, UEM Land juga memeterai perjanjian kerjasama dengan Iskandar Investment Bhd (IIB) dan Telekom Malaysia Bhd (TM) untuk melaksana infrastruktur komunikasi serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta beberapa perkhidmatan telekomuninasi bagi merealisasikan aspirasi Nusajaya sebagai bandar raya pintar dan terhubung.

Usaha sama juga termeterai bagi kerjasama Infrastruktur dan Perkhidmatan Bandar Raya Pintar+Terhubung di Nusajaya antara UEM Land, IIB, TM, Centions Co Ltd dan Cisco System International BV untuk meninjau peluang menyediakan prasarana bandar raya pintar, menubuhkan sebuah syarikat operasi perkhidmatan terurus serta menubuhkan sebuah Pusat Inovasi Global (GIC) Nusajaya.
Perjanjian terakhir membabitkan pembangunan Motorsport City bernilai RM3.5 bilion di Gerbang Nusajaya yang dimeterai antara UEM Land dan firma Singapura, Fastrack Autosport Pt Ltd.

Pada majlis pertukaran dokumen berkenaan, pemandu kereta lumba Formula One (F1) McLaren, Lewis Hamilton menghadiahkan cenderamata sepasang jaket yang ditandatanganinya kepada Najib bagi pihak UEM Land.

Pelumba kelahiran United Kingdom itu hadir sebagai tanda sokongannya terhadap projek Motorsport City.

Forum tiga hari itu, disertai lebih 2,000 delegasi dari 86 negara. Antara pemimpin yang hadir adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Singapura Thurman Shanmugaratnam dan Presiden Comoros, Dr Ikililou Dhoinine.

Fahaman syiah menular di Perlis

Posted: 04 Dec 2012 02:55 PM PST

Kangar: Jabatan Mufti Perlis mengesan gerakan membawa masuk fahaman Syiah yang difatwakan haram ke negeri ini.

Beberapa pengikut Syiah dikesan mengedar risalah berkaitan fahaman itu di beberapa majlis terutama anjuran jabatan itu sejak dua hari lalu.

Timbalan Mufti Perlis, Roslan Esa, berkata risalah bertajuk Forum Hal Ehwal Islam (Mencintai Sahabat Rasulullah)' yang diedar itu turut mengguna pakai nama Jabatan Mufti Perlis sebagai penganjur bagi mengelirukan umat Islam.

Roslan berkata, ratusan risalah diedar kumpulan yang disyaki penganut Syiah dari Kedah itu dalam dua majlis anjuran pihaknya di sekitar daerah ini.

"Kali pertama risalah itu diedar pada majlis di Masjid Tuanku Syed Putra, di sini, malam kelmarin, sebelum tindakan itu sekali lagi dikesan ketika seminar 'Mencintai Sahabat Nabi' di Dewan Warisan di sini, pagi tadi.

"Kita sudah buat laporan polis berhubung tindakan kumpulan terbabit termasuk penggunaan nama Jabatan Mufti Perlis yang dikhuatiri bukan saja mengelirukan, malah berpotensi menimbulkan ancaman.

"Malah, perkara itu akan turut dimaklumkan kepada Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) untuk tindakan susulan kerana dakyah dibawa kumpulan itu berbahaya dan boleh menyesatkan akidah umat Islam," katanya di sini, semalam.
Risalah bertajuk 'Forum Hal Ehwal Islam (Mencintai Sahabat Rasulullah)' itu mengandungi empat tajuk utama iaitu Pandangan Syiah Terhadap Sahabat, Tuduhan Terhadap Syiah Tentang Kemurtadan Para Sahabat, Pendirian Syiah Terhadap Perbalahan Para Sahabat dan Mengisahkan Keburukan Para Sahabat.

"Kita percaya wujud gerakan tersembunyi yang berusaha menyebarkan fahaman berkenaan dan kumpulan itu dilihat semakin berani melakukan aktiviti itu secara terbuka termasuk di majlis rasmi serta tempat ibadat.

"Kita yakin kumpulan ini sedang berusaha menerapkan ajaran Syiah ke seluruh Malaysia dan mereka kini mula menyebarkan fahaman berkenaan di Perlis selepas didakwa semakin kukuh di Kedah," katanya.

Utusan Online - Mahkamah

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Tertuduh buat laporan polis, mahkamah lantik peguam

Posted: 04 Dec 2012 09:52 AM PST

[unable to retrieve full-text content]SHAH ALAM 4 Dis. - Selepas 'dikejutkan' dengan penarikan diri dua peguam bela pada perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya semalam, Mahkamah Tinggi di sini hari...

Lelaki tidak mengaku samun salon

Posted: 04 Dec 2012 09:52 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KOTA BHARU 4 Dis. - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima tuduhan termasuk melakukan rompakan bersenjatakan pisau dan pistol tiruan di sebuah salon di Kuala...

Utusan Online - Rencana

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Antara janji benar, janji bayang-bayang

Posted: 04 Dec 2012 09:52 AM PST

[unable to retrieve full-text content]SEMASA gelagat seorang individu disentuh sepintas lalu dalam ucapan penggulungan Presiden UMNO Sabtu lepas, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Labuan, Datuk Yusoff Mahal ada di situ. Beliau turut mendengar...

Menilai 'politik bersekedudukan' Pas

Posted: 04 Dec 2012 09:52 AM PST

[unable to retrieve full-text content]''ADAKAH nafsu untuk berkuasa mengatasi prinsip perjuangan? Adakah matlamat telah menghalalkan cara? Tidak mengapalah kalau tidak melibatkan orang lain, tetapi apa yang tragisnya, ia telah menjadi pesta...

Harian Metro: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Mutakhir


Beri laporan kepada pembayar zakat: Jamil Khir

Posted: 04 Dec 2012 01:01 AM PST

PUTRAJAYA: Semua majlis dan jabatan agama Islam negeri disaran mengeluarkan kad laporan agihan zakat kepada pembayar zakat, sebagai galakan kepada mereka untuk terus berzakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, amnya, menjelang hujung tahun antara 80 hingga 90 peratus daripada kutipan zakat telah diagih kepada golongan asnaf.

Baki dalam 20 peratus itu akan dibawa ke tahun depan, terutama untuk agihan pada Januari dan Februari kerana pada bulan itu jumlah kutipan zakat agak berkurangan, katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2012, di sini, hari ini.

Katanya golongan asnaf tertinggi yang menerima agihan zakat ialah fakir miskin, diikuti pembiayaan pendidikan.


Dalam pada itu, Jamil Khir berkata sejak kebelakangan ini agihan zakat setiap negeri menunjukkan peningkatan, menandakan jumlah kutipan juga meningkat.


Ini menandakan umat Islam di negara ini semakin sedar akan ibadah berzakat, katanya menambah jumlah kutipan lazimnya meningkat ketika bulan puasa dan hujung tahun. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/04



9 pemain kelab, negeri setuju sertai Harimau Muda A: Kim Swee

Posted: 04 Dec 2012 12:58 AM PST

KUALA LUMPUR: Sembilan pemain daripada pasukan kelab dan negeri telah menyatakan persetujuan menyertai pasukan Harimau Muda A (skuad bawah 23 tahun negara) pada musim depan, kata ketua jurulatih skuad berkenaan, Ong Kim Swee.

Pemain terbabit ialah Mohd Rozaimi Abd Rahman (Sabah), Muhammad Nurridzuan Abu Hassan, D Kenny Pallraj (Perak); Muhammad Zubir Mohd Azmi (Terengganu), Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim (Kelantan) dan Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (PKNS FC).

Mohamad Firdaus Muhamad (Harimau Muda B), Saiful Ridzuwan Selamat (UiTM FC) dan Adam Nor Azlan dari Sekolah Sukan Bukit Jalil.

"Kesemua pemain tersebut telah melapor diri semalam kecuali dua pemain dari Perak yang membantu pasukan mereka menghadapi (Perlis) pada suku akhir kedua Piala Emas Raja-Raja (di Stadium Perak, Ipoh), hari ini," katanya kepada Bernama, hari ini.


Kim Swee berkata pemain yang belum melapor diri akan berbuat demikian pada sesi latihan pasukan berkenaan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, petang esok.


"Selain sembilan pemain tersebut, saya turut berminat mendapatkan pemain pertahanan dari Selangor PKNS iaitu Mohd Aminuddin Mohd Noor bagi memperkuatkan pasukan menghadapi kejohanan-kejohanan pada tahun depan.

"Saya difahamkan, Mohd Aminuddin bersama Mohd Azrif Nasrulhaq kini bersama pasukan Selangor PKNS menghadapi perlawanan persahabatan sebagai persiapan menghadapi Liga Malaysia tahun depan, namun saya berharap dapat menyelesaikan proses mendapatkan kedua-dua pemain berkenaan sebelum 10 Dis ini," katanya.

Beberapa pemain skuad berkenaan telah meninggalkan pasukan itu berikutan telah melebihi had umur, antaranya pemain kebangsaan Mahalli Jasuli yang menyertai pasukan Selangor.

Skuad Harimau Muda A bakal beraksi di Eropah musim depan sebagai persediaan awal mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2013 di Myanmar dan tempat mereka dalam Liga Singapura akan digantikan skuad Harimau Muda B yang dikendalikan bekas jurulatih Kuala Lumpur, Razip Ismail. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/04