Sabtu, 26 Februari 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Misi keluarkan 131 rakyat Malaysia dari Libya selesai

Posted: 26 Feb 2011 01:22 PM PST

Nasional

 NAJIB  bersalaman dengan orang ramai selepas  merasmikan Klinik 1Malaysia di Taman Mutiara, Sungai Bedaun,  Labuan, semalam.

NAJIB bersalaman dengan orang ramai selepas merasmikan Klinik 1Malaysia di Taman Mutiara, Sungai Bedaun, Labuan, semalam.

Kumpulan pertama dijangka tiba di ibu negara awal pagi esok

LABUAN: Misi mengeluarkan 131 rakyat Malaysia dari Libya sudah selesai dan mereka kini berada di Rome, Itali, sementara menunggu dibawa pulang ke tanah air dengan kumpulan pertama dijangka tiba seawal pagi esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata mereka terbabit dibawa keluar menggunakan pesawat Air Tunisia. "Saya dimaklumkan misi mengeluarkan mereka sudah selesai. Mereka kini berada di Rome sementara menunggu dibawa pulang ke tanah air dengan Penerbangan Malaysia (MAS).

"Mereka dibawa keluar menggunakan penerbangan Air Tunisia kerana pesawat Charlie C-130 yang dihantar tidak diberi hak pendaratan.

"Sebaik tiba di Tunis, mereka menaiki C-130 ke Rome sebelum kembali ke Malaysia," katanya pada sidang media selepas merasmikan Klinik 1Malaysia ke-78 di Taman Mutiara, Sungai Bedaun di sini, semalam.

Mengulas keengganan penuntut Malaysia di Libya kembali ke tanah air, Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak boleh memaksa mereka.
"Keputusan sama ada mereka mahu diselamatkan atau kekal di lokasi masing-masing adalah pilihan peribadi," katanya.

Di KUALA LUMPUR, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, dalam satu kenyataan semalam, berkata rakyat Malaysia tiba di Itali jam 11.40 malam kelmarin.

"Kumpulan pertama seramai 92 orang akan bertolak pulang ke tanah air hari ini menerusi penerbangan MAS MH 015 dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada jam 6.50 pagi esok. Kumpulan kedua pula seramai 38 orang, dijadual tiba di tanah air pada 2 Mac jam 6.50 pagi," katanya.

Selain itu, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Mohamed Tajudeen Abdul Wahab, yang dihubungi semalam berkata, tujuh pelajar Malaysia yang masih terkandas di Tripoli diminta mendapatkan bantuan negara lain andai mengambil keputusan untuk keluar.

Pelajar terbabit sebelum ini membuat keputusan untuk tidak mahu pulang ke tanah air bersama 131 yang lain, walaupun sudah beberapa kali dihubungi Kedutaan Malaysia di Tripoli.

"Mereka sejak mula enggan pulang meskipun beberapa kali dipujuk. Bagaimanapun, mereka menukar fikiran pada saat akhir, tetapi ia sudah terlambat kerana pesawat yang membawa keluar rakyat Malaysia yang lain sudah pun berlepas.

"Kami meminta mereka mendapatkan bantuan negara lain seperti Britain dan Amerika Syarikat," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Enam warga kita dilapor hilang selamat

Posted: 26 Feb 2011 01:20 PM PST

Nasional

KUALA LUMPUR: Rekod perubatan Sandra Hii dari Sibu, Sarawak yang dilaporkan hilang selepas gempa bumi di Christchurch, New Zealand Selasa lalu, diserahkan kepada Jabatan Pertahanan Awam negara itu, semalam.

Ketua bilik operasi Malaysia, Ayauf Bachi, berkata rekod perubatan itu adalah dokumen penting yang diperlukan pasukan mencari dan menyelamat untuk mengenal pasti identiti wanita berkenaan jika ditemui dalam gerakan itu.

"Rekod perubatan itu ditemui rakan serumah wanita itu yang kemudian menyerahkannya kepada kami. Kami menyerahkan rekod perubatan itu kepada pasukan penyelamat New Zealand pagi tadi (semalam) untuk rujukan mereka selepas taklimat harian operasi mencari mangsa gempa bumi. "Kita menghargai komitmen pasukan penyelamat New Zealand mencari mangsa gempa bumi yang hilang," katanya ketika dihubungi, semalam.

Sandra, 34, bertugas di Pusat Bahasa, King's Education College adalah antara tujuh rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang sejak gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Ritcher melanda bandar itu.

Sementara itu, Ayauf mengesahkan enam rakyat Malaysia dilaporkan hilang di Christchurch, New Zealand dalam kejadian gempa bumi berada dalam keadaan selamat, walaupun dilaporkan hilang sebelum ini.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan