Khamis, 24 Februari 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Peniaga OKU ditindas

Posted:

Peniaga OKU ditindas

Peniaga OKU ditindas

Oleh WAN RAHIMAH WAN DRAMAN
kota@utusan.com.my


Cha Seah Nee (duduk, dua dari kiri) bersama rakan-rakannya menunjukkan salinan laporan polis mengenai kekasaran yang dilakukan oleh kakitangan MBPJ di Petaling Jaya, semalam.


PETALING JAYA 24 Feb. - Usaha golongan orang kurang upaya (OKU) untuk hidup berdikari dan mencari pendapatan sendiri ternyata tidak semudah yang dijangka.

Malah, mereka turut menjadi mangsa penindasan pihak-pihak tertentu walaupun perkara berkenaan tidak sepatutnya berlaku.

Itulah yang berlaku kepada seorang peniaga OKU apabila tapak gerai yang telah diperuntukkan kepadanya sebelum ini cuba ditukar oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Lebih menyedihkan, pihak berkuasa tempatan itu didakwa turut mengugut dan mengasarinya dalam usaha memaksa peniaga itu dan beberapa peniaga kecil lain berpindah dari gerai yang diperuntukkan kepada mereka sebelum ini.

Insiden di pasar Taman Megah di sini itu didakwa berlaku sejak beberapa minggu lalu.

Peniaga OKU, Cha Seah Nee, 39, berkata, dia tidak menyangka kakitangan MBPJ sanggup bertindak begitu kasar terhadap OKU sepertinya.

"Saya bukan peniaga haram. Saya ada lesen dan telah diberikan tapak gerai untuk saya, sesuai dengan keupayaan saya sebagai OKU," katanya yang berkerusi roda kerana lumpuh kedua-dua belah kaki.

Seah Nee ditemui pemberita selepas bersama empat peniaga lain membuat laporan di Balai Polis Sea Park hari ini berhubung tindakan kasar serta ugutan oleh pihak MBPJ itu.

Mereka membuat laporan dengan bantuan Badan Latihan dan Hidup Berdikari (ILTC).

Kekecewaan sama turut dialami oleh Daisy Rani, 48, yang menjual bunga di kawasan itu.

Menurutnya, dia telah diberi lesen untuk berniaga di salah satu tapak bahagian hadapan di pasar berkenaan sejak beberapa bulan lalu.

"Tapi beberapa minggu lalu, pihak MBPJ tiba-tiba meminta dan mendesak kami mengosongkan tapak berkenaan dan berpindah ke bahagian belakang yang lebih jauh," katanya kesal.

Tindakan itu bukan sahaja menyukarkan kami tetapi juga akan merugikan.

"Kami tidak setuju kerana ia jauh dan menyukarkan kami untuk memunggah barang jualan," katanya.

Sementara itu, Presiden ILTC, G. Francis Siva ketika ditemui berkata, MBPJ bukan sahaja telah mendiskriminasikan golongan OKU malah menyekat peluang mereka untuk hidup berdikari.

Katanya, baru-baru ini, satu memorandum telah diserahkan kepada Ahli Majlis MBPJ, T. Anthony Siva Balan bagi membawa perkara itu kepada Datuk Bandar Petaling Jaya.

Siva Balan yang menyifatkan tindakan itu sebagai kejam meminta Datuk Bandar menyiasat perkara itu bagi mencari punca tindakan tersebut diambil oleh MBPJ.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pasukan khas kutip tunggakan cukai RM27j

Posted:

Pasukan khas kutip tunggakan cukai RM27j

Pasukan khas kutip tunggakan cukai RM27j


Mazalan Md. Noor (kiri), Azman Yusoff (kanan) dan Emran Kadir melancarkan Ensiklopedia Who's Who Under The Administration Of Majlis Bandaraya Shah Alam di Galeri Wisma MBSA, Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 24 Feb. - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi mengutip tunggakan cukai yang kini ditaksirkan berjumlah RM27 juta.

Datuk Bandar, Datuk Mazalan Md. Noor berkata, perangkaan sehingga bulan ini mendapati, ramai individu dan syarikat masih gagal menjelaskan cukai mereka termasuk yang tertunggak melebihi empat tahun.

"Penubuhan pasukan itu yang berkuat kuasa serta-merta akan melibatkan lima pasukan terdiri daripada enam anggota penguat kuasa.

"Mereka akan bertugas selepas waktu pejabat bagi mengesan pihak yang masih gagal menjelaskan tunggakan cukai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Ensiklopedia Who's Who Under The Administration Of Majlis Bandaraya Shah Alam di sini hari ini.

Hadir sama, Orang Besar Daerah Petaling, Datuk Emran Kadir dan Ketua Pegawai Eksekutif The Malaysian Tourism Book of Records (TMTBOR), Azman Yusoff.

Menurut Mazalan, anggota pasukan khas itu dilantik di kalangan pegawai MBSA bagi menjimat kos operasi berbanding melantik agensi luar untuk mengutip tunggakan cukai tersebut.

"Memandangkan anggota kita akan bekerja selepas waktu pejabat, kita mempertimbangkan untuk memberi imbuhan kepada mereka pada kadar lima peratus daripada setiap kutipan tunggakan cukai yang dibuat," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, ensiklopedia yang diterbitkan oleh MBSA dengan kerjasama TMTBOR itu akan diedarkan secara percuma kepada semua jabatan serta agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, perpustakaan, pusat komuniti dan syarikat korporat mulai Julai ini.

Katanya, ensiklopedia yang mengandungi fakta dan maklumat terperinci dan terkini mengenai Shah Alam itu merupakan usaha MBSA bagi mempromosi bandar raya ini sebagai lokasi utama pelancongan, pelaburan, pendidikan dan sebagainya.

Katanya, ensiklopedia sebanyak tiga siri itu memuatkan direktori syarikat yang beroperasi di bandar raya ini meliputi sektor perkilangan, kejuruteraan dan pertanian untuk memudahkan para pelabur memulakan operasi mereka di sini.

Tambah beliau, perangkaan menunjukkan Shah Alam merupakan penyumbang tertinggi dari segi pelaburan pada tahun lalu dengan Laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menyebut negeri ini secara keseluruhannya mempunyai 325 projek melibatkan nilai pelaburan sejumlah RM10.6 bilion bagi tahun ini.

"Melalui penerbitan ensiklopedia ini, kita harap ia membantu memudahkan lagi semua pihak khususnya pelancong dan pelabur untuk datang ke bandar raya ini," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jalan Tun Razak banjir

Posted:

Jalan Tun Razak banjir

Jalan Tun Razak banjir


PENGGUNA jalan raya terperangkap dalam kesesakan selepas hujan lebat menyebabkan sebahagian Jalan Tun Razak berhampiran Institut Jantung Negara ditenggelami air, semalam.


KUALA LUMPUR 24 Feb. – Hujan lebat selama kira-kira setengah jam di ibu negara petang ini menyebabkan beberapa jalan utama dinaiki air hingga menyebabkan kesesakan.

Di Jalan Tun Razak, berdekatan Institut Jantung Negara (IJN), air naik sehingga hampir menenggelami tayar kereta dan menyebabkan pergerakan kenderaan terhenti buat seketika.

Tidak jauh dari situ, air turut menenggelami permukaan jalan berdekatan Kolej Telekom di Lorong Gurney hingga menyebabkan beberapa buah kereta terperangkap di dalam banjir kilat.

Jurucakap Bilik Gerakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, banjir berlaku di kawasan itu disebabkan kolam tebatan banjir di Keramat melimpah dan memasuki Sungai Gombak dan kemudian melimpah ke jalan raya di kawasan berkenaan.

"Sebanyak lima atau enam buah kereta telah terperangkap di hadapan Kolej Telekom. Skuad penyelamat kami pihak kami dan bomba telah menghantar bantuan untuk mengalihkan kereta berkenaan," katanya apabila dihubungi.

Katanya, kesesakan jalan raya dianggarkan berlaku sepanjang empat kilometer di Jalan Tun Razak akibat kejadian banjir kilat itu.

Ujarnya, banjir kilat turut berlaku berdekatan bangunan Risda di Jalan Ampang dan satu lorong telah ditutup untuk mengelak berlaku kejadian tidak diingini.

"Kami telah menutup lorong kiri kedua-dua arah di Jalan Tun Razak untuk membolehkan kenderaan melepasi kawasan itu. Bagaimanapun, kesesakan masih berlaku tetapi keadaan adalah terkawal," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan