Ahad, 27 Februari 2011

Utusan Online - Pahang

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Nafi harga barang naik selepas PRK

Posted:

Nafi harga barang naik selepas PRK

Nafi harga barang naik selepas PRK

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my


ISMAIL Sabri Yaakob berbual dengan peniaga dan penduduk Kerdau ketika mengadakan lawatan ke pekan tersebut di Temerloh, kelmarin.


TEMERLOH 27 Feb. - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencabar kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang supaya menurunkan kadar cukai pintu dan tanah.

Menurutnya, walaupun pembangkang mendakwa boleh menurunkan harga barang jika memerintah negara ini, hakikatnya kadar cukai tanah terus dinaikkan.

"Mereka pun menaikkan cukai pintu dan tanah bagi menampung keperluan kewangan bagi urusan pentadbiran negeri," katanya kepada pemberita selepas melawat bilik gerakan Barisan Nasional (BN) Kampung Tekal di Kuala Tekal, dekat sini semalam.

Beliau mengulas dakwaan pembangkang kononnya kerajaan akan menaikan harga barang selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Kerdau dan Merlimau.

Menurut Ismail Sabri, dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana kenaikan harga barang terutamanya barangan import seperti daging, kentang, gandum dan lain-lain bergantung pada negara pengeluar dan pasaran dunia.

"Harga susu dan daging lembu import dari Australia kemungkinan akan naik berikutan negara itu dilanda banjir besar baru-baru ini menyebabkan banyak lembu ternakan mati," katanya.

Menurutnya, negara terpaksa mengimport daging dan susu dari Australia kerana daging ternakan tempatan tidak mencukupi bagi menampung permintaan dalam negara.

Katanya, kerajaan membelanjakan RM10.3 bilion tahun lalu bagi mengimport barangan seperti daging, bawang, tepung dan gula.

Ismail Sabri berkata, kerajaan tidak akan menaikkan harga sesuka hati seperti yang didakwa pembangkang sebaliknya terpaksa menanggung subsidi barangan kerana tidak mahu membebankan hidup rakyat.

"Walaupun subsidi membabitkan peruntukan besar, kerajaan BN akan terus memberikan subsidi kepada rakyat kerana sedar tanpa subsidi pendapatan rakyat terjejas," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan rakyat jangan terkeliru dengan dakwaan dan tohmahan palsu pembangkang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jangan terpengaruh janji pembangkang

Posted:

Jangan terpengaruh janji pembangkang

Jangan terpengaruh janji pembangkang

KUALA KRAU 27 Feb. - Masyarakat peneroka diingatkan supaya tidak terpengaruh janji pihak pembangkang yang kononnya memperjuangkan nasib mereka tetapi sebaliknya ia adalah atas kepentingan politik sahaja.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, ada segelintir pemimpin pembangkang yang gemar berjanji kepada peneroka tetapi tidak dapat melaksanakannya.

Menurut beliau, setiap kali pilihan raya kecil diadakan, kalangan pemimpin terbabit menabur janji bagi tujuan meraih undi tetapi apabila tewas mereka pergi begitu sahaja.

"Jangan gadaikan maruah dan kepentingan diri hanya kerana terpedaya dengan janji manis pihak pembangkang sedangkan warga Felda telah banyak menikmati pembangunan," katanya selepas menutup program Gerak Mesra 1Felda di Felda Jengka 23, di sini kelmarin.

Mohd. Isa berkata, Felda mempunyai keupayaan kewangan dan kepakaran dalam menyediakan kemudahan terbaik kepada warganya dan ia membuktikan masyarakat di tanah rancangan tidak memerlukan pihak pembangkang di kawasan mereka.

Beliau memberitahu, pembukaan Felda yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein adalah bertujuan menyediakan tapak pemilikan hartanah di kalangan orang Melayu.

Jelasnya, melalui pembukaan tanah rancangan yang dimulakan di Felda Lurah Bilut, Bentong aset orang Melayu semakin bertambah berbanding sebelum agensi itu diwujudkan.

"Apabila Felda diwujudkan kira-kira sejuta hektar tanah dimajukan dengan tanaman getah, sawit dan tebu membabitkan bilangan 112,636 peneroka daripada 11 Wilayah Felda di seluruh negara," katanya.

Tambahnya, orang Melayu tidak mungkin lupa bahawa banyak tanah diambil oleh syarikat asing untuk dijadikan ladang sawit dan getah serta mengambil pekerja tempatan bekerja dengan mereka.

Bagaimanapun katanya, apabila ia diambil oleh syarikat milik kerajaan (GLC) dan korporat, kehidupan pekerja ladang terbabit berubah berikutan hasil pendapatan yang meningkat dan mampu menampung kehidupan keluarga.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jangan ambil kesempatan pada PRK DUN Kerdau

Posted:

Jangan ambil kesempatan pada PRK DUN Kerdau

Jangan ambil kesempatan pada PRK DUN Kerdau

Oleh Mohd. Fairuz Yusof

Sebelum ini masyarakat di Kerdau, Temerloh menjalani kehidupan harian seperti biasa. Kalangan peniaga terus berniaga manakala peneroka serta pekebun getah dan sawit pula meneruskan kerja harian di kebun masing-masing.

Suasana di jalan raya antara Temerloh ke Jerantut melalui Pekan Kerdau sebelum ini tenang tanpa sebarang masalah trafik.

Namun, segala-galanya berubah pada minggu lalu apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau ditetapkan 26 Februari lalu manakala hari mengundi pula pada 6 Mac ini.

Pilihan Raya Kecil (PRK) itu diadakan berikutan kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim akibat serangan jantung.

Pengumuman itu sesuatu yang telah diduga kerana ia mahu diadakan serentak dengan PRK DUN Merlimau pada tarikh tersebut.

Dengan adanya pilihan raya itu sudah pasti Kerdau menjadi tumpuan pemimpin dan ahli-ahli parti yang bertanding berkampung di kawasan itu.

Poster-poster parti bertanding digantung di kawasan tertentu bagi menarik sokongan pengundi tempatan mengundi calon parti mereka.

Ada juga yang kreatif membentuk pelbagai jenis replika dengan menggunakan poster parti membentuk corak tertentu untuk menarik perhatian orang ramai.

Menariknya mengenai pilihan raya kecil di situ adalah rezeki kepada penduduk di kawasan terbabit.

Bilik-bilik hotel di Temerloh dan rumah sewa serta inap desa habis ditempah oleh pelbagai pihak termasuk petugas media.

Mungkin ia mengejutkan tetapi itulah hakikatnya jika terdapat pilihan raya kecil di negara ini.

Tetapi apa yang dikesalkan kerana terdapat segelintir pemilik rumah kawasan itu menawarkan rumah sewa pada harga tinggi.

Seorang rakan penulis yang berada di Kerdau memberitahu, ada segelintir penyewa meletakkan harga sehingga RM4,000 untuk digunakan selama seminggu sepanjang kempen pilihan raya itu diadakan.

Belum lagi harga sewa rumah lain yang dikenakan oleh penyewa pada pilihan raya tersebut.

Mungkin mereka mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian tetapi janganlah sampai mengenakan harga sewa terlalu tinggi dengan mengambil kesempatan pada pilihan raya tersebut.

Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada kalangan peniaga di kawasan itu yang menyatakan pendirian tidak menaikkan harga makanan dan minuman sepanjang kempen diadakan.

Kebanyakan yang berada di Kerdau adalah terdiri daripada orang luar Pahang untuk membantu jentera parti bertanding berkempen di situ.

Sudah pastinya masakan ikan patin masak tempoyak menjadi pilihan utama penduduk di luar Pahang.

Bukan senang mahu mencari masakan asli itu kerana Temerloh terkenal dengan ternakan ikan patin dan apabila dimasak dengan tempoyak sudah tentu menyelerakan.

Kalangan peniaga tahu bahawa jika harga dikekalkan, sudah pasti lebih ramai pelanggan datang ke tempat mereka.

Itulah contoh terbaik yang patut diikuti oleh peniaga lain. Setiap kali terdapat pilihan raya kecil atau acara besar di kawasan tertentu kekalkan harga yang ditawarkan supaya pelanggan sentiasa mengunjungi tempat mereka.

Jangan ambil kesempatan mencari keuntungan segera kerana sebaik sahaja pilihan raya selesai kehidupan kembali seperti biasa.

Oleh itu, teruskan berniaga dengan ikhlas dan kekalkan sifat yang ada supaya ia menjadi pendorong kepada pengunjung luar untuk terus datang ke situ pada masa akan datang.

DMKB: Mahu pancing ikan patin di Sungai Pahang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen