Selasa, 22 Februari 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


IPGKTAA, SMKL jalin kerjasama

Posted:

IPGKTAA, SMKL jalin kerjasama

IPGKTAA, SMKL jalin kerjasama

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my


Roselan Ahmad (kanan) dan Mohd. Jamri Mat Lela menunjukkan dokumen perjanjian kerjasama antara Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Lancang di Temerloh, semalam.


TEMERLOH 22 Feb. - Kepentingan memelihara kelestarian alam sekitar dan warisan peribumi bukan terletak di bahu kerajaan semata-mata tetapi ia perlu dipikul oleh semua pihak termasuk golongan pendidik dan pelajar.

Sehubungan itu, Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA) Kuala Lipis mengadakan kerjasama dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Lanchang (SMKL) bagi menjayakan pendidikan kelestarian alam sekitar dan warisan peribumi.

Timbalan Pengarah IPGKTAA, Roselan Ahmad berkata, kerjasama dengan SMKL itu akan menjadi pemangkin untuk memastikan rakyat terutama golongan muda menghargai alam sekitar dan mencintai warisan peribumi.

''Pelajar dan pensyarah adalah golongan yang boleh kita didik untuk memberikan kesedaran betapa pentingnya memelihara kelestarian alam sekitar demi kebaikan dan kesejahteraan hidup masa depan mereka sendiri.

''Selain mempelajari pemuliharaan alam sekitar daripada SMKL, kami di IPGKTAA juga dapat menawarkan tenaga pengajar dalam Pedagogi Peribumi Kebangsaan (PPK) yang boleh kita kongsi dengan pelajar sekolah ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika mengetuai para pensyarah IPGKTAA melawat SMKL dan menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara kedua-dua pihak di sini hari ini.

Pada majlis itu, para pensyarah terbabit turut mengadakan dialog dengan guru-guru SMKL dan melawat kawasan botani, ternakan ikan dan kebun yang diusahakan oleh pelajar sekolah itu.

Sementara itu, Pengetua SMKL, Mohd. Jamri Mat Lela berkata, kerjasama dengan IPGKTAA itu adalah kesinambungan pihaknya dengan beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) sebelum ini bagi memberikan pendedahan yang lebih mendalam terhadap tanggungjawab memelihara alam sekitar.

''Sebelum ini SMKL turut dipilih oleh Kementerian Pelajaran mengadakan kerjasama dengan Tabung Hidupan Liar (WWF) Malaysia di bawah Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK).

''Kerjasama itu adalah untuk memberikan kesedaran dan mendidik anak bangsa untuk menghargai serta melindungi alam sekitar," katanya.

Tambah beliau, kerjasama dengan WWF itu berjaya menghasilkan Kit Pendidikan Alam Sekitar (KPAS) untuk pelajar tingkatan dua.

Katanya, hasil kerjasama itu, WWF membantu pihak sekolah mewujudkan kawasan botani dan menggunakan sepenuhnya bahan-bahan yang ada seperti memelihara ikan patin dan tilapia dalam longkang dan kebun sayur-sayuran.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

400 penuntut UiTM Pahang sertai Rakan Cop

Posted:

400 penuntut UiTM Pahang sertai Rakan Cop

400 penuntut UiTM Pahang sertai Rakan Cop


Fatimah Ghazali (tengah) bersama rakan dan warga UiTM Pahang menunjukkan isyarat 1Malaysia selepas pelancaran Rakan Cop di universiti tersebut di Bandar Jengka, Maran, baru-baru ini.


MARAN 22 Feb. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang, Bandar Jengka di sini melancarkan Rakan Cop melibatkan 400 penuntutnya dalam usaha meningkatkan kesedaran untuk memerangi gejala salah laku di universiti itu.

Majlis pelancaran tersebut dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Fatimah Ghazali di Dewan Serbaguna universiti itu baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah UiTM Pahang, Prof. Madya Datuk Dr. Hilmi Ab. Rahman; Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Supritendan Ahmad Johari Shahabuddin; Timbalan Ketua Cawangan Khas 1 Pahang, Asisten Komisioner Md. Shuib Hashim dan Timbalan Pengarah Kampus Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UiTM, Mohd. Mokhtar Samad.

Pada majlis sama, lebih 400 penuntut UiTM Pahang mendaftar sebagai ahli Rakan Cop secara berkelompok.

Berucap pada majlis itu, Fatimah berkata, UiTM Pahang menjadi perintis dalam mewujudkan Rakan Cop di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini.

''Rakan Cop merupakan salah satu medium perantara yang sangat efektif dalam membantu pihak polis menangani dan mengesan perlakuan jenayah pada peringkat awal lagi.

''Anggota masyarakat perlu prihatin dan peka dengan persekitaran tempat kediaman kerana penjenayah sangat bijak mengambil peluang untuk melakukan jenayah.

''Ahli Rakan Cop berperanan sebagai ejen polis dengan menghubungi pusat kawalan kontinjen untuk melaporkan kejadian jenayah atau terdapat potensi kejadian jenayah," katanya.

Menurut Fatimah, program turun padang Polis Diraja Malaysia (PDRM) seperti ke kampus universiti dapat mempromosi kebaikan Rakan Cop membantu mewujudkan kawasan selamat.

Jelasnya, pihaknya akan terus bekerjasama dengan semua IPT termasuk mengadakan ujian air kencing kepada semua penuntut bagi memastikan mereka bebas daripada gejala penagihan dadah.

''Usaha itu bagi mengesan kemungkinan pembabitan mahasiswa dalam penyalahgunaan dadah dan yang bebas dadah sahaja berpeluang mendapat pendidikan di IPT," katanya.

Beliau menegaskan, pihak polis tidak akan berkompromi dengan salah laku jenayah dan penyalahgunaan dadah di kalangan anggota masyarakat termasuk mahasiswa.

''Kita mahu penuntut yang sihat minda, fizikal dan bebas daripada terbabit dengan penyalahgunaan dadah kerana mereka bertanggungjawab membina sebuah negara yang maju," tegasnya.

Sejak Rakan Cop dilancarkan di negeri ini di Kuantan pada 2004, ujarnya, indeks jenayah semakin menurun.

''Ini disebabkan keberkesanan peranan Rakan Cop melaporkan melalui talian komunikasi seperti khidmat pesanan ringkas (SMS) yang membolehkan polis bertindak cepat," katanya.

Fatimah optimis jumlah yang mendaftar sebagai ahli Rakan Cop di negeri ini akan bertambah secara mendadak berikutan usaha polis membuat pendaftaran secara berkelompok.

Tambah beliau, pihaknya memberi jaminan semua laporan yang diterima daripada Rakan Cop akan diberi tindak balas segera.

Dalam pada itu, Fatimah memberitahu, setakat ini hanya 3,916 orang penduduk negeri ini menjadi ahli Rakan Cop atau nisbah 1:110 berbanding jumlah penduduk negeri ini yang seramai 1.5 juta orang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bomba selamatkan harta RM412j

Posted:

Bomba selamatkan harta RM412j

Bomba selamatkan harta RM412j


Abdul Wahab Mat Yasin memeriksa barisan pada majlis perhimpunan bulanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang di Kuantan, semalam.


KUANTAN 22 Feb. – Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang berjaya menyelamatkan lebih RM412 juta pelbagai harta benda akibat kebakaran yang berlaku di negeri ini sepanjang tahun lalu.

Pengarahnya, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, namun taksiran tersebut menunjukkan penurunan sebanyak 17 peratus iaitu lebih RM176 juta berbanding tahun sebelumnya iaitu RM598 juta.

Bagaimanapun, menurutnya, taksiran jumlah kerugian kebakaran tahun lalu pula meningkat lebih RM25 juta berbanding RM22 juta bagi tahun sebelumnya.

''Bagi jumlah panggilan kebakaran tahun lalu pula, kita mencatatkan peningkatan kepada 1,418 kes berbanding 1,136 kes pada 2009.

"Jumlah panggilan palsu juga menurun sebanyak lima peratus daripada 19 kes tahun lalu berbanding 21 kes tahun sebelumnya," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan jabatan itu di sini hari ini.

Pada majlis itu Wartawan Utusan Malaysia dan Kosmo! serta beberapa media lain di Pahang menerima sijil penghargaan daripada jabatan tersebut atas sumbangan serta peranan media dalam melaporkan kegiatan jabatan itu kepada masyarakat.

Abdul Wahab memberitahu, sebanyak 148 kematian direkodkan dalam operasi kecemasan dan penyelamat jabatan itu tahun lalu yang menunjukkan pengurangan sebanyak 12 mangsa iaitu 136 mangsa pada tahun sebelumnya.

Tambahnya, jumlah panggilan kecemasan dan penyelamat tahun lepas turut mencatat penurunan kepada 885 kes berbanding 905 kes tahun sebelumnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan