Jumaat, 25 Februari 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Majlis Raja-Raja dengar taklimat keselamatan, pertahanan

Posted:

Majlis Raja-Raja dengar taklimat keselamatan, pertahanan

Majlis Raja-Raja dengar taklimat keselamatan, pertahanan


Tuanku Mizan Zainal Abidin bertanya sesuatu kepada Muhyiddin Yassin pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-223 di Istana Negara yang berakhir semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu; Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; manakala empat dari kanan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. – BERNAMA


KUALA LUMPUR 24 Feb. – Majlis Raja-Raja yang bermesyuarat hari ini mendengar taklimat mengenai keselamatan dan pertahanan negara yang disampaikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad, dalam kenyataannya berkata, mesyuarat selama dua hari itu berakhir hari ini antara lain membincangkan perkara berkaitan agama Islam dan pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan.

Menurutnya, mesyuarat kali ke-223 itu dipengerusikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Turut berangkat menghadiri mesyuarat tersebut ialah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mesyuarat dua hari itu yang bermula semalam dihadiri semua raja kecuali Terengganu yang diwakili Tengku Sri Bendahara Raja Tengku Mustaffa Kamel Sultan Mahmud.

Baginda semua diiringi menteri besar masing-masing, manakala Yang Dipertua Pulau Pinang, Sabah dan Melaka diiringi oleh ketua menteri masing-masing.

Yang Dipertua Negeri Sarawak diiringi wakil Ketua Menteri iaitu Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

GLC, syarikat Turki perlu jalin kerjasama

Posted:

GLC, syarikat Turki perlu jalin kerjasama

GLC, syarikat Turki perlu jalin kerjasama

ISTANBUL 24 Feb. – Syarikat Malaysia termasuk syarikat milik kerajaan (GLC) perlu mengambil peluang untuk menjalin kerjasama dengan sektor swasta Turki, khususnya bagi meneroka peluang perniagaan baru di negara-negara Asia Tengah, Rusia dan Afrika Utara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, syarikat Turki yang mempunyai kekuatan tertentu terutamanya dalam sektor pembinaan di negara-negara berkenaan akan membolehkan syarikat Malaysia memperluaskan operasinya sebagai sebuah entiti bertaraf serantau dan global.

"Saya melihat syarikat di sini ada kekuatan tertentu terutama dalam bidang pembinaan dengan mereka mendapat banyak kontrak di Rusia, Afrika Utara dan negara-negara Asia Tengah.

"Kalau dapat bekerjasama dengan mereka, kita akan dapat peluang mencari pasaran baru dalam sektor ini," katanya kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan rasmi tiga hari di sini.

Sebagai contoh jelas Najib, kerjasama yang dijalin Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) membangunkan Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (ISGIA), satu daripada dua lapangan terbang utama di sini merupakan pencapaian penting untuk meluaskan lagi kepakaran MAHB dalam pembangunan lapangan terbang dan perkhidmatan pengurusan lapangan terbang di luar negara.

Perdana Menteri yang turut berkesempatan melawat ISGIA yang pada tahun lalu mengendalikan 11.6 juta penumpang berkata, ia merupakan antara empat projek besar MAHB di luar negara.

Perdana Menteri berkata, Turki juga mempunyai kekuatan dalam bidang pengeluaran tekstil selain minyak dan gas di mana kerjasama antara Petronas dan syarikat petroleum Turki boleh dikembangkan lagi.

Mengenai kereta nasional, Najib memberitahu, Malaysia akan mengkaji kemungkinan untuk Proton menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat Turki dalam bidang automobil kerana negara ini mendapat pasaran besar eksport dalam industri berkenaan.

Begitu juga kerjasama dalam bidang ketenteraan katanya, yang kini sudah kukuh akan menjadi lebih mantap apabila Malaysia bersetuju mewujudkan hubungan jangka panjang dengan syarikat pengeluar kenderaan perisai terkemuka Turki, FNSS Defense Systems Inc,

Mengenai projek Transit Aliran Pantas (MRT) Marmaray yang juga menjadi antara lokasi dilawati, Najib berkata, beliau tertarik dengan projek yang nantinya mampu mengendalikan 1 juta penumpang sehari itu dan akan meminta Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD) mempelajarinya. - utusan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PM selamat tiba

Posted:

PM selamat tiba

PM selamat tiba

SEPANG 24 Feb. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selamat pulang ke tanah air selepas mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Turki bagi mengukuhkan hubungan dua hala.

Najib yang diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tiba dengan pesawat khas kerajaan pada pukul 4.30 petang di Kompleks Bunga Raya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

– BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen