Ahad, 27 Februari 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Operasi gempur pelajar ponteng

Posted:

Operasi gempur pelajar ponteng

Operasi gempur pelajar ponteng

Oleh RADHUAN HUSSAIN
utusanterengganu@utusan.com.my


Razali Daud (kanan) menyampaikan sijil kepada Pengerusi PIBG SMK Seberang Marang, Nik Din Nik Wan Ku pada majlis Memperkasakan Permuafakatan Melestarikan Pendidikan Terbilang Negeri Anjung Ilmu di Marang, Terengganu, kelmarin. - mingguan/Shaifudin Mohd Nor


MARANG 26 Feb. - Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) akan bekerjasama dengan polis untuk melancarkan 'gerak gempur' ke atas pelajar yang ponteng sekolah di negeri ini dalam waktu terdekat ini.

'Operasi' itu turut disertai beberapa agensi penguat kuasa lain serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah masing-masing.

Pengarah Pelajaran Terengganu, Razali Daud ketika mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya bercadang melancarkan gerak gempur dalam minggu ini bagi membendung gejala tersebut di kalangan pelajar.

Beliau menyifatkan gejala tersebut semakin serius di Terengganu dan ia perlu dikawal serta dicegah secara bersungguh-sungguh membabitkan semua pihak.

Sehubungan itu, katanya, pihak PIBG dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) digesa memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dan JPNT untuk tindakan selanjutnya.

"Gejala ponteng di Terengganu adalah serius dan ia perlu dibendung membabitkan semua pihak. Jadi, di mana saja 'sarang' atau kubu mereka termasuk kawasan semak semasa mereka ponteng, kita akan serbu," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis Memperkasakan Pemuafakatan Melestarikan Pendidikan Terbilang Negeri Anjung Ilmu Pengarah Pelajaran Bersama Warga Seberang Marang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Marang di sini semalam.

Turut hadir, ketua-ketua sektor JPNT, Pengetua SMK Seberang Marang, Dr. Ab. Rahman Mat, para guru serta ibu bapa pelajar.

Program tersebut kali pertama diadakan di negeri ini bagi membolehkan JPNT berkongsi maklumat dengan warga sekolah serta ibu bapa pelajar untuk sama-sama membangunkan pendidikan di negeri ini.

Razali memberitahu, usaha menangani gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah penting kerana ia menimbulkan banyak masalah sosial dalam masyarakat.

"Gejala ponteng boleh menyebabkan pelajar terjerumus dalam kegiatan jenayah termasuk penyalahgunaan dadah dan sebagainya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Suasana terang bantu cegah jenayah

Posted:

Suasana terang bantu cegah jenayah

Suasana terang bantu cegah jenayah

BESUT 26 Feb. - Suasana terang berdasarkan faktor kebersihan dan pencahayaan merupakan antara elemen yang boleh membantu mencegah jenayah terutama di kawasan taman perumahan serta luar bandar.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustaffa berkata, kedua-dua aspek itu akan menutup peluang pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan jenayah terutama pecah rumah.

Katanya, kebanyakan kes pecah rumah berpunca daripada keadaan sekeliling rumah yang tidak bersih seperti dipenuhi semak samun serta malap yang memudahkan penjenayah merancang kegiatan mereka.

"Kes pecah rumah pada waktu siang dan malam boleh dicegah jika pemilik rumah menitikberatkan aspek kebersihan rumah setiap masa," katanya pada sidang akhbar selepas melawat Pekan Sehari Kuala Besut dekat sini semalam.

Program itu turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Dr. A. Rahman Mokhtar dan Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Kamarudin Mohd. Zakaria.

Pada program berkenaan, beliau turut mengedarkan risalah Comunity Policing kepada pengunjung dan peniaga di pasar berkenaan.

Dalam pada itu beliau berkata, penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa lokasi tertentu di setiap bandar di negeri ini turut meningkatkan keberkesanan polis dalam menangani kes-kes jenayah.

Mengenai program 1Polis 1Masjid dan 1Polis 1Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dilaksanakan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), beliau mengakui usaha itu dapat mengeratkan hubungan masyarakat dengan pihak polis.

Katanya, dengan perancangan yang strategik, pemantauan serta hebahan, masyarakat akan mendapat maklumat lebih luas serta faedah besar daripada program yang dilaksanakan.

"Bila ada pendekatan sebegini ia dapat meluaskan keberkesanan dan peranan anggota polis serta masyarakat,'' katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pameran alam mistik Apr - Jun ini

Posted:

Pameran alam mistik Apr - Jun ini

Pameran alam mistik Apr - Jun ini

KUALA TERENGGANU 26 Feb. - Menyedari pengaruh unsur-unsur mistik, tahyul, khayal, syirik dan pemujaan masih bersarang dalam masyarakat, satu pameran bertemakan 'Masyarakat Berakidah' akan diadakan di sini pada April hingga Jun depan.

Jurucakap penganjur, Ahmad Ikhwan Mohamad berkata, pameran tiga bulan itu bagi memberi pendedahan tentang amalan yang bercanggah dengan akidah Islam itu.

Katanya, pameran yang bertempat di Dataran Syahbandar dekat sini mampu memberi pendidikan kepada generasi baru tentang perkara berkenaan agar mereka tidak terjerumus dan terkeliru dengan hal itu.

"Walaupun dunia semakin moden, aktiviti seperti pukau, 'tarik duit', 'tarik barang berharga', sihir dan santau masih diamalkan disebabkan sikap taksub sesetengah kelompok terhadap kegiatan itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pameran yang dikendalikan oleh Dynasty Event Sdn. Bhd. itu turut mendapat kerjasama daripada agensi kerajaan seperti Jabatan Agama Islam Terengganu, Jabatan Kebudayaan negeri, Majlis Penggalakan Pelancongan negeri dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan