Rabu, 23 Februari 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Larangan import jambu air Thailand kerana ulat

Posted: 22 Feb 2011 11:57 PM PST

PADANG BESAR: Jambu air dari Thailand tidak dibenarkan dibawa masuk ke Malaysia sejak 1 Jan lepas kerana ia didapati mengandungi sejenis ulat yang boleh merosakkan buah-buahan lain dan sayruan di negara ini.

Lalat itu, yang tidak wujud di negara ini, didapati boleh terbang cepat dan memusnahkan pelbagai jenis buah dan sayuran lain jika tidak dikawal, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Koperasi Perlis, Sabry Ahmad hari ini.


"Pengharaman itu sudah dimaklumkan kepada pihak berkenaan di Thailand," katanya kepada pemberita selepas mengadakan dialog dengan pengimport buah-buahan dan sayur-sayuran seluruh Perlis di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Perlis, Khairi Ariff, dan Penolong Pengarah Pertanian (Unit Perlindungan Tanaman dan Kuarantin Tumbuhan) Negeri, Nilawati Pilus.


Sabry kemudian memasang sepanduk mengenai larangan membawa masuk jambu air dari Thailand itu yang ditulis dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Siam di pintu sempadan.


Beliau menasihatkan pengimport supaya tidak melanggar peraturan yang ditetapkan kerana jika mereka cuba membawa masuk dan kemudian dapat dikesan oleh pihak berkuasa di sempadan, buah-buahan itu akan dirampas untuk dimusnahkan mengikut Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 atau diarah supaya dihantar pulang ke Thailand.

Tahun lalu, 1.5 juta tan metrik jambu air Thailand bernilai lebih RM750,000 dibawa masuk ke negara ini melalui pintu sempadan di Padang Besar, dan 4.6 tan metrik daripadanya tidak dibenarkan masuk kerana bermasalah.


Sabry berkata, walaupun jambu air Thailand diharamkan, orang ramai masih boleh mendapatkan buah itu di negara ini kerana jambu air juga ditanam di Malaysia.-Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Warga Malaysia di Yemen selamat, kata Duta

Posted: 22 Feb 2011 11:53 PM PST

KUALA LUMPUR: Semua warga Malaysia di Yemen selamat dan keadaan keselamatan di sana cukup terkawal, kata Duta Besar Yemen ke Malaysia, Abdullah Mohamed Al Montaser hari ini.

Beliau berkata, terdapat kira-kira 600 warga Malaysia, kebanyakannya pelajar dan profesional di Yemen. Katanya,erkata laporan media mengenai tunjuk perasaan hanya "dibesar-besarkan" dan ia tertumpu di kawasan tertentu saja di ibu negara, Sana''a. Abdullah berkata, keadaan politik di Yemen tidak harus disamakan dengan negara-negara lain di rantau Asia Barat, dengan menyatakan penentangan di Yemen cukup tersusun dan diwakili di Parlimen. "Kami boleh katakan wujud demokrasi yang segar di Yemen dan tidak ada sebab bagi rakyat hendak menumbangkan sebuah kerajaan yang dipilih," kata beliau. Beliau berkata, kerajaan begitu tertolak ansor dan sentiasa sedia berunding dengan Pembangkang kerana ia prihatin terhadap kebajikan rakyat. Dalam tempoh sebulan lepas berlaku perubahan kerajaan di Tunisia dan Mesir. Ketika ini tercetus kebangkitan rakyat di Libya dan Bahrain.-Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan