Jumaat, 25 Februari 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Sungai najis

Posted: 24 Feb 2011 02:54 PM PST

Wilayah

SUNGAI Lembah Ria, Jalan Air Itam dicemari sampah-sarap dan air kumbahan yang menyebabkan bau busuk.

SUNGAI Lembah Ria, Jalan Air Itam dicemari sampah-sarap dan air kumbahan yang menyebabkan bau busuk.

Air kumbahan punca pencemaran

GEORGETOWN: Kira-kira 10 keluarga yang menetap di sepanjang anak sungai di Kampung Lembah Ria, Jalan Air Itam di sini, berada dalam keadaan tidak selesa kerana bau busuk air sungai akibat pencemaran.

Mereka mendakwa masalah itu berlaku sejak beberapa tahun lalu, dipercayai berpunca daripada air kumbahan dari kawasan perumahan dan bengkel di Paya Terubong, Jalan Air Itam dan Bandar Baru Farlim, mengalir ke anak sungai itu.

Bau busuk itu yang boleh dihidu sehingga jarak 100 meter dari anak sungai, semakin ketara selepas hujan. Air kumbahan menyebabkan air sungai menjadi kehitaman dan berkeladak, selain sampah-sarap yang turut dibuang ke dalam anak sungai itu. Penduduk, Siti Zainab Mad Nor, 77, berkata dia bersama dua anaknya seakan-akan sudah tidak kisah dengan masalah bau busuk itu yang kebiasaannya bermula pada waktu tengah hari sehingga petang.

Katanya, walaupun hidup dalam keadaan tidak selesa, dia dan anaknya serta penduduk di kawasan itu tidak mempunyai pilihan lain.

"Bau busuk air sungai itu boleh dihidu dari jarak 50 meter pada hari biasa dan 100 meter jika hujan. Bagi keluarga kami, perkara itu memang sudah biasa tetapi malu kepada tetamu yang bertandang ke rumah apabila air sungai tiba-tiba berbau busuk.

"Lihat saja air sungai yang berwarna kehitaman dan sampah yang terapung serta bangkai haiwan. Bukankah pencemaran itu boleh menyebabkan penyebaran penyakit bawaan air dan pembiakan nyamuk aedes," tanyanya.
Zainab mendakwa, sikap penduduk yang tidak menjaga kebersihan persekitaran dan membuang sampah ke dalam sungai juga menyebabkan masalah itu berlaku.

Katanya, penduduk tidak sedar bahawa sikap mereka akan menyebabkan mereka yang menetap di sepanjang anak sungai itu menjadi mangsa dan terpaksa menghidu bau busuk saban hari.

"Mungkin mereka tidak berada di tempat kami. Dulu, sebelum taman perumahan dibangunkan di kawasan berhampiran, anak sungai ini sangat bersih dan bebas daripada pencemaran. Tetapi, kini hanya tinggal kenangan," katanya.

Zainab berharap supaya Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) meninjau anak sungai itu bagi melihat masalah yang sudah lama ditanggung oleh penduduk, seiring hasrat mewujudkan Pulau Pinang sebagai negeri hijau.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

sri siantan

Segalanya berpunca daripada manusia. Wajarlah manusia yang menerima akibatnya. Namun perlu ada pihak yang bertanggungjawab atas kejadian tersebut. Dalam kes ini yang pertamanya sikap penduduk sekitar yang membuang sampah ke dalam sungai dan keduanya kegagalan menyelengara sisa kumbahan oleh pihak berwajib.

Hensem

Sapela Manusia yg x sedar dri tu... Buang sampah mrate-rate...

DJ

Jika penduduk tidak ubah sikap, maka pencemaran akan terus berlaku..


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hilang kudrat cari rezeki

Posted: 24 Feb 2011 02:52 PM PST

Wilayah

Isteri patah kaki kiri, suami derita pelbagai penyakit kronik

SUNGAI BESAR: Suri rumah, Saidah Saian, 41, terus tabah meneruskan kehidupan walaupun tidak lagi berupaya menggalas tugas mencari rezeki selepas kaki kirinya patah akibat terbabit kemalangan jalan raya dua tahun lalu.

Beliau bersama suami, Rosli Misgiat, 40, berbesar hati jika ada yang sudi membantu mengurangkan beban kerana bantuan yang diperoleh belum mencukupi untuk menampung kehidupan terutama keperluan bagi persekolahan tiga anak.

Katanya, dengan sumber kewangan yang terhad, beliau berjimat cermat dan bersyukur dengan rezeki yang diberikan. "Kami tidak mahu hidup dalam kesempitan, namun kesederhanaan hidup yang dinikmati sebelum ini diuji apabila suami disahkan menghidap pelbagai jenis penyakit.

"Kami berjimat cermat dengan apa yang ada. Hendak kata makan sedap, memang tiada tetapi sekurang-kurang boleh melapik perut yang lapar. Kami tidak kisah, biar makan ikan kering, telur atau sardin. Alhamdulillah, anak-anak tidak mengeluh," katanya ketika ditemui di rumahnya di Seri Gambut di sini, baru-baru ini.

Jika sebelum ini Rosli boleh melakukan kerja kampung untuk mencari rezeki, namun keupayaan itu hilang sejak dua tahun lalu apabila dia menghidap sakit jantung.

Lebih malang, kaki kanannya terpaksa dipotong kerana diabetes manakala kaki kirinya pula kini memerlukan rawatan.
Keluarga itu menerima bantuan bulanan RM200 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak lima tahun lalu, selain bantuan hari raya serta pendidikan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Rosli yang juga menghidap sakit buah pinggang hampir setahun lalu dan menerima bantuan dialisis tiga kali seminggu di Pusat Dialisis LZS di Sungai Besar berharap anak-anaknya berjaya dalam akademik untuk mengubah nasib keluarga.

"Kami ada 20 pokok kelapa sawit yang sedang diusahakan. Biarpun pokok bukan dari baka baik, hasilnya dapatlah sedikit membantu. Buah dipotong sekali atau dua kali dalam sebulan, dengan hasil sekali potong antara RM30 hingga RM40.

"Kadangkala, rakan atau saudara yang datang berziarah dan menghulurkan sumbangan. Saya amat berterima kasih," katanya.

Akibat kesempitan hidup, keluarga Rosli yang mendiami rumah di tanah rizab kerajaan juga terpaksa memasang lilin dan pelita untuk menerangi malam kerana tidak mampu menggunakan jana kuasa yang memerlukan kos yang tinggi.

"Jana kuasa memang ada, tetapi saya berfikir banyak kali ketika hendak menggunakannya berikutan harga minyak tanah yang mahal. Jika beli RM4 minyak tanah untuk hidupkan jana kuasa yang dapat bertahan dua jam saja, lebih baik wang itu digunakan untuk membeli makanan," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan