Harian Metro: BeritaUtama |
GRO sewa suami RM1,000 sebulan Posted: 22 Feb 2011 09:33 AM PST KUALA LUMPUR: Segelintir warga emas tempatan kini sanggup merancang perkahwinan palsu atau menjadi suami sewa semata-mata untuk mendapatkan ganjaran wang bulanan yang dikutip daripada isteri warga asing. Kebanyakan lelaki yang diistilahkan sebagai suami boneka ini, berpura-pura berkahwin dan mendaftar perkahwinan terbabit dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi membolehkan isteri warga asing terutama dari China tinggal lebih lama di negara ini untuk menjalankan kegiatan sebagai pelacur atau pelayan pelanggan (GRO) sepenuh masa. Sumber Jabatan Imigresen berkata, bilangan pasangan suami isteri kahwin olok-olok terbabit dikesan bertambah selepas pihaknya menjalankan siasatan dan mendapati kebanyakan suami warga tempatan dibayar RM300 hingga RM1,000 sebulan oleh isteri dikahwini itu. Menurutnya, kebanyakan wanita warga asing itu menjadikan perkahwinan dengan warga tempatan sebagai lesen untuk menjalankan kegiatan maksiat di negara ini tanpa bimbang diberkas pihak berkuasa atau dihantar pulang ke negara asal.
Beliau berkata, mengikut undang-undang imigresen, wanita yang berkahwin dengan lelaki tempatan dibenarkan tinggal di negara ini menggunakan pas lawatan itu. Bagaimanapun, mereka boleh memohon untuk menjadi warga negara selepas lima tahun bermastautin di Malaysia. "Jika permohonan mereka diluluskan JPN, wanita terbabit akan diberikan kad pengenalan merah. Bagaimanapun, proses terbabit bukan mudah dan tidak semua akan dibenarkan menjadi warga negara," katanya. Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong, berkata pihaknya menyedari taktik digunakan wanita warga asing terbabit terutama membabitkan GRO atau pelacur kelas atasan warga China. Menurutnya, lelaki tempatan terbabit seolah-olah dijadikan hamba duit oleh wanita warga asing itu apabila dijanjikan dengan habuan wang bulanan sekiranya setuju nama mereka dipinjamkan. Menurutnya, agak menghairankannya apabila ada antara lelaki warga emas yang datang ke pejabatnya membuat aduan mendakwa ditipu atau kehilangan isteri warga asing berusia jauh lebih muda berusia 20 hingga 30 tahun. "Selain itu, ada wanita warga asing yang datang menemui saya dan mendakwa suami masing-masing enggan melanjutkan tempoh visa penginapan di negara ini dengan pelbagai alasan mencurigakan. "Namun, masalah diadukan itu mempunyai agenda tersirat apabila si suami hanya mahu mencari isteri warga asing dikahwini berikutan tidak mendapat wang bulanan dijanjikan manakala si wanita pula mencari suami tempatan berikutan tempoh visanya hampir tamat," katanya. Katanya, pasangan suami isteri itu terbukti merancang perkahwinan palsu apabila majoriti mereka tidak mempunyai cahaya mata, malah tidak mempunyai alamat rumah yang membuktikan mereka tinggal sebumbung. Menurutnya, perkahwinan itu biasanya diatur orang tengah yang berperanan mendapatkan suami tumpang untuk gadis asing ini yang meletakkan syarat khas berbentuk imbuhan bulan. "Mungkin perkahwinan pasangan ini didaftarkan secara sah, namun hakikatnya ia hanya topeng untuk melindungi gadis atau wanita terbabit yang menjalankan aktiviti maksiat di negara ini," katanya. Komen Anda Hantar pendapat anda mengenai isu yang dipaparkan dalam artikel ini : Terima kasih diatas penyertaan anda. Harian Metro berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.saya tak hairan pun.biasalah dunia dah nak sampai kepenghujung nie memang begini.semua orang perlu kembali ke tahap dan mengaji ilmu agama dari asal.termasuk saya. okeylah tak mahu komen panjang panjang.nanti golongan cerdik pandai malu.apapun semuanya datang dari allah.saya hanya menyalurkan sedikit ilmu.tq sidang pengarang.asalamualaikum zhan Di sarawak..contohnya di sibu,terlalu byk spa di buka..masalahnya itu bukan spa tetapi tempat pelacur dtg dari china. surirumahtangga haii apela nk jadi dunia skrg..perkahwinan pun bleh di wat main2....dahla bersubahat dgn org yg melakukan maksiat..hurmmm niadira Setuju dengan komen bro Nizam. Hukuman rotan untuk mereka yang tidak mengikut undang-undang. Azmi Bin Jantan kita sbagai rkyt malaysia perlu membanteras gejala ini tidak kira tua atau pun muda,jabatan imegresen DAN Semua pihak berkuasa dan seluruh rakyat malaysia bersatu padu untuk membanteras gejala sosial dinegara ini,dan melaksanakan hukuman yang ditentukan oleh ALLAH SWT..INSYAALLAH NEGARA KITA AKAN SELAMAT DARI BALA BENCANA.. taufik meheliah x payah letakan mereka ni sbgi warganegara..sdngkan pnduduk kita sndiri pun da padat...smpi tempoh hantr je blk... eta Pihak berwajib perlu memperketatkan permohonan lanjutan pas lawatan dan pas pengikut kpd mereka (terutama wanita warga Cina) supaya gejala pelacuran & GRO dpt dikurangkan. Ashtinah minta JPN jgn beri status warganegara.walaupun kahwin org tempatan.status nya masih sama seperti melawat.fikir masak2 kalau nak kahwin warga asing. yusri biasa la...di mana ada permintaan, mesti ada penawaran nya..its all about business and money..... jorge org awam pun kene bagi maklumat gak..jgn harap pihak kerajaan jer...jgn bersikap " takpe" o biar jer.. nanti nak kuar jalan- pun takut...tgok saje la pasar seni.. ngn masjid jamek.. ramai sgt org asing... mizz tg If people fear Allah, they shall fear doing the wrong things. People shall try to manipulate for own will, but shall not do so for Allah. May Allah helps those to lead the right path for duniya won't stand too much sins made by people. abu bakr jgn meluluskan apa-apa permohonan pun drpd mereka utk tingal lama di m'sia. warga asing tetap warga asing. rakyat m'sia masih ramai utk di bela. eila Wah ada juga pula begitu ye.Ini mesti pasal duit le lelaki warga emas sanggup jadi suami sewa tu...duit masuk bulan2 tanpa susah payah.RM1000 tu bukan kicik..banyak tu. khunshikang Dunia2..duit punya pasal,maruah pun tergadai.Kepada warga Malaysia,tolonglah fikirkan untuk generasi ummah dan negara. Ruslan bagi pendapat sy..warga emas berkenaanlah yang salah dlm hal ini kerana snggup mnggadai maruah diri n agama kerana hnya sedikit wang. di malaysia ni byk lg rezeki2 yg halal yg blh kita cari,jgn kita yg menjd pendorong kpd warga2 asing utk berleluasa melakukn aktiviti2 yg tdk brmoral dnegara kte MMJ Kerajaan kita sepatutnya dari awal perihati dengan lambakan pendatang asing yg berleluasa. Kaji dan siasat. Terutama pintu masuk ke negara kita. Apa sebenarnya jabatan yg bertanggungjawab buat? Dalam kecangihan sistem urusan kerja dan daftar kemasunkan pelancong2 asing tidak ke terpandang oleh jabatan tersebut tempoh kemasukan meraka ke negara kita. Sekarang ini negaa kita terutma Kuala Lumpur seperti berada di negara asing pula. Ini amat menkecewakan. Akan datang saya pasti anak tempatan sendiri seperti menumpang di bumi sendiri. sally insaf2 la....dunia dah akhir zaman.... mohd rizal bin ricardo Kes ni dah lama saya tahu..bukan cina aje india pun banyak....helah tipu daya tak ada surat beranak,kad pengenalan semua tipu temberang.Dapat atasi gejala ini apabila JABATAN IMIGRESEN bersih daripada RASUAH.Polis bertegas.SPRM bergerak aktif.Jangan duduk mendagu tunggu repot orang ramai.Cari dan siasat sendiri.Konteks wartawan,dapatlah banyak info!!!!! Pesara Kerajaan Malaysia tindakan perlu diambil serah kepada pihak berkuasa Shamsudin bin matdin dlm perkara ini wang adalah tujuan utama, wang utk biayai kehidupan dan kemewahan sementara mampu menawar khidmat.. tak dinafi runtuh nilai manusia berakal dan moral tidak dinilai.. malaysia menjadi mangsa kpd yg bertanggungjawab laksanakan sebelum tak terbendung dan berbagai perkara negatif berterusan.. apakah 1 malaysia sedia melaksanakannya.. ? mohd rahman bin selamat dengan duit apa-apa pun boleh jadi kerajan haruslah lebih berhati-hati lagi dalam masalah ini agar rakyat sendiri tidak mengalami masalah satu hari nanti mirul nauzubillah..klulah si suami yg di sewa itu melayu atau beragama islam..mcmanale hidup kita ni.. rahimah Rakyat tempatan yang sanggup menggadai maruah menjadi suami tumpang demi untuk mendapatkan kemewahan perlu diambil tindakan tegas oleh pihak berwajib. Selain dikenakan hukuman denda dan penjara, passport mereka perlu dirampas dan keistimewaan sebagai warganegara perlu dilucutkan atau dikurangkan.Orang sebegini perlu diajar agar menjadi ingatan kepada orang lain agar menghargai taraf sebagai warganegara yang berdaulat. Sekian terima kasih. Aidid Ismail selagi x ada hukuman rotan untuk pelacur warga asing & tempatan,selagi itulah masalah xkan selesai.... nizam Tak habis2 dgn sindiket manusia. Demi keharmoian, keamanan & kesejahteraan Negara Malaysia pihak berwajib perlu bekerja keras atas pekerjaan yang diamanahkan. JPN & JIM (Jab.Imigresen M'sia) perlu lebih bijak & teliti dalam hal ini. Pemantauan diluar perlu dibuat dari semasa ke semasa, bukannya hanya duduk dalam pejabat sahaja. Ketatkan peraturan & syarat permohonan. Lakukan analisa dalam masalah ini. Hisham bin Abdullah Dunia2.... bg pendapat sy, pihak yang berwajib mstilah bnyak turun padang krn mslah ini makin berleluasa di sluruh ngara. mohd azri bin mohd noor kerajaan mesti tegas dalam hal ini.nanti kita punya penduduk yang tidak cintakan negara sepenuh jiwa, sebab mereka warga asing.bahaya. rohana bt taib pas lawatan perlu dinaikan antara rm200 hingga ke rm300 setahun supaya dapat menyekat warga asing yang berlebihan ke malaysia.. nor afzan binti ismail warga emas warga emas sepatutnya jangan jadi dalang sindiket pelacuran sehingga sanggup jadi SUAMI SEWA. Isi lah hari tua yang cuma tinggal tak seberapa dengan aktiviti yang bermanfaat untuk generasi muda dan masyarakat. Jadilah contoh tauladan yang baik untuk generasi muda. Kalau ya pun nak kan duit cari lah kerja HALAL n jangan hidup atas wang ihsan perempuan yang menjadi pelacur dan menimbulkan masalah kepada masyarakat.....tolonglah uncle uncle or nenek-nenek n datok datok. sedarlah ya ubah lah sikap dan prinsip agar ada maruah.... ameera macam-macam la sekarang ni...pelik2, nikah pun diaorang boleh wat main2 je...dunia2...bala, bala, bala ni... massuwardy bin othman |
Posted: 22 Feb 2011 09:23 AM PST IPOH: Sikap cemburu buta dan panas baran melampau seorang isteri menyebabkan dia hilang pertimbangan sehingga sanggup menetak suaminya dengan pisau menyebabkan lelaki itu terpaksa menerima 15 jahitan di tangan kiri selepas berlaku perselisihan faham di rumah mereka di sini, Jumaat lalu. Lebih malang, tetakan menggunakan pisau pemotong sayur itu menyebabkan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 31, dari Kuala Kangsar, putus urat lengan kiri menyebabkan tiga jarinya tidak dapat digerakkan.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam di Taman Pinji Ria, Pengkalan di sini, mangsa bersama isterinya yang juga seorang jururawat sedang menonton televisyen di ruang tamu sebelum isterinya tiba-tiba mengamuk dan menyerangnya dengan pisau. Ahmad yang juga seorang juruteknik berkata, sebelum itu, isterinya menjawab panggilan daripada sepupu wanitanya dan mereka berbual mengenai sesuatu mengenai dirinya.
"Seketika kemudian, saya mengambil telefon daripada isteri dan bercakap dengan sepupu. Saya bertanya kepadanya apa dibualkan dengan isteri, namun dia (sepupu) menafikan dakwaan itu," katanya. Katanya, sebaik menamatkan perbualan, dia bersandar pada sofa sebelum isteri muncul di hadapannya sambil memegang sebilah pisau dan terus menetak lengannya. Menurutnya, isterinya cuba menetak pada muka dan kepalanya, namun dia sempat menahan dengan tangan kiri sehingga menyebabkan pendarahan teruk. "Isteri menjerit 'abang sudah melampau' sebelum menetak saya dengan pisau. Saya cuba keluar untuk mendapatkan pertolongan, namun isteri mengunci pintu rumah dan menghalang saya keluar. "Saya sempat mengambil kunci pendua rumah dan telefon bimbit sebelum membuat panggilan ke talian 999 untuk meminta bantuan polis dan ambulans," katanya. Ahmad berkata, dia dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini dengan sebuah kereta peronda polis untuk mendapatkan rawatan lanjut. "Saya mengakui isteri seorang yang baran dan cemburu buta. Malah, rumah tangga kami sering berdepan masalah selepas hidup bersama sejak 11 bulan lalu. "Kami sering bergaduh, namun saya tetap sayangkannya dan berdoa agar dia memperbaiki sikapnya itu. Pernah satu ketika, saya disepak terajang dan dimaki hamun, tetapi saya reda dengan perbuatannya itu," katanya. Menurutnya, dia juga terkilan kerana isterinya tidak pernah menjenguknya di hospital sepanjang menerima rawatan walaupun bertugas di hospital sama. Ditanya sama ada dia akan menceraikan isterinya, Ahmad berkata, insiden itu tidak melunturkan rasa sayangnya kepada isteri, malah mahu memberi peluang kepada isterinya untuk berubah. "Penceraian bukan penyelesaian, sebaliknya saya mahu insiden yang menimpa saya memberi pengajaran kepada masyarakat di luar sana sekali gus menginsafkan isteri saya," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan dibuat mangsa di Ibu Pejabat Polis (IPD) Ipoh, petang semalam. Katanya, pihaknya sedang menyiasat kes itu kerana isteri mangsa turut membuat laporan di Balai Polis Pasir Puteh sebelum ini. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan