Isnin, 28 Februari 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Felda timbang bayar ses tanam semula di 28 rancangan

Posted:

Felda timbang bayar ses tanam semula di 28 rancangan

Felda timbang bayar ses tanam semula di 28 rancangan


Najib Tun Razak mengendalikan jengkaut sebagai simbolik ketika merasmikan majlis pecah tanah tapak dewan orang ramai di Felda Jengka 25, dekat Kuala Krau, semalam. - BERNAMA


KUALA KRAU 27 Feb. - Pengurusan Felda memberi pertimbangan khas kepada 7,800 peneroka daripada 28 tanah rancangan Felda di seluruh negara bagi menyelesaikan masalah berkaitan bayaran balik ses iaitu tabung tanaman semula daripada getah kepada kelapa sawit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Felda memberi tiga pilihan kepada peneroka terbabit yang membabitkan wang bayaran tanam semula RM13,000 setiap peneroka.

Katanya, bagi pilihan pertama, peneroka boleh mengambil semua jumlah tersebut tetapi perlu membayar balik RM650 sebulan sehingga selesai hutang proses tanam semula ladang mereka.

"Pilihan kedua, peneroka menerima 50 peratus bayaran tersebut tetapi perlu membayar semula RM500 sebulan sehingga selesai hutang.

"Pilihan ketiga, adalah para peneroka hanya perlu membayar RM400 sebulan jika mereka tidak mengambil langsung wang tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra dengan peneroka Jengka 25 dekat sini hari ini.

Perdana Menteri mengulas isu bayaran ses yang dibangkitkan oleh para peneroka Felda yang terbabit dengan proses tanaman semula dan penukaran dari pokok getah kepada kelapa sawit.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Bayaran balik tanam semula dari getah kepada kelapa sawit menjadi isu apabila terdapat segelintir para peneroka yang tidak berpuas hati kerana beranggapan mereka sepatutnya mendapat semula wang tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hindraf tidak ikhlas bantu orang India - Pak Lah

Posted:

Hindraf tidak ikhlas bantu orang India - Pak Lah

Hindraf tidak ikhlas bantu orang India - Pak Lah

KEPALA BATAS 27 Feb. - Tindakan Hindraf yang sengaja mencetuskan sentimen kebencian terhadap kerajaan dengan berdemontrasi ketika ura-ura pilihan raya umum semakin hampir menunjukkan pertubuhan haram itu tidak ikhlas untuk membantu masyarakat India di negara ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebaliknya berkata, tindak- tanduk Hindraf itu hanyalah helah untuk mencapai agenda politik demi kepentingan pihak tertentu.

Beliau berkata, tindakan Hindraf yang gemar berkonfrontasi dan menimbulkan kekecohan bukan sesuatu yang baru kerana pendekatan itu juga digunakan ketika era pentadbirannya dahulu.

''Seperti masa saya (Perdana Menteri) dulu, jadi begitulah. Mereka (Hindraf) nak pecahkan undi dengan menarik orang India supaya tidak sokong kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi minta sokong pembangkang.

''Apa yang mereka lakukan ini mempunyai macam-macam agenda, banyak helahnya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan jentera serta input pertanian kepada golongan petani di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Penaga, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Hilmi Abdul Rashid dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin.

Abdullah diminta mengulas tindakan Hindraf mengatur perhimpunan besar-besaran di beberapa lokasi strategik ibu negara bagi mendesak pengharaman novel Interlok.

Menjawab soalan kenapa Hindraf hanya timbul ketika ura-ura pilihan raya umum semakin hampir, Abdullah berkata, senario tersebut bukan sesuatu yang menghairankan kerana ia adalah masa yang sesuai untuk pertubuhan haram itu mendapatkan keuntungan politik.

Bagaimanapun, di sebalik bantahan Hindraf, beliau percaya, kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sudah melakukan apa yang terbaik untuk membantu masyarakat India di negara ini.

''Saya ingat kerajaan pun sudah faham dengan tindakan (Hindraf) ini yang tidak mendatangkan kebaikan. Kerajaan pun sudah banyak lakukan apa yang sepatutnya untuk (bantu) masyarakat India," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM417j projek infrastruktur perkampungan Orang Asli

Posted:

RM417j projek infrastruktur perkampungan Orang Asli

RM417j projek infrastruktur perkampungan Orang Asli


Shafie Apdal bersalaman dengan penduduk Orang Asli Kampung Paya Sendayan di Temerloh, kelmarin.


TEMERLOH 27 Feb. - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah membelanjakan sebanyak RM417 juta bagi melaksanakan pelbagai projek infrastruktur untuk masyarakat Orang Asli di negara ini, sejak lima tahun lalu.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, peruntukan itu digunakan untuk pelbagai projek termasuk bekalan air bersih, infrastruktur, penempatan dan aktiviti pembangunan sosioekonomi di perkampungan Orang Asli di seluruh negara.

Katanya, projek yang dilaksanakan itu memberi manfaat besar kepada masyarakat tersebut untuk meningkatkan taraf hidup mereka setanding dengan masyarakat lain di negara ini.

''Peruntukan itu turut dibelanjakan untuk meningkatkan pendidikan anak Orang Asli selain pelaksanaan projek kemudahan asas di 869 kampung yang dinikmati oleh 13,000 keluarga," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama penduduk Orang Asli Kampung Paya Sendayan, di sini semalam.

Mohd. Shafie berkata, kesedaran masyarakat Orang Asli terhadap pendidikan semakin baik sejak kebelakangan ini dengan menyaksikan ramai ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah.

Katanya, pencapaian pendidikan pelajar anak Orang Asli meningkat setiap tahun yang membuktikan mereka ada keupayaan dan minat mengejar kemajuan pendidikan sehingga ke peringkat lebih tinggi.

Tambahnya, kerajaan akan memastikan semua aktiviti pembangunan sosioekonomi dapat memberi faedah kepada masyarakat itu bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

Mohd. Shafie menegaskan, antara hala tuju kementerian selain bantuan pendidikan adalah melahirkan individu Orang Asli berkemahiran dalam bidang tertentu bagi meningkatkan kualiti hidup mereka.

Di samping itu katanya, kementeriannya melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) mengadakan program kesedaran penjagaan kesihatan dengan melaksanakan aktiviti pendidikan dan kem-kem kesihatan.

''Bagi tujuan itu, kementerian membelanjakan sebanyak RM1 juta bagi melaksanakan program klinik bergerak untuk membantu merawat kesihatan masyarakat Orang Asli,'' katanya.

Katanya, usaha itu akan dipertingkatkan dalam memberi perkhidmatan kesihatan kepada penduduk kawasan pedalaman menerusi Perkhidmatan Doktor Udara dan lawatan klinik bergerak yang lebih tersusun dan menyeluruh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan