Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 22 Feb 2011 01:53 PM PST MukaDepan KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melancarkan operasi menyelamat membawa pulang 190 rakyat Malaysia termasuk tujuh pelajar di Libya berikutan pergolakan politik yang mengakibatkan lebih 200 orang terbunuh di negara itu setakat ini. Operasi seumpama Ops Piramid bagi membawa keluar rakyat Malaysia dari Mesir baru-baru ini, akan menggunakan jalan darat, laut dan udara dengan objektif membawa keluar semua rakyat Malaysia seberapa segera membabitkan Wisma Putra dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay, berkata kerajaan sudah memutuskan usaha membawa pulang semua rakyat Malaysia itu perlu dilakukan segera memandangkan tiada jaminan keselamatan di negara berkenaan. Katanya, Duta Besar Malaysia ke Libya, Mohd Zulkephli Mohd Noor sudah mempunyai senarai nama semua rakyat Malaysia di negara itu dan operasi membawa mereka pulang akan dilaksanakan pada bila-bila masa."Operasi ini tidak dapat dilaksanakan menerusi penerbangan terus disebabkan masalah ruang udara, namun kita akan mengeluarkan mereka melalui jalan darat menggunakan bas sebelum menaiki kapal ke Rome, Itali dan diterbangkan pulang. Kedutaan sedang menguruskan semua keperluan bagi memastikan operasi berjalan lancar tanpa sebarang masalah, khususnya aspek keselamatan. "Kita berharap ibu bapa dan ahli keluarga tidak bimbang kerana kerajaan sedang berusaha membawa mereka pulang dengan selamat," katanya. Kohilan berkata, seperti Ops Piramid, kos operasi kali ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, namun enggan mendedahkan lebih lanjut mengenainya. Beliau berkata, berdasarkan rekod kedutaan di negara berkenaan, seramai 646 rakyat Malaysia berada di Yaman, Bahrain (500), Libya (150) dan Algeria (60). Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenNatasha Skrg libya pula,akan dtg negara Arab yg lain, bilangan warga msia di setiap negara itu bkn sdkt.ambil pndkatan segera.bertindak membwa mereka pulang sblm keadaan lbh truk lbh bgs dr tnggu pergolakkan da serious br nk wt itu ini.. YAHAYA Kita doakan agar semua warga Malaysia di Libya selamat dan dibawa pulang. Tahniah kerajaan kerana bertindak segera.tk Paparazi Selepas Tunisia, Mesir.. kali ni di Libya pula.. Lama-lama semua negara Arab berperang.. Abu Irfan albuqisy Kerjaan kita semamangnya perihatin kepada semua rakyat di manapun mereka berada apabila mengalami kesulitan. Maka dgn itu kita perlu berterima kasih dan bersyukur pada Allah SWT. |
Pelajar kita di Christchurch selamat Posted: 22 Feb 2011 01:49 PM PST MukaDepan RANAP AKIBAT GEMPA... Sekumpulan anggota penyelamat berusaha memadam api di lokasi bangunan runtuh di tengah Christchurch, New Zealand selepas bandar itu musnah akibat gempa bumi 6.3 skala Richter mengorbankan 65 orang, semalam. KUALA LUMPUR: Semua 390 pelajar Malaysia yang menuntut di tiga universiti di sekitar Christchurch, New Zealand selamat dalam kejadian gempa bumi di negara itu dan tiada keperluan mendesak bagi membawa mereka pulang. Bagaimanapun, nasib rakyat Malaysia yang bekerja atau bermastautin di sekitar bandar itu belum diketahui kerana sistem komunikasi di bandar itu terputus selepas gempa bumi berlaku. Ketika ini, pelajar dan rakyat Malaysia di negara itu berkomunikasi sesama mereka atau dengan keluarga menerusi SMS serta e-mel. Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di New Zealand, Dr Rosli Mohammed, berkata pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington terpaksa menghantar SMS untuk berhubung dengan pelajar yang menuntut di Universiti Canterbury, Universiti Otago dan Universiti Lincoln.Katanya, darurat yang diisytiharkan menyebabkan Jabatan Pertahanan New Zealand mengeluarkan arahan kepada penduduk tidak membuat panggilan telefon menerusi telefon bimbit bagi menjimatkan bekalan elektrik yang dikhaskan untuk melancarkan komunikasi pasukan penyelamat. "Setakat ini, kami dimaklumkan semua pelajar selamat. Kami nasihatkan mereka sentiasa berhati-hati dan berwaspada. Kita akan menubuhkan pusat operasi selewat-lewatnya esok (hari ini) bagi mendapatkan maklumat dan memantau keadaan pelajar serta rakyat kita di Christchurch," katanya ketika dihubungi semalam. Gegaran kira-kira jam 12.51 tengah hari waktu tempatan itu menyebabkan banyak kerosakan dan ia gempa bumi kedua terkuat melanda Christchurch, iaitu bandar raya dengan 350,000 penduduk. "Perjalanan mengikut jalan laut dan darat dijangka mengambil masa kira-kira enam jam kerana kami terpaksa menaiki feri selama tiga jam dan laluan darat tiga jam lagi selepas itu," katanya. Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Universiti Otago (OMSA), di Dunedin, Ahmad Imran Fauzi berkata, tiada pelajar Malaysia di situ mengalami kecederaan dalam kejadian itu kerana hanya mengalami gegaran kecil berbanding Christchurch. "Gempa yang melanda kali ini sangat menakutkan berbanding tahun lalu dan kami bersyukur tiada pelajar kita yang cedera," katanya menerusi laman sosial, Facebook. Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay, berkata beliau bersama pegawai Wisma Putra dijangka tiba di Christchurch petang ini untuk bersama pegawai pejabat Pesuruhjaya Tinggi yang memantau keadaan rakyat dan pelajar Malaysia di bandar itu. Jurucakap Kementerian Pengajian Tinggi berkata, sebarang keputusan membawa pulang pelajar Malaysia bergantung kepada laporan MSD di New Zealand. Sumber Penerbangan Malaysia (MAS) pula mengesahkan, semua penerbangan ke New Zealand tidak dibatalkan kerana pesawat MAS hanya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Wellington. "Tiada pembatalan atau perubahan terhadap jadual penerbangan kerana pesawat MAS tidak mendarat di Christchurch. Kami akan memaklumkan kepada penumpang jika berlaku sebarang perubahan jadual penerbangan," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan