Isnin, 28 Februari 2011

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Cabul sebelum rotan

Posted: 27 Feb 2011 06:49 PM PST

KUALA LUMPUR: Gara-gara mahu menjadi 'doktor', seorang guru disiplin sebuah sekolah menengah di Ampang, di sini, diberkas polis selepas didakwa mencabul 12 pelajar perempuan, Jumaat lalu.

Difahamkan, guru lelaki berusia lewat 30-an itu mahu melakukan pemeriksaan mengenai tahap kesihatan semua pelajar terbabit terlebih dahulu sebelum merotan mereka kerana gagal hadir ke perhimpunan sekolah.


Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, semua pelajar terbabit dilaporkan tidak mengikuti perhimpunan sekolah kerana mendakwa mahu menyiapkan kerja sekolah di dalam kelas.

Menurut sumber, ketika guru disiplin itu melakukan rondaan, dia melihat kumpulan 12 pelajar perempuan tingkatan tiga berkenaan berada dalam kelas sebelum memarahi mereka.


"Guru disiplin terbabit mahu mengambil tindakan terhadap semua pelajar berkenaan kerana tidak mengikuti perhimpunan.


"Biarpun semua pelajar cuba menjelaskan keadaan sebenar, guru terbabit tidak mempedulikan alasan itu, sebaliknya memberitahu akan melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap semua mereka sebelum mengambil tindakan," katanya.

Sumber berkata, guru disiplin itu dengan bersahaja memberitahu akan memeriksa tahap degupan jantung mereka.


"Dia mendakwa bimbang tahap kesihatan pelajar berkenaan akan menyebabkan mereka pengsan atau mengalami masalah jika dirotan membuta tuli.

"Guru lelaki terbabit memegang payu dara semua pelajar perempuan berkenaan. Difahamkan, dia mengambil masa kurang daripada 10 saat untuk melakukan pemeriksaan bagi setiap pelajar pada peringkat pertama," katanya.


Sumber berkata, disebabkan ketakutan, semua pelajar terbabit akur dengan tindakan guru terbabit.


"Guru disiplin terbabit bagaimanapun sekali lagi melakukan tindakan keji apabila dia mendakwa tidak berpuas hati dengan pemeriksaan kali pertama sebelum melakukannya sekali lagi.


"Kali ini, dia didakwa memasukkan tangan ke dalam baju semua pelajar perempuan terbabit. Selepas berpuas hati, guru disiplin itu merotan tangan semua pelajar dan meninggalkan kelas berkenaan," katanya.


Sumber berkata, sebaik pulang ke rumah, pelajar perempuan berkenaan mengadu perbuatan guru terbabit kepada waris.


"Waris yang mendapatkan khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan berkenaan tampil membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah," katanya.


Sebaik menerima laporan, sepasukan anggota polis menahan guru disiplin itu berhampiran sekolah menengah berkenaan, kira-kira jam 11 pagi Sabtu lalu .


Difahamkan, dia direman empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK) iaitu menggunakan kekerasan dengan niat mencabul kehormatan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan selain penahanan guru terbabit.

Komen Anda

Hantar pendapat anda mengenai isu yang dipaparkan dalam artikel ini :

Terima kasih diatas penyertaan anda. Harian Metro berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.
Dah gila agaknya guru disiplin cabul anak murid. Diri sendiri tak bermoral, ada hati nak disiplinkan anak orang. Sungguh memalukan...!

Zurina Binti Mohd Zakaria

Begini kah yang dikatakan guru kurang ajar sepatutunya dia yang pelajar untuk berkelakuan baik tetapi sebaliknya saya sebagai itu ibu bapa mula merasa ragu - ragu atas keselamatan anak untuk hantar anak ke sekolah tapi kerajaan tidak memberikan jaminan untuk perkara tersebut tidak berulang lagi bukan itu cuba kita lihat dalam akhbar hari - hari ada berita gadis dirogol dibunuh dan diseksa dengan kejam apa yang kerajaan buat untuk menangani masalah ini apa yang polis buat cuma makan gaji buta je kita patut kembali kepada ajaran islam dan sunnah rasullah jangan penting periuk nasi sendiri sahaja saya nak tanya jika anak tuan/puan yang jadi mangsa apa perasaan tuan/puan ? tetapi kalau tuan/puan tiada perasaan saya tak taulah mungkin suka agaknya kejadian ini berlaku tiap - tiap hari dihadapan mata tuan/puan saya apakah tindakan selanjut terhadap pesalah atau tertubuh kalau setakat penjara atau sebatan iainya tidak menjamin untuk si tertuduh untuk mengulangi perbuatan tersebut tengok sekarang sampai dalam sekolah pun seorang/pendidikan berani berbuat demikian apa nak jadi dengan anak bangsa kita jika pendidik sendiri yang mengajar berbuat demikian hancurlah negara kadang - kadang saya sedih tiada seorang/badan kerajaan yang prihatin dengan keadaan sekarang ini kalau mereka prihatin kenapa tiap -tiap hari masih berlaku keadaan yang demikian agak rakyat malaysia tiada lagi perasaan kasih sayang diantara satu sama lain kata 1 Malaysia inikah yang mencerminkan rakyat 1 Malaysia kita atau nak tunggu semua anak bangsa kita hancur baru nak sedar dan masa itu dah terlambat dan mungkin masa itu negara kita pun sudah ditadbir oleh bangsa asing baru kita nak menyesalkan sepatutnya kita mempertahan negara islam kita yang ditakbir oleh pemimpin islam dan menjalankan hukum = hukum islam dengan betul dan telus supaya negara aman damai dan tenteram tiada lagi gejala sosial seperti berlaku

farahnizar abdullah

Guru sekarang x bolik d pecayai 100% mereka ny manusia biasa,nafsu syaitan berada dlm jiwa yg kurang didikan ilmu agama,

yahya ismail

ni namanya cikgu gatal...xsedar diri..kalo da gatal sgt,kawin la..g la raba isteri ko sendiri..xpyh la nak raba org lain..bodoh nye cikgu...

Asida Rashid

tindakkan ini mesti di ambil tegas,buang kerja dan beri hukuman yang setimpalnya

hafis adnan

setiap sekolah seharusnya mempunyai dua orang guru disiplin dimana seorang lelaki dan seorang perempuan agar keadaan seperti ini tidak berulang lagi

mirul

perbuatan ini sudah ketertlaluan dan melampaui batas.tidak mahu mndengar penjelasan murid terlebih dahulu.cikgu ini perlu diambil tindakan sekeras2 nya
untuk memberi pengajaran terhadap perbuatanya yang keji n tidak bermaruah itu

syahfuddin surip

Moral guru guru sekarang semakin menurun. Tapi TPM semakin ghairah nak beri imbuhan bertambah2 kepada guru2. Banyak kes guru2 kehilangan karakter sebagai pendidik. Ada guru wanita berumur menggoda pelajar kolej berusia 23 tahun tertangkap berkhalwat, ada guru tingkatan enam menggoda suami orang di facebook sedangkan dia sudah bersuami, ada guru yang nak menguruskan badan sehingga terkena kesan sampingan. Kalau nak kuruskan badan kurangkan makan dan disiplinkan nafsu makan serta bersenam. Kisah guru mencabul murid tak kiralah guru lelaki atau perempuan, tak berhenti2 berlaku. Mana dia sifat sebagai pendidik......anak murid jadi bohsia dan mat rempit....nak salahkan siapa?

Anim Ibrahim

Jika benar guru terbabit melakukan perkara ini, tindakan tegas harus diambil oleh pihak polis dan pihak sekolah. Ini kerana sebagai seorang guru, tugas beliau seharusnya mendidik perkara yang positif bukan melakukan perkara negatif seperti ini. Perkara seperti ini boleh menyebabkan pelajar takut untuk datang ke sekolah dan boleh menganggu pembelajaran mereka.

Aizuddien Rusly

mungkin guru-guru perlu diberikan kursus tanggungjawab dan kesedaran yang berterusan. disamping pemantauan yang berterusan. nilai-nilai murni diterapkan kepada guru-guru..

dzulkarnain

Jika guru berkenaan terbukti bersalah, hukuman perlu dikenakan kepadanya. Wlu bagaimanapun, pelajar2 nakal juga perlu diambil tindakan setimpal dgn kesalahan mereka. Pengalaman membuktikan bhwa guru disiplin perlu diberi pembelaan akibat telatah pelajar2 nakal sekarang yg bijak mengeksploitasi kesilapan kecil seorang guru disiplin. Ibu-bapa dan pemimpin juga perlu mmbuat siasatan sebelum membuat tindakan. Tidak mudah menjaga karenah pelajar hari ini dan semua pihak perlu bersemuka dlm menangani kenakalan pelajar hari ini.

KUDIEN

ape nk jd la ngah cikgu zaman skrng......
ank murid pun nk cabuk gak.....

tiada nama

Sekilas pandang memanglah nampak tak kenanya cikgu tersebut. Tapi janganlah terburu-buru menghukumnya dengan melemparkan pelbagai fitnah. Serahkan kes itu kepada pihak polis untuk melihat kedudukan sebenarnya. Kalau benar-benar bersalah, hukumkanlah. Tetapi, kalau tuduhan tak berasas, maka aniayalah namanya. Itulah yang tidak diingini lagi mencemarkan nama baik kaum pendidik seluruhnya.

HARUN BIN MOHAMAD

seorang guru yg mengajar anak murid cara cara merangsangkan serta menaikan nafsu syahwat yg mendorong anak murid terasa keinginan disentuh dan digosok.... bahaya tu...kakalau dibuat selalu...

razak

perbuatan guru tersebut tidak boleh di maafkan begitu sahaja.Sudahlah guru-guru diberi elaun lebih oleh kerajaan untuk mendidik anak2..ada pula guru yang membalasnya dengan perbuatan keji..Ini baru sekolah menengah..kita belum dengar lagi perbuatan pensyarah di IPTA..mungkin lagi keji

anajr

bukan semua cikgu baik dan boleh dpercayai..ms skolah dl sy slalu igt ckgu tu semua baik.tp bl da mngkt dewasa baru sy sedar

vanila

YA ALLAH, sepatutnya guru ini membimbing anak2 murid nya bukan mencabul mereka...macam mana lah muruid2 nak rasa selamat di sekolah kalau ada org2 mcm ni...

Fadhzrul

manusia sekarang sudah hilang sifat kemanusiaannya

SA'ODAH BT CHE NGAH

Pada pendapat saya, isu ini adalah isu pelajar mengenakan guru.Apa yang musykilnya, macamana pelajar tersebut boleh membiarkan guru berkenaan memasukan tangan ke dalam baju?.Mengapa mereka tidak membantah atau sebagainya. Pada pandangan saya pelajar-pelajar ini merupakan pelajar yang tidak berdisiplin kerana berani ponteng perhimpunan yang di wajibkan keatas mereka dan tidak menyiapkan kerja rumah di rumah.

IKRAM SHAH SALLEH

nampak nye kat skola pon dah x selamat skarang ni

omar

Guru disiplin pun hendaklah berhati-hati, sekalipun mungkin niat guru tersebut baik tetapi boleh saja dianggap serong, dan tindakan duru tersebut memeriksa kesihatan pelajar wanita dengan meletakkan tapak tangannya di kawasan payudara pelajar perempun adalah tak wajar yang boleh memeriksa tahap kesihatan seseorang ialah doktor atau mereka yang pakar kesihatan, jadi silap juga lah guru disiplin ini. hati-hati lah selalu ha....

Sotimin sarun

ada juga wakil rakyat ingin menjadi hero dalam kes begini.Cakap budak kaki ponteng ini bukan boleh dipercaya sangat.Bosan berita seperti ini.

PaKCU

sepatutnye guru memberi contoh yg baik bknnye perangai mcm binatang.klu mcm ni berhenti je la jd guru.

harwatie

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

‘Air mata’ pokok petai

Posted: 27 Feb 2011 11:29 AM PST

KEPALA BATAS: Penduduk Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal gempar apabila sebatang pokok petai dikatakan 'menangis' sehingga air turun seperti hujan sejak tiga hari lalu.

Pokok setinggi kira-kira 10 meter dan berusia lebih 35 tahun itu dikatakan mengeluarkan air melalui dahannya, malah lebih banyak ketika tengah malam.


Berikutan itu, penduduk kampung berkenaan berpusu-pusu melihat sendiri pokok petai yang dikatakan 'menangis', malah sanggup menunggu hingga jam 4 pagi.

Pemilik pokok petai itu, Norhayati Abdul Karim, 38, berkata dia menyedari pokok petai yang ditanam arwah bapanya, Abdul Karim Kassim, mengeluarkan air seperti hujan pada petang Jumaat lalu ketika menjemur pakaian.


"Mulanya, saya sangka hujan apabila terkena titisan air. Namun, saya berasa pelik kerana cuaca cerah selain tiada tanda akan hujan.


"Selepas beberapa minit berada di bawah pokok, baru saya sedar titisan air itu dari dahan pokok petai dan bukannya hujan," katanya Menurutnya, ia kali pertama kerana sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian pelik seperti itu, malah tahun ini pokok berkenaan baru mengeluarkan buah.

"Bukan penduduk kampung ini saja yang berpusu-pusu datang, malah penduduk beberapa kampung berhampiran turut datang untuk melihat sendiri pokok petai 'menangis'.


"Ramai juga mengambil air yang ditadah dan meminumnya," katanya.

Penduduk, Sopian Ahmad, 40, berkata, baju dipakainya basah selepas berada di bawah pokok petai itu beberapa minit.


"Saya minum sedikit air ditadah dengan niat dijadikan ubat dan rasanya payau. Namun, setakat ini tiada penduduk membuat perkara bukan-bukan kerana bimbang menjadi khurafat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan