Harian Metro: Setempat |
400 terima wang saku RM500 balik Mesir Posted: 22 Feb 2011 09:49 AM PST KUALA LUMPUR: Lebih 400 pelajar Wilayah Persekutuan yang melanjutkan pelajaran di Mesir bakal menerima durian runtuh apabila Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bukan saja menanggung kos penghantaran pulang ke Mesir, malah mereka turut diberi wang saku RM500 seorang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata bantuan itu bukan saja disalurkan kepada pelajar tajaan MAIWP sebaliknya semua pelajar daripada Wilayah Persekutuan menerusi dana Baitulmal.
Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohammad Sheikh Abdul Aziz, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Dr Muhammad Yamin Ismail, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. |
Posted: 22 Feb 2011 09:47 AM PST SHAH ALAM: Keluarga seorang wanita yang didakwa mati akibat didera keluarga mentuanya memfailkan notis usul di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam bagi memohon bedah siasat kedua secara berkecuali dilakukan terhadap mangsa. Keluarga S Pakiam, 23, memfailkan permohonan itu menerusi Tetuan Hullon & Co di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam turut memohon mahkamah memerintahkan inkues diadakan bagi menyiasat kematian wanita itu. Dalam permohonannya, bapa Pakiam, M Subramaniam, 52, (pemohon) menamakan lima responden iaitu Ketua Balai Polis Padang Serai dan Ketua Polis Daerah Kulim, Kedah; Ketua Polis Negara, Majistret Kulim dan Pendakwa Raya. Antara lain, Subramaniam memohon mayat anaknya yang kini berada di Hospital Serdang dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya, untuk bedah siasat kedua oleh Pakar Patologi Forensik, Dr M Karunakaran. Lelaki itu juga memohon seorang peguam bela hadir sepanjang proses bedah siasat itu. Difahamkan, Pakiam anak kedua daripada empat beradik mendirikan rumah tangga dengan B James selama lima bulan dan berpindah ke Kulim, Kedah, untuk tinggal bersama keluarga mentuanya. Perkahwinan pasangan itu diatur saudara kedua-dua pihak.
Menurutnya, Hospital Kulim sudah menjalankan bedah siasat pertama, namun belum memaklumkan keputusannya. Susulan itu, dia membuat laporan polis selepas tidak berpuas hati dengan keadaan anaknya ketika meninggal dunia pada 14 Februari lalu.
Dia yang bekerja sebagai kerani am berkata, sekiranya terbukti kakaknya mati akibat didera, dia berharap individu bertanggungjawab diheret ke muka pengadilan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan