Ahad, 31 Julai 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Ilham kontemporari buah kurma

Posted:

Ilham kontemporari buah kurma

Ilham kontemporari buah kurma

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my



KURMA atau tamar merupakan hidangan yang menjadi 'buruan' ramai terutamanya menjelang bulan Ramadan. Berbanding satu atau dua jenis yang diketahui oleh seseorang, sebenarnya terdapat ratusan jenis buah istimewa itu di seluruh dunia.

Di Arab Saudi sahaja, terdapat lebih daripada 400 jenis. Itu belum termasuk dari Mesir, Iran, Tunisia, Iraq dan di California, Amerika Syarikat.

Kurma jenis Nabi atau ajwa, sefri, barhi, khalas dan khodri yang berwarna merah hati (maroon) pula merupakan antara yang paling popular dan menjadi kegemaran utama penduduk di Tanah Arab.

Selain dimakan segar sesudah matang usia, zaman yang silih berganti kini menyaksikan kurma atau nama saintifiknya, phonex dactylifera, dinikmati dengan pelbagai cara dan rupa.

Buah dari jenis tumbuhan palma itu kini direvolusikan dengan tambahan elemen, bahan atau perisa sampingan agar selari dengan kecenderungan dan selera masyarakat semasa.

Terbaru, sekumpulan anak muda dari syarikat UKP Management Enterprise mengambil inisiatif melakukan pembaharuan pembungkusan yang lebih dinamik terhadap buah yang kaya dengan khasiat itu.

Enam sekawan, Ashraf Zulkifli, 30; Mohd. Noor Nawawi Muhammad, 30; Ikhwan Mansor, 30; Abdullah Ismail, 28; Ahmad Nailan Rosli, 30 dan Shahrul Zaman Luqman, 30, terpanggil berbuat demikian setelah mereka berenam melakukan kajian menyeluruh tentang cita rasa berbeza rakyat Malaysia.

Selaku Pengarah Operasi syarikat, Ashraf memberitahu Kosmo!, ilham itu mula-mula hadir apabila mereka melihat kurma badam yang disalut coklat atau lebih dikenali dengan nama Chocodate menerima sambutan yang sangat memberangsangkan dalam kalangan pencinta kurma.

"Selepas melihat fenomena luar biasa itu, kami terfikir mengapa tidak buah itu ditransisikan kepada beberapa elemen dan rasa tambahan agar ia lebih kontemporari dan sedap.

"Paling penting, rasa kurma yang diperbaharui itu sendiri mampu dihadam orang ramai dan tidak menjejaskan keaslian rasa kurma itu sendiri," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) baru-baru ini.

10 ciri baharu

Sempena Ramadan kali ini, usahawan-usahawan muda ini membawa kelainan dengan memperkenalkan kurma yang berintikan 10 jenis gabungan bahan baharu.


ASHRAF dan rakan-rakannya lebih selesa memasarkan produk-produk keluaran mereka secara talian.


Antara yang menarik ialah kurma yang berintikan gabungan keju halomi, aprikot dan air mawar.

Tidak kurang juga, kurma yang terkandung bahan perisa campuran seperti coklat susu dan pudina; coklat susu dan durian; serta kombinasi empat jenis bahan iaitu halwa bijan, keju krim, pati delima dan air mawar.

Bagi penggemar jalinan rasa kurma dan kekacang, syarikat tersebut turut memperkenalkan kurma yang berintikan halwa bijan, kacang brazil, kacang macamedia, walnut dan kacang pikan.

Menurut Ashraf, mereka melakukan uji kaji kepada kesemua bahan itu selama beberapa bulan lamanya demi mendapatkan rasa yang ideal.

"Kesemuanya mempunyai keistimewaan tersendiri dan yang paling penting, ia tidak menjejaskan kesihatan," ujarnya dan memberitahu perniagaan itu diusahakan sejak tahun 2009.

Pemilihan kacang pikan misalnya, dapat membantu menyembuhkan penyakit insomnia. Bijian tersebut juga mengandung vitamin B, khususnya vitamin B6 yang dapat menenangkan sistem saraf yang terlalu aktif.

Pati delima pula ujar Ashraf, berupaya membantu menyingkirkan lemak berlebihan, melangsing badan, membakar kalori dengan cepat selain meningkatkan tenaga dan memulih keletihan tubuh badan.

"Kurma-kurma ini juga tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk," tambahnya.

Kreatif

Imaginasi enam sahabat yang berkawan sejak di bangku sekolah menengah itu sangat mengagumkan dari sudut seni kreatif.

Bukan saja melakukan penyelidikan dan pembangunan, sebaliknya mereka turut mempunyai bakat dengan menawarkan gubahan bungkusan hamper kurma yang dibuat oleh mereka sendiri.

"Kurma yang syarikat kami tawarkan boleh dibeli begitu saja, tapi penampilan kurma itu akan lebih terserlah jika ia dipakejkan dengan sempurna.

"Pelanggan boleh memilih stail dan jenis kurma mengikut kehendak masing-masing untuk digubah," kata Ashraf.

Daripada banyak jenis gaya hamper yang ditunjukkan seperti yang diperbuat daripada mengkuang pandan, bungkusan hamper yang berbentuk kitab antara yang paling kreatif dan paling menarik perhatian. Harga yang ditawarkan juga berpatutan.


KURMA yang dipesan boleh dipakejkan dengan pelbagai stail mengikut citarasa masing-masing.


Dalam pada itu, pada tahun ini juga, kata Mohd. Noor Nawawi selaku pengarah syarikat, pihaknya turut memperkenalkan pakej hadiah yang dinamakan Set Ibadah. Set itu terdiri daripada kain telekung, kain sembahyang dan kain pelikat yang dijual pada harga yang sangat berpatutan.

Satu tan kurma

Jika pada tahun-tahun sebelumnya, UKP Management hanya menyediakan di antara 500 hingga 600 kilogram (kg), namun pada Ramadan ini, sebanyak satu tan kurma pelbagai jenis dijadual akan dipasarkan.

Kurma-kurma seperti kurma safia bertangkai, madu yuta, mabrum, ambar, wasem, medjoul dan amina didapatkan secara terus daripada pengedar terkemuka negara, Yusuf Taiyoob Sdn. Bhd. Secara keseluruhannya, terdapat lebih 30 jenis kurma yang diambil dari syarikat yang berpangkalan di Pulau Pinang itu.

"Selain itu, kami juga ada mengimport kurma dari Iran seperti kurma mariami dan mudofatibam serta kurma yang dipanggil deglenour yang didatangkan khas dari Tunisia," kata Mohd. Noor Nawawi sambil memberitahu syarikatnya banyak menerima tempahan daripada syarikat guaman dan pejabat-pejabat kerajaan.

Seperti memahami kehendak pelajar Asia Barat yang semakin berkembang di institut pengajian tinggi awam di negara ini, syarikat ini turut mengimport sajian-sajian lain yang terkenal seperti halwa dan knafeh (sejenis puding yang diperbuat daripada yogurt, susu dan kacang).

"Pejabat kami secara kebetulan terletak di universiti, jadi ramai pelajar Arab bertanya. Daripada situ kami dapat idea untuk membawa masuk makanan itu ke Malaysia," katanya.

Bagaimana untuk berurusan dengan mereka? Mudah saja kerana semuanya dilakukan atas talian. Jika anda tidak berkesempatan untuk mengambil tempahan, usah khuatir kerana syarikat ini menawarkan perkhidmatan penghantaran dari rumah ke rumah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Utusan Online - Politik

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Anwar berang hasrat Pas?

Posted:

Anwar berang hasrat Pas?

Anwar berang hasrat Pas?

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 31 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai telah memberi mandat sepenuhnya kepada Azmin Ali, bagi menggagalkan usaha pemimpin tertentu dalam Pas untuk membawa Tengku Razaleigh Hamzah ke dalam pakatan pembangkang, bagi mengambil alih kedudukannya selaku Ketua Pembangkang.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, tindakan itu diambil kerana Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut dikatakan berang dengan tindakan 'tikam belakang' yang dilakukan oleh barisan pucuk pimpinan Pas, ketika beliau begitu mengharapkan sokongan daripada rakan dalam pembangkang.

Menurut Anuar, maklumat terbaru itu disampaikan sendiri oleh orang dalam PKR kepadanya dan ia selari dengan pendedahan Pengerusi Parti Kesejahteraan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim semalam, bahawa Anwar kini berang serta tersinggung dengan tindakan Pas.

"Saya dapat maklumat bahawa Anwar sudah mengarahkan Azmin supaya menyerang seorang pemimpin kanan Pas yang berasal dari Kelantan, kerana dialah yang menjadi perancang utama di sebalik usaha untuk menabalkan Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pembangkang jika Anwar dihukum penjara atas kesalahan meliwat.

"Anwar dikatakan kecewa kerana usaha sulit ini tidak ubah seperti perbuatan 'tikam belakang'. Apatah lagi dia sendiri tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai usaha ini sehinggalah pertemuan antara dua pemimpin kanan Pas dengan Tengku Razaleigh terbongkar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Semalam, Zamil mendakwa dia menerima maklumat daripada pemimpin PKR Selangor yang memberitahu Anwar terkejut, kecil hati serta marah dengan tindakan beberapa pemimpin Pas sehingga Ketua Pembangkang itu mengarahkan orang kepercayaannya untuk menjejaki individu bertanggungjawab.

Mengulas lanjut, Anuar berkata, Pas berhasrat untuk membawa masuk Tengku Razaleigh ke dalam pakatan kerana mahu mengimbangi semula kekuatan serta pengaruh DAP dan PKR, yang dilihat jauh lebih berkuasa dalam menentukan hala tuju pembangkang berbanding parti itu.

"Pas sedar mereka berada paling bawah dalam hierarki pakatan pembangkang dan ia diburukkan lagi dengan tindakan Anwar yang lebih memberi muka kepada DAP. Jadi, jika Anwar terpaksa meringkuk dalam penjara inilah peluang terbaik bagi Pas untuk kembali menerajui pembangkang melalui Tengku Razaleigh," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tidak mustahil Ku Li ganti Anwar - Harun Taib

Posted:

Tidak mustahil Ku Li ganti Anwar - Harun Taib

Tidak mustahil Ku Li ganti Anwar - Harun Taib

KUALA TERENGGANU 31 Julai - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib tidak menafikan kemungkinan Tengku Razaleigh Hamzah bakal memegang jawatan Ketua Pembangkang, menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berpendapat, jika Ahli Parlimen Gua Musang itu mempunyai pengaruh serta ramai pengikut selain mendapat majoriti sokongan, tidak mustahil Tengku Razaleigh atau Ku Li akan mengemudi pakatan pembangkang selepas ini.

Harun bagaimanapun berkata, semua parti dalam pakatan pembangkang akan meneliti terlebih dahulu prestasi Tengku Razaleigh sebelum memastikan bekas Presiden Semangat 46 itu layak menjawat jawatan tersebut, jika keadaan memerlukan.

"Kita akan tengok dulu daripada segi prestasi beliau (Ku Li), kalau beliau ada pengikut yang ramai atau sokongan majoriti dalam kalangan parti pembangkang, kemungkinan besar beliau akan jadi Ketua Pembangkang.

"Begitu juga dengan Anwar, beliau boleh berunding dan kalau tak dapat majoriti penyokong, mungkin beliau (Anwar) tak akan duduk di situ lagi (menyandang jawatan Ketua Pembangkang)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan mengenai pelawaan pihak pembangkang kepada Tengku Razaleigh untuk memegang jawatan Ketua Pembangkang sebagai persediaan jika Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) disabit kesalahan dalam kes liwatnya.

Harun yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Terengganu seterusnya berkata, setiap pemimpin termasuk Anwar tidak semestinya menyandang sesuatu jawatan itu dalam tempoh yang lama, sebaliknya perlu memberi laluan kepada orang lain.

"Beliau tak akan selama-lamanya jadi Ketua Pembangkang, jika orang lain yang mendapat sokongan majoriti dalam pembangkang, maka dia pula yang akan jadi ketua," jelasnya.

Ditanya sama ada Tengku Razaleigh dipelawa memegang jawatan Ketua Pembangkang setelah Anwar dianggap sebagai liabiliti kepada pembangkang termasuk masalah moral yang dihadapinya, Harun menjelaskan: "Itu bukan faktornya.''

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Utusan Online - Jenayah

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Wanita Indonesia dibunuh kekasih

Posted:

Wanita Indonesia dibunuh kekasih

Wanita Indonesia dibunuh kekasih

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my


Anggota polis mengangkat mayat wanita Indonesia yang dibunuh di Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 31 Julai - Hasrat seorang wanita warga Indonesia untuk pulang berhari raya di kampung halaman tidak kesampaian apabila mati dibunuh kekasihnya di rumah mereka di Kampung Rumah 10, di sini hari ini.

Dalam insiden pukul 10.30 pagi itu, wanita berusia 28 tahun yang hanya dikenali sebagai Ana mati di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dipercayai dipukul oleh suspek juga berusia 28 tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Supritendan Saifi Abdul Hamid berkata, pasangan kekasih berkenaan baru sebulan menetap di kampung berkenaan.

"Hingga kini polis masih menyiasat punca kematian dan motif sebenar pembunuhan tersebut. Punca kematian Ana hanya akan diketahui selepas selesai bedah siasat.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek yang juga warga Indonesia dan bekerja sebagai juruelektrik ditahan sejurus selepas pihak polis tiba di tempat kejadian.

Sementara itu, seorang jiran mangsa yang enggan dikenali memberitahu, sebelum kejadian mereka sekeluarga terdengar jeritan Ana yang tidak bekerja meminta tolong.

"Apabila kami keluar, kami dapati lelaki yang dikenali sebagai Edy itu sedang memukul mangsa dan apabila cuba ditenangkan dia memarahi dan minta kami jangan masuk campur urusan mereka.

"Saya dan jiran-jiran cuba pujuk dan menyuruhnya bertenang, namun tidak diendahkan. Tanpa berfikir panjang, anak saya dan beberapa orang lain memegang suspek dan menghubungi polis," katanya.

Katanya, sebelum kejadian, Ana sempat pergi ke rumah salah seorang jiran mereka dan menyatakan hasrat untuk pulang ke kampungnya di Indonesia sempena Aidilfitri nanti.

Malah, katanya, Ana juga sudah membeli beberapa barangan keperluan untuk dibawa pulang ke kampungnya.

"Walaupun baru sahaja berpindah ke sini, dia sudah mesra dengan masyarakat setempat kerana dia seorang yang ramah dan sepanjang berjiran saya tidak pernah mendengar mereka bertengkar," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pembuat serunai maut ditikam anak tiri guna pisau lipat

Posted:

Pembuat serunai maut ditikam anak tiri guna pisau lipat

Pembuat serunai maut ditikam anak tiri guna pisau lipat

ALOR SETAR 31 Julai - Kedatangan Ramadan esok yang sepatutnya disambut dengan penuh rasa keinsafan, berlaku sebaliknya buat sebuah keluarga di sini, apabila seorang daripadanya maut ditikam ahli keluarga lain, hanya kerana perselisihan faham.

Dalam kejadian di Kampung Tebengau, Kuala Kedah, pukul 7.45 petang semalam, mangsa, Ismail Ahmad, 58, seorang pembuat serunai meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pukul 9.15 malam, akibat kecederaan parah di bahagian dada dan kepala.

Kejadian dikatakan bermula apabila suspek berusia 32 tahun dan merupakan anak tiri sulung Ismail, sedang membaiki kereta lalu tiba-tiba diserang dengan sebatang kayu oleh mangsa.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan, berikutan itu berlaku pergelutan lalu suspek menyerang balas dengan pisau lipat mengakibatkan mangsa terkena tikaman di sebelah dada kiri selain kecederaan di kepala.

"Punca kejadian kerana masalah keluarga di sebuah rumah jiran di kampung itu. Suspek menyerah diri di Balai Polis Kuala Kedah pukul 10.10 malam kelmarin.

"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian akibat kehilangan banyak darah kerana tikaman itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, menurut isteri pertama mangsa, Rahimah Ramli, 49, berlaku perselisihan faham antara dua beranak itu, namun dia tidak menyangka berakhir dengan kematian.

"Saya terkejut dengan peristiwa itu lebih-lebih lagi ketika umat Islam sibuk menyediakan persiapan untuk menyambut Ramadan," katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik HSB di sini malam tadi.

Tambahnya, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh anak tiri keduanya yang datang ke rumah sebelum bergegas ke rumah madunya yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya.

"Ketika tiba, baju suami dipenuhi darah dan dia tidak sedarkan diri. Mangsa dengan bantuan jiran kemudian dibawa ke HSB," katanya.

Sementara itu, seorang saksi, Mohd. Jamil Ahmad, 27, berkata, ketika kejadian dia dan suspek berada di luar rumahnya bagi membaiki enjin bot yang rosak sebelum didatangi bapa tirinya.

Tambahnya, berlaku pergelutan dan insiden dua beranak itu berlangsung selama kira-kira 10 minit di pekarangan rumahnya.

"Ketika pergelutan itu, suspek yang memegang pisau lipat dipercayai tertikam dada bapa tirinya selain kepala mangsa terhantuk ke kolah di situ.

"Mangsa cuba mengambil cangkul dan saya cuba menghalangnya, namun tidak lama selepas itu dia rebah," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Tebengau di sini hari ini.

Menurut Jamil, anak tiri kedua Ismail yang datang selepas itu membawa mangsa pulang ke rumah sebelum dikejarkan ke HSB.

Tambahnya, dia tidak mengetahui punca pergelutan dua beranak itu kerana tiada pertengkaran.

"Sejurus kejadian, suspek pulang ke rumah sebelum pergi ke rumah sepupunya di kawasan berdekatan. Saya difahamkan suspek menyerah diri di Balai Polis Kuala Kedah," katanya.

Katanya, suspek seorang yang pendiam dan membuat kerja-kerja membaiki enjin kereta dan bot sejak 10 tahun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Utusan Online - Pahang

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


12,422 hektar tanah dibangun

Posted:

12,422 hektar tanah dibangun

12,422 hektar tanah dibangun

Oleh MUSAZLILA MUSTAPAR
pengarang@utusan.com.my

KUALA KRAU 31 Julai - Seluas 12,422 hektar tanah dibangunkan di perkampungan Orang Asli di negeri ini dengan tanaman kelapa sawit oleh RISDA dan Felcra yang memberi pendapatan bulanan serta bonus mencecah jutaan ringgit kepada peserta.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Datuk Mohd. Sani Mistam berkata, pembangunan dalam sektor tersebut bertujuan meningkatkan tahap ekonomi Orang Asli di kawasan terbabit.

Menurutnya, peserta di empat daerah negeri ini iaitu Temerloh, Bera, Maran dan Jerantut menerima bonus tahunan berjumlah RM1.2 juta.

"Kita berbangga kerana jabatan ini mampu membangunkan masyarakat Orang Asli dalam sektor ekonomi melalui cara tanam semula berkelompok yang membolehkan mereka mempunyai pendapatan bulanan.

"Selain pembangunan ladang, JAKOA turut melaksanakan program pembangunan usahawan menerusi kerjasama dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Jabatan Pertanian dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dalam melahirkan 500 usahawan Orang Asli menjelang 2015," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Mesra Minda di Perkampungan Orang Asli Kampung Pian dekat sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Negara, Senator Olian Abdullah; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak, Datuk Mohamed Jaafar dan Pengarah JAKOA Pahang, Isa Hamid.

Mohd. Sani berkata, usaha meningkatkan taraf hidup masyarakat Orang Asli dilaksanakan secara berterusan dengan penyediaan kemudahan infrastruktur seperti elektrik, bekalan air bersih, jalan berturap, dewan orang ramai, taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dan bantuan rumah.

Katanya, jabatan itu juga membelanjakan RM2.6 juta bagi memberi bantuan dalam sektor pertanian seperti bekalan baja, racun dan keperluan asas pertanian.

Beliau berkata, sepanjang tahun lalu, JAKOA Pahang mengeluarkan kos sebanyak RM14,854 bagi membina rumah baru serta membaik pulih 827 rumah di perkampungan Orang Asli.

"Pada tahun ini, 40 rumah akan dibina bagi menggantikan rumah lama," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Surau baru hadiah RamadanKg. Terlang, Paloh Hinai

Posted:

Surau baru hadiah RamadanKg. Terlang, Paloh Hinai

Surau baru hadiah RamadanKg. Terlang, Paloh Hinai


Abu Bakar Harun (depan, empat dari kanan) menyerahkan replika kunci surau kepada Abdul Rashid Abdul Rahman sambil diperhatikan sebahagian penduduk di Pekan, baru-baru ini.


PEKAN 31 Julai - Kira-kira 200 penduduk di sekitar Kampung Terlang, Paloh Hinai di sini bersyukur apabila impian mereka mendapatkan surau baru akhirnya tercapai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Abu Bakar Harun berkata, pembinaan surau baru bagi menggantikan surau lama yang berusia lebih 50 tahun dianggap sebagai hadiah sempena kedatangan Ramadan ini.

"Diharap surau tersebut dapat memberi keselesaan kepada jemaah semasa beribadat serta menjalankan aktiviti kemasyarakatan," katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis perasmian surau tersebut di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Pegawai Daerah Pekan, Datuk Fadzil Mohd. Kenali dan Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Paduka Sheikh Mohd. Fauzi Sheikh Ali.

Beliau berharap penduduk di kampung itu menggunakan surau tersebut dengan sebaik mungkin dan tidak menjadikannya sebagai tempat untuk menabur fitnah.

Sementara itu, Ketua Kampung Paloh Hinai, Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, beliau mewakili penduduk kampung tersebut bersyukur kerana ada pihak yang membantu mendapatkan peruntukan bagi membina surau itu.

"Dengan adanya surau baru ini dapatlah kami berjemaah dan bertarawih pada bulan Ramadan nanti," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

PIBG sekolah terima sumbang RM60,000

Posted:

PIBG sekolah terima sumbang RM60,000

PIBG sekolah terima sumbang RM60,000


Ahmad Shukri Ismail (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Gelanggi 2, Abd. Rahman Majid di Jerantut, kelmarin.


JERANTUT 31 Julai - Sebanyak RM60,000 disumbangkan oleh Pejabat Parlimen Jerantut kepada 46 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di daerah ini bagi menggerakkan program kecemerlangan pelajar sekolah yang bakal menduduki peperiksaan penting tahun ini.

Bagi PIBG di peringkat sekolah rendah (SK) menerima cek bernilai RM1,000 manakala sekolah menengah kebangsaan (SMK) pula memperoleh RM2,000.

Peruntukan itu bagi membolehkan pihak sekolah dan PIBG mengadakan program motivasi terhadap pelajar yang menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail berkata, peruntukan itu merupakan sumbangan Kementerian Pelajaran yang disampaikan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi pada Februari lalu.

"Wang itu akan membantu pengurusan PIBG secara kolaborasi dengan pentadbir sekolah untuk merancang program bagi melakarkan kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan penting nanti," katanya selepas mewakili Ahli Parlimen Jerantut menyampaikan sumbangan itu kepada pengetua dan guru besar yang mewakili PIBG di sini, semalam.

Hadir sama, Pegawai Pelajaran Jerantut, Adnan Abdul Kadir dan Pengerusi Majlis Pengetua SMK Jerantut, Ramli Mohamad.

Ahmad Shukri berkata, usaha itu merupakan antara transformasi pendidikan di negeri ini berasaskan pembinaan modal insan selaras dengan matlamat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Utusan Online - Rencana

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Pembangkang mula sisih Anwar

Posted:

Pembangkang mula sisih Anwar

Pembangkang mula sisih Anwar

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my


Anwar Ibrahim mengadakan sidang akhbar bersama Lim Kit Siang, Abdul Hadi Awang, Mustafa Ali dan lain-lain pemimpin pembangkang mengenai pilihan raya kecil Kota Seputeh selepas mesyuarat khas Pakatan Rakyat di Parlimen pada 2009.


PADA 25 Julai lalu, bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chandra Muzaffar berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah liabiliti kepada pembangkang.

Pelbagai masalah moral yang melumuri Penasihat PKR itu telah menyebabkan dua rakan sekutu parti tersebut iaitu Pas dan DAP pening kepala. Mereka memerlukan Anwar tetapi Anwar sendiri banyak masalah.

Justeru bukanlah satu yang menghairankan apabila wujudnya dakwaan bahawa pembangkang kini terutamanya Pas berusaha memancing Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai pembangkang bagi menggantikan Anwar.

Pelawaan itu didakwa dilakukan memandangkan majoriti pemimpin-pemimpin pembangkang mungkin semakin yakin bahawa Anwar tidak akan terlepas dalam kes liwat melibatkan pembantu peribadinya Mohd.Saiful Bukhari Azlan.

Oleh itu pembangkang perlu mencari alternatif bagi memastikan pakatan mereka tidak kehilangan nakhoda.

Tengku Razaleigh dipilih mungkin kerana berdasarkan rekod bahawa beliau pernah menyatukan pembangkang suatu ketika dulu melalui Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Barisan Alternatif.

APU melibatkan kerjasama antara Parti Melayu Semangat 46 (S46) pimpinan beliau dengan Pas, manakala Barisan Alternatif pula melibatkan S46 dengan DAP.

Dua kerjasama berkenaan diwujudkan kerana pada masa itu, Pas dan DAP tidak boleh berada sekapal berbanding sekarang yang sudah boleh tidur satu katil, satu bantal, satu selimut biar pun mimpi berbeza.

Bagaimanapun penulis tidak berhasrat untuk menghuraikan soal kedudukan atau pendirian Tengku Razaleigh, apa yang hendak ditegaskan ialah bagaimana sokongan terhadap Anwar semakin luntur dalam pakatan pembangkang sendiri.

Sememangnya sentimen tidak mahukan Anwar bukanlah baru malahan ia sudah lama wujud terutamanya di kalangan penyokong-penyokong Pas. Mereka merasakan masalah moral Anwar banyak menjejaskan kredibiliti pakatan pembangkang dari semasa ke semasa.

Menurut pengikut Pas mereka sudah letih apabila perlu berhujah setiap masa bagi mempertahankan Anwar dan ini termasuklah kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin kanan itu yang terpaksa 'bersilat' bagi membela Anwar dalam isu melibatkan moral ketua pembangkang berkenaan.

Malahan kadang kala dalam tindakan itu, imej Pas sebagai sebuah parti Islam terjejas. Ia termasuklah apabila Abdul Hadi membuat kenyataan bahawa rakaman video tidak boleh menjadi saksi kerana ia adalah 'besi'.

Kenyataan itu biar pun menggembirakan Anwar dan penyokongnya tetapi menjadi bahan jenaka di kalangan rakyat. Pas dilihat benar-benar tersepit kerana terpaksa berhujah apa sahaja untuk mempertahankan Penasihat PKR tersebut demi kepentingan politik bersama.

Pas juga semakin tersepit apabila dilihat terlalu bergantung kepada Anwar demi meraih kuasa sehingga sanggup mengenepikan yang benar itu benar dan yang batil itu batil.

Parti itu berbuat demikian bukan kerana merasakan tidak bersalah tetapi terpaksa melakukan sandiwara politik demi kepentingan pakatan pembangkang.

Bagaimanapun akhirnya, Pas mungkin mula menyedari bahawa Anwar tidak selamanya perlu dibela. Alternatif perlu dicari bagi memastikan tidak berlaku kekosongan jika Anwar terpaksa kembali ke penjara Sungai Buloh.

Oleh itu, mahu tidak mahu demi survival politik pembangkang terutamanya dalam mencapai impian ke Putrajaya, pengganti Anwar perlu dicari.

Pas tidak mahu memilih di kalangan pemimpin DAP untuk menjadi ketua begitu juga DAP mereka sudah pasti sampai kiamat pun tidak akan membenarkan mana-mana pemimpin Pas menjadi ketua pembangkang selagi mereka ada kekuatan. Justeru alternatif di luar pakatan dicari dan Tengku Razaleigh dilihat pemimpin paling layak.

Anwar sudah pastilah kecewa dengan perkembangan ini kerana tidak menyangka bahawa Pas akan mengamalkan politik tikam belakang.

Di hadapan umum, mungkin Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang lain akan menafikan apa yang sedang berlaku tetapi secara tersirat Anwar sememangnya sudah tidak diperlukan lagi oleh pembangkang.

Tambahan pula, satu kajian baru-baru ini menunjukkan sokongan rakyat termasuklah di kalangan kaum India dan Cina terhadap Anwar semakin merudum di seluruh negara.

Ia ditambah pula dengan jumlah kehadiran ke majlis-majlis ceramah Anwar yang dikatakan merosot teruk. Sokongan yang semakin merosot kepada Anwar juga turut menyeret parti pembangkang yang lain terutamanya Pas.

Semua ini memberikan petunjuk kepada pemimpin-pemimpin pembangkang lain terutamanya Pas bahawa Anwar bukanlah harapan baru mereka, sebaliknya Anwar adalah bebanan yang harus dilepaskan jika pembangkang berhasrat meraih sokongan rakyat.

Apatah lagi berbanding dengan pemimpin-pemimpin pembangkang lain sama ada daripada DAP mahupun Pas tidak pernah berlaku di kalangan mereka yang berhadapan dengan dakwaan masalah moral yang begitu buruk seperti mana dihadapi oleh Anwar.

Semua ini sudah tentulah telah lama berada dalam kotak pemikiran pemimpin-pemimpin pembangkang yang pada mulanya melihat Anwar 'anugerah Tuhan' untuk mereka.

Apa pun sudah jelaslah kini bahawa Anwar tidak lagi pemimpin kebal atau ulung dalam pembangkang. Beliau kini perlu bersedia untuk disingkirkan bila-bila masa.

Anwar mungkin akan berusaha untuk menghalang apa yang dirancang itu menjadi kenyataan tetapi ia sekurang-kurangnya memberi isyarat kepada beliau bahawa sudah ada gerakan untuk menyingkirkan beliau daripada menerajui pembangkang.

Hasrat menyingkirkan Anwar itu juga menunjukkan selama ini Pas dan DAP amat memahami sejauh mana kekuatan PKR.

Jika PKR kuat sudah pastilah tidak akan wujud usaha untuk menggantikan Anwar sebagai pemimpin utama pakatan pembangkang tetapi PKR tidak ada apa-apa kekuatan.

Selama ini PKR wujud atas ehsan Pas dan DAP, jika kedua-dua parti itu tidak memberi bantuan sewajarnya, PKR tidak akan ke mana.

Ia termasuklah bersikap baik hati seperti mana ditunjukkan oleh Pas yang sanggup mengorbankan kerusi selamat mereka kepada PKR demi kerakusan ingin berkongsi kuasa, kesudahan Pas pula yang dilihat bagaikan 'melukut di tepi gantang' – satu status yang sepatutnya disandang oleh PKR jika dikaji dari segi sejarah parti masing-masing.

Apa pun Anwar kini semakin memahami betapa bahayanya politik tikam belakang - satu amalan politik yang tidak asing lagi bagi beliau sama ada semasa dalam pembangkang atau kerajaan suatu ketika dulu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bukan sekadar angka

Posted:

Bukan sekadar angka

Bukan sekadar angka

Oleh FAUZIAH AROF
rencana@utusan.com.my


Halim Shafie
Pengerusi TM


SIAPA kata penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman tidak menghargai teknologi maklumat? Hakikatnya mereka lebih menghargainya dan memerlukannya. Mereka menganggap kemudahan itu sebagai satu rahmat yang besar.

Melihat kepada riak wajah dan keterujaan pelajar-pelajar sekolah serta penduduk di kawasan terpencil yang bertepuk tangan dan bersorak gembira setiap kali Telekom Malaysia Berhad (TM), syarikat maklumat dan komunikasi bersepadu terkemuka di negara ini membantu kerajaan melancarkan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berkenaan, ia merupakan satu pengalaman yang amat berharga.

Bagi Pengerusinya, Datuk Dr. Halim Shafie, menyaksikan sendiri kegirangan masyarakat pedalaman tersebut dengan sambutan mesra yang diberikan, membuatkan beliau merasa gembira sekali gus terharu.

''Kemudahan ini bukan sekadar angka, tetapi lebih daripada itu. Anda akan merasakan kepuasan dengan melihat reaksi mereka, perjalanan yang jauh dan kepayahan kami untuk sampai ke kawasan-kawasan pedalaman yang terlibat dirasakan amat berbaloi," kata beliau ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Jelas Halim, ia bukan hanya misi untuk meluaskan kemudahan berkenaan ke kawasan terpencil, tetapi yang lebih utama memberikan perkhidmatan itu kepada masyarakat luar bandar dan pelajar-pelajar sekolah yang memiliki pelbagai potensi yang boleh dikembangkan menerusi kebaikan ICT.

Betapa tidak, melalui kemudahan ICT mereka boleh menimba pelbagai ilmu, tidak hanya bergantung kepada buku teks selain meluaskan jaringan komunikasi mereka yang terhad. Bagi penduduk lainnya pula, mereka boleh berhubung dengan anak-anak, saudara-mara, rakan-taulan yang jauhnya beratus-ratus kilometer dari kawasan yang mereka diami.

Melalui projek e-Bario, iaitu projek perintis Internet luar bandar yang dimulakan pada 1999 dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), ia sebenarnya adalah cabaran yang amat besar kepada TM, kerana bukan mudah untuk mengadakan kemudahan berkenaan di kawasan tanah tinggi pedalaman di utara negeri itu yang hanya boleh sampai dengan pengangkutan udara.

Projek e-Bario yang pernah memenangi Anugerah e-Asia di Taipei pada 2004 itu membolehkan penduduk di kawasan berkenaan yang rata-ratanya masyarakat Kelabit berhubung dengan dunia luar.

''Dengan kemudahan ini, ada masyarakat Kelabit di sana ada yang singgah dulu ke pusat Internet ini untuk berhubung dengan sanak saudara dan rakan-rakan di luar, sebelum mencari rezeki," kata Halim yang juga bekas Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dari 2006 hingga 2009 itu.

Dalam merapatkan lagi jurang digital antara bandar dan luar bandar, TM juga memainkan peranannya membantu kerajaan menjayakan Program Internet Desa (PID) yang mula dilaksanakan dalam tahun 2000 dengan 14 lokasi perintis di seluruh negara bersama Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) ketika itu dan Pos Malaysia Berhad.

''PID menyediakan infrastruktur ICT termasuk peralatan komputer dan talian Internet, serta penyediaan latihan berterusan yang percuma kepada masyarakat luar bandar.

''Setiap PID diuruskan oleh seorang penyelia dan penolong penyelia yang mempunyai ijazah dan diploma yang dilantik oleh kementerian untuk menyenggara PID," jelas beliau.

Kemudahan yang disediakan di setiap PID melibatkan antara lima hingga sembilan unit komputer, dua unit pencetak, masing-masing satu unit untuk pencetak warna, pengimbas, kamera digital dan talian Internet jalur lebar.

Tambah beliau, TM juga terlibat dalam Rangkaian Penyelidikan dan Pengajaran Kebangsaan (Myren) yang menyediakan jalur lebar khusus berkapasiti tinggi yang menghubungkan 28 institusi pengajian tinggi, masing-masing 20 buah politeknik dan kolej komuniti, institut penyelidikan dan makmal saintifik untuk menjalankan penyelidikan dan pendidikan yang dilancarkan pada 2003.

Rangkaian itu berhubung terus dengan komuniti penyelidik dan pendidik yang berada di Asia Pasifik, Australasia, Eropah dan Amerika Utara melalui Trans Eurasian Information Network 3 (TEIN 3).

''Bermula 2004 pula, TM terlibat dalam projek SchoolNet yang ideanya dicetuskan oleh KTAK dan Kementerian Pelajaran. Ia melibatkan penyediaan capaian Internet jalur lebar untuk 10,000 buah sekolah di seluruh negara," jelas beliau.

Dengan SchoolNet, pelajar-pelajar di seluruh negara sama ada di sekolah rendah dan sekolah menengah mendapat faedah daripada akses jalur lebar dan aplikasi-aplikasi Internet.

SchoolNet mewujudkan satu persekitaran pembelajaran lebih dinamik yang memberikan akses pantas kepada maklumat pendidikan online serta komunikasi interaktif. Para pelajar juga boleh bertukar-tukar data dan maklumat dengan pengguna lain menerusi rangkaian tersebut.

Bagi memastikan SchoolNet dimanfaatkan sepenuhnya, pada Januari 2008, satu program sekolah angkat yang dikenali sebagai GITN TechnoGogy Learning in Schools (GTL Schools) dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran.

Program GTL ini melibatkan sekolah di kawasan pedalaman dan luar bandar di seluruh negara. Sekolah-sekolah ini dipilih berdasarkan kadar penggunaan SchoolNet yang rendah.

TM juga, kata Halim, terlibat dalam program Promoting Intelligence, Nurturing Talent and Advocating Responsibility atau PINTAR yang dicetuskan oleh Kementerian Kewangan bersama-sama dengan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Program itu yang bermula pada Januari 2007, menyaksikan TM mengambil dua buah sekolah di Pulau Pinang sebagai sekolah angkatnya iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Indera Muda (SKBIM) dan Sekolah Kebangsaan Seri Penanti (SKSP) di Bukit Mertajam.

TM memperuntukkan RM400,000 untuk tempoh 3 tahun bagi kedua-dua sekolah tersebut mengadakan pelbagai aktiviti termasuklah latihan dan bengkel peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), bengkel Bahasa Inggeris, bengkel pengurusan dan penyelenggaraan komputer, kursus-kursus motivasi dan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur.

Melalui projek itu, TM melengkapkan sekolah-sekolah berkenaan dengan komputer – komputer yang dilengkapi dengan sambungan jalur lebar untuk akses Internet yang lebih baik. Kelas-kelas Aplikasi Internet dan Penyelenggaraan Komputer serta kursus motivasi turut disediakan untuk manfaat para pelajarnya

Pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk merapatkan jurang digital dan jurang informasi antara sekolah-sekolah di kawasan bandar dan luar bandar dalam mewujudkan masyarakat berasaskan pengetahuan bagi membawa negara ke peringkat yang lebih tinggi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kosmo Online - Negara

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Ideologi songsang graduan IPTA

Posted:

Ideologi songsang graduan IPTA

Ideologi songsang graduan IPTA

Oleh ATIKAH DALI
atikah.dali@berita.com.my


ANTARA blog yang digunakan untuk menyebarkan dakyah militan.


KUALA LUMPUR – Seorang graduan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang ditahan pihak berkuasa tahun lalu dipercayai telah menggunakan Internet sebagai medium untuk menyebarkan ideologi Salafiah Jihadiah bagi merekrut anggota militan baharu.

Dia yang merupakan Ketua Sel Tandzim al-Qaeda Asia Tenggara, Jemaah Islamiah (JI) telah mengendalikan enam buah blog, 37 artikel dan 35 audio (MP3) dalam usaha menyebarkan dakyah militan.

Sumber keselamatan memberitahu, blog pertama yang dibina oleh pelajar tersebut adalah Khattab Media Publication pada 12 Mei 2008.

"Isu-isu yang dibincangkan dalam blog itu menjurus kepada kewajipan untuk berjihad di Selatan Thailand.

"Tulisan itu juga menyeru agar Kerajaan Malaysia dan lain-lain negara Islam yang didakwa sekular dan pengamal bidaah digulingkan," kata sumber itu ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang disiarkan dalam blog Khattab Media, graduan berkenaan yang berumur 28 tahun yang juga merupakan ahli Majlis Syura Mujahidin mengumumkan pelancaran operasi ketenteraan iaitu 'Operasi Taubah' untuk menggulingkan kerajaan Sekular Islam di negara-negara di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Memetik laman web http://mp3 jihad.blogspot.com, terdapat beberapa koleksi kuliah jihad, syarahan hadis-hadis pilihan dan syarahan surah At-Tawbah dalam format MP3 yang disampaikan sendiri oleh graduan berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tukar jantina perlu pengesahan

Posted:

Tukar jantina perlu pengesahan

Tukar jantina perlu pengesahan

KUALA TERENGGANU – Golongan 'khunsa musykil' atau mereka yang mengalami kecelaruan jantina perlu mengesahkan jantina mereka dengan pakar perubatan terlebih dahulu sebelum mendapatkan perintah mahkamah bagi memudahkan penukaran jantina dilakukan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Terengganu Khazan Che Mat berkata, kecelaruan jantina terjadi disebabkan sesetengah individu mempunyai dua alat kelamin sejak dilahirkan.

"Disebabkan hal ini, mereka akan keliru tentang jantina sebenar mereka dan pembedahan penukaran jantina akan berlaku disebabkan mereka tidak pasti mereka adalah wanita mahupun lelaki.

"Namun, sebelum melakukan pembedahan jantina, mereka seharusnya memohon kepada mahkamah untuk menukar jantina agar pihak berwajib dapat menyelesaikan masalah dengan mudah tanpa berlaku sebarang kemusykilan kemudian hari," katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian dana Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Demokrasi terus subur di Malaysia – Perdana Menteri

Posted:

Demokrasi terus subur di Malaysia – Perdana Menteri

Demokrasi terus subur di Malaysia – Perdana Menteri

Oleh ZULKIFLI MANZOR
zulkifli.manzor@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Tidak ada mana-mana pihak yang boleh menafikan bahawa sistem demokrasi berparlimen masih subur di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan, kerajaan sentiasa percaya dan berpegang kepada sistem tersebut bagi memastikan pemerintahan negara benar-benar dipilih oleh rakyat menerusi pilihan raya.

"Mungkin ada pihak cuba membandingkan sistem demokrasi berparlimen Malaysia dengan negara lain termasuk United Kingdom dan Amerika Syarikat.

"Tetapi tidak ada sesiapa yang boleh menafikan bahawa demokrasi tetap wujud di negara ini," katanya ketika berucap pada Persidangan Tahunan Pimpinan Mahasiswa Malaysia 2011 di sini semalam.

Kira-kira 1,000 pemimpin pelajar dari pusat pengajian tinggi dalam dan luar negara menghadiri persidangan yang memberi peluang kepada mereka berdialog dengan tokoh-tokoh negara berhubung isu-isu semasa.

Najib berkata, menerusi sistem demokrasi berparlimen tersebut, rakyat Malaysia boleh memilih untuk tidak memihak kepada kerajaan.

Jelasnya, perkara itu juga menunjukkan bahawa wujud satu demokrasi berparlimen yang sangat subur diamalkan di negara ini.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Utusan Online - Kota

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Penduduk Setiawangsa bantah

Posted:

Penduduk Setiawangsa bantah

Penduduk Setiawangsa bantah

Oleh MOHAMMED SOFIAN BAHAROMkota@utusan.com.my


Khemah tambahan Restoran Sekinchan Ikan Bakar yang sedang dalam proses pembinaan di tapak sebuah ibu pejabat polis di Setiawangsa. - Utusan Safrizal Azmi


KUALA LUMPUR 31 Julai - Penduduk sekitar Setiawangsa di sini membantah tindakan sebuah rangkaian Restoran Sekinchan Ikan Bakar membina khemah tambahan di tapak pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bersebelahan premis berkenaan kerana dikhuatiri ia akan mengakibatkan kesesakan yang melampau di kawasan tersebut.

Selain itu, penduduk turut bimbang berlakunya pencemaran udara dan bau busuk disebabkan percambahan gerai-gerai haram sekeliling kawasan tersebut yang mengikut jejak premis berkenaan.

Sehubungan itu, penduduk telah membuat laporan polis kelmarin dan meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) menghalang kerja-kerja membina khemah tersebut yang kini giat dijalankan.

Pengerusi Majlis Permuafakatan Masjid dan Surau Parlimen Setiawangsa (Maeps), Abdullah Mohamed berkata, dikhuatiri pembukaan 'bazar' haram itu akan mendatangkan kesulitan kepada kehidupan harian penduduk, selain mengganggu operasi tiga buah sekolah dan masjid berdekatan.

"Keadaan ini pasti akan menyulitkan urusan penduduk yang melalui Jalan Setiawangsa 9 kerana ia bakal dipenuhi ratusan kenderaan milik pengunjung bazar haram itu yang diletakkan sesuka hati di bahu jalan.

"Jika jalan ini ditutup, maknanya ribuan pengguna jalan raya akan menghadapi kesukaran untuk tiba di rumah sebelum waktu berbuka puasa kelak," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Pengerusi Majlis Permuafakatan Persatuan Penduduk dan Penghuni Parlimen Setiawangsa (M4P), Mohd. Bahgia Mamat berkata, penduduk juga pernah menghantar surat aduan kepada Ketua Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, Datuk Azemi Kasim supaya beliau menarik balik kelulusan menduduki tanah bersebelahan premis restoran berkenaan dengan serta merta.

"Kami turut mendesak pihak polis supaya menyiasat kenapa restoran tersebut diberi keistimewaan untuk menjalankan operasi di atas tapak bakal IPD itu," ujarnya.

Sementara itu, wakil guru Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, Sa'adiah Mohd. Nor berkata, pelajar sekolah di kawasan tersebut akan terpaksa berjalan kaki jauh untuk menunggu bas mereka jika bazar haram itu dibenarkan beroperasi.

Katanya, bas dan van yang sepatutnya mengambil pelajarnya pulang pasti akan terperangkap dengan kesesakan dan keadaan ini akan mengancam keselamatan pelajar.

"Saya merayu kepada pihak berkenaan untuk mengambil perhatian serius berkenaan kewujudan bazar ini demi melindungi kepentingan penduduk setempat dan kemuliaan bulan Ramadan," tambahnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

KWPKB lulus RM12.4j untuk tambah baik rumah

Posted:

KWPKB lulus RM12.4j untuk tambah baik rumah

KWPKB lulus RM12.4j untuk tambah baik rumah


Raja Nong Chik membersihkan papan tanda yang ditampal dengan iklan-iklan haram ketika program Gotong-royong Perdana Taman Sri Sentosa di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 31 Julai - Sebanyak RM12.4 juta telah diluluskan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) untuk projek penambahbaikan rumah kos sederhana rendah.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, peruntukan itu disalurkan untuk program penambahbaikan rumah sekitar Kuala Lumpur di bawah Tabung Penyelenggaraan Satu Malaysia (TP 1Malaysia).

"Peruntukan ini adalah sebahagian daripada jumlah yang telah diluluskan dan digunakan untuk projek Taman Melati di Wanga Maju, flat kos rendah Jalan Tun Razak, dan flat kos rendah Jalan Desa Pandan," katanya ketika menghadiri program Gotong-royong Perdana Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama di sini hari ini.

Program gotong-royong itu adalah sebahagian daripada Kempen Kebersihan Kuala Lumpur 2011 yang bertujuan mengukuhkan rasa tanggungjawab seluruh warga kota untuk menjaga kebersihan bandar raya.

"Objektif program ini adalah untuk membersih dan menceriakan kawasan persekitaran kediaman, memupuk semangat kejiranan dan kerjasama di kalangan penduduk," katanya.

Program itu turut disertai oleh penduduk Taman Sri Sentosa, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Alam Flora, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Exco Biro Kebajikan Persatuan Asasi Sains Pertanian UPM, Ahmad Fahmi Yusoff, 19, berkata, sebanyak 101 orang terdiri daripada pelajar dan kakitangan UPM telah menjayakan program itu.

Beliau berkata, program kali ini agak berlainan kerana mereka telah ditugaskan menanggalkan poster ah long selain mengutip sampah-sarap di kawasan itu.

Program gotong-royong itu juga merupakan majlis penutupan kerja-kerja membersih dan mengecat kawasan Sri Sentosa yang melibatkan pembersihan sembilan zon di kawasan tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Jumlah golongan merempat di ibu kota menurun

Posted:

Jumlah golongan merempat di ibu kota menurun

Jumlah golongan merempat di ibu kota menurun


Abdul Azim Mohd. Zabidi (kiri) mengagihkan biskut raya kepada kanak-kanak yang berada di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur sempena program Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang menyambut Ramadan, semalam.


KUALA LUMPUR 31 Julai - Jumlah masyarakat gelandangan di sekitar ibu negara semakin berkurangan disebabkan beberapa program yang dijalankan untuk kumpulan itu oleh kerajaan dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, maklumat itu diperoleh melalui pemerhatian yang dilakukan pihaknya.

"Kami memang tiada statistik tetapi berdasarkan pemerhatian kami dapat melihat ada trend pengurangan.

"Pada tahun lepas, jumlah golongan merempat di ibu negara telah mencecah sehingga 2,500 orang, tapi kini sudah tiada lagi orang gelandangan yang banyak di sesetengah tempat seperti sebelum ini," katanya selepas melakukan tinjauan mesra sempena kehadiran Ramadan ke atas peniaga di sekitar Jalan Masjid India hari ini.

Turut hadir bekas Bendahari Agung UMNO, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi yang turut mengagihkan hampir 1,000 bungkus kuih raya kepada peniaga Melayu sekitar kawasan itu.

Dalam pada itu Tengku Azman berkata, ketika ini terdapat 972 peniaga Melayu yang berniaga di kawasan itu dengan 800 daripadanya merupakan peniaga di arked manakala selebihnya penjaja makanan.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang berkata, pihaknya akan meneruskan beberapa program sempena bulan Ramadan seperti tahun sebelumnya.

"Antaranya termasuk mengagihkan bungkusan makanan kepada mereka yang akan menaiki bas di Hentian Puduraya untuk pulang berhari raya di kampung halaman iaitu tiga atau empat hari sebelum Hari Raya Aidilfitri.

"Kami juga akan melawat peniaga Melayu yang berniaga di bazar Ramadan sekitar kawasan Bukit Bintang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Berita Harian: MukaDepan

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: MukaDepan


Usah hina Ashraf

Posted: 31 Jul 2011 12:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Masya­­rakat diingatkan supaya tidak melemparkan hinaan, cercaan serta mengaibkan jena­zah Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, pemuda berusia 26 tahun yang mencetuskan kontroversi, baru-baru ini selepas memohon menukar namanya kepada Aleesha Farhana tetapi ditolak mahkamah.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut, berkata orang ramai juga tidak wajar menghina keluarga pemuda terbabit yang meninggal dunia semalam kerana segala yang berlaku ada hikmah tersendiri dan secara tidak langsung memberikan pengajaran cukup besar kepada masyarakat.

Urusan memandikan jenazah yang sudah berubah fizikal kepada wanita dengan perubahan alat kelamin dan buah dada, saya berpandangan sebaik-baiknya jenazah diuruskan perempuan kerana bimbang apabila ia diuruskan lelaki, akan timbul fitnah dan prasangka negatif. Hassan Din Al-Hafiz Pendakwah bebas

Mengenai urusan pengebumian jenazah, beliau berkata, jenazah umat Islam perlu disempurnakan dan diuruskan mengikut jantina ketika mereka dilahirkan walaupun kemudian sudah berubah keadaan fizikal, sama ada lelaki mengubah fizikal menjadi wanita atau sebaliknya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

abibunnajar bin ishak

Rujuk kepada Al-Quran dan hadis

fadhil

ape2 pun semua perlu ambil iktibar, jgn hanya pndai menilai... ape2 pun smoga smua slamat di dunia dan akhirat

nickysylviatan

sy bersetuju dgn pandangan Jamal Jamil & jg Adnan Idris, pd pandangan sy, hukum lelaki berpakaian wanita & sebaliknya yg diharanmkan syariat ada hikmahnya, pd pdgan sy hal ini bg mengelak berlakunya perkara yg tdk diingini yg akn terjadi jk lelaki pakai pakaian perempuan & sebaliknya. namun dalam hal ini sy berpendapat bhw mmg wujud dlm dunia ini bhw kejadian Tuhan itu adalah utk dijdkan iktibar & jg utk memberi peluang kpd ahli bijak pandai utk membahaskannya. dlm dunia moden, dgn kecanggihan ilmu kedoktoran & kajian yg blh djlnkan bg menentukan sifat manusia sehinggakan menipupun tlh blh diketahui melalui teknologi terkini, mengapakah pihak tertentu tdk mengesahkan naluri Allahyarham. Setelah doktor mengesahkan sifat & keinginan seseorang yg bercelaru jantinanya, mk pihak tertentu sepatutnya tlh dpt memberi penilaian. Dalam Islam, AlQuran adalah sumber rujukan utama, hadis Rasulullah adalah yg kedua & Ijmak Ulama adalah rujukan yg ketiga. rujukan yg ketiga ini perlu diambil perhatian olih phk tertentu. dalam kes Allahyarham, pihak ulama sepatutnya tlh bermusyawarah & berijtihad utk mencari penyelesaian terhadap Allahyarham, mungkin Allahyarham dijadikan Tuhan utk kt menggunakan rujukan ketiga bg menyelesaikan kemelut ini. Phk bijak pandai seharusnya menjalankan kajian, berbincang dan berijtidad kerana dengan berijtihad itu, mereka akn mendapat pahala, sekiranya apa yang diputuskan itu betul, mereka akn mendapat dua pahala, namun jika salah mereka masih lg mendapat satu pahala krn berijtihad. ttp dlm kes Allahyarham, apakah pihak tertentu yg bijak pandai tlh menjalankan ijtihad tersebut sehingga Allahyarham kemurungan & membawa maut. Mmg ajal maut itu di tangan yg Berkuasa namun ianya adalah berpunca dr kt jg, ada sbb musababnya. kepada keluarga Allahyarham, diucapkan takziah & banyakkan bersabar, ianya adalah ujian utk kt yg hidup dlm dunia ini dan Al fatihah kpd Allahyarham, semoga Tuhan ampunkan dosanya & dgn kejadian ini akn membuka mata phk tertentu. AlFatihah.

selinang

Asalamualaikom dan salam sejahtera,
barang yang lepas biarlah berlalu dengan RahmatNya teguhkan Iman jangan sekali-kali coba dan mempersendakan diri sendiri Syukur dengan Takdir Illahi.Salamat

Arm Enrique Azman

takziah buat keluarga allahyarham Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz....

mohd roslan bin ramli

SEMOGANYA ROHNYA DICUCURI RAHMAT, AL FATIHAH

ASKU

al-fatihah buat kluarga arwah semoga allah mengampunkan segala perbuatan yg dilakukannya...kita sebagai manusia biasa hanya mampu berkata yg tentukan adalah dia yg satu...biarlah itu urusan dia dgn allah..yg sdah pegi biarlah pegi..kita yg masi hidup...harus teruskan kehidupan...jgn dok mengata org...sbb satu hari nanti kita jg akan mati...fikir2kanlah dan renung2kan....

nasoha

walau apapun yg berlaku,arwah tetap saudara seagama dgn kita semua yg beragama islam.. alfatihah

ASKU

al-fatihah buat kluarga arwah semoga allah mengampunkan segala perbuatan yg dilakukannya...kita sebagai manusia biasa hanya mampu berkata yg tentukan adalah dia yg satu...biarlah itu urusan dia dgn allah..yg sdah pegi biarlah pegi..kita yg masi hidup...harus teruskan kehidupan...jgn dok mengata org...sbb satu hari nanti kita jg akan mati...fikir2kanlah dan renung2kan....

khairi

Saya sangat simpati dgn arwah yang berjuang untuk dirinya. Islam agama pentingkan kasih sayang. Allah lebih menyayanginya dari kita semua. memang lumrah manusia tidak kira agama apapon suka mencaci dan menghina jika seseorang itu lain sifatnya. Allah lebih menyayangi umatnya. semoga Arwah ditempatkan ditempatkan dikalangan orang beriman..Amiinn

siddiq

akan ada lagi generasi mcm dia akan sambung perjuangan tukar jantina. sila ambil tindakan tegas dari mula, jangan asyik kesian bagi muka je. banyak pihak dah pijak kepala bila lembut sangat

idlan

Alfatihah buat arwah..barangkali pemergiannya ada hikmah yg tersembunyi..bygkan kalau dia masih hidup dan terus berjuang utk menukar nama kpd perempuan, then permohonannya berjaya..mesti lepas tu beratur mak nyah buat pembedahan tukar jantina mohon tukar nama kpd
perempuan atau perempuan tukar kpd lelaki. Wallahualam..hanya Dia lebih mengetahui.

norul

assalamualaikum..kte sbagai umat harus ambil iktibar dgn apa yg berlaku...anggap itu sbagai peringatan allah kpd umatnya.

syafiezul

dunia dh terbalik....yang haram jdi halal, dan yang halal jadi haram

wallahu'alam..kta yg msi idUp,,kNa la amek pNgajaraN...hm..

roslan

Assalamualaikum..berkenaan isu berkenaan arwah yang telahpun di dunia, Kita hendaklah berfikir sejenak dan bershukur ke hadrat illahi kerana kita dilahirkan sempurna sihat walafiat...tiada seorangpun di kalangan kita inginkan hidup dalam bermasaalah, tetapi sesuatu yg terjadi sudah ditakdirkan..dan ada hikmah disebaliknya.oleh yang demikian diri kita sendiripun belum tahu diakhir hayatkita nanti...moga akal dan fikiran yang dianugerahkankepada kita yang tak ternilai ini dan dianugerahkan sebagai makhluk manusia yang mulia dipergunakan sebaik-baiknya untuk bekalan ke alam yang kekal abadi.Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak.

kamairuzaman razak

Takziah...kepada ahli keluarganya.Redalah pemergian mengadap Ilahi kerana dia adalah hak Tuhan Yang Maha Esa.Ibubapa hanyalah diamanahkan untuk menjaganya sahaja.Al Fatihah untuk arwah.Kita manusia yang jahil janganlah memfitnah dan menghukum.Kita tidak layak untuk mengadili nasib arwah.Hanya Tuhan sahaja yang layak mengadilinya kerana arwah itu makhluk ciptaanNya.Allah S.W.T yang menjadikan dan menghidupkan arwah selama ini dan dilahirkan seperti itu.Al-Fatihah sekali lagi kepada arwah.Semoga dia berada dalam rahmat Allah S.W.T.Amin.

jiji

mmm....bising sungguh dgn perkara yg kecil2 mcm ni...ini lah rakyat M'sia suka bisik2..

MUHAMAD HASHIM AHMAD

SEMOGANYA ROHNYA DICUCURI RAHMAT, AL FATIHAH.

adnan idris

Saya masih teringat pesanan Tok Guru Fekah yang hebat di Kedah iaitu Allahyarham Dato' Sheikh Zakaria Wan Besar yang juga Ahli Jawatankuasa Fatwa Kedah yang telah kembali ke rahmuatullah minggu lalu bahawa pembedahan menukar jantina boleh dilakukan dengan syarat ianya mematuhi hukum syariah, kerana perkara ini sememangnya pernah pun berlaku di Kedah sebelum ini, cuma ianya harus mendapatkan panduan serta rujukan terlebih dahulu melalui Majlis Fatwa serta Pakar Perubatan yang berwibawa, cuma dalam kes Aleesha Farhana ini dia telah terlebih dahulu menjalani pembedahan tanpa merujuk kepada Majlis Fatwa yang berkuasa berkaitan hal-hal dalam bidang hukum-hukum syariah. Kita juga jangan terkeliru dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Trengganu, yang menolak permohonan kerana Mahkamah itu sendiri menolak permohonannya kerana tidak mempunyai kuasa disebabkan bidangkuasa tersebut adalah terletak kepada Mahkamah Tinggi Syariah, keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Trengganu adalah tepat kerana Aleesha Farhana masih berpeluang membawa kesnya ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk diperhalusi berdasar hukum-hukum Fekah, oleh itu masyarakat tidak wajar mencemuh Allahyarham mahupun keluarganya dalam perkara ini, oleh itu marilah kita semua mengambil iktibar atas perkara ini, wassalam.

zaharibb

Urusan dunia Allahyarham sudah selesai. Kini terserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa. Hanya sebagai manusia kita hanya mampu berdoa

اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه~

Tiara

dia sdh pun pergi, yg msh hidup dan telah menghinanya haruslah menyedari, kita adalah sama menuju ke sana. Fikir2 kan lah, adakah diri kita lebih baik?

Pydd AL-Farabi

setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya..jadikan perkara ini pengajaran terbaik buat kita yang masih hidup...kita tidak tahu, mungkin arwah sempat bertaubat sebelum menghembuskan nafas terakhir..kita yang masih hidup ni jangan terpedaya dengan hasutan iblis & syaitan..jangan salahkan takdir atas semua perkara jahat yang kita lakukan..salahkan diri sendiri kerana sudi di perhambakan oleh syaitan...ingat janji syaitan kepada Tuhan:"aku akan menyesatkan umat manusia"...TUHAN TAHU TAPI TAKUT KITA YANG TAK TAHU...

wan shahbi bini azizan

Assalammualaikum...sesungguhnya manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan harap manusia yg masih hidup & sewaktu dengannya segeralah bertaubat kerana pintu taubat masih terbuka utk kita semua..bagi yg menghina @ di hina juga amin.

shukor

penangan pil perangsang hormon la tu...

irischa suriehoney

mgkin paling baik klu mak& bpk dia yg mandikan..

nurul langkawi

yang satu nie ckap urus cra laki yg satu lg ckp urus cra pompuan sb tkot timbul fitnah??so mne satu yg diorng buat untuk mnguruskan jnzah asrf nie??

Nor AD

Kita tiada hak untuk menghina sesiapapun kerana Allah lebih mengetahui akan perihal setiap dari kita.. semoga dosa kita semua diampuni Allah,.. begitu juga dengan arwah Ashraf..Amin

wan shahbi bini azizan

Assalammualaikum...sesungguhnya manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan harap manusia yg masih hidup & sewaktu dengannya segeralah bertaubat kerana pintu taubat masih terbuka utk kita semua..bagi yg menghina @ di hina juga amin.

Que Harwick

semoge dosa yg dilakukan diampunkan Tuhan, insyaAllah.. kpd umat islam yg lain jgn lah mengaibkan si mati..

Far Lee

Assalamualaikum, walaupun berubah fizikal mengikut jantina, tapi kulit masih lagi mengikut jantina asal. Mungkin akan ada perbalahan pendapat dimana jenazah diuruskan kaum hawa atas sebab perubahan fizikal, manakala kaum adam pula atas sebab kulitnya. Harapan agar para arif agama bincang elok-elok tentang hal ini. Apapun takziah buat keluarga arwah. Daripada Allah kita datang, dan kepada Allah jua kita kembali.

muslimah

al fatihah buat allahyarham..smoga roh beliau d cucuri rahmat..qada dan qadar adalah urusan allah...

hamba allah

daripada tanah kita dijadikan, kepada tanah kita kembali... pandangan saya, jika dimulakan lelaki, seharusnya dikembalikan lelaki.. allahualam..

Masyantie Mohamad

Semoga menjadi iktibar.... jenazah sepatutnya diuruskan mengikut panduan d dlm al-Quran bkn pendapat semata2. Jika xnk menimbulkan fitnah, biarlah diuruskan oleh kaum keluarga c arwah sj. Sebelum menukar ciptaan Allah, fikirlah kesan spt ini kpd org2 yg dtinggalkan yg akan menguruskan jenazah anda. Bkn niat menghina ye.. takziah utk keluarga arwah.

hizra

apa-apa pun semua sudah di tentukan oleh Allah...siapa la kite hendak menghukum dan menentukan dosa pahala seseorang..semoga keluarga arwah tabah,dan kepada masyrakat kte bukan boleh menidakkan apa yang terjadi..dan jangan sekali-kali mencemuh,kerana kita x kan tahu apa yang terjadi pada masa hadapan kite atau keluarga kite...AL-FATIHAH

rosli

semuga rohnya dicucuri rahmat

madi utara

kepada maknya di luar sana jadikan peringatan anda di sana,kerna ajal pada bila2 masa,jika x sempat beginilah jadinya melawan hukum allah,tidak besyukur apa yg ada,dan sepanjang kehidupan di laknat allah dan para malaikat,renung2kan

rol

smga mjd pengajaran kpd saya.Ada hikmah kpd saya.Ingat,bhw saya ada musuh(iblis).Ya Allah lindungi hamba yg amat lemah ini.

rohudah

Semoga Allah memberikan keampunan ke atah ruh, mari kita bersangka baik...

atok

Adalah lebih baik kita doakan agar Allah mengampuni segala dosanya

Jamal Jamil

Saya rasa arwah adalah wanita sejati yang terperangkap dalam tubuh lelaki. Susah sangatkah memahaminya. Saya ingat di Malaysia ini rakyat terpelajar, kan Kalau para Ulama kita tidak memahaminya ,Kasihan!!! amat tertutup minda. Dengan ini saya istiharkan dalam hati saya negara kita kurang toleransi...Bless Arwah tu...

mie

apa yg telah berlaku kita ambik pengajaran dan iktibar, kita sedekah kan al-fatihah untuk arwah...

red apple

Ada hikmah disebalik apa yg berlaku dh telah terjadi....semoga roh beliau dicucuri rahmat dn mendapat keampunan dr yg Allah S.W.T.AMIN

budak2

dh mcm filem 2 alam pulak....

arda

semoga allah mengampunkan dosanya dan seluruh umat islam termasuk saya . amin .

fuaadsaid

assalamualaikum...semoga perkara sedemikian menjadi iktibar untuk seluruh umat islam di muka bumi ini...yang pergi kita sedekahkan al-fatiah...amin.

mahi

Mengapa bila dah diperingkat ini baru nak bising.Apakah masyarakat buta dengan kecil2lan dulu...

kholil

kita perlu ambil pengajaran dan iktibar bersama supaya perkara sebegini mennjadi pengajaran bagi mereka yang belum insaf.

redzuan

Sebagai seorang ayah kepada tiga anak remaja lelaki aku amat sedih dan bersimpati kepada keluarga simati....dan kepada masyarakat kita sama sama medoakan kebaikan kepada roh simati....wallah hualam.....

Ex~Gaban

Assalamualaikum....sudah2 la.jangan di hina arwah.hukum dunia beliau dh lalui.saya bersetuju jika jenazah diuruskan sepertimana beliau lahir dan di uruskan oleh saudara mara dan ahli keluarga terdekat.hanya sebab ingin mengelakkan fitnah prasangka ......

nanpakleh

yang harak tetap haram... hidup jangan bermain dengan hukum nafsu... islam agama yang cukup sempurna mengatur hidup manusia,kenapa al quran yang jadikan pedoman

Hamdan Casablanca

Semoga Allah memberi keampunan ke atas arwah..Sedekah Al-Fatihah kepada arwah

rozaidi

semoga roh allahyarham dirahmati allah amin ya rabbalalamin

Hamas Asy-Syuja'iy

اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه~

Nolly Are'meet

Yang baik dtg drpd Allah SWT....... yg buruk dtg drd kita... semoga rohnya d cucuri rahmat.. biarlah yg kejadiaan tersebut menjadi iktibar bt semua..

liza farizaa

semoga..roh beliau..sentiasa d cucuri Rahmat..n mendapt keampunan dr ALLAH S.W.T. semoga dengan ini..dapt memberi..pengajan n iktbar wat kita ..semua.u keluarga..arwah..salm takziah

ibrahim

Iktibar buat kita umat islam agar jangan kufur terhadap nikmat yang telah diberikan sebaik2 kejadian, wallahu'alam...... Al-fatihah.... moga roh beliau dirahmatinya

pojie kechik

semoga allah menempatkan arwah di tempat orang2 yang beriman amin2..

mahohany syiriza

Semoga Allah memberi keampunan ke atas arawah. semua ini menjadi iktibar kepada yang kita yang serba berubah ini.Wassalam

Khai

Sy lbih brstuju dgn pndpt penasihat maij agr diuruskn jnazah sbg jnazah llaki since islam tak mengiktiraf penukaran jantina..klu uruskn sbg jnazah wanita seolah2 mengiktiraf penukaran jantina..hnya pndapat..wallahu A'lam...

Musa jab

Alfatihah kepada Ashraf Hafiz. Semoga roh Nya sentiasa dicucuri rahmat dari Allah SWT. Serahkan kepada Allah akan segala nya tidak perlu terlalu berkomentar. Amin

rose aida

setiap umat yg hidup allah dah tentukan qadak & qadar.Cuma ianya terjadi pada anak2 kita atau adek beradik kita & org tak henti2 menghina apakah kita mampu utk tersenyum???. Kita yg hidup ni pun belum pasti cara kematian kita bagaimana oleh itu saudara2 yg suka menghina org lain lihat2lah & cerminlah diri sendiri.

MJJ

Assalamualaikum. Saya berpendapat bahawa adalah lebih elok jika jenazah dimandikan oleh kerabat keluarga terdekat. Ini adalah lebih afdal dan sangat dituntut oleh agama. Wallahualam...

zirul

salam takziah buat keluarga arwah. yang baik dtgnya dari tuhan dan yg buruk semuanya atas khilaf kita sendiri

yusof

Ass....kum. Sesungguhnya apa yg berlaku ada maksudnya sebagai panduan kepada yang masih hidup. Tentang mandi mayat berubah bentuk fizikal eloklah dirujuk kepada pihak2 yang lebih arif dan faham..Insyaallah

azman

saya setuju dengan pandangan ustaz Hassan Alhafiz,walau dasarnya arwar tu seorang lelaki,tetapi fizikal nya telah di ubah menjadi perempuan,seelok-eloknya biarlah yg memandikan jenazah itu biarlah dari kalangan kaum hawa,sebb di khuatiriandai orang lelaki yang menadikan akan timbul fitnah dan mengaibkan..

liana

semua yang ditetapkan oleh ALLAH SWT mmpunyai hikmah yang tersendiri

IZZUDDIN ALI

Moga jadi iktibar. Buat golongan yang masih leka, ingatlah, ajal maut itu menjengah bila-bila masa.

aab

innalillahiwainnalillahirojiunn...daripadanyakita datang kepadanya kita kembali. Allah yang maha mengetahui. Imbas kembali doa seorang ibu itu amat makbul. Jika saya tidak silap dalam artikel terdahulu pernah keluar permintaan keluarganya berhubung arwah adik Ashraf ini. Ambillah iktibar alfatihah amin.

Moktar bin Sulong

kita boleh cuba mengubah nasib kita tetapi ketentuannya tetap dari Allah yang Maha Mencipta

nazri

saya tertarik pada artikel kecil oleh Hassan Din Al hafiz mengenai pandangannya berkaitan urusan memandikan jenazah. Saya cuma ingin bertanya jika sekiranya simati sudah berubah fizikal kepada wanita sedangkan dia dilahirkan sebagai lelaki, jika dimandikan oleh wanita dimana perlu menyentuh jasad tersebut adakah hukumnya haram . Dan sekiranya menggunakan sarung tangan sekalipun mungkin juga timbul fitnah dan prasangka negatif oleh wanita yang memandikan jenazah tersebut

azihan

apa pun keputusan kita sebagai umat islam mestilah berpandukan kitab suci alquran, bukan main ikut pendapat sendiri saja

mawi

kita tidak akan mendapat melawan ciptaan tuhan biarpun di ubah,apa pun kita sedekahkan al-fatihah buat arwah,moga2 rohnya di cucuri rahmat..

Dayanara Alwastri Baraza

ALLAH MENENTUKAN SEGALA...BUKAN MANUSIA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.