Khamis, 24 Februari 2011

Berita Harian: Nasional

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Nasional


Jalin hubungan lebih strategik

Posted: 24 Feb 2011 03:48 PM PST

Nasional

NAJIB dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor melihat khazanah agung peninggalan Nabi Muhammad SAW ketika melawat Muzium Topkapi pada hari terakhir lawatan rasmi tiga hari beliau ke Turki.

NAJIB dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor melihat khazanah agung peninggalan Nabi Muhammad SAW ketika melawat Muzium Topkapi pada hari terakhir lawatan rasmi tiga hari beliau ke Turki.

Lawatan Najib ke Turki buka potensi kerjasama perdagangan, pelaburan

DATUK Seri Najib Razak menyifatkan lawatannya ke Turki yang berakhir, kelmarin berjaya kerana ia bukan saja mengukuhkan hubungan dua hala sedia terjalin antara dua negara sahabat, malah membuka banyak potensi kerjasama terutama dalam bidang perdagangan dan pelaburan untuk diterokai pada masa depan.

Perdana Menteri berkata, beberapa keputusan yang dicapai antara Malaysia dan Turki hasil lawatan rasmi tiga hari beliau ke negara itu juga akan meletakkan hubungan antara kedua-dua negara ke arah perkembangan yang lebih memberangsangkan.

Katanya, lawatan itu juga amat bermakna kerana Kerajaan Turki sudah lama menunggu kedatangan Perdana Menteri Malaysia untuk melawat negara ini, selepas yang terakhir 28 tahun lalu. "Mereka sebenarnya mahu hubungan yang lebih bermakna dan strategik dengan Malaysia. Sebab itulah dalam perbincangan dengan Perdana Menteri Turki (Recep Tayyip Erdagon) menghasilkan beberapa keputusan yang meletakkan hubungan kedua-dua negara ke arah lebih memberangsangkan pada masa depan," katanya pada sidang media bersama media Malaysia pada akhir lawatannya di sini, kelmarin.

Antara persetujuan dicapai dalam pertemuan dengan Erdagon ialah kedua-dua negara bersetuju menandatangani perjanjian rangka kerjasama strategik Malaysia-Turki bagi menggariskan bidang strategik untuk dimajukan.

Kedua-dua negara juga bersetuju untuk memuktamadkan dan seterusnya menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) di Kuala Lumpur, akhir tahun ini.

"Saya dan Erdogan bersetuju kedua-dua perjanjian ini ditandatangani akhir tahun ini dan beliau setuju untuk melawat Malaysia akhir tahun ini," katanya.
Turut dipersetujui, pemansuhan penggunaan visa antara kedua-dua negara.

"Kenyataan Perdana Menteri Turki bahawa nilai perdagangan dua hala Malaysia-Turki sepatutnya AS$5 bilion juga menggambarkan keazaman Turki untuk menggesa sektor swasta kedua-dua negara supaya mencari peluang untuk tingkatkan kerjasama perniagaan dan pelaburan dua hala," katanya.

Perdana Menteri berkata, antara bidang berpotensi untuk usahawan Malaysia menjalin kerjasama dengan syarikat Turki ialah pembinaan, pembuatan tekstil, minyak dan gas yang boleh dimanfaatkan Petronas.

"Begitu juga dalam bidang automotif kerana ia adalah antara eksport utama Turki. Kita akan minta Proton lihat dan kaji mendalam perkara ini.

"Kerjasama dalam bidang ketenteraan dijangka lebih rancak apabila kita setuju untuk jalin hubungan jangka panjang dengan FNNS Savunma Sistemleri AS membabitkan pembelian peralatan baru untuk tentera darat kita," katanya.

Ditanya kenapa baru sekarang Turki berminat meningkatkan hubungan dengan Malaysia, Najib berkata, mereka melihat prospek Malaysia terutama dari segi ekonomi, selain menyedari Malaysia mempunyai hala tuju jelas dalam pembangunan ekonomi menerusi Model Baru Ekonomi (MBE).


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peguam Negara boleh cabar arahan SUK Selangor

Posted: 24 Feb 2011 03:47 PM PST

Nasional

PUTRAJAYA: Peguam Negara mempunyai locus standi (ada hak dari segi undang-undang) untuk memulakan tindakan undang-undang bagi mencabar kesahihan arahan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor bahawa kakitangan awam negeri hanya boleh disoal oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabat masing-masing.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Hakim Datuk Jeffrey Tan Kok Wha memutuskan perkara itu perlu dihantar kembali ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.

Panel itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Azhar @ Izhar Ma'ah dan Hakim Datuk Mohamed Apandi Ali menolak rayuan SUK Selangor dan kerajaan PKR Selangor serta mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka untuk membatalkan saman pemula Peguam Negara. SUK dan kerajaan PKR Selangor juga diperintahkan membayar RM30,000 bagi kos undang-undang.

Peguam Negara memfailkan permohonan itu bagi memohon mahkamah mengisytiharkan Pekeliling No 4, 2009 bertarikh 28 Julai itu adalah batal dan tidak sah kerana melanggar Akta Pencegahan Rasuah Malaysia yang baru dikuatkuasakan.

Peguam Negara juga berkata ia menghalang pegawai SPRM daripada menjalankan tugas mereka seperti mana ditetapkan Parlimen dan undang-undang.

Pekeliling itu menyatakan ahli majlis eksekutif negeri Selangor dalam mesyuarat mereka pada 22 Julai 2009, memutuskan semua kakitangan yang berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan negeri tidak dibenarkan ditemubual pegawai SPRM di luar pejabat mereka, sebaliknya hanya dalam bangunan SUK.
Ia juga menyatakan semua perjumpaan dengan pegawai SPRM perlu diadakan antara jam 8 pagi dan 6.30 petang.

Pekeliling itu yang ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud (bekas), menyatakan keputusan yang dibuat oleh ahli majlis eksekutif juga termasuk memberikan perkhidmatan undang-undang kepada kakitangan awam ketika mereka disoal oleh pegawai SPRM.

Pekeliling itu didraf selepas kematian Teoh Beng Hock, Setiausaha politik EXCO kerajaan PKR Selangor Ean Yong Hian Wah, yang ditemui mati di Plaza Masalam dekat sini pada 16 Julai 2009.

Kerajaan PKR Selangor dalam permohonannya untuk membatalkan saman pemula itu, mendakwa Peguam Negara tidak mempunyai locus standi untuk memulakan prosiding dan pihak yang sesuai berbuat demikian ialah SPRM.

Perayu diwakili peguam Tommy Thomas, manakala Peguam Kanan Persekutuan, Datin Azizah Nawawi mewakili Peguam Negara. – BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen