Harian Metro: Mutakhir |
Posted: 25 Feb 2011 04:04 AM PST JASIN: Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Yuhaizad Abdullah, 38, diumumkan sebagai calon Pas untuk bertanding bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada 6 Mac ini. Pengumuman berkenaan dibuat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis ceramah umum yang dihadiri kira-kira 3,000 penyokong di Markas Pas Kampung Merlimau Pantai, dekat sini, lewat malam tadi. Yuhaizad, ahli perniagaan yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas kawasan Jasin memegang Diploma Tasawur Islam, berkahwin dengan seorang guru dan mempunyai empat anak. Menurutnya, pilihan raya kecil Merlimau adalah ujian getir buat Pas dan Pakatan Rakyat kerana ia pertama kali diadakan di Melaka dan bakal menjadi penanda aras dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang khususnya di Melaka. |
Posted: 24 Feb 2011 01:02 PM PST SEREMBAN: Seorang wanita dipercayai tidak dapat menerima hakikat suami tercinta mati nahas jalan raya, cuba menamatkan riwayatnya menelan puluhan pil tidur di rumahnya di Paroi, dekat sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, wanita berusia 26 tahun yang masih berpantang selepas bersalin 10 hari lalu, dikejarkan ke hospital oleh ahli keluarganya.
Seorang saudara mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa sebelum itu mengikuti upacara sembahyang mendiang suaminya di sebuah tokong di Temiang. "Selepas selesai upacara sembahyang, wanita itu pulang ke rumah keluarganya di Paroi bersama saudara-mara.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan