Khamis, 30 Jun 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Tarikh pilihan raya tak ikut kehendak BERSIH

Posted: 30 Jun 2011 04:57 PM PDT

Nasional

NAJIB bersalaman dengan masyarakat Lundayeh pada  program Juara Rakyat 1Malaysia anjuran UMNO Bahagian Tenom di Pekan Kecil Kemabong, kira-kira 30km dari Tenom, semalam.

NAJIB bersalaman dengan masyarakat Lundayeh pada program Juara Rakyat 1Malaysia anjuran UMNO Bahagian Tenom di Pekan Kecil Kemabong, kira-kira 30km dari Tenom, semalam.

Senarai dikemuka hanya alasan adakan perhimpunan haram

SIPITANG: Datuk Seri Najib Razak menegaskan keputusan bila pilihan raya umum akan diadakan tidak tertakluk kepada tuntutan BERSIH yang mempunyai motif politik untuk menakluk Putrajaya dengan cara kotor.

Perdana Menteri berkata, senarai tuntutan dikemukakan BERSIH hanya alasan untuk mengadakan perhimpunan haram, dengan harapan ia memberi gambaran seolah-olah Barisan Nasional (BN) semakin kekurangan sokongan walaupun hakikat adalah sebaliknya. Najib berkata, kerajaannya yang dipilih rakyat memikul mandat mentadbir negara dengan jaminan keselamatan dan ketenteraman awam berdasarkan acuan sistem demokrasi berparlimen.

"Bagaimanapun, BERSIH berharap ada sesuatu berlaku (pada perhimpunan itu) supaya mereka boleh menuduh kerajaan sebagai zalim, bersikap kuku besi dan sebagainya.

"Itu tujuan sebenar mereka nak adakan perhimpunan. Selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 tak dengar pula dakwaan pilihan raya tak bersih, masa pembangkang menang pilihan raya kecil pun, tiada, tetapi apabila BN menang, baru timbul macam-macam dakwaan.

"Kita mahu mengelak kejadian yang menjerumuskan negara ke kancah konflik, huru-hara, kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda," katanya pada sidang media selepas melancarkan Festival Gasing dan Tamu Besar (GATA) Sipitang serta merasmikan Esplanade Sipitang di sini, semalam. Hadir sama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Najib juga menegaskan jika mahu, beliau juga boleh mengerahkan tiga juta ahli UMNO untuk menentang habis-habisan golongan yang mahu mewujudkan kekacauan melalui demonstrasi jalanan.

"Kita (UMNO) ada tiga juta ahli, tidak termasuk parti komponen (Barisan Nasional).. tiga juta orang yang tunggu isyarat. Kalau semboyan dibunyikan, mereka juga akan berjuang habis-habisan... tetapi apakah itu cara yang bertanggungjawab," kata Perdana Menteri ketika berucap kepada kira-kira 15,000 hadirin yang menyambut kunjungan beliau di sini, semalam.

Perdana Menteri berkata, apa yang dikhuatirinya ialah perhimpunan haram boleh mencetuskan perubahan sikap serta-merta atau kesan 'mob psycho' di kalangan mereka yang menyertainya.

Ditanya sama ada Undang-Undang Darurat akan digunakan sebagai langkah terakhir mengawal keadaan, Perdana Menteri berkata, terpulang kepada polis.

Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan peruntukan RM30 juta bagi membina Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang.

Di KOTA KINABALU, ahli keluarga Bakar Boso dan kira-kira 200 penduduk Kampung Likas gembira dan terharu apabila Najib berkunjung ke rumah keluarga itu di Kampung Likas Lama di sini.

Gembira kerana menerima kehadiran pemimpin tertinggi negara dan terharu kedatangan Perdana Menteri mengimbas kenangan kunjungan ayahanda beliau yang juga Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein ke rumah keluarga itu, 46 tahun lalu, pada 1965.

Sementara itu, Najib berharap rakan laman sosial Facebook beliau dapat memberi cadangan mengenai apa yang mereka inginkan dalam bajet yang akan dibentangkan pada Oktober depan.

Sambil melahirkan rasa gembira bertemu dengan 100 rakan laman sosial dari Sabah buat pertama kali, Perdana Menteri berkata dengan cara itu beliau mendapat gambaran apa yang diinginkan oleh rakyat.

"Kerajaan sentiasa berhubung dengan rakyat agar dapat memahami isu rakyat yang perlu ditangani. Jika ada sesuatu perkara yang besar hendak disampaikan seperti dalam bajet negara nanti, saya pun ingin menerima cadangan daripada rakan laman sosial facebook yang boleh dipertimbangkan," katanya pada sesi 'Mari Berjumpa Mari Berhubung' dengan rakan laman sosial facebook dan twitter di Sabah, semalam.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Terharu terima kunjungan PM

Posted: 30 Jun 2011 04:48 PM PDT

Nasional

KOTA KINABALU: Keluarga Bakar Boso dan kira-kira 200 penduduk Kampung Likas gembira serta terharu menyambut Datuk Seri Najib Razak yang berkunjung ke rumah keluarga itu, di Kampung Likas Lama, di sini sempena lawatan kerja dua hari beliau ke Sabah, semalam.

Gembira kerana menerima kehadiran pemimpin tertinggi negara dan terharu berikutan kedatangan Perdana Menteri mengimbau kenangan kunjungan ayahanda beliau, bekas Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein, di rumah keluarga itu, 46 tahun lalu.

Pada 1965, Abdul Razak yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri, singgah di kampung berkenaan selepas lawatan ke Tuaran dan secara kebetulan berhenti di hadapan rumah Bakar yang ketika itu adalah Ketua Kampung atau Orang Tua pertama Kampung Likas. Ketika kunjungan yang tidak disangka-sangka itu Abdul Razak sempat bertanya masalah penduduk di kampung berkenaan dan meluluskan peruntukan RM25,000 untuk membina Masjid Jamek Kampung Likas seperti diminta ketua kampung dan penduduk.

Cucu Bakar, Asad Mantamin, berkata kunjungan Najib selepas 46 tahun lawatan ayahandanya memberi makna yang besar bukan saja kepada keluarga Bakar, malah amat dihargai penduduk Kampung Likas terutama warga tua yang pernah menyambut kedatangan ayahanda beliau.

"Walaupun datuk saya sudah tiada, saya dan seluruh ahli keluarga Bakar serta penduduk Kampung Likas bangga dan terharu menerima kedatangan Perdana Menteri kerana kunjungan beliau mengulangi peristiwa kunjungan ayahandanya di kampung ini pada 1965.

"Abdul Razak adalah Timbalan Perdana Menteri pertama yang berkunjung ke kampung ini dan kali ini anaknya pula adalah Perdana Menteri pertama berkunjung ke sini," katanya ketika ditemui Berita Harian, di rumah keluarga Bakar, di Kampung Likas, di sini, semalam.
Najib tiba di rumah Bakar kira-kira jam 4 petang dan meluangkan masa kira-kira setengah jam minum petang dengan ahli keluarga Bakar serta penduduk Kampung Likas.

Menyambut kedatangan Najib yang diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman ialah Ketua UMNO Sepanggar, Datuk Jumat Idris; Naib Ketua UMNO Sepanggar, Zaiton Mohd Kassim dan ahli keluarga Bakar.

Sejurus meninggalkan rumah Bakar, Najib yang ditemani Musa meneruskan program tinjauan mesra sambil minum petang di sebuah restoran di pekan Inanam, dekat sini dan meluangkan masa kira-kira sejam menemui hampir 5,000 rakyat di pekan itu.

Hadir sama pada program itu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal; Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam, Datuk Johnny Goh.

Ketika berucap pada program itu, Najib mengumumkan peruntukan RM2 juta membina dewan pekan Inanam dan menyatakan kesediaan mengkaji penyaluran peruntukan untuk projek menaik taraf jalan raya luar bandar di kawasan Inanam.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Lagi NGO cuba serap fahaman komunis

Posted:

Lagi NGO cuba serap fahaman komunis

Lagi NGO cuba serap fahaman komunis


ARJUNAIDI Mohamed menunjukkan gambar Shamsiah Fakeh yang turut dirampas dalam serbuan polis di sebuah banglo pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya, kelmarin.


PETALING JAYA 30 Jun - Cubaan menghidupkan fahaman komunis dalam perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini, nampaknya tidak boleh lagi dinafikan kebenarannya berikutan penemuan bukti-bukti baru dalam serbuan polis di sebuah banglo di Seksyen 4 di sini semalam.

Pemeriksaan dalam premis yang disewa sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Kesedaran Komuniti Selangor yang menyokong Bersih itu menemui himpunan gambar para pemimpin komunis dari dalam dan luar negara.

Antara pemimpin yang dikenal pasti di dalam gambar hitam putih itu ialah Pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM), Abdullah CD bersama isterinya dan anggota Rejimen Ke-10 PKM, Shamsiah Fakeh.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kegiatan NGO itu terbongkar apabila polis menyerbu banglo itu pada pukul 12 tengah hari semalam yang dijadikan sekretariat untuk memantau dan memastikan kelancaran perhimpunan Bersih pada 9 Julai ini.

Menurutnya, dalam serbuan itu, polis turut menahan lima wanita dan dua lelaki berusia antara 23 hingga 54 tahun yang bekerja dengan NGO berkenaan.

"Polis turut merampas beberapa dokumen, sepanduk dan baju T yang akan digunakan pada perhimpunan Bersih pada 9 Julai ini.

"Kesemua barang itu menjurus kepada usaha untuk meracuni fikiran orang ramai agar menyertai perhimpunan haram tersebut," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, hari ini.

Arjunaidi berkata, barang-barang yang dirampas adalah 5,154 keping risalah bercetak berkaitan Bersih termasuk 10 gambar pemimpin komunis seperti Abdullah CD dan Shamsiah Fakeh serta 473 lilitan kepala tertera tulisan Bersih.

Turut dirampas, 314 helai baju T berwarna kuning, 136 baju T berwarna krim dan 91 baju T berwarna oren yang mempunyai perkataan 'Tidak Mahu Pilihan Raya Kotor' serta lapan baju T berwarna kuning tertera perkataan Bersih 2.0

Mengenai gambar-gambar pemimpin komunis yang dirampas, Arjunaidi berkata, ia adalah sama dengan gambar yang dirampas oleh polis Pulau Pinang daripada pemimpin dan anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) di Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang baru-baru ini.

"Anda nilai sendiri (kaitan dengan komunis). Yang dirampas di Pulau Pinang ada gambar sama, di sini pun ada gambar sama. Di Pulau Pinang ada perhimpunan Bersih, di sini pun ada perhimpunan Bersih," katanya.

Arjunaidi berkata, kesemua tujuh yang ditahan dalam serbuan semalam sudah dibebaskan dengan jaminan polis pukul 11 malam tadi. Polis masih menyiasat kes ini di bawah Seksyen 27(5) Akta Polis 1967 dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis hanya tahan individu berkaitan Bersih

Posted:

Polis hanya tahan individu berkaitan Bersih

Polis hanya tahan individu berkaitan Bersih

KUALA LUMPUR 30 Jun - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan menahan mana-mana pihak hanya kerana mereka memakai baju berwarna kuning, sebaliknya akan mengambil tindakan ke atas individu terlibat dalam perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dirancang pada 9 Julai ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, perkara itu perlu dijelaskan setelah terdapat sindiran daripada sesetengah pihak yang mencadangkan agar kerabat diraja dan pelancong yang memakai baju berwarna kuning juga perlu ditahan.

"Perlu saya tegaskan di sini, kami tidak tangkap semua orang yang berbaju kuning. Kami hanya akan ambil tindakan ke atas sesiapa sahaja yang ada kaitan dengan perhimpunan haram Bersih," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Bakri, polis secara jelas sudah menyatakan bahawa tiada permit akan dikeluarkan kepada mana-mana pertubuhan yang merancang menganjurkan perhimpunan pada hari tersebut.

"Walaupun polis sudah memberikan amaran, penganjur tetap berdegil meneruskan perhimpunan yang boleh mencetuskan huru-hara, kemusnahan harta benda, kecederaan dan mungkin membahayakan nyawa," tegas beliau.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar mengelak daripada menyertai perhimpunan haram tersebut demi menjaga keselamatan diri sendiri selain keamanan dan ketenteraman awam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Pilihan raya kotor: SPR persoal Bersih

Posted:

Pilihan raya kotor: SPR persoal Bersih

Pilihan raya kotor: SPR persoal Bersih

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my


Wan Ahmad Wan Omar berucap pada program Ceramah Makan Tengah Hari bertajuk Tuntutan Bersih Apa Penjelasan SPR di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 30 Jun - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menegaskan bahawa perjalanan pilihan raya di negara ini dijalankan secara adil, telus serta bebas daripada campur tangan kerajaan.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, buktinya pada Pilihan Raya Umum Ke-12 iaitu pada 2008 pihak pembangkang berjaya memenangi 82 kerusi Parlimen dan menguasai lima negeri.

Beliau berkata, satu lagi fakta yang harus diambil kira ialah kemampuan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan partinya mempertahankan pemerintahan di Kelantan selama 21 tahun.

"Peraturan yang sama digunakan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-11 (2004) yang mana Barisan Nasional (BN) menang besar. Peraturan ini juga yang digunakan untuk PRU Ke-12.

"Pada pilihan raya itu berlaku tsunami politik hingga menyebabkan BN hilang majoriti apabila pembangkang menang di 82 kerusi Parlimen. Lima negeri jatuh kepada mereka. Apa lagi yang kotor?,'' katanya.

Beliau berkata demikian di dalam program Ceramah Makan Tengah Hari yang bertajuk Tuntutan Bersih Apa Penjelasan SPR? anjuran Institut Perkembangan Minda (Inmind) di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Ahli Majlis Pengarah Inmind, Datuk Salamon Selamat serta para peserta terdiri di kalangan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pengamal media, wakil agensi kerajaan serta pelajar.

Wan Ahmad berkata, jika keadilan bukan menjadi dasar SPR sudah tentu kemenangan mereka akan dinafikan dan tidak mungkin Nik Abdul Aziz mampu bertahan sebagai Menteri Besar selama 21 tahun.

"Di Selangor, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang tanpa diduga dan begitu juga dengan beberapa negeri lain. Ini bukti paling jelas bahawa pilihan raya di Malaysia ini adil tidak ada tersembunyi. Tuan-tuan fikirkanlah,'' ujarnya.

Bagaimanapun, beliau mengakui keadilan yang menjadi pegangan SPR itu tidak dipandang oleh pihak pembangkang, sebaliknya mereka berusaha mewujudkan persepsi di kalangan rakyat bahawa SPR bersekongkol dengan kerajaan terutama isu daftar pemilih.

"Tujuannya supaya rakyat membenci SPR. Nampaknya apa yang mereka lakukan ini berjalan seperti mana mereka kehendaki. Bagi menterjemahkan kebencian itu rakyat akhirnya akan mengundi pembangkang pada pilihan raya,'' ujarnya.

Bagaimanapun beliau berkata, sekiranya Bersih terus berkeras mahu terlibat di dalam politik, organisasi itu perlu didaftarkan sebagai sebuah parti politik dan kemudian bertanding pada pilihan raya akan datang.

"Daftarkan Bersih sebagai parti politik sekiranya mahu terbabit dengan politik dan bukan anjurkan perhimpunan. Perhimpunan hanya mengundang kesan buruk kepada negara dan menjejaskan hidup rakyat.

"Jika tidak, Bersih dan Pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan perlu segera pisahkan diri daripada parti politik. Perkukuhkan agenda Bersih," katanya.

Mengenai senarai daftar pemilih, beliau berkata, dalam sistem pendaftaran sekarang adalah mustahil seseorang pengundi boleh mengundi sebanyak dua kali.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SPR tidak pernah tutup pintu rundingan

Posted:

SPR tidak pernah tutup pintu rundingan

SPR tidak pernah tutup pintu rundingan

KUALA LUMPUR 30 Jun - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak pernah menutup pintu rundingan dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bagi tujuan menambah baik perlaksanaan sistem demokrasi di negara ini.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebaliknya berkata, SPR sedia bertemu dengan Bersih seperti mana yang pernah diadakan pada November tahun lepas bagi membincangkan segala isu berbangkit berkaitan dengan sistem pilihan raya di Malaysia.

"Laksanakan maksud perjuangan Bersih melalui cara yang betul. Kita tidak ada masalah untuk berbincang dengan mereka demi kebaikan proses demokrasi negara ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian di dalam program Ceramah Makan Tengah Hari yang bertajuk Tuntutan Bersih Apa Penjelasan SPR? anjuran Institut Perkembangan Minda (Inmind) di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Ahli Majlis Pengarah Inmind, Datuk Salamon Selamat serta para peserta terdiri di kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pengamal media, wakil agensi kerajaan serta pelajar.

Mengenai pertemuan pertama dengan pihak Bersih November tahun lalu, Wan Ahmad berkata, dalam pertemuan itu Ambiga serta anggota Bersih yang hadir telah membawa 17 cadangan untuk dibincangkan.

Beliau berkata, mereka juga diberi peluang mengeluarkan pandangan tentang perlaksanaan pilihan raya di negara ini.

"Mereka memberi pandangan berdasarkan latar belakang masing-masing dan saya akui ada di antara cadangan mereka tidak boleh dilaksanakan dalam sekelip mata kerana ia melibatkan peruntukan Perlembagaan. Namun begitu ada juga cadangan yang kita pertimbangkan,'' katanya.

Pada akhir pertemuan, beliau berkata, Ambiga dan rakan-rakannya berpuas hati perbincangan diadakan hampir empat jam di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.

"Sebab itu, saya terkejut dengan perubahan yang berlaku kepada Bersih. Jika tahun lalu mereka boleh berunding mengapa mereka tiba-tiba mahu anjurkan perhimpunan. Saya akui mereka mahu bertemu dengan SPR dan kita maklumkan ada baiknya pertemuan itu diadakan selepas pilihan raya negeri Sarawak.

"Mereka tidak berpuas hati kerana ia juga berkaitan dengan pilihan raya negeri Sarawak. Mengapa terlalu tergesa-gesa sehingga semua nasihat pihak keselamatan dan nasihat pelbagai pihak tidak diendahkan,'' katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Wan Ahmad berkata, Bersih perlu fokus dalam perjuangan mereka sama ada mahu membantu menambah baik sistem demokrasi di negara ini atau menjadi alat kepada pihak lain menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ujarnya, dalam suasana sekarang, pihak pembangkang sentiasa mencari peluang untuk mempengaruhi rakyat termasuk mengambil contoh kebangkitan rakyat di Mesir, Yemen dan Syria menumbangkan kerajaan sedia ada walaupun perbandingan itu jelas tidak betul.

"Bagi SPR, apa yang berlaku di negara ini termasuk perhimpunan Bersih 2, semuanya adalah agenda politik.

"Pada tahun 2007, Bersih 1 telah diadakan. Seramai 50,000 orang keluar ke jalan raya menyokong perhimpunan itu. Mereka putar belitkan isu. Hasilnya mereka menang 82 kerusi dan berjaya takluk lima negeri pada pilihan raya yang diadakan pada tahun berikutnya,'' katanya lagi.

Wan Ahmad berkata, hakikatnya perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini menjadi landasan kepada parti-parti pembangkang untuk menunjukkan usaha mereka menawan Putrajaya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Rencana Utama

Kosmo Online - Rencana Utama


Pilihan raya damaikan negara Gajah Putih

Posted:

Pilihan raya damaikan negara Gajah Putih

Pilihan raya damaikan negara Gajah Putih

Susunan NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my



SELEPAS tujuh tahun berdepan dengan pergolakan yang tiada berpenghujung akibat sengketa antara kumpulan berbaju merah dengan kumpulan berbaju kuning, rakyat Thailand akhirnya akan menentukan nasib negara mereka Ahad ini.

Rakyat Thailand akan menggunakan kuasa yang ada sebagai pengundi dalam pilihan raya umum untuk menentukan siapakah yang akan memimpin negara Gajah Putih itu.

Selain pergelutan kepimpinan politik di tengah Bangkok, pilihan raya itu juga penting dalam mencari jalan penamat konflik berlarutan di wilayah yang majoriti rakyatnya beragama Islam di selatan Thailand.

Apa yang pasti, di sebalik kehangatan parti-parti utama yang bertanding dalam pilihan raya umum pada kali ini yang turut berkempen di selatan Thai, masih ramai penduduk di wilayah itu merasakan ia tidak akan membawa masa depan lebih cerah kepada mereka.

Mengundi tidak

"Semua parti itu lebih kurang sama, sesetengahnya lebih baik sedikit, setengahnya lebih teruk sedikit tetapi kesemua mereka melayan kami dengan buruk," kata seorang lelaki Islam berusia 48 tahun yang datang mendengar ucapan Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva yang mengadakan kempen memancing pengundi.

Bagi Pranee Chindaphet, 46, yang kehilangan adik dalam satu serangan pada bulan Mei lalu pula memberitahu, dia masih tidak mengetahui siapa yang akan diundi- nya.

"Ini kerana saya tidak merasai kehanga- tan pilihan raya, malah tidak ada sesiapa yang datang menjenguk saya," katanya.

"Saya akan mengundi tidak," kata seorang lelaki Islam, Peng, 50, yang akan membiarkan kertas undi kosong.

"Orang dalam kerajaan tidak pernah mengotakan janji kempen mereka. Justeru, saya sudah bosan dengan politik," katanya.

Bagaimanapun, kerajaan mendakwa, keadaan di wilayah selatan Thailand semakin baik.

"Terdapat langkah yang jelas telah diambil ke arah mewujudkan keamanan dan kestabilan.

"Kini sikap saling mempercayai lebih ketara antara penduduk dengan pegawai tempatan," kata Abhisit kepada AFP semasa membuat lawatan singkat ke selatan Thai.


SOKONGAN terhadap Abhisit tetap tinggi lantaran kemampuannya mengekang Thailand daripada terus dilingkari kekacauan beberapa tahun ini.


Dalam pada itu, penganalisis meramalkan perpecahan yang melanda masyarakat Thailand sekarang akan menjadi bertambah buruk selepas pilihan raya pada Ahad ini.

Keadaan tersebut hanya akan berubah jika musuh-musuh ketat politik bersetuju menghormati keputusan pengundian.

Tidak ramai pemerhati percaya bahawa pemenang pilihan raya akan mengambil alih kuasa dengan lancar selepas memenangi pengundian yang bakal diadakan pada 3 Julai ini.

Abhisit lawan adik Thaksin

Pilihan raya kali ini bakal menyaksikan pertarungan sengit antara Parti Demokrat pimpinan Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva dengan parti pembangkang, Pheu Thai yang diterajui bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra yang menampil- kan adik perempuannya, Yingluck Shina- watra.

Ramai pemerhati khuatir penunjuk perasaan akan kembali melancarkan protes jalanan pada beberapa bulan akan datang.

"Pilihan raya ini akan mencetuskan lebih banyak keganasan dan kekacauan kerana tidak kira siapa yang membentuk kerajaan, sama ada Pheu Thai atau Demo- krat, penunjuk perasaan yang menentang parti-parti tersebut akan membanjiri jalan raya.

"Perkembangan itu bermakna tiada satu parti boleh mendakwa mendapat mandat yang sah daripada seluruh rakyat Thai," kata penyelidik kanan di Universiti Prayap Chiang Mai, Paul Chambers.

Satu lagi faktor adalah penyelewengan pilihan raya yang sudah lama menjadi tradisi negara tersebut.

Hanya sebuah pertubuhan antarabangsa dan tiada kerajaan asing akan menghantar pemerhati bagi mengikuti perjala- nan pilihan raya Thailand kali ini.

Impak pergolakan politik

Tokoh perniagaan Thai yang menjadi ahli lembaga pengarah beberapa syarikat dan Bursa Saham Thailand, Aswin Kongsiri berkata, adalah sangat penting pilihan raya itu dilihat seberapa adil yang boleh.

"Jika satu pihak menganggapnya tidak adil, disebabkan campur tangan tentera, pembelian undi atau undi palsu, pihak yang kalah boleh melancarkan protes jalanan," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Dewan Pernia- gaan Thailand, Dusit Nontanakorn berkata, terlalu banyak peluang melibatkan sektor pelancongan, pelaburan dan kepimpinan hilang akibat perbalahan politik.

Beliau menambah, ahli-ahli politik perlu mempelajari untuk meninggalkan kepenti- ngan diri sendiri dan berhenti bertengkar antara satu sama lain semata-mata kerana keuntungan mereka.


KELEMBUTAN dan kecantikan Yingluck dikatakan mampu menarik sokongan warga Thailand.


"Sejak lima tahun lalu, sektor perniagaan telah menderita apabila ahli-ahli politik hanya bersaing dan menjatuhkan antara satu sama lain tanpa memacu kemajuan negara," kata Dusit yang turut pernah menyokong kempen bebas rasuah.

Pengerusi Lembaga Pelancongan Thailand, Piyaman Techapaiboon pula berharap ahli- ahli politik dapat meninggalkan kepentingan peribadi dan membawa semula keceriaan pada wajah rakyat Thailand kerana pelanco- ngan merupakan sektor pertama yang merasai tempias pergolakan politik.

"Daripada kepungan lapangan terbang antarabangsa sehingga bantahan berlarutan dan pembakaran di pusat bandar Bangkok telah mengakibatkan keyakinan pelancong merudum kerana memikirkan risiko keselamatan mereka," kata Piyaman.

Beliau berkata, sektor pelancongan telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, malah memberi peluang kepada enam juta penduduk dan menjana hasil tahunan sehingga satu trilion baht (RM98 juta).

"Kami membuat rayuan ini bukan kerana kepentingan kami tetapi untuk semua indi- vidu dan industri," ujarnya lagi.

Timbalan Ketua Setiausaha Persekutuan Industri Thailand, Kriengkrai Teeranokul pula memberitahu, pelabur asing telah menunjukkan keengganan untuk melabur di negara itu dan mencari peluang pela- buran di negara lain di rantau ini.

"Sudah tiba masanya semua pihak berdamai dalam mengatasi konflik dan keganasan supaya dapat fokus terhadap masa depan yang lebih cerah untuk Thailand.

"Pada 2015, penubuhan Komuniti Ekonomi Asia Tenggara (ASEAN) akan menyaksikan kebebasan pengaliran modal dan mobiliti rakyat. Justeru, jika perniagaan tidak boleh bertahan dalam tahun-tahun akan datang, pengangguran akan berlaku di negara ini," kata Kriengkrai. – Agensi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Tahanan reman 30 penyokong Bersih sah, kekal - Mahkamah

Posted:

Tahanan reman 30 penyokong Bersih sah, kekal - Mahkamah

Tahanan reman 30 penyokong Bersih sah, kekal - Mahkamah

PULAU PINANG 30 Jun - Perintah tahanan reman selama tujuh hari terhadap 30 penyokong perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Jeyakumar Devaraj, diisytiharkan sah dan betul oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim memutuskan demikian ketika menolak permohonan kesemua suspek supaya perintah tahanan reman yang dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Butterworth, Amernudin Ahmad pada 26 Julai lalu dibatalkan.

Dalam penghakiman yang dibacakan secara lisan hampir setengah jam, Hakim Zamani berkata, Hakim Mahkamah Sesyen telah bertindak mengikut undang-undang yang betul ketika memerintahkan kesemua suspek itu direman tujuh hari bermula dari tarikh tersebut sehingga Sabtu ini untuk disiasat mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan.

Jelas beliau, seksyen tersebut memperincikan tentang niat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong merupakan satu kesalahan amat serius dan peruntukan tersebut pernah digunakan sekali sahaja sebelum ini iaitu dalam kes rampasan senjata oleh kumpulan pelampau Al-Maunah pada 2000.

"Suspek dalam kes ini juga ramai iaitu 30 orang, jadi skop penyiasatan polis amat luas sekali. Justeru, demi keselamatan negara, keselamatan saya, keselamatan awak, keselamatan anak saya, cucu saya dan kita semua, saya mendapati perintah tahanan reman terhadap semua suspek mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tujuh hari yang dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen adalah betul, sah dan dikekalkan," tegas Hakim Zamani.

Sebaik sahaja keputusan dibacakan, hampir 80 ahli keluarga suspek yang memenuhi galeri awam semasa prosiding itu berlangsung kelihatan beredar keluar seorang demi seorang dalam keadaan tenang.

Semalam, Hakim Zamani mendengar hujah kira-kira dua jam daripada peguam Datuk C.V Prabakaran yang mengetuai 12 peguam lain bagi mewakili kesemua suspek serta hujah Timbalan Pendakwa Raya Abdul Wahab Mohamed yang mewakili pihak pendakwaan.

Dalam hujahnya, Prabakaran berkata, alasan yang diberikan Hakim Mahkamah Sesyen untuk membenarkan tahanan reman ke atas kesemua suspek adalah tidak berasas.

Abdul Wahab pula dalam hujahan balasnya berkata, keputusan penahanan reman dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dapat dilakukan pihak polis dan ia dibuat mengikut prosedur dan prinsipal yang ditetapkan undang-undang.

Pada 25 Jun lalu, Jeyakumar, yang juga pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) bersama 30 lagi individu dipercayai penyokong Bersih ditahan ketika menaiki sebuah bas di Plaza Tol Sungai Dua, di sini ketika dalam perjalanan dari Sungai Petani ke Pulau Pinang bagi mempromosikan perhimpunan Bersih.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tian Chua kekal Ahli Parlimen Batu

Posted:

Tian Chua kekal Ahli Parlimen Batu

Tian Chua kekal Ahli Parlimen Batu

KUALA LUMPUR 30 Jun - Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini memutuskan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua kekal sebagai Ahli Parlimen Batu.

Dalam penjelasannya, Pandikar Amin berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan penghakiman Mahkamah Tinggi di sini yang memutuskan Tian Chua hanya akan hilang kelayakan secara automatik sebagai Ahli Parlimen sekiranya denda yang dikenakan berjumlah RM2001 dan ke atas.

"Saya berpuas hati dan berpendapat bahawa denda RM2,000 yang dikenakan terhadap perayu (Tian Chua) tidak menghilangkan kelayakan beliau secara automatik.

"Malah, hakim juga ada menyatakan keyakinan bahawa hukuman denda tersebut tidak akan memberikan implikasi kepada satu pilihan raya kecil di kawasan Parlimen Batu,'' katanya pada Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Kedudukan Tian Chua sebagai Ahli Parlimen Batu dibangkitkan oleh Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) menerusi notis usul di Dewan Rakyat minggu lalu.

Notis itu menyebut, Tian Chua sepatutnya dilucutkan sebagai Ahli Parlimen kerana Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan mana-mana Ahli Parlimen hilang kelayakannya jika didenda tidak kurang RM2,000 oleh mahkamah.

Naib Presiden PKR itu didapati bersalah menggigit tangan seorang anggota polis ketika ditangkap dalam satu perhimpunan berhampiran Parlimen pada 2007 dan dihukum penjara enam bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret pada Oktober 2009.

Bagaimanapun, pada Jun tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha, yang menolak rayuan Tian Chua berhubung sabitan itu, meringankan hukumannya kepada penjara dua bulan dan denda RM2,000 bagi mengelak pilihan raya kecil diadakan.

Pandikar Amin dalam penjelasannya berhubung isu itu turut merujuk kepada doktrin 'pengasingan kuasa' yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kata beliau, doktrin itu dengan jelas membezakan peranan tiga cabang demokrasi iaitu eksekutif sebagai kerajaan; perundangan sebagai penggubal undang-undang dan kehakiman, pihak yang mentafsir undang-undang dan menjatuhkan hukuman.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Rencana

Utusan Online - Rencana


Antara bersih jiwa - Bersih 2

Posted:

Antara bersih jiwa - Bersih 2

Antara bersih jiwa - Bersih 2

DATUK AZIZ JAMALUDIN MHD TAHIR
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

PERADABAN sentiasa menawarkan ruang dialog bagi mengelak sebarang konflik akibat perbezaan konsep dan persepsi daripada terus menjadi sengketa. Dialog bertujuan menjadi jambatan merapatkan perbezaan kerana daripada perbezaan itulah manusia perlu belajar. Manusia belajar memahami dan menerima sesuatu yang dapat membawa kepada kehidupan yang sempurna.

Dalam melaksanakan peranan tersebut, manusia diberikan keupayaan berkomunikasi bagi menjelaskan sesuatu pendirian atau pendapat mengenai sesuatu yang menjadi bahan utama konflik. Antara kedua-dua pihak boleh melakukan tawar-menawar sehinggalah mereka memperolehi satu titik persefahaman, yang akhirnya titik persefahaman itu menjadi keputusan bersama. Pada akhirnya, kedua-dua belah pihak bersetuju dan saling menghormatinya.

Berasaskan peristiwa Israk dan Mikraj yang ditempuhi oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW pada malam 27 Rejab, tahun 12 kenabian baginda atau 18 bulan sebelum berhijrah ke Madinah, penetapan waktu sembahyang telah difardukan kepada umat Islam. Pada malam Nabi Muhammad SAW dibawa oleh Malaikat Jibrail menemui Allah SWT, baginda telah diperintahkan ibadat sembahyang sebanyak 50 waktu sehari semalam.

Perintah itu pada mulanya diterima tanpa bantahan oleh Nabi Muhammad SAW tetapi selepas bermunajat dan bertemu dengan Nabi Musa AS, memohon agar baginda kembali menemui Allah SWT, merayu agar mengurangkan jumlah waktu bersembahyang.

Proses itu berlangsung sebanyak sembilan kali, dan setiap kali merayu, Allah SWT mengurangkan waktu sembahyang sebanyak lima kali sehari semalam. Sampai kepada rayuan terakhir, baginda merasakan jumlah yang diwajibkan itu adalah satu tanggungjawab boleh dilakukan oleh setiap Muslim, atau dengan kata lain, lebih praktikal berbanding pada asalnya sebanyak 50 waktu.

Peristiwa ini memberikan gambaran bahawa, walaupun sembahyang itu merupakan perintah Allah SWT, pentafsiran terhadap peraturan itu boleh dirunding dan dibincangkan sehingga mencapai tahap persetujuan kekal, yang wajib dipatuhi oleh setiap orang yang beragama Islam. Cuma yang tidak boleh dirundingkan ialah perintah supaya mengerjakan sembahyang.

Dalam hal ini, ruang komunikasi terhadap sesuatu perkara yang bersangkutan budaya hidup manusia sentiasa terbuka luas, kerana perbincangan dan ruang komunikasi itulah akan menjadikan manusia lebih memahami fungsi sebenar kenapa ia dicipta.

Perhimpunan Bersih 2 jelas membuktikan adanya segelintir manusia yang cuba mencari pengaruh dengan mengeksploitasikan perasaan orang lain bagi mencapai cita-cita peribadinya.

Ini amat bertentangan dengan semangat Israk dan Mikraj yang merupakan mukjizat terbesar yang diterima oleh Nabi Muhammad SAW dan berbeza daripada mukjizat yang diterima oleh para nabi lain sebelum baginda.

Persoalannya, sebelum dibawa menemui Allah SWT, Nabi Muhammad SAW terlebih dahulu disucikan hatinya melalui suatu pembedahan bagi mengeluarkan seketul daging hitam. Daging hitam itu dikenal pasti tempat bersarangnya penyakit was-was dan bisikan syaitan yang sentiasa berusaha menyanggah perintah Allah SWT untuk membuat kebaikan.

Perhimpunan Bersih 2 juga boleh disifatkan dipenuhi dengan bisikan hati yang berbaur syaitan kerana mereka yang menuntut itu sebenarnya lebih mengutamakan kepentingan diri berbanding kepentingan negara. Dalam konteks itulah, sekelompok penganjur tidak boleh memahami bahawa peraturan yang sedia ada adalah untuk menjamin kestabilan dan ketenteraman awam.

Tuntutan mereka juga tidak jelas maksudnya. Mereka hanya memperjuangkan bahawa suatu sistem pilihan raya mestilah dilaksanakan secara adil dan bersih, tetapi dalam amalan kelompok tersebut mereka telah banyak menimbulkan keresahan dalam kalangan pengundi.

Setiap kali pilihan raya kecil dilaksanakan, pada hari penamaan calon mereka sudah mempamerkan aksi ganas: membaling botol, mengeluarkan kata-kata kesat, memaki hamun dan tidak kurang dengan tindakan provokasi yang boleh menyebabkan perbalahan.

Sebagai makhluk yang lemah dan terbatas kemampuan diri, kita seharusnya dapat menerima setiap peraturan itu dengan seikhlas mungkin bagi menjamin sesuatu sistem itu berjalan dengan sempurna. Jika selepasnya kita mendapati sistem tersebut perlu diperbaiki, maka kita seharusnya menggunakan saluran yang betul untuk mencadangkan perubahan.

Dalam sistem politik dan pentadbiran Malaysia, perubahan sesuatu peraturan yang termaktub sebagai undang-undang perlulah dilakukan melalui perdebatan di Dewan Rakyat.

Wakil Rakyat yang dipilih merupakan pihak yang menggubal dan memutuskan sesuatu undang-undang. Ia disahkan melalui keputusan bersama dan setelah diluluskan, tidak ada lagi pihak yang boleh mempersoalkannya. Ia mesti dihormati oleh semua orang.

Maka dalam perspektif itu, tuntutan kelompok yang menggunakan demonstrasi jalanan sebagai platform untuk mendapatkan keputusan meminda undang-undang adalah satu bentuk budaya barbarian, budaya masyarakat yang tidak bertamadun, budaya yang berasaskan kekuatan fizikal.

Budaya masa kini lebih mengutamakan kepada kepintaran intelektual dan kebolehan berunding. Budaya masa kini adalah budaya yang bukan bersifat memaksa, tetapi dipenuhi dengan nilai-nilai menghormati orang lain dengan melakukan proses komunikasi dan perundingan.

Jika pun kelompok yang melihat ada kelemahan peraturan dalam sesebuah sistem, mereka sepatutnya berusaha berdialog dan seterusnya mencari jalan penyelesaian secara berhemah. Di sinilah nanti akan mendapat keberkatan dan nikmatnya hidup sebagai manusia yang beradab dan bersusila.

Nabi Muhammad SAW terpaksa dibersihkan dulu hatinya sebelum dibawa oleh malaikat untuk menemui Allah SWT dan menerima perintah bersembahyang sebagai tiang agama. Maka, hakikat ini perlu dijadikan asas yang kuat oleh mereka yang ingin mengambil peluang berhimpun dan melancarkan gerakan Bersih 2.

Sebelum menjadikan jalan raya sebagai platform, mereka sepatutnya cuba membersihkan prasangka yang ada dalam diri sehinggalah boleh menerima sesuatu keputusan secara berhemah.

Jika prasangka tidak dibersihkan, tahapan susila akan menjadi semakin buruk apatah lagi bila berhadapan dengan pelbagai tekanan (termasuk tekanan persekitaran yang panas oleh panahan sinar matahari dan perasaan yang terbakar kerana tercabar), dan amat jarang berlaku perhimpunan jalanan berakhir dengan ketenangan, terutama bila dalam kumpulan yang terlalu ramai dan sukar dikawal. Inilah natijah yang harus menjadi pertimbangan.

Sebagai orang Islam dan sentiasa mengingati peristiwa Israk dan Mikraj, kita seharusnya merenung hakikat kehidupan kita sebagai manusia yang dipenuhi tanggungjawab, dilingkari dengan peraturan, diikat oleh budaya dan susila agar tidak mudah terjerumus dalam kancah emosi sempit dan mendidih.

Kita sebagai manusia yang sentiasa diingatkan agar melakukan sesuatu secara ikhlas, sederhana dan berhemah, maka sifat-sifat itulah yang memartabatkan kita sebagai makhluk terbaik dan paling sempurna.

Jika Rasulullah SAW sendiri menjalani pembersihan jiwa dalam peristiwa Israk Mikraj itu, apatah lagi kita umatnya yang kerdil ini? Jiwa yang bersih tidak akan tergamak menimbulkan kekotoran (kekacauan) ke atas orang lain (khalayak) kerana bagi si pemilik jiwa sebegini, agenda peribadi adalah 'seteru' yang perlu dijinakkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Radioaktif dan keselamatan manusia

Posted:

Radioaktif dan keselamatan manusia

Radioaktif dan keselamatan manusia

RENCANA ini disediakan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

APABILA mendengar perkataan "radioaktif", apa yang terlintas di fikiran bahawa ia adalah bahan yang sangat berbahaya, tidak boleh didekati atau disentuh. Ada mengatakan, barangkali radioaktif itu boleh meletup, menyebabkan kematian atau mengakibatkan seseorang terkena penyakit kanser.

Itu adalah persepsi umum masyarakat! Bukan itu sahaja, radioaktif turut dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa hitam yang pernah berlaku di dunia antaranya letupan bom atom di Hiroshima, Jepun pada 6 Ogos 1945, kemalangan loji kuasa nuklear di Chernobyl, Ukraine pada 26 April 1986 dan terkini peristiwa kebocoran radiasi di loji kuasa nuklear Fukushima, Jepun akibat gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu.

Peristiwa inilah yang menyebabkan masyarakat semakin gusar kerana beranggapan radioaktif adalah punca kehilangan nyawa, kerosakan harta-benda, pencemaran alam sekitar dan mendapat kanser.

Sedangkan, pada hakikatnya dan tanpa disedari, radioaktif wujud secara semula jadi dan kita terdedah kepada sinarannya dalam kehidupan seharian. Umpamanya pendedahan sinaran dari tanah-tanih dan batu- batan yang diduduki, dari angkasa seperti kosmik, bahkan kita turut mengambilnya melalui makanan dan minuman seperti di dalam buah- buahan serta sayur-sayuran.

Tubuh badan kita juga mempunyai bahan radioaktif semulajadi seperti potassium-40 (K-40). Data yang diperolehi daripada UNSCEAR 2000 (United Nation Scientific Committee on the Effects of Atomic Radiation to the General Assembly) menyatakan purata dedahan dos setahun sinaran semula jadi di sekeliling kita adalah sebanyak 2.4 milliSievert (mSv).

Malah di dalam tanah-tanih di dunia mengandungi bahan radioaktif semulajadi (Naturally Occurring Radioactive Materials - NORM) terutamanya kandungan uranium- 238 iaitu dalam julat 16 - 110 Becquerrel/ kg[Bq/kg] (bersamaan 0.016 - 0.1 Bq/gm) dan kandungan thorium-232 dalam julat 11 - 64 Bq/kg (bersamaan 0.011 - 0.064 Bq/ kg).

Di Malaysia, kandungan uranium dan thorium semulajadi ini adalah dalam julat 49 - 86 Bq/kg (bersamaan 0.049 - 0.086 Bq/gm) untuk uranium dan dalam julat 63 - 110 Bq/kg (bersamaan 0.063 - 0.1 Bq/g).

ISU LYNAS

ISU terkini yang melibatkan bahan radioaktif di Malaysia dan heboh diperdebatkan adalah mengenai projek Lynas. Secara ringkasnya, Lynas Malaysia Sdn. Bhd. ialah syarikat subsidiari milik penuh Lynas Corporation Ltd, Australia. Perniagaannya berkaitan dengan pengeluaran serta penjualan nadir bumi.

Hasil pemprosesan nadir bumi sebenarnya digunakan oleh ratusan aplikasi industri contohnya bateri bagi komputer riba, telefon mudah alih serta kereta hibrid, tiub "cathode-rays" bagi monitor TV dan komputer, wayar "fibre-optic", aplikasi aeroangkasa sehingga ke magnet bagi penghasilan tenaga dari sumber angin.

Syarikat Lynas di Kuantan dijangka dapat menghasilkan hampir 30 peratus daripada bekalan dunia (di luar China) apabila mula beroperasi.

Pertikaian masyarakat mengenai "residue" yang mengandungi bahan radioaktif semulajadi (NORM) yang dihasilkan

Punca utama kebimbangan orang awam khususnya masyarakat Pahang adalah Lynas bercadang membawa masuk bijih Lathanid dari lombong Mount Weld di Australia Barat dan bijih itu akan diproses dan diekstrak di kawasan perindustrian Gebeng.

Sisa sampingan yang bakal dihasilkan daripada proses pengesktrakan nadir bumi itu menyebabkan wujudnya pertikaian ketelusan kerajaan dan agensi-agensi lain dalam menjamin keselamatan rakyat.

Malah, isu ini digembar-gemburkan oleh pihak yang sebenarnya bermotifkan politik. Orang awam diberi maklumat mengelirukan sehingga mereka berfikir bahawa pemprosesan nadir bumi oleh Lynas adalah sama dengan pemprosesan syarikat Asian Rare Earth (ARE) dan peristiwa yang berlaku di itu pada awal 1980-an akan berulang.

TINDAKAN KERAJAAN SERTA AGENSI TERLIBAT

KERAJAAN Malaysia telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kejadian ARE berulang. Agensi kerajaan, antaranya Jabatan Alam Sekitar, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, bertanggungjawab memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat terjamin serta mutu alam sekitar dalam keadaan baik dan terpelihara.

Orang awam mempersoalkan kredibiliti agensi-agensi bertanggungjawab yang terlibat antaranya tindakan AELB dalam mengeluarkan lesen serta sejauh mana ketelusan panel pakar bebas yang dijemput dalam memberi keputusan berhubung projek Lynas ini.

Sebenarnya dalam projek melibatkan pengilangan bahan radioaktif, kelulusan pembinaan akan diberi tetapi pemberian lesen operasi hanya diberi selepas Lynas mematuhi langkah serta syarat keselamatan yang dinyatakan dalam syarat lesen dan dokumen Program Perlindungan Sinaran yang dibangunkan oleh syarikat berdasarkan keperluan dalam Akta 304 dan peraturan-peraturan subsidiarinya.

Malah, kerajaan menjemput panel pakar bebas antarabangsa yang tidak mempunyai kepentingan dengan projek Lynas ini bagi menjalankan kajian dari segi aspek kesihatan dan keselamatan. Ini membuktikan kerajaan Malaysia telus dalam proses membuat keputusannya.

SEJAUH MANAKAH TAHAP SELAMAT YANG DIUAR-UARKAN ITU ADALAH SELAMAT?

BERDASARKAN fakta serta analisis sampel-sampel yang dibuat oleh agensi-agensi bertanggungjawab, residue yang akan dihasilkan oleh projek Lynas adalah rendah iaitu 0.165 peratus torium [bersamaan dengan 1650 bahagian per juta [parts per million, (ppm)] iaitu bersamaan dengan 6.7 Becquerrel pergram[Bq/g] (atau 6500 Bq/kg).

Ia 60 kali lebih rendah berbanding projek ARE yang mengandungi 10 peratus torium iaitu 100,000 ppm (bersamaan dengan 406 Bq/g (atau 406,000 Bq/kg).

Torium dalam residue Lynas, iaitu Water Leach Purification (WLP), menghasilkan dedahan sinaran 0.002 mSv/tahun yang jauh lebih rendah dengan dedahan yang sepatutnya terdedah kepada orang awam sebanyak 1 mSv/tahun.

Sehubungan itu, penduduk setempat khususnya berhampiran kilang itu tidak perlu risau kerana projek itu tidak meninggalkan kesan kesihatan kepada mereka.

Tahap dedahan dos sinaran untuk orang awam adalah 1 mSv/tahun atau 0.50 microSievert/jam (uSv/j). Berdasarkan pemantauan dan kajian, orang awam yang tinggal di sekitar kawasan projek Lynas antaranya seperti di Balok, Beserah, Sungai Ular dan Sungai Karang tidak perlu khuatir kerana anggaran dos dedahan yang bakal diterima adalah 0.002 mSv/tahun.

Malah, kajian yang dilaksanakan oleh badan bebas berkelayakan menunjukkan kadar dos dedahan maksimum yang dapat diukur di sekitar Kuantan ialah lebih 0.00012 milliSievert/jam sahaja (1000 microSievert > 1 milliSievert).

Kadar dos dedahan ini adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan dos dedahan sewaktu menjalani pemeriksaan CT Scan dan juga X-Ray di mana dos dedahan yang diterima sewaktu membuat CT Scan adalah 6.9 mSv/dedahan iaitu bersamaan 41.4 mSv/jam (data dari Japan Atomic Industry Forum, JAIF) manakala sinar-X untuk dada (chest X-ray) pula ialah 0.5 mSv/dedahan iaitu bersamaan dengan 18,000 mSv/jam (UNSCEAR, 2000).

Bukan itu sahaja, lantai marmar, cawan atau pinggan porselin yang kita guna, tanah yang anak-anak kita bermain, batu untuk membuat rumah dan pejabat mengandungi bahan-bahan yang mempunyai unsur radioaktif seperti torium, uranium dan lain-lain.

Tetapi, unsur-unsur itu hanya menyumbang dos yang sangat rendah dan tidak mengancam kesihatan manusia.

KEGUNAAN SINARAN

SINARAN sebenarnya banyak digunakan dalam industri perubatan di mana sinar Gamma dari kobalt-60 untuk membunuh sel barah dalam rawatan radioterapi dan digunakan juga untuk membunuh kuman dalam proses pensterilan alat perubatan seperti termometer, jarum dan picagari, alat pembedahan dan sebagainya.

Sinaran radioaktif daripada radioisotop turut digunakan membunuh serangga perosak. Sinaran juga digunakan dalam sistem pengawalan ketebalan secara automatik dalam pembuatan kertas, kepingan plastik dan logam.

Dalam industri pembungkusan makanan dan minuman, teknologi sinaran dimanfaatkan bagi mengukur kandungan tepat dan pengesanan bendasing yang boleh memudaratkan kita.

Imbasan sinar-x turut mampu mengesan sebarang ketidakseragaman pada susunan lilitan keluli radial di tayar kenderaan.

Di Malaysia, Lynas bukan satu-satunya yang menjalankan aktiviti pemprosesan mineral, antara syarikat lain menjalankannya ialah Petronas Cari Gali (M) Sdn. Bhd., TOR Mineral (M) Sdn. Bhd., Tioxide Hunstman (M) Sdn. Bhd. dan Samsung Corning (M) Sdn. Bhd.

Selain Malaysia, aktiviti pemprosesan nadir bumi dijalankan di Afrika, India, Kanada, Vietnam, China dan Brazil.

Justeru, adalah tidak adil sinaran dikatakan mendatangkan bahaya sahaja. Hakikatnya ia membawa banyak faedah kepterutamanya dalam rawatan dan diagnostik ke atas penyakit kanser.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


30% murid tidak bersarapan

Posted:

30% murid tidak bersarapan

30% murid tidak bersarapan

Oleh ZULKIFLI MANZOR
zulkifli.manzor@kosmo.com.my


AMALAN tidak bersarapan sebelum ke sekolah menyebabkan murid-murid sukar memberi tumpuan kepada pelajaran. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Lebih 30 peratus murid-murid di sekolah rendah di negara ini didapati tidak bersarapan sebelum ke sekolah selain gemar makan pada waktu lewat malam.

Tabiat pemakanan tersebut menyebabkan mereka sukar memberi tumpuan terhadap pelajaran semasa berada di dalam kelas selain menjadi punca masalah obesiti.

Ketua Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Dr. Poh Bee Koon (gambar kecil) berkata, ia merupakan hasil kajian yang dijalankan pihaknya terhadap kanak-kanak berusia bawah 12 tahun pada tahun lalu.

"Mengambil sarapan pagi amat penting untuk sel otak kanak-kanak berfungsi dengan baik dan dapat mengelakkan tubuh mereka menjadi lesu pada waktu pagi.

"Bagaimanapun, segelintir ibu bapa mengabaikan keperluan untuk memberi sarapan kepada anak-anak mereka," katanya pada sidang media mengenai kerjasama kajian pemakanan kanak-kanak oleh UKM dan Dutch Lady Malaysia di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

IAEA tegaskan projek kilang nadir bumi Lynas di Kuantan selamat

Posted:

IAEA tegaskan projek kilang nadir bumi Lynas di Kuantan selamat

IAEA tegaskan projek kilang nadir bumi Lynas di Kuantan selamat


KILANG nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan didapati selamat untuk beroperasi oleh IAEA.


KUALA LUMPUR - Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memutuskan bahawa kilang nadir bumi Lynas Corporation Ltd. (Lynas) di Gebeng, Pahang adalah selamat.

Bagaimanapun, syarikat dari Australia itu perlu melaksanakan pelbagai langkah penambahbaikan dalam beberapa bidang sebelum ia boleh meneruskan operasi peringkat seterusnya.

Satu laporan yang dikeluarkan oleh pemantau nuklear itu semalam menyatakan bahawa ia tidak menemui sebarang ketidakpatuhan terhadap standard keselamatan radiasi antarabangsa dalam projek itu.

Bagaimanapun, pasukan pengkaji IAEA mengenal pasti 10 isu yang disifatkannya perlu dilakukan penambahbaikan sebelum pengeluaran lesen bagi fasa seterusnya untuk projek Lynas.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Michelle Yeoh 'sedih' diusir

Posted:

Michelle Yeoh 'sedih' diusir

Michelle Yeoh 'sedih' diusir

HONG KONG - Bekas pemegang watak gadis Bond, Datuk Michelle Yeoh yang kini memegang peranan pemimpin pro-demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi untuk sebuah filem bioepik menyatakan kesedihannya kerana diusir dari Myanmar baru-baru ini.

Pelakon berusia 48 tahun itu dikatakan tiba di Yangon pada 22 Jun lalu dan diusir pada hari yang sama. Alasannya, Yeoh berada dalam senarai hitam, jelas seorang pegawai di sana.

Watak ikon demokrasi yang dimainkan oleh Yeoh hasil arahan pengarah Luc Beson itu menunjukkan beliau ditembak di Thailand. Filem bertajuk The Lady itu dijangka ditayangkan pada hujung tahun ini.

Dalam komen pertama mengenai pengusirannya, Yeoh menyatakan beliau terkejut dan berasa sangat sedih atas tindakan tersebut.

Yeoh bagaimanapun mengakui tidak berkecil hati dan tetap sukakan Myanmar serta rakyatnya. Beliau memberitahu dilayan dengan sewajarnya oleh pegawai imigresen Myanmar di Yangon, walaupun tidak diberi sebab atas pengusirannya.

"Saya sentiasa berharap untuk melihat negara ini meneruskan usahanya ke arah keamanan, demokrasi dan boleh kembali ke sini tidak lama lagi," kata Yeoh.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Derita 350,000 pembeli rumah

Posted:

Derita 350,000 pembeli rumah

Derita 350,000 pembeli rumah

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusan.com.my


SERAMAI 500 pembeli di lapan projek perumahan yang terbengkalai berhimpun di hadapan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Pusat Bandar Damansara bagi mendesak campur tangan dan tindakan tegas kerajaan terhadap pemaju yang terlibat, kelmarin.


KUALA LUMPUR 30 Jun – Lebih 350,000 pembeli di lapan buah projek perumahan terbengkalai sekitar Lembah Klang kini semakin tertekan berikutan masalah yang mereka hadapi itu belum menampakkan sebarang tanda penyelesaian.

Pelbagai usaha sudah dilakukan dan yang terbaru, kira-kira 500 orang yang mewakili keseluruhan pembeli terbabit berkumpul di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di sini bagi membantah kegagalan pemaju menyiapkan projek mengikut jadual.

Dalam perhimpunan tersebut, mereka menyerahkan memorandum untuk meminta kementerian berkenaan campur tangan dan bertindak tegas bagi menangani masalah terbabit.

Memorandum itu diserahkan oleh wakil pembeli, Mohd. Akram Mohd. Akhbar, 58, kepada wakil Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Apa yang menarik ialah kesemua yang hadir memakai baju berwarna oren yang tertera tulisan "100,000 keluarga mangsa projek terbengkalai" bagi menyatakan perasaan mereka.

Rata-rata mereka terdiri daripada pembeli dari kawasan perumahan terbengkalai di Taman Ukay Bistari, Lestari Puchong Fasa 3, Taman Bukit Jalil, Taman Lestari Perdana, Taman Puncak Jalil, Bukit Pandan Bistari dan Lake Villa, Putra Perdana.

Mohd. Akram ketika ditemui berkata, projek-projek perumahan itu sudah dimulakan sejak 10 tahun lepas, namun sehingga kini pembeli masih tidak mendapat rumah yang mereka beli.

Menurutnya, sepanjang tempoh tersebut, para pembeli sering tertekan menanti rumah mereka yang tidak siap-siap walaupun pihak pemaju sering kali menjanjikan rumah akan siap dalam masa terdekat.

Ujarnya, selain tertekan, pembeli-pembeli itu juga kerugian dari segi kewangan kerana terpaksa membayar faedah pinjaman bank setiap bulan dan ramai yang sudah membayarnya sejak 10 tahun lepas.

"Kalau dihitung, rata-rata pembeli sudah membayar lebih RM 50,000 sepanjang tempoh itu tetapi rumah yang dibeli tidak juga disiapkan. Ramai juga yang terpaksa menyewa rumah lain," katanya.

Sehubungan itu, katanya, pembeli merayu agar pihak kementerian segera mengambil tindakan sama ada mengarahkan pemaju yang terlibat menyiapkan projek mereka atau mencari pemaju ganti.

"Kami sudah tidak tahu lagi ke mana hendak mengadu...kerajaan sahajalah yang dapat membantu kami menyelesaikan perkara ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Hanya kerajaan harapan terakhir kami'

Posted:

'Hanya kerajaan harapan terakhir kami'

'Hanya kerajaan harapan terakhir kami'

KUALA LUMPUR 30 Jun - Lebih 350,000 pembeli di lapan projek perumahan di Lembah Klang yang terbengkalai sangat berharap kerajaan dapat membantu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi selama ini.

Mereka kini sudah tidak sanggup kerana terpaksa menanggung beban membayar faedah bank dan dalam masa yang masa membayar sewa rumah yang dihuni sekarang.

Kata mereka, sudah terlalu lama pembeli bersabar dan berharap janji-janji yang diberikan oleh pemaju akan ditunaikan tetapi sehingga kini, semuanya hampa.

Seorang pembeli, Noraidah Hatta, 40, berkata, sudah tujuh tahun dia menantikan rumah yang dibelinya di Taman Ukay Bistari untuk disiapkan sehingga kadang kala dia merasa seperti sudah berputus asa.

Katanya, rumah terbabit sepatutnya siap pada tahun 2004, namun sampai sekarang masih belum siap dan melihat pada keadaan terkini di projek perumahan terbabit, tidak ada tanda-tanda ia akan siap dalam masa setahun dua ini.

Dia mengakui sangat kecewa dan sedih dengan situasi yang dialami sekarang dan berharap ada pihak khususnya kerajaan akan membantu pembeli teraniaya sepertinya.

"Setiap bulan saya masih membayar faedah pinjaman dan juga perlu membayar sewa rumah yang dihuni sekarang.

"Keadaan ini amat merumitkan memandangkan saya bukannya terdiri daripada golongan berada. Pendapatan bulanan perlu dibelanja dengan bijak bagi mengelak masalah kewangan yang serius," katanya di sini semalam.

Seorang lagi pembeli, Zaina Omar, 36, berkata, dia menunggu rumah yang dibelinya daripada tidak mempunyai anak sehinggalah sudah mempunyai empat orang anak kini, namun rumahnya masih belum siap juga.

Katanya, dia berharap, sebelum dia mendapat seorang lagi cahaya mata, rumah yang dibelinya itu akan disiapkan.

Mohamad Rosli Md. Samah, 38, pula berkata, dia membeli rumah kira-kira sembilan tahun lepas namun sehingga kini rumah yang dibeli masih tidak siap.

Katanya, sepanjang tempoh tersebut, dia sudah membayar hampir RM50,000 faedah pinjaman bank dan akan terus membayarnya selagi rumah itu tidak siap dan diserahkan kepada pembeli.

"Saya berharap pihak kementerian akan membantu kami tetapi bukan dengan hanya menyenarai hitam pemaju yang terlibat kerana ia tidak akan membantu pembeli," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

2 pejabat UMNO disimbah cat

Posted:

2 pejabat UMNO disimbah cat

2 pejabat UMNO disimbah cat

Oleh ASSIM HASSAN
kota@utusan.com.my


KEADAAN pejabat UMNO Bahagian Cheras selepas disimbah dengan cat kuning dan dilempar dengan bangkai ayam oleh individu yang tidak dikenali di Jalan Peel, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 30 Jun – Kakitangan di pejabat UMNO Bahagian Cheras dan Bandar Tun Razak di sini gempar apabila mendapati pekarangan pejabat mereka disimbah dengan cat kuning dan dilempar bangkai ayam serta kucing pagi semalam dan hari ini.

Kedua-dua kejadian itu dipercayai dilakukan oleh sekumpulan lelaki bermotosikal antara pukul 2 hingga 6 pagi.

Menurut Pengurus Urus Harta UMNO Bahagian Cheras, Mohd. Idrus Mohd Isah, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh kakitangannya kira-kira pukul 8.15 pagi ini.

Beliau berkata, sebaik sahaja tiba di pekarangan pejabat di Jalan Peel, beliau mendapati beberapa bahagian pintu dan dinding pejabat disimbah dengan cat kuning dan terdapat dua ekor bangkai ayam.

"Kami tidak menolak kemungkinan kejadian ini dilakukan oleh kumpulan penyokong satu perhimpunan yang dirancang tidak lama lagi kerana rasa tidak puas hati dengan tindakan kita (UMNO) menentang perhimpunan haram tersebut.

"Bagaimanapun, saya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung perkara ini," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Berikutan kejadian itu, Mohd. Idrus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras kira-kira pukul 9.30 pagi.

Sementara itu, Pembantu Khas UMNO Bahagian Bandar Tun Razak di Taman Tenaga, Cheras, Sharuddin Zainal Abidin berkata, pihaknya menemui empat bangkai ayam dan satu bangkai kucing yang dilemparkan di pekarangan pejabat mereka semalam namun tidak membuat laporan polis.

Beliau berkata, bagaimanapun, apabila mendapati pejabat UMNO bahagian itu disimbah dengan cat kuning kira-kira pukul 6.30 pagi ini, beliau bertindak membuat laporan di balai polis berhampiran.

"Individu yang bertanggungjawab melakukan perkara ini sengaja menggunakan cat kuning yang mempunyai kaitan dengan perhimpunan haram Bersih," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh ketika dihubungi mengesahkan mengenai kedua-dua kejadian itu.

Beliau berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan termasuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat pada kedua-dua pejabat tersebut.

"Kami sedang memburu individu yang bertanggungjawab melakukan perkara itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.