Selasa, 22 Februari 2011

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Jel 7 tahun jadi 2 dekad

Posted: 21 Feb 2011 04:37 PM PST

SHAH ALAM: "Kes ini amat mengejutkan negara di mana empat orang dibunuh dalam satu kejadian. "Mana-mana orang pun akan bersetuju hukuman penjara lima tahun tidak memadai," kata Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohtarudin Baki pada semakan kehakiman yang menyaksikan dua pekerja ladang menerima hukuman penjara 20 tahun akibat melupuskan bukti pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, semalam.

Mohtarudin membuat keputusan terhadap K Sarawanan, 20, serta U Suresh, 27, dan memerintahkan hukuman terhadap mereka berjalan mulai tarikh mereka ditangkap iaitu pada 9 dan 12 September tahun lalu.

Mahkamah memerintahkan hukuman itu selepas menolak rayuan difailkan Sarawanan, tetapi pada masa sama membenarkan semakan kehakiman difailkan pihak pendakwaan terhadap kedua-dua lelaki itu.


Kedua-duanya yang hadir dengan memakai pakaian penjara berwarna merah hati tergamam dengan keputusan berkenaan.


Pada 15 Oktober tahun lalu, Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap Sarawanan dan Suresh yang mengaku bersalah atas empat pertuduhan melupuskan bahan bukti pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.

Tiga individu lagi ialah pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsudin, peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad.

Bagi setiap kesalahan mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan, kedua-dua tertuduh dijatuhi hukuman penjara maksimum iaitu tujuh tahun.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula tarikh tangkapan.

Mereka antara lapan yang ditahan antara 9 dan 12 September lalu bagi membantu siasatan berikutan laporan kehilangan Sosilawati pada 30 Ogos tahun lalu.

Sarawanan mengaku menghilangkan bukti itu dengan membakar mayat Sosilawati, 47, Noorhisham, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan Kamaruddin, 44, manakala rakannya itu mengaku membuang abu mayat mangsa.

Sarawanan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi, di sini, pada 26 Oktober tahun lalu, bagi mengenepikan sabitan dan hukuman terhadap kesalahan itu dengan alasan pengakuannya dibuat bukan secara sukarela.

Pada masa sama, mahkamah memutuskan satu semakan kehakiman dibuat terhadap keputusan Majistret Teluk Datok, Hurman Hussain berikutan aduan awam terhadap pengendalian kes itu.

Dalam keputusannya semalam, Mohtarudin memutuskan Hurman terkhilaf ketika menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun secara serentak terhadap Sarawanan dan Suresh atas empat pertuduhan melupuskan mayat mangsa dalam kes pembunuhan itu.

Justeru, katanya, mahkamah memutuskan untuk menggantikan hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret Telok Datok itu kepada penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, pihaknya berpendapat kesalahan tertuduh melupuskan bahan bukti itu untuk melindungi kesalahan bunuh mengikut Seksyen 302 yang membawa hukuman mati mandatori amat serius.

"Oleh itu, mahkamah perintahkan hukuman lima tahun itu dijalankan berturut-turut (berasingan) dari tarikh tangkapan," katanya.

Sementara itu, berhubung rayuan Sarawanan, Mohtarudin berkata, mahkamah menolak hujahan peguam mewakili lelaki itu kerana secara keseluruhan mendapati ia 'pemikiran semula'.

Beliau berkata, afidavit dikemukakan perayu adalah tohmahan keterlaluan terhadap peguam, jurubahasa dan majistret yang mengendalikan kes itu di Mahkamah Majistret Teluk Datok.

Katanya, hujahan peguam bahawa Sarawanan tidak ditunjukkan gambar mangsa bunuh tidak dapat diterima kerana ia bukan penting terhadap pertuduhan.

"Hujahan lain dianggap remeh seperti jurubahasa Tamil tidak menerangkan pertuduhan, sifat dan akibat pengakuan serta fakta kes tidak diterangkan terhadap tertuduh.

"Tiada aduan ketika prosiding bahawa jurubahasa itu tidak dapat menguasai bahasa Tamil atau sebagainya," katanya.

Mohtarudin berkata, berdasarkan alasan itu, mahkamah memutuskan untuk menolak rayuan dan sabitan serta mendapati tiada penyalahgunaan proses mahkamah sepanjang pengendalian kes itu di Mahkamah Majistret.

Komen Anda

Hantar pendapat anda mengenai isu yang dipaparkan dalam artikel ini :

Terima kasih diatas penyertaan anda. Harian Metro berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.
elok ke tali gantung, agar tiada yang teraniaya lagi

sally

hukuman yang dijatuhkan masih tidak mencukupi..apa hak mereka untuk mengambil nyawa seseorang.. hukuman tersebut tidak mampu meredakan kesedihan anak, isteri dan keluarga mangsa..sepatutnya hukuman lebih berat lagi.

aini ainnur azrie

20 tahun x cukup.. gantung sampai mati baru sama ngan hukum khisas..

che pit

Moga jadikan iktibar dan pengajaran kepada mereka.

wer ramone

dikenakan hukuman sebat dan gantung sampai mati,supaya memberi peringatan pada orang lain supaya jangan sewenawenangnya menghukum orang lain sesuka hati..setiap negara ada undang2 tersendiri!!!

spetalocoloco angah

alhamdulillah..syukur..itule sbaiknya hukuman yg spatutnya dikenakn buat pesalah itu,klu blh msukkn dlm penjara selamanya,baru dpt beri pengajaran buat org lain..

rahimah

orang suruhan dh kena..boss biler lagi?

amer

I think this is reasonable punishment compared with previous 7 years prison....

Kapal Sink a/l Karam

Janganlah buat kerja yang menyalahi undang2. Demi masa depan kita buatlah kerja yang berfaedah demi kebahagiaan kelurga kita dan juga negara

nasir

That suit them right, the very least.Give them 100 years for all i care.

zm

SEPATUTUNYA PIHAK PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB DALAM PEMBUNUHAN DATO' SOSILAWATI DAN RAKAN RAKANNYA SERAMAI 4 ORANG TERSEBUT DI HUKUM BUNUH ATAU DI PENJARA SEUMUR HIDUP. MEREKA SEMUA TIADA HAK NAK AMBIL NYAWA ORANG SEWENANG-WENANGNYA DEMI NAK KAYA CEPAT,DEMI NAK DUIT BANYAK, SEMI NAK HARTA KEKAYAAN MELIMPAH RUAH. KERJA CARA HALAL LAH JANGAN NAK BUNUH ORANG. TAK ADA KERJA LAIN KE, MEREKA YANG TERLIBAT DALAM PEMBUNUHAN TRAGIS TERSEBUT TIDAK ADA HATI PERASAAN, KEJAM DAN MANUSIA GILA

ameera

yg membunuh tu pulak bila nak hukum? diharap jadi pengajaran pada org lain!!!

hafiz hamid

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peragut terbunuh

Posted: 21 Feb 2011 10:48 AM PST

AMPANG: Seorang peragut yang kelam-kabut melarikan diri sejurus meragut beg tangan seorang wanita, terbunuh manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki merempuh kereta mangsa yang ketika itu nekad mengejar penjenayah terbabit di Taman Mega Jaya, Bukit Teratai di sini, semalam.

Tindakan berani arkitek wanita berusia 28 tahun yang juga anak bekas pegawai polis itu membuatkan dua lelaki terbabit panik sehingga mereka masuk ke laluan jalan mati di taman berkenaan sebelum berpatah balik dan merempuh kereta mangsa yang mengejar mereka.

Akibatnya, kedua-dua lelaki terbabit terpelanting ke longkang menyebabkan seorang daripada mereka maut di tempat kejadian selepas kerandut zakarnya pecah, manakala rakannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi ketika mangsa sedang bersiap ke tempat kerja dan sejurus keluar dari kereta untuk menutup pintu pagar, dua lelaki terbabit meragut beg tangannya yang diletak di tempat duduk hadapan.


Mangsa cuba melawan, tetapi dia ditendang sehingga terjatuh.


Sebaik melihat mangsa terjatuh, kedua-dua lelaki terbabit melarikan diri, namun mangsa yang berang mengejar suspek.

Mangsa yang sudah biasa dengan laluan di kawasan itu memberhentikan keretanya di persimpangan jalan kira-kira 200 meter dari rumahnya selepas melihat lelaki terbabit melalui jalan mati.

Ketika itulah, lelaki yang panik berpatah balik dan memecut laju motosikal berikutan laluan terbabit agak berbukit sebelum mereka merempuh kereta mangsa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, rempuhan kuat itu menyebabkan suspek terpelanting dan tercampak ke longkang.

"Kedua-dua suspek berkenaan warga Indonesia dan lelaki yang mati itu berusia 35 tahun manakala rakannya yang parah berusia 24 tahun.

"Siasatan polis mendapati, suspek menggunakan motosikal curi dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun dan Seksyen 41 (1) A Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Mahyudin Zakaria, 59, berkata, dia hanya menyedari anaknya diragut apabila terdengar jeritan di luar rumah.

Katanya, dia yang bimbang sesuatu berlaku ke atas anaknya bergegas ke luar rumah dan melihat anaknya tergesa-gesa menaiki kereta lalu mengejar lelaki terbabit.

"Saya mengekori anak dengan menaiki kereta kerana bimbang keselamatannya.

"Bagaimanapun, ketika tiba di tempat kejadian, saya melihat suspek sudah berada di dalam longkang dan mengalami kecederaan parah akibat merempuh kereta anak yang berhenti di simpang jalan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan